Satu-persatu, personaliti tempatan popular tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir bermula minggu ini. Kebanyakannya turun padang di sekitar Lembah Klang di mana penduduk di sesetengah kawasan masih terkesan dengan keadaan kediaman yang dilanda lumpur.
Namun buat personaliti media sosial, Azfar Heri; dia telah mengambil kesempatan untuk ke Bentong, Pahang dan memberi pertolongan kepada mangsa banjir di sana pada hari Selasa (22 Disember 2021).
Ini memandangkan keadaan penduduk di sana dimaklumkan agak terdesak dek ketiadaan jumlah bantuan yang meluas seperti yang dicatatkan di Lembah Klang, contohnya.
Azfar tidak keseorangan apabila dia ditemani seorang lagi personaliti media sosial merangkap usahawan, Khairul Aming serta pasukan sukarelawan mereka ketika membeli beberapa barangan keperluan untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Bentong. Antara termasklah seperti ubat gigi, berus gigi, roti, biskut, kaya, sabun, syampu, tuala wanita dan beberapa barangan lain.
Setelah tiba di sana, Azfar terkejut untuk melihat betapa dalamnya kesan lumpur di kawasan penduduk setelah air banjir surut. Selain menyerahkan sumbangan, mereka turut berkesempatan menolong penduduk membersihkan kesan lumpur di salah sebuah kediaman.
Azfar berkongsi bahawa mereka akan kembali semula esok bagi menyambung kerja amal tersebut dengan lebih banyak peralatan disiap sediakan serta lebih ramai tenaga kerja.
Bencana banjir yang melanda negara sekarang sekaligus membibitkan perasaan dukacita dalam kalangan rakyat. Sewajarnya, semua pihak harus bertindak sensitif dalam hantaran di media sosial dan itulah yang cuba dipraktikkan oleh Azfar sekarang.
Katanya pada minggu ini, dia tidak akan memuat naik sebarang kandungan video di saluran YouTube demi menghormati keadaan semasa.
Ads
“Saya hendak fokus dalam memaklumkan saluran bantuan kepada followers dengan cara retweet di media sosial; selain cuba untuk turun padang memberi sumbangan mengikut kemampuan.”
“Saya percaya kita kena ada sedikit ‘social empathy’ kepada mangsa banjir. Saya ingin menghormati situasi banjir sekarang dengan tidak memuat naik kandungan video yang menunjukkan saya sedang berseronok.
“Lagipun pada bencana kali ini, ramai kawan saya yang ‘terkena’. Kita pun faham apa yang mereka rasai walaupun tidak berada di tempat mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azfar turut mengumumkan bahawa dia akan mengembalikan semula produk popularnya, NYALA Gift Box (set lilin aromaterapi) bermula 12 tengah hari esok (22 Disember 2021). Demi membantu mangsa banjir, sebahagian daripada hasil jualan tersebut akan dihuluukan kepada yang memerlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usaha seorang graduan ini untuk membanggakan kedua orang tuanya, akhirnya berbayar apabila berjaya menerima dua anugerah akademi di majlis konvoksyen.
Dr. Abu Hassan Nordin telah melalui jejak pendidikan yang mengagumkan sehingga berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen UTM kali ini.
Apa yang lebih membanggakan, graduan berusia 30 tahun ini merupakan salah seorang penerima Anugerah Pascasiswazah Terbaik dan Anugerah Canselor yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM.
Merupakan graduan Doktor Falsafah Bidang Penyelidikan:Kejuruteraan Kimia, Hassan menzahirkan harapan agar kejayaan cemerlang yang dikecapinya itu dapat membanggakan ibu bapanya.
“Saya tak pernah terpaling cemerlang sejak sekolah. Harap ini dapat membanggakan mak dan abah.
“Anugerah Canselor, Anugerah Pascasiswazah Terbaik,” coretnya ringkas menerusi sebuah hantaran video di platform TikTok miliknya.
Hantaran tersebut kini meraih lebih 120 ribu jumlah penonton dan juga lebih 11 ribu tanda suka di aplikasi tersebut.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Muhammad Azeem Fahmi telah mencipta satu sejarah baharu dalam dunia sukan di Malaysia menerusi prestasinya yang membanggakan.
Remaja berusia 18 tahun itu telah memecah rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan yang merekodkan catatan masa 10.18 saat sewaktu memenangi Sukan Malaysia (SUKMA) pada 27 Julai 2016.
Selepas enam tahun, rekod ini akhirnya dipadamkan oleh anak jati Perak itu dengan catatan masa 10.09 saat ketika memenangi saringan 8 Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 yang berlangsung di Pascual Guerrero, Cali, Colombia.
Kehebatan Azeem terbukti apabila secara keseluruhan daripada kesemua saringan dia berada di tangga kedua di belakang atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencatat masa 10.00 saat.
Jika dilihat secara mata kasar, Azeem ternyata mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat sekaligus membanggakan nama negara.
Selepas ini, atlet yang baru-baru ini memperoleh keputusan 6A dalam SPM itu akan meneruskan saingan di peringkat separuh akhir yang akan dijadualkan berlangsung pada pukul 4.40 pagi esok.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu persatu anak Malaysia membanggakan negara di persada dunia. Terbaharu, atlet pecut asal Sarawak, Jonathan Nyepa telah berjaya merangkul pingat emas acara 100m di Kejohanan Olahraga Asia Tengah 2022 yang berlangsung di Samarkhand City, Uzbekistan.
Atlet berusia 26 tahun itu menulis menyambut kejayaannya dengan penuh kesyukuran.
Tulis Jonathan dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya, “Syukur puji Tuhan. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya dan saudara saya yang telah mendoakan kejayaan saya.
“Dan tidak lupa juga, saya ingin berterima kasih kepada jurulatih saya M. Balamurugan yang selama ini telah banyak membantu saya dari awal sampai sekarang, walaupun beberapa bulan kebelakangan ini saya terpaksa berlatih sendiri tanpa pemantauan beliau di sisi.
“Akhir sekali, kepada semua yg telah memberi sokongan dan ucapan tahniah kepada saya, Anda semua memang terbaik! God bless.”
Dalam acara tersebut, Jonathan berjaya mencatat masa 10.55 saat untuk merangkul pingat emas. Menjadikan kejayaannya untuk Malaysia lebih manis apabila rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 10.74 saat.
Pingat gangsa acara pula dimenangi atlet Turkmenistan, Alisher Sadulayev selepas mencatat masa 10.80 saat.
Kejohanan antarabangsa tersebut disertai lebih 230 orang atlet dari tujuh negara dalam pelbagai acara balapan dan padang yang telah berlangsung pada 24 hingga 25 September 2022 yang lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!