Nama Jabir Meftah merupakan di antara yang sinonim dengan aktiviti turun padang melakukan kerja-kerja amal tatkala rakyat Malaysia dilanda musibah.
Sebagai contoh, finalis Hero Remaja 2020 yang juga merupakan presiden YouthCare Malaysia ini dapat dilihat memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras baru-baru ini.
Ketika dihubungi oleh REMAJA, Jabir menjelaskan bahawa dia terlihat berita kebarakan itu di Instagram sewaktu berada di luar memandu.
“Tanpa berlengah, saya menuju ke kedai runcit untuk membeli makanan seperti roti dan air minuman sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Saya tahu ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang mereka lalui pada malam itu,” katanya.
Setibanya di sana, Jabir berkongsi keadaan mereka bukan seperti situasi yang pernah disaksikannya sebelum ini.
“Saya pasti mereka tergamam apabila kejadian berlaku sekelip mata. Kasihan melihat mereka tidak mampu berbuat apa-apa setelah kehilangan segalanya.
“Paling menyedihkan sewaktu saya mengedarkan air, seorang mak cik datang meminta susu bayi untuk anaknya. Serba salah saya dibuatnya kerana saya hanya memiliki air mineral dan roti,” tambahnya.
Walaupun sibuk dengan penggambaran drama, Jabir tetap tidak melepaskan tanggungjawab membantu mangsa yang ditimpa kesusahan. Turun padang bersama-sama YouthCare Malaysia, dia sehabis boleh melakukan yang terbaik semasa memimpin pasukannya ketika memberi bantuan buat mangsa.
“(Disebabkan) sedang shooting drama, saya tidak boleh sepenuhnya mengabadikan masa di lokasi banjir kerana terikat dengan tanggungjawab di set penggambaran.
Ads
“Cara saya kini dalam kerja-kerja sukarelawan adalah menerusi skop kerja di belakang tabir seperti membuat poster dan menyeleras ahli negeri untuk turun padang. Itu saya boleh tunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dari mana-mana lokasi,” jawabnya.
YouthCare Malaysia juga sedang giat berusaha membantu mangsa banjir di seluruh negara.
“NGO peringkat kebangsaan kita bukan sahaja di Lembah Klang tetapi juga di setiap negeri. Kami akan digerakkan mengikut lokaliti masing-masing dan menghulurkan bantuan mengikut apa yang diperlukan.
“Di tempat yang sudah surut air banjir, kita akan hantar bantuan selain makanan. Tenaga buruh juga insyaAllah akan dikerah untuk membersihkan kawasan banjir.
Ads
“Saya difahamkan, ini baru fasa pertama dan menurut jabatan metereologi, satu lagi fasa paras air naik akan hadir. Kami faham mangsa risaukan kesan lumpur yang ada di dalam rumah sekarang akan menjadi lebih teruk.”
Kami doakan agar segala usaha Jabir dan YouthCare Malaysia dipermudahkan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu kejayaan yang diperoleh oleh finalis Hero Remaja dan kali ini, Safwan Nazri yang merupakan finalis top 7 Hero Remaja 2017 kini sudah pun mengembangkan bisnesnya sedikit demi sedikit.
Bermula Ogos tahun lalu, Safwan telah pun memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken, iaitu pengasasnya adalah rakan baiknya sendiri, Zahir Ariffin. Baru lebih kurang setahun beroperasi, perniagaan yang diuruskan oleh Safwan ini sudah pun mempunyai empat buah cawangan di daerah Utara.
Dari kiri, Safwan Nazri, Zahir Ariffin dan isterinya, Saidatul Amin
“Syukur Alhamdulillah, saya tak sangka penerimaan terhadap bisnes ayam goreng cheese ini mendapat sambutan yang luar biasa di bahagian Utara. Bermula dengan cawangan pertama yang dibuka di Jitra, Alhamdulillah hari demi hari jumlah jualan yang diterima sangat memberangsangkan,”
“Daripada situ, saya mengambil peluang ini untuk membuka cawangan di Alor Setar selepas beberapa bulan kejayaan branch di Jitra. Kemudian, saya mengorak selangkah lagi apabila berjaya membuka cawangan di Sungai Petani dan terbaru di Ipoh, Perak,” jelas Safwan.
Mungkin ramai yang tidak tahu tujuan utama Safwan membuka perniagaannya adalah untuk ibu dan ayahnya. Dia berniat untuk membantu keluarga dan dengan cara itu juga, dia dapat memberikan pendapatan setiap bulan kepada ibu dan ayah.
“Sebenarnya saya membuka perniagaan ini adalah untuk ibu dan ayah, sekali gus ingin membalas jasa mereka kerana telah membesarkan kami adik-beradik selama ini. Mungkin dengan apa yang saya berikan ini tidak mampu membalas semua jasa mereka, namun setidaknya saya ingin melihat keluarga saya senang dan bahagia,” tambahnya lagi.
Ditanya kenapa dia memilih Ayo Fried Chicken sebagai bisnes yang dijalankan, Safwan Nazri ada jawapannya tersendiri.
“Pada mulanya saya ingin mengeluarkan produk sendiri, namun disebabkan tiada pengalaman, saya membuat keputusan untuk belajar daripada kawan baik saya, Zahir yang merupakan founder kepada Ayo Fried Chicken. Saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana banyak memberi tunjuk ajar tentang dunia perniagaan,”
“Perniagaan ini juga simple dan tidak memerlukan ramai pekerja. Hanya dengan menjual ayam goreng cheese, pendapatan yang diperoleh setiap bulan adalah sangat memberangsangkan. Walaupun kini sales agak menurun akibat PKPD yang sedang berlaku di Kedah, namun saya percaya setiap perniagaan memang ada turun naiknya,”
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong saya dan doakan agar perniagaan saya semakin maju InsyaAllah,” jawabnya.
Syabas REMAJA ucapkan kepada Safwan diatas kejayaanya dalam bidang perniagaan makanan. Selain daripada meniaga, Safwan juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama televisyen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, kami sedang mencari para finalis yang berpotensi untuk PENCARIAN HERO REMAJA 2017 yang bakal bermula pada April ini. Tak boleh terbang pun tak mengapa. Kuasa adiwira tidak diperlukan untuk bergelar HERO REMAJA.
Anda layak jadi hero jika anda…
• Bijak, berbakat, aktif dan mempunyai keperibadian yang menarik. • Memiliki aura ikon remaja milenia Malaysia. • Punya iltizam kuat untuk berjaya dalam bidang peragaan, industri seni hiburan atau bidang yang ingin kamu ceburi. • Mempunyai kelulusan pendidikan baik di peringkat SPM/Diploma/Ijazah.
Superpower tak diperlukan! Kami mahu Hero yang:
• Warganegara Malaysia. • Berumur antara 17-24 tahun. • Memiliki ketinggian melebihi 170sm dan bentuk badan yang ideal. • Fotogenik dan versatil. • Bujang. • Kod pakaian: Baju putih & jeans biru.
Jadi, sudahkah kamu bersedia? Tiba masanya untuk kamu serlahkan keterampilan dan personaliti diri untuk ditransformasikan menjadi ikon Hero Remaja 2017.
Jom sertai majalah REMAJA di lokasi uji bakat ini.
Lokasi Rasmi: Bangunan Kumpulan Media Karangkraf No.1, Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Jangan terlepas tarikh ni:
• 22 April 2017 (Sabtu) • 29 April 2017 (Sabtu) • 6 Mei 2017 (Sabtu) Masa: 9 Pagi-3 Petang
*Semak keratan borang penyertaan di majalah REMAJA edisi April.
See u guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diam tak diam, kini Hero Remaja 2021 pula bakal melabuhkan tirainya pada malam esok dengan menampilkan empat lagi finalis termasuklah Afiq Hamidon, Aqil Taqee, Mierul Aiman dan Fazziq Muqris.
Sebenarnya, sudah ramai rupanya selebriti lelaki yang lahir daripada program Pencarian Hero Remaja sejak tahun 1990 lagi.
Jom kita recap semula pemenang daripada kemunculan awal program sehinggalah yang terkini.
Hero Remaja 1990/91
Esma Daniel (Juara)
Azhar Sulaiman (Tempat ketiga)
Badrul Muhayat (Naib Juara)
Hero Remaja 1993/94
Norman Hakim (Hero Favourite)
Hero Remaja 1997
Wan Shalim (Juara)
Ashraf Sinclair (Tempat Ketiga)
Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)
Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)
Hero Remaja 2004/2005
Zawen Anwar (Juara)
Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)
Fizo Omar (Naib Juara)
Hero Remaja 2011/2012
Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat ketiga)
Hero Remaja 2017
Alif Muhaimin (Juara)
Farhan Asri (Naib Juara)
Harris Annuar (Tempat Ketiga)
Nabil Aqil (Hero Favorite)
Adam Yusuf (Hero Inspirasi)
Hero Remaja 2020
Nadhir Nasar (Juara)
Umar Hisham (Naib Juara)
Meerqeen (Tempat ketiga)
Aniq Suhair (Hero Favorite)
Siapakah agaknya yang bakal memiliki takhta Hero Remaja yang sebelum ini dimiliki oleh Nadhir Nasar, Hero Remaja 2020 yang semakin meningkat naik dalam drama Project Anchor SPM dan i-Tanggang?
Sama-sama kita nantikan pada 6 November ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!