
Alhamdulillah! Tahniah buat Harris & Asha!
Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja 2017/2018, Harris Annuar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata sulungnya, semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: “3rd Child, First Boy” Titip Kesyukuran, Syafiq Yusof Timang Cahaya Mata Ketiga

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama popular Lelaki Kiriman Tuhan itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Menjengah pada hantaran tersebut, Harris ada memuat naik sekeping foto dirinya sedang mengendong puteri sulungnya yang diberi nama Aura Medina binti Mohd Harris.

“11.51PM 26/3/23. 5 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah, Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris. 2.76KG. Baby Lato Lato @ashamerican,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.

“Alhamdulillah, congratulations Harris & Wife!” komen penyanyi Bella Astillah.
“MasyaAllah, Alhamdulillah tahniah Harris dan isteri,” komen juga pelakon Halim Radzi.
“Alhamdulillah Ya Allah.. Tahniah sahabatku, meleleh sekejap air mata jantan happy lihat awak. Alhamdulillah, semoga Aura Medina membesar menjadi anak solehah , Insya-Allah Amiin Ya Rabb,” komen seorang pengikutnya.

Sekadar informasi, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga isteri tercintanya yang juga pelakon jelita, Asha Merican telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Harris Annuar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rupa, Bakat Atau Kepintaran – Siapa Terpilih Jadi Finalis Hero Remaja 2021?

Kemenangan Ahmad Nadhir Bin Ahmad Nasar, 25 sebagai Hero Remaja 2020 pada tahun lalu telah membuktikan bahawa remaja lelaki juga mampu memiliki faktor triple threat dalam kriteria menjadi seorang public figure di Malaysia.
Dengan rupa paras unik untuk diserlahkan dalam industri seni, Nadhir juga membuktikan dirinya mempunyai bakat serta potensi besar untuk terus diasah, Anak kelahiran Selangor ini juga melengkapkan dirinya sebagai seorang juara dengan kecerdasan minda ketika petah berkata-kata.
Justeru, dengan kemunculan semula pencarian Hero Remaja bagi edisi 2021, tentunya ramai tidak sabar-sabar lagi menantikan siapakah barisan finalis yang akan terpilih pada kali ini bagi meneruskan kecemerlangan Nadhir Nasar.
*
Sejak peringkat uji bakat dianjurkan oleh Nu Ideaktiv menerusi Majalah Remaja bersama-sama penyiar rasmi Astro pada Disember 2020, ratusan remaja dari seluruh Malaysia telah mencuba nasib dan menyerlahkan diri untuk bergelar finalis Hero Remaja 2021.
Ada wajah-wajah baru yang kami lihat, ada juga beberapa wajah familiar yang hadir mencuba buat kali kedua, ketiga dan… ya ada juga yang sudah mencuba sejak tahun Hero Remaja 2017 lagi!
Masing-masing mempunyai misi tersendiri untuk memperkasakan golongan remaja di Malaysia; sama ada menerusi bidang seni mahupun bidang-bidang lain yang ingin mereka ceburi.
Akhirnya setelah hampir 7 bulan berlalu, tibalah masanya untuk episod pertama pencarian ini ditayangkan di kaca televisyen anda. Namun ada sesuatu yang berbeza pada kali ini.
Pencarian Hero Remaja 2021 akan dimulakan dengan program Prelude Hero Remaja 2021 di mana ia memberi peluang kepada para penonton untuk mengenali para finalis secara up close & personal.
Sepanjang 8 buah episod yang akan mula ditayangkan hujung minggu ini, Prelude Hero Remaja 2021 bakal menjadi medan pengenalan dan persiapan finalis sebelum menempuhi cabaran-cabaran utama dalam program Hero Remaja 2021.
Dari sini, penonton boleh mengikuti potensi yang ada pada setiap finalis yang terpilih dan mula memberikan mereka sokongan hinggalah ke peringkat akhir kelak.
Prelude Hero Remaja 2021 mula ditayangkan pada 3 Julai ini, setiap hari Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Ria. Ia juga boleh distrim di Astro On Demand dan Astro Go.
Untuk sebarang perekmbangan terbaru, lebih banyak butiran serta content menarik mengenai para finalis dan program Prelude Hero Remaja 2021, korang bolehlah mengikuti update dari semasa ke semasa di laman web www.remaja.my/hero atau di media sosial Majalah Remaja dengan tanda pagar #HeroRemaja2021 dan #HeroRemaja.
So guys, are you ready for the first episode this Saturday?
Dengar cerita, banyak momen menarik semasa peringkat uji bakat Minggu Pertama yang akan kita saksikan hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persiapan Mental Harus Kuat, Mierul Aiman Sedia Beraksi Di Pentas Final

Debaran minggu finale Hero Remaja 2021 semakin dirasai. Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum empat finalis beraksi di pentas akhir. Bersaing ketika wabak pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak kekangan yang dilalui oleh barisan finalis Hero Remaja tahun ini.
Namun, ia bukanlah satu alasan untuk mematahkan semangat mereka bagi terus berjuang menyelasaikan tugasan yang diberi setiap minggu.
Kini, tinggal lagi sehari sebelum kita ketahui siapa yang bakal bergelar Hero Remaja 2021.

Bagaimana agaknya perasaan finalis terakhir Mierul Aiman dalam membuat persediaan menjelang finale? Jom kita selami perasaan dan harapan Mierul untuk persembahan akhir malam esok.
“Persiapan saya untuk finale ini yang penting sekali adalah saya perlu siapkan diri saya daripada segi mental untuk berhadapan dengan ribuan penonton pada malam itu. Saya kena percaya pada diri sendiri dan bagaimana cara untuk berjuang dalam pentas akhir Hero Remaja 2021,”
“Saya dah lalui sebanyak tujuh episod bersama rakan-rakan yang lain, dan pada malam finale nanti insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik buat semua penyokong yang telah menyokong saya selama ini. Persiapan yang lain pula, saya perlu mencari kreativiti untuk membuat kelainan kerana kekuatan setiap peserta adalah daripada kelainan yang mereka tampilkan,”
“Tapi apa-apa pun, pada malam itu nanti Mierul hanya nak have fun and enjoy the moment, adat pertandingan ada yang menang, ada yang kalah. Paling penting, Mierul dapat menjadi seorang penghibur pada malam itu,” ujar Mierul.

Sudah melangkah ke pentas akhir, pastinya setiap finalis mengimpikan gelaran Juara bagi melengkapkan misi mereka dalam Pencarian Hero Remaja 2021. Begitu juga dengan peserta 24 tahun ini, bergelar seorang Juara adalah misi utamanya ketika daripada awal lagi dipilih sebagai finalis.
“Harapan Mierul sejujurnya ingin menjadi Juara pada malam itu dan ingin berseronok menjadi penghibur untuk menghiburkan penonton. Dan terakhir sekali, saya ingin membuatkan ibu bapa saya bangga kerana jika bukan sokongan daripada mereka, saya tidak akan pergi sejauh ini,” tambahnya lagi.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite anda di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“I Think Your Ego Gets In The Way” – Drama Episod 7 Di Kelantan

Ekspektasi semakin tinggi, peluang semakin mengecil..
Episod separuh akhir Hero Remaja 2020 melabuhkan tirainya pada minggu ini dengan penuh kejutan.
Pertama sekali, 7 orang finalis tidak menyangka tugasan pada peringkat ini akan membawa mereka ke dua buah negeri berbeza untuk cabaran mini dan maxi.
Ditemani mentor jelita dan juara Puteri Muslimah Asia 2018 iaitu Uyaina Arshad, cabaran sebagai seorang standupper di bandaraya Melaka mencabar skil mereka untuk menghasilkan slot video pendek mengenai keunikan rumah tradisional Malaysia dalam tempoh yang singkat.

Tanpa sempat melepaskan lelah, mereka dibawa pula ke Kelantan untuk melaksanakan cabaran maxi sebagai seorang hos travelogue yang menyentuh tradisi serta adat masyarakat Melayu di sana
Menurut juri tetap, Dato’ Hans Isaac, ini bukan lagi masa untuk alasan seperti, ‘Saya akan cuba dan belajar.’
Kata beliau, “Kami sedang menilai mereka sebagai seorang penggiat seni profesional.” Scha Alyahya turut bersetuju dan tidak sabar untuk menantikan potensi masing-masing sebagai salah seorang finalis Top 5 Hero Remaja 2020.
Jom lihat apa komen juri mengenai 7 orang finalis tersebut.
JABIR
Sebagai pesaing yang memenangi cabaran mini, cara pengacaraan Jabir diakui okay di mata juri walaupun kadangkala ia kelihatan sedikit ‘forced’ ataupun kurang natural.
HANS: Cara pertuturan awak mengingatkan saya kepada diri saya dahulu semasa muda, kita bercakap terlalu pantas disebabkan campur-baur perasaan di depan kamera. Kita excited, kita nervous.
Cuma satu perkara yang ingin saya tegur, I think your ego gets in the way bila awak melakukan performance yang bagus. Kita kena ingat, sebagai hos dan pengemudi rancangan, it is not always about us. It is also about the crew.
MEERQEEN

Bagi peserta yang mendapat tugasan membuat keris ini pula, juri merasakan Meerqeen masih perlu belajar untuk melakukan tugasan berseorangan. Tanpa kehadiran rakan hero lain, kadangkala dia kelihatan lost.
SCHA: Saya suka presence awak di hadapan kamera tetapi awak perlu pandai adjust diri bila bercakap di depan kamera. Ya cuaca panas sebenarnya boleh mencepatkan degupan jantung dan ia selalu membuatkan mana-mana pengacara terlupa skrip dan rasa cemas.
Jadi awak perlu pandai untuk sesuaikan diri dengan cepat dan belajar teknik pernafasan yang betul.
UMAR

Seperti yang ramai telah tonton, Umar memperolehi komen yang agak pedas untuk cabaran mini sewaktu di Melaka. Disebabkan kesuntukan masa, Umar berdepan masalah untuk menyiapkan tugasan dengan cermat walaupun Scha Alyahya mengharapkan menjadi salah seorang finalis yang berjaya.
HANS: Satu perkara yang saya lihat, awak terlalu tensed. Ini Hero Remaja, tetapi cara pengacaraan awak seperti rancangan dokumentari. Jadi Umar, awak perlu tahu audience awak yang sedang menonton adalah remaja yang sebaya atau lebih muda dari awak.
HAZIQ

Haziq membuatkan juri berbelah bahagi. Bagi Scha, dia selesa dengan interaksi Haziq yang santai di hadapan kamera. Namun bagi Dato’ Hans, cara tersebut kelihatan terlalu kasual sehingga beliau beranggapan Haziq adalah selebriti jemputan rancangan, bukannya hos.
SCHA: Saya faham apa yang Dato’ cakapkan. Tetapi saya masih rasakan Haziq telah melakukan tugasan dengan baik. Smooth saja flow ketika awak membawa penonton di sekeliling Pasar Siti Khadijah.
IMRAN

HANS: Wayang kulit adalah di antara budaya negara kita yang paling berharga bagi saya. Mengapa? Ramai remaja sekarang yang sudah tak mengenali wayang kulit. Jujurnya, video Imran mempunyai banyak loophole yang sepatutnya tidak berlaku.
Awak perlu fikirkan apa poin yang penonton ingin tengok, you have to be convincing as a host. Persembahan awak pada minggu ini bagi saya tersekat and that is unfortunate.
NADHIR

ANIQ

Episod berakhir apabila 5 orang finalis diumumkan sebagai peserta terakhir Hero Remaja 2020.
Tahniah kami ucapkan kepada Jabir Meftah, Haziq Nazimuddin, Umar Hisham, Meerqeen dan Nadhir Nasar. Untuk dua lagi finalis iaitu Aniq Suhair dan Imran Aqil, Scha dan Dato’ Hans masing-masing melihat mereka mempunyai potensi yang amat besar selepas Hero Remaja 2020.

“Imran dan Aniq merupakan di antara peserta yang termuda dan mereka berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah segala-galanya. Kami ucapkan all the best kepada mereka berdua,” kata Scha.
Adakah korang setuju dengan keputusan episod separuh akhir ini? Dan bagaimana pula nasib episod finale setelah Malaysia masih dalam situasi perintah kawalan pergerakan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


