Hadir sebagai pendatang baru yang semakin meningkat namanya dalam industri lakonan, Meerqeen kini boleh tersenyum lebar apabila satu-persatu naskah sentuhannya ‘menjadi’ dan diminati ramai.
Terbaru, Meerqeen mendedahkan kepada REMAJA baru-baru ini bahawa tidak lama lagi, dirinya bakal menyertai sebuah produksi di Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah filem.
“Selepas Melur Untuk Firdaus (musim kedua), akan ada satu langkah kanan saya ke industri luar. (Ia) salah satu (projek) terbesar dalam kerjaya saya setakat ini.
“Filem. Saya akan jayakan sebuah filem bergenrekan seram. Pelakon-pelakon pun hebat-hebat belaka.. dari sana (ketawa). Pengarah juga seorang yang power juga. Saya tidak sabar dan teruja menantikannya. Doakan saya yang terbaik,” ujar Meerqeen.
Pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu juga menggambarkan bahawa peluang yang diterimanya ini adalah hasil usahanya serta pasukan yang sentiasa bergiat aktif bagi memastikan kalendar tahunan Meerqeen tidak dibiarkan sepi tanpa projek terbaru. Antara percubaan awal mereka untuk menembusi pasaran Indonesia adalah menerusi drama bersiri web, Modus Operandi.
“Sedikit sebanyak mereka telah ‘nampak’ kelibat saya menerusi siri web yang dihasilkan oleh sebuah produksi Indonesia.
“Sebagai seorang pendatang baharu di sana, bagi apa-apa projek lakonan baharu tentunya saya perlu memberikan 200 peratus usaha dan tenaga. Jadi dengan usaha yang saya berikan menerusi projek pertama tempoh hari, ada rezeki lain yang sampai. Alhamdulillah,” luahnya lagi.
Mengenai persediaan Meerqeen sebelum melangkah masuk ke set penggambaran filem tersebut, dia mengakui ia memerlukan tempoh persediaan yang agak panjang demi memastikan segalanya sempurna dari pelbagai sudut.
Ads
“Orang cakap, I will go all out for this time. Saya sudah ‘bercuti’ sebentar dari April hingga Ogos demi memberi fokus kepada satu naskah ini sahaja. Tempoh yang agak lama ini perlu agar saya boleh ‘membuang’ karakter daripada projek lakonan terdahulu dan benar-benar menghayati sisi karakter baharu yang peminat belum pernah lihat sebelum ini daripada saya.”
@remaja.my Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY#PUMARAYA#majalahremaja#remaja#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
Tanpa ingin mendedahkan sebarang spoiler, Meerqeen bagaimanapun berkongsi bahawa projek filem ini memerlukan dia berdedikasi untuk memperolehi fizikal tegap di gym dan menguasai teknik seni mempertahankan diri selain memperbaiki lagi skil lakonannya.
Ads
“2023 adalah tahun untuk kita sama-sama menyaksikan naskah-naskah yang ‘jelita’ daripada saya. Banyak kejutan dan ‘buah tangan’ yang ingin saya berikan kepada anda semua,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Hero Remaja merupakan platform bagi membuka peluang kepada anak muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air. Rata-rata yang hadir ke sesi uji bakat semalam membawa satu misi yang sama, iaitu ingin menonjolkan kemampuan dan bakat yang ada dalam diri.
Bagi Muhammad Amirul Aiman, 23, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal mengambil peluang untuk menyertai sesi uji bakat Hero Remaja 2021. Ini merupakan percubaan pertama untuk dia melangkah lebih jauh lagi dalam industri seni.
“Sebelum ini, saya pernah menceburkan diri dalam bidang peragaan dan berpengalaman memasuki pertandingan fesyen anjuran pereka terkenal tanah air. Namun, rezeki tidak memihak kepada saya kerana tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya,”
“Selepas itu ada juga beberapa casting yang saya pergi tetapi rasanya belum ada rezeki lagi untuk berlakon. Tapi Alhamdulillah, saya masih berpeluang dalam bidang peragaan dan menimba pengalaman bekerjasama dengan beberapa jenama fesyen terkenal negara,”
“Tahun ini saya rasa masa yang sesuai untuk mencuba nasib menyertai Hero Remaja 2021 kerana saya pun dah nak menamatkan pelajaran. Saya ingin menunaikan hasrat ibu dan ayah untuk melihat saya menggenggam segulung ijazah. Jadi, saya berharap sekiranya saya dipilih, biarlah ketika itu saya sudah menamatkan semester di tahun air. Ada dua minggu sahaja lagi. Harapnya semua berjalan dengan lancar,” jawab Amirul.
Melihatkan kepada perjalanan dan pengalaman yang dikongsi oleh Amran, ia mengingatkan kami kepada Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kerana sebelum menyertai pertandingan ini juga, Nadhir memulakan kariernya sebagai seorang peragawan. Ditanya adakah Nadhir ‘benchmark’ untuk dirinya turut sama menyertai Hero Remaja, Amran punya jawapannya tersendiri.
“Saya kenal Nadhir sejak tahun 2016 lagi, ketika sama-sama menghadiri uji bakat bagi sebuah jenama fesyen tempatan. Saya bangga dengan Nadhir kerana dia telah mencapai apa yang dia inginkan sejak kecil lagi. Saya rasa, saya jadikan dia sebagai contoh yang bagus dan bukannya saya nak tiru dia, tapi saya melihat usaha dan sikap tidak putus asanya kerana saya pun dari dulu berangan-angan nak jadi anak seni, selalu pergi casting tapi kena reject. Jadi, saya lihat apa yang Nadhir lakukan sekarang sebagai semangat untuk saya lebih berusaha gigih lagi,” jelasnya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua Hero diminta untuk menggayakan pakaian RAKAN mereka dalam masa 20 minit. Dangan partner masing-masing, mereka perlu tentukan baju, konsep, dan arahan seni photoshoot mereka sendiri tanpa pertolongan. Siapa fashionable dan siapa tidak? Who gets it right? Vote hero favourite korang sekarang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh dua minggu lalu apabil salah seorang finalis hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair dibandingkan dengan ahli kumpulan K-Pop popular, V (Kim Tae-hyung) daripada BTS.
Amboii, sama ke korang? Hehe..
Apapun, peminat remaja 20 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini pastinya teruja dengan perkembangan terbarunya.
Walaupun pencarian Hero Remaja 2020 masih belum menutup tirai dengan episod finale yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 16 Julai ini di saluran Astro Ria & Ria HD, Aniq sudah mula menangkap perhatian produksi lakonan.
Terbaru, dia diberikan kepercayaan untuk menyertai sebuah produksi drama tempatan; sekaligus menjadikan peluang ini sebagai projek pertamanya sebagai seorang pelakon.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila mendapat watak untuk drama pertama saya. Walaupun ini boleh dikatakan sebagai debut saya, kepercayaan daripada pihak produksi untuk digandingkan dengan nama-nama besar amat saya hargai,” katanya yang juga baru saja menyelesaikan sebuah penggambaran kempen baharu dengan sebuah label fesyen tempatan.
Tambah Aniq lagi kepada REMAJA, “Tanpa pengalaman, kadang-kadang saya risau juga seandainya watak yang digambarkan oleh mereka itu tidak sampai. Namun saya bertuah kerana team produksi sangat mesra, memberikan tunjuk ajar kepada saya dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu terutamanya di kalangan pelakon berpengalaman. Segala ilmu yang saya terima hasil penyertaan saya dalam Hero Remaja 2020 turut saya gunakan untuk menjayakan watak tersebut.”
Apabila ditanya mengenai perasaannya bila digandingkan dengan penyanyi ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali untuk drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ itu, Aniq tak dapat menyorokkan rasa gugup ketika mula memasuki set penggambaran. Secara pantas, dia membuang perasaan itu apabila Bella yang disifatkannya sebagai friendly mudah bekerjasama dengannya yang masih baru.
“Menerusi drama 40 episod ini, saya memegang watak sebagai Mohd Radzi dan ia bakal ditayangkan di TV3. Saya tak sabar untuk melihat hasilnya,” katanya lagi yang juga teruja menantikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.
“Saya tak sabar untuk bersama-sama rakan finalis lain di atas pentas. Nantikan!”
Selain Nabila Razali, drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ ini juga dibintangi Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
Congrats Aniq! Kami ucapkan good luck dan semoga terus maju jaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes tikaman sekolah Banting mengejutkan apabila seorang pelajar perempuan cedera dalam insiden di sebuah sekolah menengah di Selangor yang kini masih dalam siasatan polis.