‘Perang’ di antara jenama-jenama fesyen baju Melayu Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang semakin hari semakin giat!
Masing-masing enggan kalah dari aspek rekaan baju, pemilihan duta dan idea pemasaran kepada pelanggan mereka.
Terbaru, jenama Elrah Exclusive tampil dengan gandingan dua beradik yang mencuri tumpuan warganet dewasa kini sebagai duta kempen Raya 2023 mereka. Mereka tidak lain tidak bukan ialah pelakon yang semakin ‘masyuk’ dengan rezeki lakonan dan duta jenama, Meerqeen serta adik bongsunya yang baru berusia 1 tahun 7 bulan, Mohd Shaqeel Shauqeen.
Akui Meerqeen, gandingan sulung dengan adiknya itu dalam sesebuah penggambaran adalah lamaran pertama yang dipersetujui oleh mereka walaupun telah banyak jenama lain yang pernah menyatakan hasrat yang sama bagi kempen jenama masing-masing.
Jadi, apa yang membuatkan Meerqeen bersetuju dengan lamaran Elrah Exclusive ini?
“(Sebelum ini), kami sekeluarga merasakan belum masa yang sesuai untuk dia (Shaqeel) terlibat di dalam bidang seni kerana usianya yang masih mentah.”
Ads
“Tapi apabila saya dilamar sebagai sebahagian daripada wajah jenama (Elrah Exclusive) kali ini, Shaqeel turut diberikan peranan yang sama dan pastinya peluang berkenaan tidak dilepaskan untuk berkerja bersamanya,” kata pelakon yang dicungkil bakatnya daripada pencarian Hero Remaja 2020 itu.
Tambahnya lagi, pihak keluarga juga tidak mempunyai masalah bagi memberi kebenaran untuk Shaqeel ‘bekerja’ sebagai model kempen memandangkan pasangan beradik itu hanya perlu terlibat dalam sesi fotografi bersama sahaja dan tidak komited dengan skop kerja lain seperti penggambaran video yang melibatkan banyak babak.
“Ini adalah pekerjaan pertama Shaqeel dan saya gembira kami dapat bergandingan bersama-sama. Memang dia banyak ragam dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi semuanya berjalan lancar.”
Ads
“Bila melihatkan hasil kerja, semua rasa penat hilang. Kalau ada lagi tawaran seperti ini datang pada masa hadapan, insya-Allah saya akan pertimbangkan memandangkan peluang sebegini tak selalunya datang,” ulas jejaka berusia 22 tahun ini.
Ragam yang dipertontonkan oleh Meerqeen dan Shaqeel di media sosial selama ini telah mencuri tumpuan ramai warganet baik dari Malaysia mahupun Indonesia. Tidak hairanlah mereka yang menjadi pilihan Elrah Exclusive!
Ujar Meerqeen, pengambaran baju Melayu ini mengambil masa 8 jam untuk disiapkan dan dia sendiri perlu melayan keletah Shaqeel untuk mendapatkan gambar yang menarik. Namun, segalanya masih berjalan lancar.
Selain pasangan beradik itu, kempen Raya tersebut turut memaparkan beberapa lagi pelakon popular sebagai modelnya termasuklah Ben Amir, Khai Bahar, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen, Fadhli Masoot dan dua bintang TikTok seperti Aabias dan Wan Chai.
Lebih mengujakan Meerqeen adalah apabila wajah mereka terpampang di papan iklan LED gergasi TS Law bersebelahan menara TRX yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
“Alhamdulilah, ramai yang mula perasan dan papan iklan tersebut tular di media sosial. Semoga kedatangan lebaran kali ini akan memberikan kegembiraan kepada semua.
Untuk peminat saya pula, jangan lupa menonton Melur Untuk Firdaus 2 yang sudah mula ditayangkan. Terima kasih atas sokongan semua,” tambahnya lagi.
FOTO: Elrah Exclusive
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perempuan boleh jadi seorang yang sangat penyayang dan kadang boleh terlihat sebagai seorang yang sangat menggerunkan juga.
Namun, jangan cepat menghukum. Sudah menjadi lumrah perempuan dilahirkan sebagai seorang insan yang penuh dengan emosi.
Wahai lelaki, percayalah tak susah sebenarnya nak deal dengan kaum perempuan ni. Apa yang penting adalah korang kena betul-betul faham naluri dan sifat sebenar mereka, barulah korang tak anggap perempuan ni sejenis yang merimaskan. Hehe
Di sini REMAJA nak share kan 10 fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki ambil tahu. Korang yang laki-laki tu take note okay?
1. Perempuan suka kan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka.
2. Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.
3. Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah.
Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai.
4. Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa!
Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas. Haihh *ketuk dahi*
5. Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.
6. Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati.
Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.
7. Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut.
Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.
8. Air mata adalah senjata utama perempuan.
9. Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk!
10. Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beg mekap atau beg tangan perempuan, mesti wajib ada bilotting paper atau kertas lap minyak.
Contohnya, seperti jenama Clean & Clear dan Watsons.
Juga dikenali sebagai oil absorbing sheets, obviously ia digunakan untuk mengelakkan muka dari terus berminyak.
Terutamanya bagi orang Malaysia seperti kita, muka berminyak adalah satu perkara normal tambahan pula dengan iklim panas terik dan hujan.
Namun, rupa-rupanya ada 2 lagi fungsi blotting paper yang tak diketahui ramai orang.
01
Blotting paper boleh membuatkan mekap bertahan lebih lama. Sama juga fungsinya seperti primer, selepas korang meratakan foundation cair atau krim, ambil blotting paper dan tepekkan pada muka.
Jangan risau, mekap tak akan hilang. Apa yang hilang adalah kesan minyak pada kandungan mekap.
Apabila korang menyolek dengan blusher dan powder selepas itu, mekap tersebut mudah sebati dengan muka tanpa gangguan lapisan minyak, lalu bertahan lebih lama.
02
Haa, korang pun boleh buatkan warna lipstik bertahan lebih lama dengan blotting paper.
Caranya, oles lipstik pada bibir seperti biasa. Kemudian, tepekkan blotting paper pada bibir untuk membuang kandungan minyak pada lipstik.
Selepas itu, oles kembali bibir dengan lipstik yang sama. Kali ini, warna bibir akan kelihatan lebih matte berbandinv sebelum ini.
Cer Try dan beritahu kami sama ada ia berkesan atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, soal kecantikan dan penjagaan diri tidak sesekali akan diabaikan.
Buktinya, program kegemaran ramai, Get It Beauty On The Road Malaysia kembali lagi untuk musim ketiga!
Bertemakan ‘Love Yourself’, musim ketiga ini sedikit berlainan apabila penggambaran dilakukan secara berasingan di Malaysia dan Korea Selatan kerana kekangan wabak.
Antara intipati menarik dalam musim ketiga Get It Beauty On The Road Malaysia ini adalah perbincangan ‘masalah’ dunia kecantikan.
Iyalah, kita dah membeli produk kecantikan dan cuba memakainya, tapi tak nampak efek pun. Contohnya seperti face mask. Apabila memakai face mask, ada yang mendakwa lebihbanyak pula masalah yang timbul pada muka seperti mask-ne. Kenapa agaknya ia terjadi?
Kongsi Kim Ki Soo kepada REMAJA, “Masalah bila memakai face mask sebenarnya berpunca daripada ketidak seimbangan kandungan air dan minyak pada wajah seseorang. Jadi sebelum memakai mask, korang terlebih dahulu perlu membersihkan wajah secukupnya.
“Bila seseorang memakai mekap terutamanya foundation, sisa mekap mungkin masih ada pada kulit walaupun korang telah bersihkannya.
“Oleh itu, saya cadangkan untuk meratakan primer sebelum foundation agar solekan mudah dibersihkan. Selepas bersih, korang boleh ratakan face mask pada wajah. Barulah tiada masalah kulit,” jelasnya.
Penulis pun tak tahu kelebihan memakai primer tu.
Haa, itu baru satu tip. Ada banyak lagi tip yang ingin mereka kongsikan menerusi program Get It Beauty On The Road, Malaysia musim ketiga.
Menariknya, hos tetap seperti Kim Jung-Min, Kim Ki Soo dan Nadiyah Shahab akan ditemani oleh seorang hos jemputan pada kali ini iaitu Han Byul!
REMAJA tertarik dengan penglibatan Han Byul kerana lelaki pada zaman sekarang pun lebih terbuka menjaga kulit wajah dan kebersihan badan.
Sometimes, wajah lelaki lebih licin daripada perempuan tau! Hehe..
“Of course lah (menjaga muka itu penting)! Lelaki akan kelihatan lebih kacak dengan kulit sihat,” akui Han Byul.
Nadiyah Shahab pula percaya bahawa lelaki yang menjaga kulit wajah bersih adalah lebih yakin dan mudah bergaul dengan orang di sekeliling.
*
Tak kiralah korang lelaki ataupun perempuan, nampaknya tak ada masalah untuk semua orang menonton Get It Beauty On The Road, Malaysia bermula 5 Oktober 2020 (Isnin) di saluran tvN dan Astro RIA.
Pastinya ada banyak tip menarik yang boleh diperolehi oleh penonton kedua-dua jantina.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!