
Tahniah buat Syafiq Yusof & isteri!
Pengarah berkaliber, Syafiq Yusof berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata ketiganya, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan

Perkara tersebut dikongsikan pengarah filem Abang Long Fadil 3 itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menjengah pada hantaran itu, Syafiq ada memuat naik beberapa keping foto putera pertamanya yang diberi nama Muhamad Nu’Aiman.

“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah… 3rd child, first boy. Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan ahli keluarga turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
“Syukur Alhamdulillah. Cucu kelapan dalam keluarga Haslam,” tulis ibu Syafiq, Datin Patimah Ismail dalam ruangan komen.

Sekadar informasi, Syafiq mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Aisyeah Zainal pada tanggal 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah dan Nuur Nusaybah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syafiq Yusof
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Duit Tak Pernah Cukup? Ikut 16 Teknik Tabungan Mudah Ni

Hari ini, ramai yang mengeluh tentang wang yang tak pernah cukup. Baru dapat gaji dan belum pun cukup bulan, semuanya sudah habis digunakan tanpa ketahui ke mana cabangnya. Ketika itu, ramai yang membuat pelbagai pinjaman, penggunaan kad kredit dan pelbagai sumber lain.
Disebalik kemelut kewangan, fakta ini mungkin jelas menakutkan kerana setakat tahun lalu seramai 294,000 rakyat Malaysia diisytiharkan muflis selepas terjebak dengan hutang seperti sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman sosial.
Masa yang sama, sebanyak 1.1 peratus individu diisytihar muflis antara 2014 hingga 2016, adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun.
Dalam satu kenyataan akhbar tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata punca utama kemuflisan itu disebabkan hutang kad kredit akibat penggunaan melebihi kemampuan.
“Bagi tempoh Januari hingga September tahun lalu, sembilan individu di bawah usia 30 tahun diisytihar muflis berbanding 3.7 juta pemegang kad kredit.
“Pada 2014, seramai 12 individu bawah 30 tahun diisytihar muflis bagi tempoh sama, 17 orang (2015) dan 22 orang (2016).

Mungkin ramai yang berkata, simpan duit sekurang-kurangnya 10 peratus dari wang gaji dijadikan tabungan. Tapi ramai pula yang memaklumkan gaji mereka kecil dan bagaimana harus penyimpanan dilakukan.
Disenaraikan 16 teknik penyimpanan wang oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai cara menyelamatkan duit.
Ada 16 cara disenaraikan dan mana tahu korang boleh ikut tekniknya.
– Belanja kurang daripada pendapatan setiap bulan
– Fikirkan cara untuk tambahkan pendapatan
– Ubah gaya hidup (dari boros kepada jimat)
– Rancang kewangan anda dengan buku bajet bulanan
– Mulakan menabung dengan duit hijau dan oren (RM5, RM10 dan RM20)

– Bagi pengguna kad kredit, elak bayar minima, bayar penuh
– Tahan tabiat membeli belah, beli bila perlu
– Pupuk tabiat bebas hutang
– Pilih pakej kenderaan yang berpatutan
– Kurangkan riadah di pusat membeli belah


– Kurangkan merokok
– Jadikan tahun ini misi untuk hidup sihat, makan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam
– Ukur baju di badan sendiri
– Kitar semula pakaian terpakai
– Kawal tabiat boros terhadap aksesori kenderaan
– Banyak menggunakan kenderaan awam
Kalau korang dapat buat lima dari 16 perkara disenaraikan bermula sedikit demi sedikit, insya Allah, korang akan lebih menghargai nilai wang yang semakin mengecil sekarang ini.
Kredit : Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Seni Berwibawa, Lakonan Hebat Izzue Islam Buai Jiwa Penonton. Pernah Menang Anugerah FFM

Nama Izzue Islam bukanlah baharu dalam dunia seni tempatan, jejaka berusia 32 tahun ini berjinak-jinak dalam dunia hiburan sebagai pelakon tambahan sebelum di angkat sebagai pelakon utama. Setiap kali kelibatnya muncul di kaca televisyen atau pun layar lebar, tidak perlu disangkal bakat yang dimilikinya.
Baru-baru ini dirinya sekali lagi menjadi bualan apabila drama bersiri Rindu Kasih lakonannya bersama heroin, Ummi Nazeera menjadi sohor kini. Bukan hanya meraih tontonan yang ramai di kaca televisyen, drama tersebut turut tular di media sosial sehinggakan menjadi carian paling banyak diperkatakan di Twitter.

BACA JUGA: Graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Ummi Nazeera Anak Seni Hebat Masa Kini
Jom kita lihat beberapa trivia mengenai selebriti popular yang memiliki lebih 4.2 juta pengikut di laman Instagram & TikTok ini.
- Nama penuh Izzue Islam ialah Muhammad Izzul Islam bin Mazlan dan dia berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
- Dia pernah bekerja di kedai makan sebelum melangkah masuk ke dalam industri seni. Menurut sumber, ketika bekerja disitulah Izzue berkenalan dengan isterinya, Awin Nurin yang menjadi orang kuat di belakangnya sehingga hari ini.

- Jejaka kacak ini pernah mengganggotai kumpulan Forteen bersama Ariz Lufias, Ameerais Azhar dan One Sharifuddin. Dia mengundurkan diri dari kumpulan tersebut pada tahun 2018 sejurus tamatnya Gegar Vaganza 5. Kumpulan Forteen berjaya sampai ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut.
- Selain berlakon dalam banyak telefilem dan drama televisyen, Izzue juga telah membintangi pelbagai filem. Antaranya seperti Songlap, 29 Februari, Kami Histeria, Suami Aku Ustaz, Remp-It 2 dan Juang
- Hasil usahanya menampilkan lakonan yang berkualiti, Izzue pernah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia kali ke-25 menerusi watak Razak dalam filem 29 Februari. Selain itu dia juga banyak menerima pencalonan di anugerah berprestij seperti Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Bintang Popular dan Asian Televison Awards.

- Izzue juga pernah menjadi pemenang Vokal Berkumpulan Terbaik yang dimenanginya bersama kumpulan Forteen ketika Anugerah Industri Muzik kali ke-19.
- Izzue dilihat sebagai antara gandingan serasi bersama Ummi Nazeera. Watak sebagai Amir yang menjadi suami kepada Salina (lakonan Ummi) dalam drama bersiri Rindu Kasih melonjakkan kredibilitinya sebagai pelakon. Sebelum ini, mereka pernah tiga kali digandingkan bersama dalam drama lain.
- Kini, Izzue merupakan salah seorang dari 50 juri yang menghiasi pentas rancangan nyanyian All Together Now Malaysia musim kedua yang disiarkan setiap Ahad bermula 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria.
Tak sabar nak menantikan naskah dari pelakon ini yang seterusnya, biarpun baru berusia 32 tahun, langkahnya dalam dunia seni sudah pun melebihi 10 tahun. Dia antara aktor berkaliber masa kini yang menjadi pilihan ramai pengarah.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Selebriti Pernah Jadi Ratu Cantik, Bawa Nama Malaysia Ke Persada Dunia

Sebelum bergelar seorang selebriti, kebanyakan daripada mereka mempunyai background yang berbeza. Pendek kata, setiap manusia itu mempunyai pengalaman ‘kesusahan’ sebelum menjadi seperti apa yang mereka kecapi hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Hidup Mewah Sejak Kecil, Ini 6 Selebriti Indonesia Yang Lahir Daripada Keluarga Kaya
Mempunyai paras rupa yang menawan merupakan satu bonus buat selebriti ini kerana kecantikan yang dimiliki itu menjadi titik tolak untuk meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ada beberapa selebriti popular dunia sebenarnya pernah memegang atau menyertai pertandingan ratu cantik.
Tidak hairanlah sekiranya mereka terlibat dalam pertandingan kecantikan seumpama ini kan? Nah, berikut kami senaraikan antara barisan selebriti tempatan yang pernah bergelar ratu cantik dan mewakili Malaysia di persada dunia.
- Tan Sri Michelle Yeoh
Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1983, Tan Sri Michelle Yeoh mula lebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Bukan itu saja, dia juga berjaya menjadi pelakon antarabangsa yang popular. Antara filem antarabangsanya yang popular dibintanginya adalah James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian, Shang-Chi dan banyak lagi.
2. Erra Fazira
Primadona filem Melayu, Erra Fazira telah mencipta namanya selepas memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 pada usianya 18 tahun. Sejak itu dia makin dikenali dan mula menceburkan diri sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara.
3. Dr. Soo Wincci
Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci telah mendapat peluang dalam bidang hiburan dengan membintangi beberapa drama tempatan. Malah, wanita cantik ini turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World pertama yang menerima pengiktirafan itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Dr. Soo Wincci Terima Gelaran Profesor Madya, Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Record
4. Elaine Daly
Bermula sebagai seorang model, Elaine kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2003. Selepas memenangi pertandingan itu, Elaine terus menceburi bidang lakonan dan pengacaraan disebabkan kefasihan dalam Bahasa Melayu.
5. Kavitha Sidhu
Dikenali sejak membintangi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam, Kavitha pernah wakili Malaysia dalam pertandingan Miss Charm Intercontinental 1990.Selepas memenangi pertandingan tersebut, dia menjadi antara wakil Malaysia yang pertama menjuarai pertandingan ratu cantik di peringkat dunia.
6. Deborah Henry
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah pernah memegang gelaran Miss World Malaysia 2007. Ketika itu dia berjaya meluluskan diri dalam kalangan finalis Top16 di China.Selain menjadi model, Deborah pernah muncul sebagai pengacara TV iaitu rancangan Bella ntv7. Malah dia juga pernah terlibat dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
7. Rozita Che Wan
Siapa tak kenal Che Ta, selebriti ini merupakan seorang pemenang Miss Intercontinental Malaysia 1992 dan pernah wakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Walaupun terjun ke industri sebagai pelakon agak lewat, tetapi lakonannya sering jadi pilihan ramai sehingga membuatkan dia antara barisan pelakon yang popular.
8. Thanuja Ananthan
Memiliki ketinggian melebihi 180cm, selebriti tinggi lampai ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Sejak daripada itu, dia ‘dilamar’ untuk menjadi seorang pelakon dan hos. Jangan lupa saksikan lakonan Thanuja dalam drama Temuan Takdir, Anak Merdeka dan DM Hati Awak.
Tak hairanlah kalau mereka pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik kan kerana masing-masing punya aura dan kecantikan tersendiri.
BACA LAGI : Percaya Atau Tidak, Ini 9 Selebriti Popular Yang Pernah Bergelar Ratu Cantik
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

