Sejak berdekad, pertandingan Hero Remaja menyaksikan ribuan anak muda berusia di bawah 24 tahun mencuba nasib dalam pertandingan berprestij ini. Setiap dua tahun sekali, sesi ujibakat diadakan bagi mencari pelapis terkini. Malah banyak nama-nama besar dalam industri seni lahir dari program ini seperti Fattah Amin, Syafik Kyle dan ramai lagi.
Tahun ini juga menyaksikan ribuan anak muda hadir di sesi ujibakat sebelum 12 orang calon terbaik terpilih untuk mengharungi kesemua cabaran. Tidak hanya bersandarkan paras rupa namun pertandingan berprestij ini turut mencari anak muda yang mampu menjadi inspirasi kepada rakan sebaya.
Semalam menyaksikan Nadhir Nasar, 23 dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2020 menggantikan Aliff Muhaimin yang memenanginya dalam pertandingan sebelum ini. Di pertandingan berprestij ini juga menyaksikan Imran Aqil, 21 tahun terpilih sebagai Hero Inspirasi dalam pertandingan berakhir semalam.
Berkongsi perasaanya, jelas Imran dia benar-benar terkejut sebaik namanya diumumkan oleh pihak penganjur.
Menyifatkan dirinya “serba kekurangan” berbanding hero lain, jelas Imran dia banyak belajar dalam pertandingan ini.
Ads
“Bila saya sembang dengan mereka, saya tahu saya serba kekurangan. Saya jenis tak suka membaca, menyanyi pun tak boleh, menari sikit-sikit. Pendek kata tiada apa kelebihan saya. Tapi bila sembang masa senggang ia jadi pemangkin untuk saya jadi sesuatu. Masuk dalam pertandingan ini, saya banyak beli buku untuk memperbaiki ilmu pengetahuan saya agar saya tidak tertinggal.
“Ia juga memupuk sikap ingin bersaing secara sihat. Mahu jadi yang terbaik. Pendek kata, saya perbaiki diri saya untuk nampak sehebat finalis lain. Alhamdulillah, saya merasakan diri saya lebih baik semasa dan selepas dari pertandingan ini,” katanya ketika ditemui.
Ads
Dalam pada itu, Imran berkata dia berpegang pada satu prinsip berbuat baiklah kerana Allah, bukan untuk menunjuk kepada sesiapa.
“Mungkin ada sikap-sikap saya yang pihak penganjur nampak tapi saya tak sedar dan alhamdulillah saya terpilih sebagai Hero Inspirasi. Saya percaya, ia terilham dari rasa percaya peminat pada saya hingga saya meraih gelaran ini,” katanya yang gemar melakukan kerja-kerja sukarelawan malah merupakan alumni kepada Yayasan Sukarelawan Siswa.
“Saya banyak ikut projek dalam Yayasan Sukerelawan Siswa ini. Sebelum ini sebulan kami ke Vietnam dan pernah dua minggu ke Sabah. Insya Allah lepas habis PKP ini projek di Sabah akan dimulakan dahulu,” katanya mengakui bangga dengan gelaran Hero Inspirasi diperolehnya.
Ads
Ditanya projek selepas pertandingan Hero Remaja 2020 berakhir, Imran Akui 20 hb ini dia antara talent yang terpilih dalam projek video musoc terbitan Kru Music.
“Ia first projek saya. Ada juga saya hantar casting, ada terpilih dan tidak. Insya Allah saya akan cuba lagi meluaskan bakat seni saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Imran sekali lagi mengajak remaja untuk menonjolkan sikap baik dan berbuat kebaikan itu kerana Allah taala.
“Jangan buat baik kerana mahukan reward dari manusia. Tapi buatlah kerana Allah. In return, Allah akan atur hidup kita dengan sebaik-baiknya,” katanya mengakhiri perbualan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan bekas Hero Remaja 2021, Amir Ahnaf tampil berkongsi pengalaman ketika diberi peluang bekerjasama dengan produksi dari negara seberang bagi pembikini filem seram, The Parcel.
Berkata kepada Remaja, dia sangat terharu apabila terpilih untuk tampil di layar skrin negara itu selain ingin mencuba perkara baharu.
Selain itu, walaupun pembikinan karya seram itu agak mencabar, namun dirinya bersyukur kerana dibantu oleh pihak yang terlibat, di sana.
“Alhamdulillah, tekanan yang sangat mantap. Saya suka tekanan itu kerana saya dapat keluar daripada zon selesa dan kita ‘upgrade’ kepada tahap seterusnya.
“Bagi saya, cara komunikasi juga berbeza dengan bahasa dan dialek mereka.”
“Jadi, ia agak mencabar. Bagaimanapun Alhamdulillah, mereka di sana pun menerima kita, orang luar. Ia sedikit sebanyak juga banyak mempermudahkan sayalah,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon naskhah hit Projek: High Council itu turut berkongsi perbezaan berlakon bersama produksi Indonesia dan di tanah air sendiri.
“Saya rasa lebih kurang sama sahaja, tiada banyak beda banget sih (bahasa Indonesia).
“Waktu kerja lebih kurang, tekanan pun lebih kurang. Bezanya hanyalah bahasa sahaja,” ujarnya lagi.
Selain Amir, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.
Untuk informasi, The Parcel mengisahkan tentang seorang wanita bernama Radha yang bertugas sebagai photojournalist. Disebabkan terbelit dengan isu kewangan, Radha dan anak lelakinya terpaksa berpindah ke sebuah rumah yang lebih murah sewanya.
Di sinilah, pasangan anak dan ibu itu mula mengalami peristiwa pelik dan menakutkan disebabkan oleh kisah lama pemilih rumah terdahulu. Ia semua gara-gara Radha membuka sebuah kiriman bungkusan tanpa nama yang tiba di rumahnya.
Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.
Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian kini sedang hangat ditayanh di slot Lestary TV3.
Berkisarkan kisah cinta dan kahwin muda dalam kalangan remaja tempatan, drama bersiri ini menggandingkan wajah-wajah remaja sebagai tunjang utama seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Cik B dan juga dua orang finalis Hero Remaja 2020, Aniq Suhair serta Imran Aqil.
Seperti yang dijangka, pelakon yang memancing perhatian menerusi drama ini ialah Cik B. Rata-rata pengguna aktif media sosial mengenali siapakah gerangan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida ini.
Seringkali memuat naik content ala hype beast dan kadangkala content lucu bersama mamanya itu, gelagat Cik B yang baru berusia 16 tahun sememangnya comel pada pandangan netizen dan pengikutnya.
Aniq Suhair dalam paparan Majalaj Remaja isu Oktober – Disember 2020, kini di pasaran. Foto: IDEAKTIV/Azfarina Sulaiman
Semasa sesi temuramah langsung REMAJA bersama salah seorang pelakon drama ini iaitu Aniq Suhair baru-baru ini, seorang peminat Aniq bertanyakan mengenai karakter Cik B di set penggambaran memandangkan ini merupakan kemunculan pertamanya sebagai seorang pelakon.
“Cik B ini seorang yang sangat pemalu tapi bila sudah mengenalinya, dia amat peramah dan happy go lucky. Kalau korang nak tahu, Cik B seorang yang cepat belajar. Walaupun ini merupakan kali pertama dia berlakon drama tapi dia sangat profesional.
“Bila dia memasuki set, dia terus ‘masuk karakter’ tetapi sebaik pengarah menjerit cut, dia terus menjadi Cik B semula.”
Sebelum ini, Aniq dan Cik B telah berkongsi beberapa foto dan video semasa di set dan ia telah mencuri perhatian peminat mereka berdua. Patut la mereka ni nampak macam dah kenal lama je kan.
Walaupun nama Aniq atau karakternya, Arep sedang menjadi bualan ramai peminat drama tersebut, remaja dari Kuala Lumpur ini sedang sibuk di set pengambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bakal ditayangkan awal tahun depan.
Aniq turut berkongsi cerita menyertai kelas lakonan anjuran pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy demi menimba lebih ilmu dalam bidang lakonan bersama beberapa finalis Hero Remaja 2020 yang lain.
Cayalah Aniq. Remaja doakan supaya Aniq terus berjaya dalam industri hiburan tanah air.
Bagi korang yang terlepas temuramah REMAJA bersama Aniq, klik pautan video DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat pertama kalinya uji bakat pencarian Hero Remaja dilakukan secara online akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2021, Remaja menerima ratusan penyertaan dan hanya yang terpilih dipanggil untuk hadir pada sesi uji bakat Stage 2 di bangunan Nu Ideaktiv.
Seorang peserta uji bakat Hero Remaja 2021 baru-baru ini telah tular kerana kenyataannya “Ingin mengubah dunia” mencuri perhatian netizen.
Menerusi sebuah video di TikTok Majalah Remaja, seorang perserta yang dikenali sebagai @imannorhizam menjawab soalan wartawan, kenapa korang nak sertai Hero Remaja 2021? Iman lantas menjawab, “Nak bawa perubahan kepada dunia”.
Pemuda ini ditemui pada hari uji bakat Hero Remaja 2021 di Stage 3 dan kami sempat bertanyakan kepadanya tentang isu viral berkaitan jawapan yang telah diberikan oleh Iman.
“Banyak sebenarnya orang DM dan WhatsApp. Ada yang komen positif dan negatif tapi sebenarnya Iman kata nak ubah dunia tu adalah daripada segi paling besar, mentaliti. Dalam hidup Iman ni memang pegang dua prinsip, iaitu saya inginkan persekitaran dijaga dengan baiik dan masyarakat menggunakan teknologi terkini dengan berhemah,”
“So, pada Iman platform Hero Remaja ini besar. Saya lihat platform ini dapat memberikan peluang untuk saya untuk menunjukkan nilai positif kepada seluruh masyarakat. Bagi komen-komen negatif pula, saya juga terhibur melihat kreativiti mereka. Sebenarnya saya cuba elak untuk membaca kesemua komen negative tersebut, hanya membaca beberapa komen sekadar untuk mengetahui apa yang berlaku,”
“Sebenarnya, jawapan yang Iman bagi nak mengubah dunia itu adalah a split second answer dimana wartawan bertanyakan secara random kepada peserta secara bergilir-gilir dalam masa serentak. Jadi bila turn saya, saya pun jawablah seperti apa yang pertama sekali terlintas difikiran. Saya bukan jawab untuk dapatkan publisiti,” jelas Iman lagi.
Diharap Iman tidak mengambil hati dan jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam membuktikan impiannya ini.
Apa-apa pun selamat maju jaya buat Iman dan kesemua peserta uji bakat Hero Remaja tahun ini. Kita lihat siapa yang bakal dipilih menjadi top 12 finalis Hero Remaja 2021 nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih belum sampai seminggu selepas majlis perkahwinan anak kepada pemuzik popular Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dan Alyssa Daguise berlangsung dengan meriah di...