
Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu akhirnya terungkai selepas mayatnya ditemukan berhampiran Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu. Mangsa dipercayai telah dibunuh pada Isnin, lapor Sinar Harian.
Dalam pada itu, Nur Farah difahamkan merupakan alumni graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perkembangan terkini kes ini tentu sahaja turut mengejutkan pihak universiti yang menjadi tempat Nur Farah menuntut ilmu sebelum ini.
Menerusi hantaran di laman X rasmi @UPSI_Malaysia, pihak pentadbiran universiti tersebut mengucapkan takziah kepada keluarga Nur Farah.
“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Binti Abdullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” ujar @UPSI_Malaysia.

Hilang 11 Julai lepas
Polis Daerah Mualim memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai.
Menurut kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook, Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, hilang sejak 10 Julai dengan lokasi terakhirnya di Taman Universiti, Tanjung Malim.
Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan kira-kira jam 1.56 pagi, pada 11 Julai.
Bagaimanapun, semalam media melaporkan penemuan mayat seorang wanita dipercayai milik Nur Farah berhampiran Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mayat dipercayai Nur Farah Kartini ditemui sekitar jam 6 petang.
Posting lama arwah undang sedih netizen



ARTIKEL BERKAITAN :Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris
Sumber : 1 @UPSI_Malaysia via X
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘No Dog. Only Rimau Allowed’: Chant ‘Anjing’, Pamer Sikap Tak Sensitif Rakyat Malaysia?
Sukan SEA 2017 edisi ke 29 menyaksikan negara kita menjadi tuan rumah. Ia merupakan kali keenam Kuala Lumpur diberikan penghormatan sebagai tuan rumah. Bagi kejohanan sukan yang cukup istimewa buat warga seluruh Asia Tenggara ini, Kuala Lumpur telah dipilih. Bagi ramai atlet, Sukan SEA merupakan platform untuk mereka menentukan penanda aras pencapaian mereka di peringkat Asia Tenggara; yang mungkin menjadi pembuka jalan untuk meningkatkan prestasi seterusnya ke peringkat lebih tinggi.
Antara acara sukan yang selalu mendapat perhatian ramai ialah bola sepak. Di angkat sebagai sukan nombor satu bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara, setiap perlawanan bola sepak pastinya mendapat perhatian serta liputan yang lebih meluas. Edisi kali ini juga tidak kurang hebatnya. Pasukan negara kita diletakkan di dalam kumpulan A bersama Singapura, Brunei, Laos dan Myanmar.
Terkini, pasukan negara telah berjaya meraih tiga kemenangan dengan yang terbaru semalam menewaskan Myanmar dengan jaringan tiga berbalas satu. Setiap kali pasukan negara turun pastinya ribuan penyokong akan turun ke stadium. Mereka terdiri daripada pelbagai golongan tidak kiralah tua, muda atau pelbagai bangsa. Benarlah kata orang, tiada perkara lain yang boleh menyatukan rakyat Malaysia melainkan sukan.
Namun dalam perlawanan menentang Brunei dan Singapura baru-baru ini telah kedengaran satu nyanyian atau chant yang cukup tidak sedap didengar. Memanggil negara/pasukan lawan dengan gelaran ‘anjing’ bukanlah satu perkara yang boleh kita banggakan. Apatah lagi ditujukan kepada negara seperti Brunei yang sebelum ini tidak pernah ada perseteruan secara serius dalam mana-mana sukan dengan negara kita.
Sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong Malaysia; tidak kiralah bagaimana bentuknya memang cukup ditagih oleh pasukan kebangsaan. Namun, adakah dengan memperlekehkan lawan dengan menggunakan gelaran ‘anjing’ boleh melemahkan semangat mereka? Kita sebagai negara tuan rumah seharusnya memberikan contoh terbaik. Dalam bersaing kita perlu ada rasa hormat kepada pihak lawan. Dengan hormat itu bukan bererti kita lemah atau takut, malah boleh menjadikan kita lebih kuat dengan sokongan yang total daripada semua pihak.
Adakah nyanyian/chant ‘anjing’ diterima oleh semua orang? Melihat reaksi daripada pelbagai pihak di media sosial, ia ternyata memberikan reaksi cukup berbeza/ rata-ratanya cukup tidak bersetuju dengan tindakan ini. Di bawah meurpakan antara rekasi-reaksi daripada netizen;
Malaysians singing/chanting “brunei anjing” during a match is so biadab. Like sure, go ahead & be an uncivilized nation.
— Putri El (@trxelvs_) August 21, 2017
Man, watching that video of malaysians chanting “Brunei anjing” pisses me to no end.
— H A (@DammitZiq) August 21, 2017
OMFG WTF i just saw the video where the Malaysians proudly chanting out loud “Brunei anjing” ???? OMG WHERE IS THE RESPECT??
— •°•Aurora•°• (@azaaaleeeza_A) August 21, 2017
Just saw a video of Malaysian fans chanting “Singapore itu anjing”. What kind of sportsmanship is that? Where’s the class expected as hosts?
— 天行者 (@IqbalHarith97) August 21, 2017
As Malaysian, when the crowd started to sing “Singapore Anjing”, I feel like we did not respect our neighbor at all. Change the chant guys
— Staylone Simbaku (@TelonTelon) August 16, 2017
Di kalangan penyokong bola sepak, perkara ini bukanlah perkara yang baru. Pada edisi Piala AFF 2012, ia pernah menjadi viral kerana perkara yang sama telah berlaku ketika pasukan negara menentang Singapura. Mungkin ada mengatakan sentimen ini berlaku kerana rivalry cukup kuat antara Malaysia dan Singapura. Ada juga mengatakan ia berlaku kerana sebagai tanda protes disebabkan penyokong kita menerima layanan teruk dan tidak dibenarkan masuk ke Singapura dalam perlawanan sebelum itu.

Walau apa jua alasan, kami di Remaja tidak menyokong sebarang bentuk cercaan atau provokasi yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia serta hubungan dengan negara-negara jiran. Di manakah sempadan yang harus kita letakkan? Usahlah kita terlalu taksub dan menceduk idea daripada penyokong bola sepak daripada Eropah atau Amerika Selatan. Mari sama-sama kita bina sokongan dengan cara kita sendiri. Apa jua sub budaya yang di bawa ke dalam bola sepak perlulah kita selarikannya dengan budaya kita sebagai orang Timur dan biarlah mempunyai adab seperti yang diajarkan oleh agama.
Ambil yang jernih, buang yang keruh. Semoga sokongan penyokong bola sepak Malaysia terus berkekalan. Demi Harimau Malaya, demi negara tercinta, demi maruah demi Malaysia!
Raikanlah Sukan SEA 2017 ini dengan moto yang kita laungkan. Bangkit Bersama! Rising Together! #RisingTogether #BangkitBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita
Seperti yang diketahui ramai, masalah buli dalam kalangan pelajar masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Macam yang terjadi baru-baru ini, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan ditekap menggunakan seterika wap paanas dan juga seorang lagi pelajar juga dari UPNM yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat di pijak senior di padang kawad.
Budaya membuli ini harus diakui acap kali berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama, baik di peringkat sekolah juga institusi pengajian tinggi. Paling menakutkan, kes seperti ini bukanlah kali pertama terjadi sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pelajar di kawasan tempat belajar seperti sekolah dan universiti.
Sudah banyak kisah tragis yang serupa berlaku sehingga ada yang meragut nyawa. Jom kami kongsikan kepada anda beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita.

AMIRUL NASHRIQ OTHMAN – 2018
Menurut laporan, sebelum ini hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018. Namun, kes ini dibuka semula pada tahun ini apabila peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mahu menuntut keadilan bagi pihak Amirul Nashriq.
Ini disebabkan pemergiaannya menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.

ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN – 2017
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan telah didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan menggunakan tali pinggang, getah paip, dan hanger oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba.
Disebabkan cedera parah akibat perbuatan yang dilakukan terhadapnya, Zulfarhan menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017. Kini, ke 6-6 suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

MOHAMMAD NAIM MUSTAQIM – 2010
Pada tahun 2010, kematian yang meragut nyawa Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri iaitu pelajar Maktab Tentera Di-Raja (RMC) yang pada ketika itu berusia 16 tahun adalah disebabkan dirinya menjadi sasaran pelajar senior sejak sesi persekolahan bermula. Allahyarham dikatakan telah dibelasah pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Kem Sungai Besi.
Punca kematian Naim disebabkan oleh gegaran yang berlaku pada bahagian kepalanya, selepas dia jatuh ditendang. Lima pelajar senior tersebut telah dibuang serta merta dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

MUHAMMAD FARID IBRAHIM – 2004
Seterusnya, kes buli yang terjadi kepada allahyarham Muhammad Farid Ibrahim yang berlaku 20 tahun lepas pada tahun 2004. Pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan yang didapati meninggal dunia selepas dibelasah beramai-ramai 8 orang pelajar lain. Kesemua mereka didapati bersalah, namun disebabkan mereka pada ketika itu dibawah usia 18 tahun mereka tidak boleh dihukum gantung dan hanya dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah.
Bagaimanapun, mereka semua telah diberi pengampunan oleh YDP Negeri Sembilan dan dibebaskan pada tahun 2019.


Jadi itulah antara beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita. Apa pendapat anda? Kenapa budaya ragging yang teruk ini masih berlaku?
Kami di Remaja ingin menyeru orang ramai jika nampak ada mangsa yang dibuli, cuba bantu mereka. Jika anda takut untuk tampil seorang diri, boleh ajak rakan-rakan lain untuk bantu mangsa sebelum ia menjadi lebih teruk.
Ingat, jangan biarkan ini terjadi lagi. Jom lakukan perubahan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Phuket Dibuka Kembali Buat Pelancong Yang Sudah Divaksin
Dikala negera kita masih dilockdown sehingga 14 Jun 2021 nanti, tetapi khabarnya sedikit demi sedikit pusat pelancongan di negara jiran kita Thailand akan dibuka kepada pelancong dan kunjungan orang awam.
Terbaru, Phuket juga sudah pun memulakan operasinya bermula 1 Julai 2021. Walau bagaimanapun, pelonggaran sekatan pada mulanya hanya akan terpakai untuk pelancong yang divaksinasi sepenuhnya (dan kanak-kanak di bawah usia enam tahun) dari negara berisiko rendah.

Antara vaksin yang diterima untuk memasuki Phuket;
Pfizer; Moderna; Johnson & Johnson; AstraZeneca; Sinovac, Covishield. Yang lain akan ditambah dalam list kemudian jika memenuhi kriteria.
Paling best, para pelancong boleh terbang terus ke pulau itu tanpa perlu menjalani kuarantin, sebahagian daripada usaha ”Phuket Sandbox”, program perintis untuk merancakkan semula kedatangan pelancong.

Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) mengatakan pihaknya berharap dapat menyambut kedatangan sekitar 129 ribu pelancong asing antara bulan Julai dan September.
Sekiranya program perintis Phuket ini berjaya, lapan destinasi pelancongan lain di Thailand akan dibuka semula kepada pengunjung antarabangsa dengan cara yang serupa dalam beberapa bulan akan datang iaitu Krabi, Phang-nga, Koh Samui, Pattaya, Bangkok, Buriram, Cha-am dan Hua Hin.
Difahamkan, kelonggaran peraturan kuarantin pada bulan depan itu bergantung pada kejayaan pelaksanaan vaksin di Phuket.
Tujuannya adalah untuk memastikan 70 peratus populasi pulau itu telah menerima kedua-dua suntikan Covid-19 sebelum pembukaan semula pulau. Setakat ini, kira-kira 50 peratus penduduk di Phuket telah diberi vaksin, menurut laporan media tempatan.
Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kita duduk rumah kalau tiada keperluan untuk keluar. #kitajagakita
Sumber: Independent UK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

