Impian untuk bergelar penghibur akhirnya menjadi kenyataan buat Ariel Fesol, juara Big Stage Alpha musim pertama.
Selepas enam tahun setia berkhidmat dalam industri penerbangan, Ariel akhirnya membuat keputusan besar untuk meninggalkan kerjaya sebagai pramugara.
Walaupun kerjaya itu stabil dan menjamin pendapatan tetap, penyanyi berusia 27 tahun itu akur dengan suara hati yang sudah lama memanggilnya ke pentas seni.
“Sebelum ini saya sudah cuba macam-macam pertandingan tetapi tidak menjadi. Saya pernah putus asa dan nekad tinggalkan industri seni. Saya tak nak kejar lagi impian ini.
“Tapi kali ini rezeki berpihak kepada saya dan menjadi juara Big Stage Alpha. Saya rasa ini permulaan dan disebabkan itu saya dah buat keputusan untuk tinggalkan kerjaya sebagai pramugara.
“Saya nak kejar impian dan capai lebih banyak kejayaan dalam bidang muzik. Bukan tak bersyukur, tapi saya nak hidup buat benda yang saya suka. Saya mahu fokus menyanyi,” katanya kepada Remaja.
Ads
Kemenangan Yang Membuka Laluan Baharu
Mengulas tentang kemenangan dan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 yang diraih, Ariel mengakui masih belum membuat sebarang perancangan konkrit. Namun, satu impian besar tetap bermain di fikirannya.
“Sejujurnya saya pun masih terkejut dengan kemenangan ini. Duit itu pun saya tak terfikir lagi nak buat apa lagi.Tapi saya ada impian untuk ke Tanah Suci.
Ads
“Saya dah pergi banyak negara sepanjang jadi pramugara tapi belum berkesempatan jejakkan kaki ke Mekah. Kalau ada rezeki, insya-Allah saya mahu tunaikan umrah,” jelasnya.
Bersedia Jadi Sumber Semangat Untuk Alpha
Bercakap mengenai penyertaannya dalam kumpulan lelaki baharu Alpha, Ariel yang berasal dari Kuala Lumpur bersikap terbuka jika diberi kepercayaan sebagai ketua tidak rasmi kumpulan tersebut.
“Kami tak letak sesiapa sebagai ketua tapi akan ada seorang untuk ke hadapan. Bagi saya, tugas saya lebih kepada jadi pemberi semangat.
Ads
“Kalau ada yang rasa jatuh, mereka akan cari saya. Sejak dulu saya pegang satu prinsip iaitu layan semua orang dengan baik. Saya nak terus sebar kebaikan,” luahnya.
Untuk info, Ariel berjaya menewaskan enam finalis lain dan diumumkan sebagai juara Big Stage Alphapada konsert akhir yang berlangsung semalam.
Kemenangan itu juga melayakkan dirinya menyertai Alpha, yang kini tampil dengan single debut berjudul Mona Lisa dan bakal menjalani latihan intensif di Korea Selatan tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juri tetap program Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat, menjelaskan bahawa komen yang diberikan kepada peserta bukan bertujuan untuk memalukan mereka.
Sebaliknya, menurut Syafinaz, setiap komen yang disampaikan adalah untuk memperbaiki mutu persembahan dan memberi input yang berguna untuk peningkatan mereka.
“Saya tak tahulah kalau ada yang anggap juri memalukan, tetapi kalau anda tengok komen saya selama ini, untuk setiap komen negatif yang saya beri.
“Pasti ada positifnya untuk mereka perbaiki,” ujar Syafinaz ketika ditemui selepas konsert kelima GV11.
Selain itu, dia turut menegaskan bahawa komen yang diberikan oleh juri adalah untuk membantu peserta memperbaiki diri, dan setiap individu berhak memilih untuk menerima atau menolak komen tersebut.
Tambahnya lagi, niat mereka bukan untuk memalukan peserta, tetapi adalah sebahagian daripada tugas mereka sebagai juri dalam program tersebut. Syafinaz juga mengingatkan bahawa setiap individu berhak meluahkan pendapat masing-masing, namun ia tidak seharusnya disertai dengan penghinaan terhadap orang lain.
“Kita hanya menilai persembahan dan memberi input kepada mereka. Terpulanglah kalau anda lebih suka terima komen netizen daripada kami yang duduk di kerusi juri.”
“Manusia ini macam-macam, kita tak boleh control cara pemikiran mereka. Mungkin dia ada sebab lain yang di sebaliknya kita tidak tahu,” katanya.
Dalam pada itu, Syafinaz percaya bahawa para peserta Gegar Vaganza sendiri mampu menilai kebaikan dan keburukan komen yang diterima.
“Artis-artis pun begitu ramai yang sudah bertanding dalam GV, saya rasa mereka sendiri pun boleh berfikir baik dan buruknya,” tambahnya lagi.
Syafinaz menegaskan bahawa penilaian yang diberikan adalah berdasarkan objektif untuk membantu meningkatkan persembahan para peserta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas peserta Hero Remaja 2021/2022, Amir Ahnaf tampil dengan pendapatnya mengenai tindakan segelintir netizen melabel segelintir selebriti sebagai ‘muka awam’.
Menerusi ciapan di platform X, pelakon naskhah popular Projek: High Council itu berkata seseorang selebriti yang memiliki ‘muka awam’ iaitu merujuk kepada rupa paras yang tiada tarikan, sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membawa sesuatu watak.
“Nak tahu sesuatu tak? Mierul pernah borak dengan Amir, muka awam kita ini iaitu Melayu akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.
“Kerana dalam kehidupan kita seharian ini memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila kita dah terbiasa, otak akan ‘setting’ sebegitu rupa,” ciapnya.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 23 tahun itu turut menyifatkan dengan memiliki wajah sebegitu, secara tidak langsung ia dapat memberi impak yang baik terhadap penonton kerana mereka akan lebih memahami lakonan aktor tersebut.
“Ia perkara yang baik, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.
“Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian. Hari-hari tengok kan, kau betul-betul ‘feel vibes’ nusantara itu,” coretnya lagi.
Sementara itu, pelakon berbakat besar, Nadhir Nasar juga dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menekankan bakat lakonan adalah lebih penting berbanding penampilan.
“Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca televisyen adalah satu pujian. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bait-bait lirik lagu popular ini masih lagi segar hingga ke hari ini biarpun diterbitkan lebih 23 tahun lalu. Kumpulan S Club 7 yang mendendangkan lagu ini menjadi kegilaan ramai remaja pada era 2000-an.
Berita sedih baru diumumkan apabila salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Paul Cattermole telah disahkan meninggal dunia pada usia 46 tahun. Kematiannya ini terjadi selepas beberapa minggu kumpulan pop terkenal itu mengumumkan jelajah reunion mereka.
Paul duduk paling bawah bersama ahli kumpulan S Club 7. Kredit foto: Instagram S Club 7
Dalam satu kenyataan di twitter rasmi S Club 7, mereka menyatakan kesedihan atas kehilangan salah seorang ahli kumpulan.
“Kami benar-benar sedih dengan kematian sahabat kami, Paul. Tiada kata untuk menggambarkan kesedihan dan kehilangan yang kami semua rasai. Kami sangat bertuah kerana memilikinya dalam hidup dan bersyukur atas kenangan indah yang kami miliki.
“Dia akan sangat dirindui oleh setiap daripada kita. Kami meminta anda menghormati privasi keluarganya dan kumpulan pada masa ini,” coret mereka berkongsi berita sedih itu.
Gambar Paul ketika berusia 41 tahun. Kredit foto: Instagram Paul Cattermole
Selain itu kenyataan daripada keluarganya yang diperoleh oleh agensi berita PA Media UK yang dikongsi pada hari Jumaat,”Dengan rasa sedih yang besar kami mengumumkan kematian anak lelaki dan abang tercinta kami Paul Cattermole yang tidak dijangka.
“Paul ditemui semalam, 6 April 2023 di rumahnya di Dorset dan disahkan meninggal dunia lewat petang itu.”
Punca kematian penyanyi tersebut tidak di ketahui namun menerusipengesahan pihak polis, kematiannya tidak mencurigakan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!