Empat tahun lalu, dunia penyiaran digital dan masakan tanah air dikejutkan dengan kematian Allahyarham Adam Didam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail. Ketika itu namanya benar-benar popular sebagai seorang pempengaruh media sosial dan cef selebriti yang banyak berkongsi mengenai resipi masakan kepada pengikutnya.
Sebelum menjadikan dunia masakan sebagai kerjaya, Adam merupakan seorang jurutera dalam bidang minyak dan gas pada asalnya. Memiliki ratusan ribu pengikut di laman Instagram ketika itu, tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa sebelum Khairul Aming, we have Adam Didam to guide us in everyday recipes!
Bukan sekadar popular di media sosial, Adam turut menghiasi pelbagai rancangan di kaca televisyen. Penulis sendiri sempat bekerjasama dengan allahyarham selama dua musim untuk rancangan masakan yang disiarkan di saluran Astro Prima iaitu Rasa Ketuhar Kuali menyaksikan Adam begandingan bersama Aunty Aini dan kemudiannya Jelajah Rasa Nusantara meyaksikan Adam bergandingan bersama Ili Sulaiman.
Apa yang boleh penulis katakan mengenai Adam, orangnya cukup lemah lembut apabila berbicara dan sangat ramah!
Beberapa hari lalu, genap empat tahun kematian Adam menurut kalendar Islam pada tanggal 14 Ramadan, anak saudara sulungnya iaitu Omar Mokhtar mencoretkan tinta kata yang cukup indah di laman Instagram milik adam yang masih dikekalkan sehingga hari ini. Meneliti setiap bait kata yang ditulis, jelas terpancar betapa besarnya pengaruh Adam kepada anak saudaranya itu.
Ads
“Adakah ia benar-benar sudah empat tahun? Apabila Mamajee @adamdidam meninggalkan kita bertahun-tahun yang lalu pada hari ke-14 dalam bulan suci Ramadan 1440, saya menjangkakan bahawa kami akan menghitung setiap hari yang berlalu, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, menonton jam berdetik begitu rapat.
“Mungkin itu benar lebih dekat dengan masa, tetapi ia tidak berlaku selama empat tahun ini. Sebenarnya, bagi saya, saya telah hidup seolah-olah Mamajee masih di sini di sebelah saya. Mungkin saya tidak dapat melihatnya, atau kami tidak boleh bercakap antara satu sama lain, tetapi dalam apa jua keadaan, dia masih sebahagian daripada keluarga kami.
“Tiada kehilangan yang boleh mengubahnya. Saya tahu ramai orang akan mengatakan bahawa hidup seolah-olah Mamajee masih berada di sini adalah tidak sihat. Saya tidak bersetuju. Fikiran tentang dia hanya menguatkan kami, ingatan dia menyatukan kami semua. Kami tahu dia telah meninggalkan kami, tetapi bukanlah hilang.
“Sama ada empat tahun dari sekarang, atau empat puluh tahun, dia dan kami, kami adalah satu dan sama, hidup dan bernafas melalui kenangan dan cinta yang kami kongsi. Semoga Allah terus menguatkan kasih sayang kami kepada orang yang kami sayangi – sama ada hidup atau tidak – untuk empat tahun akan datang…dan seterusnya!” tulis Omar Mokhtar.
Ads
Imbas kembali, Adam atau lebih mesra digelar mamajee oleh anak saudaranya dahulu cukup popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Siapa boleh lupa keletah Omar, Fatimah dan Ali. Biarpun tinggal jauh di United Kingdom, mereka yang fasih berbahasa Kelantan sentiasa mendapat perhatian. Apatah lagi allahyarham bapa saudara mereka kerap berkongsi mengenai mereka di media sosial.
Semoga Allah mencucuri roh Adam dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitu juga tabiat mengorek tahi hidung, mengikut kajian ia mampu memberi manfaat kepada kita dikemudian hari. Jangan nak tipu korang tak pernah mengorek hidung pula. Malahan, ada yang menjadikan ia sebagai tabiat.
Foto Via Pexels
Berisiko Untuk Hidap Alzheimer dan Demensia
Satu kajian membuktikan tabiat ini boleh menyebabkan anda berisiko untuk mendapat alzheimer dan demensia atau bahasa mudahnya ialah nyanyuk. Pasukan penyelidik dari Universiti Griffith, Australia, mendapati bahawa bakteria boleh bergerak melalui saraf olfactory di hidung hingga ke otak melalui satu kajian menggunakan seekor tikus.
Hal ini bertujuan untuk menunjukkan punca bagaimana penyakit alzheimer boleh berlaku.
Di samping itu, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports ini juga bertujuan untuk memerhatikan bakteria Chlamydia pneumoniae. Bakteria ini dikatakan boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan radang paru-paru, lapor NDTV.
Tambahan pula, ia juga telah ditemui dalam kebanyakan otak manusia yang terjejas disebabkan oleh demensia.
“Mengorek hidung dan mencabut bulu dari hidung bukanlah idea yang baik,” menurut Profesor James St John, Ketua Pusat Clem Jones untuk Neurobiologi dan Penyelidikan Sel Stem.
Dalam pada itu, Profesor tersebut menambah bahawa jika seseorang merosakkan lapisan hidung mereka, maka risiko bakteria untuk naik ke dalam otak boleh meningkat.
Pasukan penyelidik menyatakan bahawa kehilangan bau boleh dianggap sebagai tanda awal Alzheimer.
Jadi kesimpulannya, kalau nak korek hidung pastikan tangan korang bersih ye.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Amanda Gorman, 22 tahun nampak terus menjadi sebutan apabila kali ini, dia disambar untuk menjadi seorang model di bawah agensi model antarabangsa, IMG Models.
IMG dalam kenyataan media semalam menyatakan bahawa mereka akan memperkembangkan peluang Amanda untuk kempen endorsement dan penggambaran fesyen.
Ramai pemerhati merasakan bahawa berita ini sedikit mengejutkan dan tidak menyangkan seorang pemuisi muda seperti Amanda akan menerima tawaran tersebut. Namun, dia sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam dunia fesyen tidak lama dulu.
Sebelum ini, Amanda pernah berkerja sebagai seorang wartawan bagi jenama fesyen Itali, Prada, untuk misi kempen kemampanan (sustainability) alam sekitar.
Amanda bersama Joel Edgarton semasa menghadiri pertunjukan fesyen Prada pada tahun 2019. Sumber Foto: Teen Vogue.
“Perubahan sedang galak berlaku dalam industri fesyen dan ia adalah perubahan yang kita wajar sokong tanpa mengira jenama. Pada waktu ini, dunia ‘cemas’ memikirkan impak industri kepada alam sekitar.
“Tetapi bagi setiap permasalahan itu wujud penyelesaian. Setiap kali kita membeli pakaian baru sama ada di Prada atau stor lain yang menggunakan bahan serta fabrik mesra-alam, kita secara tak langsung menyokong masa depan yang lebih cerah untuk alam sekitar dan masyarakat.”
Jika sebelum ini, IMG Models pernah merekrut gadis di luar industri fesyen seperti Halima Aden (Miss Mennesota USA), Maddie Zigler (penari), Sky Ferreira (penyanyi) dan sebagainya.
Segala ‘percubaannya’ dalam menggayakan sesuatu untuk dirinya tidak pernah menghampakan dan gagal di mata pencinta fesyen.
Mengetahui ‘style’ apa yang bertepatan dan sesuai dengan dirinya, langsung mencetus rujukan buat wanita-wanita di luar sana terutamanya, golongan remaja.
Terbaharu, pelakon naskhah popular Projek: High Council ini tampil dengan gaya rambut terbaharunya, sekali gus menjadi bualan ramai terutama para peminat di media sosial.
Mengenakan ‘bob hairstyle’, sebuah hantaran beberapa keping foto di Instagram miliknya yang menampilkan gaya potongan rambut pendek itu menuai kata-kata pujian warganet dan rakan selebriti.
“Daiyan bob hair era,” coretnya di ruangan kapsyen.
“Omg, you actually did it ! Love it !” komen pelakon Hun Haqeem
“OMG SHORT HAIR GANGG U LOOK SOO GOOD,” tulis juga penyanyi Aishah Retno.
“Eeee so beautiful !!” komen penyanyi Ernie Zakri.
Selain itu, ini antara gaya rambut yang pernah digayakan Daiyan Trisha yang menjadi pilihan Remaja:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.