Peminat stand-up comedy bersedia kerana bakal menjadi kenyataan apabila pelawak dan pengacara terkenal dunia, Trevor Noah bakal menemui peminat di Malaysia buat pertama kali menerusi persembahan istimewa satu malam di Kuala Lumpur, November ini.
Bintang kelahiran Afrika Selatan itu dijadualkan menghiburkan peminat menerusi Trevor Noah Asia Tour 2026 yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 9 November 2026, jam 8 malam.
Kehadiran Trevor semestinya menjadi antara acara yang dinanti-nantikan peminat komedi tempatan memandangkan ini merupakan kali pertama personaliti berusia 42 tahun itu membawa persembahan stand-up comedy miliknya ke Malaysia.
Dikenali dengan gaya penyampaian bersahaja, penceritaan tajam serta kebolehannya mengangkat isu kehidupan dan budaya menerusi perspektif penuh humor, Trevor mempunyai kelompok peminat yang cukup besar di seluruh dunia.
Dari Afrika Selatan Ke Pentas Dunia
Trevor memulakan perjalanan dalam industri hiburan sekitar tahun 2002 sebelum namanya mula mendapat perhatian menerusi dunia komedi di negara kelahirannya.
Namun, turning point terbesar dalam kerjayanya hadir pada tahun 2015 apabila beliau dipilih untuk menggantikan Jon Stewart sebagai pengacara program bual bicara popular Amerika Syarikat, The Daily Show.
Sepanjang tujuh tahun mengendalikan program tersebut, Trevor bukan sahaja dikenali sebagai seorang pengacara tetapi turut menyerlah menerusi kebolehannya menggabungkan komedi, isu semasa dan komentar sosial dalam penyampaiannya.
Beliau kemudian meninggalkan The Daily Show pada 2022 bagi meneroka lebih banyak peluang kreatif termasuk meneruskan kerjaya stand-up comedy, podcast dan produksi.
Trevor juga terus mengembangkan syarikat produksinya, Day Zero Productions serta aktif menerusi Trevor Noah Foundation, sebuah inisiatif yang memberi tumpuan terhadap pendidikan dan pembangunan anak muda.
Ads
Enam Kali Kendali Grammy Awards
Selain stand-up comedy, Trevor juga bukan nama asing dalam dunia pengacaraan acara berprestij antarabangsa.
Pada tahun ini, beliau kembali mengendalikan Grammy Awards buat kali keenam berturut-turut, malah turut berperanan sebagai penerbit eksekutif acara berkenaan.
Dalam masa sama, Trevor terus aktif menghasilkan kandungan komedi termasuk menerusi special Netflix terbaharunya, Trevor Noah: Joy In The Trenches.
Bukan itu sahaja, bakatnya turut berkembang dalam bidang penulisan menerusi memoir popular, Born A Crime: Stories From A South African Childhood yang mencatatkan jualan lebih tiga juta naskhah dalam pelbagai format.
Ads
Kini, peminat akhirnya berpeluang menyaksikan sendiri pesona dan kepintaran Trevor mengendalikan pentas secara live menerusi persembahan Trevor Noah Malaysia yang dinanti-nantikan.
Tiket Trevor Noah Malaysia Bermula RM228
Bagi yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan Trevor Noah Asia Tour 2026, tiket ditawarkan pada harga antara RM228 hingga RM528.
Jualan pre-sale bermula pada 9 September, jam 10 pagi menerusi Fantopia, manakala jualan tiket kepada umum pula akan dibuka pada 11 September, jam 10 pagi.
Dengan hanya satu malam persembahan dijadualkan di Kuala Lumpur, nampaknya peminat Trevor Noah kena pantas jika mahu menjadi antara yang pertama menyaksikan pelawak bertaraf antarabangsa itu beraksi di Malaysia.
Lebih istimewa, persembahan ini memberi peluang kepada peminat tempatan untuk menikmati sendiri gaya komedi Trevor yang selama ini banyak disaksikan menerusi kaca televisyen, platform penstriman dan pentas antarabangsa.
Selepas membina nama menerusi pelbagai pentas besar dunia, kemunculan Trevor Noah pastinya menjadi satu lagi detik menarik buat peminat stand-up comedy tanah air, khususnya mereka yang sudah lama mengikuti perjalanan kerjaya Trevor.
Dengan tarikh persembahan yang semakin menghampiri dan hanya satu malam dijadualkan, peminat yang mahu menyaksikan Trevor secara live bolehlah bersedia untuk mendapatkan tiket sebaik sahaja jualan dibuka.
Sumber : The Star, Instagram wearelol.asia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Azeva Natassha tampil berkongsi pandangannya mengenai ciri lelaki idaman yang mampu menambat hatinya.
Menerusi satu klip siaran langsung di TikTok, Azeva mengakui dirinya lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai kematangan emosi selain mampu berfikir secara matang dalam setiap situasi.
Menurutnya, pengalaman hidup yang dilalui sejak kecil membuatkan dia membesar lebih cepat matang berbanding rakan seusia.
Pengalaman Hidup Bentuk Kematangan Diri
Kata Azeva, antara perkara paling penting yang dicari dalam diri seorang lelaki adalah kemampuan mengawal emosi dan bersikap matang ketika berdepan cabaran hidup.
“Ciri-ciri lelaki yang saya minat adalah matang dari segi emosi.
“Itu sahaja yang saya minta, boleh matang dalam bab emosi. Sejujurnya, saya cepat matang sedikit. Saya matang lebih cepat daripada rakan-rakan saya,” katanya.
Membesar Tanpa Figura Bapa
Dalam pada itu, Azeva turut berkongsi bahawa kehidupannya sejak kecil banyak membentuk dirinya menjadi seorang individu berdikari.
Menurutnya, kehilangan figura bapa pada usia muda selain kesibukan ibunya bekerja membuatkan dia belajar memahami kehidupan dengan lebih awal.
“Saya dari kecil dah menghadapi krisis kehidupan.
“Dari kecil ayah saya dah hilang. Mak saya pun bekerja 24 jam, jadinya saya membesar seorang. Bila kita membesar seorang diri, kita akan cepat matang.
“Kita cepat faham sesuatu benda, cepat tangkap apa baik dan buruk dunia ini,” ujarnya lagi.
Mahu Pasangan Yang ‘Sekepala’
Tambah Azeva, dia berharap dapat bertemu dengan lelaki yang sekurang-kurangnya mempunyai tahap kematangan emosi yang sama atau lebih matang daripada dirinya.
“Jadi kalau boleh saya nak jumpa lelaki yang sekepala, dan matang. Sekurang-kurangnya, sama dengan saya.
“Lebih baik dia lagi matang dari saya,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai sudah tahu bagaimana Ryan Reynolds berusaha dengan cukup keras bagi meyakinkan pihak 20th Fox Studio dan Marvel untuk merealisasikan filem ‘Deadpool’ pertama yang dikeluarkan pada tahun 2016 dahulu.
Malah, tanpa kerja keras dan tekanan daripada peminat karakter dari Marvel ini, ia pasti tidak berjaya direalisasikan ke dalam bentuk filem.
And the rest is history. ‘Deadpool’ menjadi sebuah filem adiwira atau lebih tepat sebagai antihero terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah perfileman. Dengan bajet tidaklah sebesar filem Marvel yang lain, ‘Deadpool’ telah mencapai populariti luar biasa sehingga menjana kutipan mencecah USD783.1 juta!
Melihat kejayaan itu, pihak penerbit telah memberi kepercayaan penuh untuk mereka menghasilkan filem sekuel, ‘Deadpool 2’. Jadi, apa yang berlaku kepada Deadpool menerusi instalasi filem keduanya?
Siapakah Cable dan mengapakah dia ingin memburu seorang kanak-kanak bernama Russell?
Tanpa mendedahkan spoiler, Remaja boleh kongsikan bahawa Deadpool kali ini diuji dari segi mental dengan cukup besar sekali. Malah, tema utama filem ini mengajar Wade Wilson atau Deadpool untuk menjadi lebih daripada seorang adiwira bertopeng yang bermulut celupar, pantas berjenaka dan sangat witty.
Kali ini dia terpaksa berdepan dengan situasi di mana kematangannya untuk memilih sesuatu yang lebih baik kepada orang lain dan sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yangdia ambil berat.
Namun untuk berubah menjadi begitu, ‘bayaran’ yang terpaksa dibayarnya sangat besar. Deadpool yang kini menjadi pelatih di dalam team X-Men berdepan dengan situasi di mana mereka perlu menyelamatkan seorang kanak-kanak mutant bernama Russell Collins.
Kemunculan Russell yang memegang ‘kunci’ sangat penting terhadap survival masa depan manusia!
Dan di sinilah segala drama pertempuran antara Deadpool dan rakan-rakan lama serta baru berdepan dengan Cable demi menyelamatkan Russell.
Russell yang tinggal di sebuah institut yang menjaga kanak-kanak istimewa tersebut telah mengamuk dan mula mengancam keselamatan orang awam. Dalam pada masa yang sama, Nathan Summers atau Cable, seorang tentera cybernetic dari masa depan muncul dengan misi untuk menghapuskan Russell.
Setiap baris tutur kata yang keluar daripada mulut Deadpool penuh dengan jenaka nakal dan juga references pop-culture yang sangat menggelikan hati. Tidak ketinggalan juga adegan breaking the fourh wall di mana Deadpool bercakap dengan kita selaku penonton.
Ia sebuah filem yang aware dengan kewujudannya sama di dunianya sendiri dan di dunia kita. References tentang Batman, Avengers, Cher, Frozen dan banyak lagi membuatkan Remaja merasakan grup penulis skrip filem ini benar-benar mempunyai idea yang luar biasa.
Seperti filem pertamanya, ‘Deadpool 2’ berjaya meneruskan kejayaan mereka dengan cukup cemerlang sekali. And guys, prepare untuk gelak sampai pecah perut ya!
RATING: 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain kejayaan, kisah cinta Elon Musk juga menjadi tumpuan dunia. Salah seorang yang dinobat sebagai terkaya dan sering bertukar pasangan yang mengundang perbualan.
Selepas berpisah dari Grimes, bos Tesla itu dikhabarkan tengah hangat bercinta dengan seorang pelakon. Ia adalah Natasha Basset yang dilaporkan adalah kawan ibunya.
Elon Musk dan Natasha Bassett dilihat menghabiskan lebih banyak masa bersama. Baru-baru ini mereka sekali lagi dilihat bersama di Perancis. Pelbagai laporan menyatakan hubungan mereka telah terjalin lebih kurang tiga bulan.
Walaupun begitu, Elon dan Natasha dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Ibu Elon, Maye Musk, dikatakan sebagai orang yang penting dalam percintaan ini. Menurut laporan Dailymail, ibu Elon, yang pernah menghiasi muka depan Sport Illustrated, membawa mereka bersama sebelum akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta.
Photo by Jamie McCarthy / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP) Foto: Getty Images via AFP/JAMIE MCCARTHYInstagram @natashabassett
Berdasarkan beberapa bukti, Natasha dan Maye mempunyai hubungan rapat. Sekeping gambar yang diambil di Festival Filem Cannes suatu ketika dahulu turut menunjukkan mereka berbual dan bergelak ketawa. Menurut Hollywood Life, Natasha memang membawa ibu kekasihnya sebagai teman di permaidani merah.
Elon Musk dan Natasha Bassett dikabarkan menjalinkan cinta setelah sering berkerja bersama. Elon sudah membawa wanita yang lebih muda 13 tahun darinya itu ke berbagai acara dengan pesawat peribadinya.
Foto Via Instagram @natashabassett
Di Perancis, Natasha Bassett datang sebagai pendamping kekasihnya untuk menghadiri pernikahan Ari Emanuel dan designer Sarah Staudinger di St. Tropez yang dihadiri ramai tetamu terutamanya selebriti. Ketika itulah kedua-duanya diketahui sedang menjalinkan hubungan secara serius.
Berikut kami kongsikan beberapa fakta tentang Natasha Bassett,
Natasha Bassett dilahirkan dan dibesarkan di Sydney Australia, selepas berusia 19 tahun, dia berpindah ke New York untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Ketika itulah kariernya dalam bidang lakonan melonjak, tidak sedikit judul filem yang menjadikannya sebagai watak utama.
Sebahagian daripadanya ialah Dungoona (2009), Britney Ever After (2017), dan beberapa tajuk siri Televisyen Australia.
Bukan sahaja pandai berlakon, teman wanita baharu Elon Musk malah seorang penulis skrip dan pengarah.
Natasha menerima biasiswa penulisan skrip daripada Program Penulis Skrin ArtStart.
Daripada biasiswa, Natasha menulis dan mengarahkan filem pendeknya sendiri, Kite.
Malah Natasha Bassett mempunyai hobi dan mahir bermain gitar dan piano.
Pandai Natasha, nak pikat anak kena pikat ibunya dahulu kan…hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!