Pelakon dan bekas Hero Remaja 2021, Amir Ahnaf tampil berkongsi pengalaman ketika diberi peluang bekerjasama dengan produksi dari negara seberang bagi pembikini filem seram, The Parcel.
Berkata kepada Remaja, dia sangat terharu apabila terpilih untuk tampil di layar skrin negara itu selain ingin mencuba perkara baharu.
Selain itu, walaupun pembikinan karya seram itu agak mencabar, namun dirinya bersyukur kerana dibantu oleh pihak yang terlibat, di sana.
“Alhamdulillah, tekanan yang sangat mantap. Saya suka tekanan itu kerana saya dapat keluar daripada zon selesa dan kita ‘upgrade’ kepada tahap seterusnya.
“Bagi saya, cara komunikasi juga berbeza dengan bahasa dan dialek mereka.”
Ads
“Jadi, ia agak mencabar. Bagaimanapun Alhamdulillah, mereka di sana pun menerima kita, orang luar. Ia sedikit sebanyak juga banyak mempermudahkan sayalah,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon naskhah hit Projek: High Council itu turut berkongsi perbezaan berlakon bersama produksi Indonesia dan di tanah air sendiri.
“Saya rasa lebih kurang sama sahaja, tiada banyak beda banget sih (bahasa Indonesia).
Ads
“Waktu kerja lebih kurang, tekanan pun lebih kurang. Bezanya hanyalah bahasa sahaja,” ujarnya lagi.
Selain Amir, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.
Ads
Untuk informasi, The Parcel mengisahkan tentang seorang wanita bernama Radha yang bertugas sebagai photojournalist. Disebabkan terbelit dengan isu kewangan, Radha dan anak lelakinya terpaksa berpindah ke sebuah rumah yang lebih murah sewanya.
Di sinilah, pasangan anak dan ibu itu mula mengalami peristiwa pelik dan menakutkan disebabkan oleh kisah lama pemilih rumah terdahulu. Ia semua gara-gara Radha membuka sebuah kiriman bungkusan tanpa nama yang tiba di rumahnya.
Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.
Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman mendedahkan hasrat besarnya untuk meluaskan karier seninya dalam nusantara, terutama jika diberi peluang untuk terbang ke negara jiran, Indonesia.
Selain itu, juara Hero Remaja 2021 itu ingin mencabar dirinya untuk membawa karakter yang memainkan dialek dan etika setiap negeri di Malaysia.
“Tidak jauh, saya nak bermain dalam nusantara, Indonesia. Tidak pun, cukup dalam negeri-negeri di Malaysia.
“Itu bagi saya dah cukup kuat dan kukuh untuk memainkan watak seperti orang Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka. Cukuplah dengan negeri itu.
“Sangat sukar sebenarnya iaitu watak-watak yang tulen kesusahannya itu. Hendak menggunakan dialek, mempelajari etika mereka. Kerana etika setiap negeri adalah berbeza,” katanya kepada Remaja.
Ujar pelakon naskhah hit Projek: High Council itu lagi, sebagai seorang pelakon yang memiliki tahap tersendiri dalam industri seni tanah air, dia percaya setiap proses yang dilaluinya selama ini akan berbayar pada masa yang tepat.
“Kalau kita dapat teroka setiap negeri di Malaysia dan pergi ke luar negara pun lagi menarik. Jadi, saya percaya dengan masa, proses dan progres.
“Selain saya percaya dengan setiap proses yang saya lalui ini, bukan untuk saya menuntut kejayaan tetapi untuk menuntut pembelajaran,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita yang menggemparkan seluruh umat Islam hari ini apabila sebuah masjid di Christchurch, New Zealand telah pun diserang dan menyebabkan 49 maut, manakala 20 lagi parah.
Insiden tembakan di masjid tersebut disiarkan secara ‘live’ oleh si pelaku dan ini sangat mengejutkan seluruh rakyat dunia.
Difahamkan, setakat ini seorang rakyat Malaysia disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.
Pihak polis di sana kitni telah mengarahkan semua masjid di seluruh New Zealand menutup pintu demi keselamatan Jemaah.
Berita ini turut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang masing-masing melahirkan rasa sedih dengan insiden yang menimpa.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern juga telah mengesahkan sekurang-kurangnya 49 orang telah terkorban. Beliau menyifatkan kejadian ini sebagai serangan pengganas.
Sama-sama kita doakan agar keselamatan umat Islam dilindungi dan semoga mangsa korban ditempatkan ke Jannah. Aamin.
Nampaknya rezeki menyebelahi juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae apabila terus bergiat aktif dalam bidang lakonan dan terbaharu, personaliti ini menjadi peneraju utama dalam drama bersiri Jangan Ganggu Jodohku di slot MegaDrama Astro Ria.
Drama bergenre komedi ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh. Malangnya, roh-roh itu mengganggunya. Aliza dibantu seekor jin yang telah menjadi rakannya sejak kecil bernama Abu.
Jin ini melindungi Aliza dan tidak disangka sebenarnya sudah jatuh hati pada gadis itu. Jadi, setiap kali lelaki meminati Aliza pasti jin tersebut melakukan sesuatu agar mereka menjauhi anak gadis ini.
“Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada untuk saya dan kali ini, saya memegang watak utama dalam sebuah drama komedi seram. Apa yang menariknya, ini merupakan pertama kali genre komedi seram disiarkan dalam slot MegaDrama,”
“Watak Aliza ini cukup berat untuk dibawa kerana saya perlu banyak melakonkan babak dirasuk. Walaupun bergenre komedi, tetapi setiap kali Aliza dirasuk, saya perlu menjadi seorang yang serius dan bermain dengan emosi,”
“Kelainan yang dirasakan pada watak kali ini, lebih banyak aksi yang mencabar perlu dilakukan oleh saya untuk menghayati watak Aliza. Babak rasuk yang terlalu banyak membuatkan saya sedikit penat dan saya juga perlu melakukan stunt seperti tidur di kubur, mandi air sabun dan macam-macam lagi,”
“Sewaktu melakonkan babak pertama dalam drama ini, saya dan Noreen seperti dirasuk. Badan dan jantung saya seakan ditarik, tiba-tiba sahaja bulu roma naik. Pihak produksi terus meminta untuk saya masuk ke dalam bilik dan ketika itu saya menangis semahunya tanpa bersebab,”
“Sepanjang berada di lokasi penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku, saya sering membaca ayat Kursi kerana tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku. Alhamdulillah, kejadian dirasuk itu hanya berlaku sekali sahaja dan kami dapat menyelesaikan penggambaran dengan selamat,” ujar Shaza.
Selain Shaza Bae, drama ini turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran dan Amerul Affendi serta Aloy sebagai Abu.
Jangan lupa saksikan ‘Jangan Ganggu Jodohku’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!