Kemunculan seorang jejaka yang dikenali sebagai Nadhir Nordin secara kerap dalam siaran langsung Perbarisan & Perarakan Merdeka 2026 pada 31 Ogos, hari ini mendatangkan tanda-tanya mengenai siapakah gerangannya yang sebena.
Sebaik sahaja kamera berpaling daripada vidual perarakan yang berlangsung di Dataran Putrajaya pagi ini, pastinya wajah Nadhir akan muncul di skrin televisyen sambilberaksi menepuk tangan, bersorak & cuba memeriahkan suasana.
Ia sedikit-sebanyak menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet yang keliru mengapa masa siaran Nadhir dikira panjang berbanding orang ramai yang turut berada di sekitar dataran.
Tidak terkecuali juga, ada warganet yang tampil mengecam Nadhir yang dianggap mereka ‘mencuri’ perhatian daripada barisan unit yang berarak.
Alamak, ke arah situ pula?
Nadhir Nordin Beri Penjelasan Mengenai Siaran Merdeka
Menerusi hantaran di media sosial, Nadhir menjelaskan bahawa dia bukanlah sengaja ingin mencipta sensasi negatif.
Sebaliknya, dia hanyalah menjalankan tugasnya selaku sebahagian daripada kru siaran langsung berkenaan dan halikatnya, berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Ramai yang tanya, ramai mesej saya cakap berapa saya bayar RTM untuk keluarkan muka saya banyak kali?
Ads
“Saya bertugas. Teknikal ni haa (merujuk kepada pas tugasannya). Saya diberikan ear-piece paling ‘gedabak’ yang pernah saya pakai selama ini sebab ini ‘tarik’ jauh lah. Kalau saya duduk jauh pun ‘dia’ boleh dengar command daripada penerbit.
“Ya Allah. Saya bukan bayar RTM. Saya bertugas,” ujarnya.
Tugas Nadhir Nordin Untuk Buat Penonton ‘Havoc’
Nadhir Nadhir yang juga merupakan pengacara bagi program-program terbitan RTM seperti Pastikan Sahih, KOPIeKONOMI, Panorama, Selamat Malam Malaysia dan Ronda-Ronda Ramadan turut sempat berseloroh; sebagai antara petugas muda di RTM, tugasan sebegini sudah lali buatnya walaupun adakalanya terasa seperti dijadikan ‘tikus makmal’.
“Inilah job saya yang paling mudah sepanjang saya menjadi pengacara. Saya ditugaskan (dan) diletakkan bersama dengan penonton untuk bersorak. Untuk havoc. Memang part saya adalah P.O.V (Point of View).
Ads
“Jadi penerbit akan kata, ‘Okay, Nadhir. Standby. P.O.V. Nadhir kena panggil penonton-penonton pandang dekat kamera dan buat riuh. (Ketawa) Akhirnya berjayalah.
“Ini kali pertama saya buat. Saya selalu jadi mangsa tikus makmal,” guraunya.
Dalam erti kata lain, apabila kamera menghala ke arahnya, Nadhir sememangnya perlu mengajak orang ramai di sekelilingnya untuk memberikan reaksi, bersorak dan memeriahkan suasana siaran.
Ia bukan sekadar aksi spontan untuk mendapatkan perhatian, sebaliknya merupakan sebahagian daripada arahan penerbit yang diterimanya menerusi ear-piece sepanjang bertugas.
Ads
Hakikatnya, tugas P.O.V itulah yang menyebabkan wajah Nadhir kerap terpampang di kaca televisyen ketika kamera mahu merakamkan reaksi penonton dan kemeriahan sambutan di sekitar Dataran Putrajaya.
Haa, tak baik tuduh Nadhir terpaksa bayar RTM untuk muncul sekerap itu di kaca televisyen. Hehe…
Daripada sekadar ditugaskan untuk mengajak penonton bersorak, akhirnya ramai pula yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang wajahnya asyik muncul setiap kali kamera memberikan fokus kepada orang ramai.
Jika selepas ini korang ternampak wajah Nadhir sewaktu dia mengendalikan program RTM yang lain, jangan lupa pula untuk tag namanya dalam hantaran media sosial lagi ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasa kita dengar kisah orang terkaya, tapi bagaimana jika kisah haiwan peliharaan pula yang terkaya? Pasti susah nak percaya jika seekor haiwan peliharaan boleh bergelar jutawan.
Dalam senarai Forbes yang dilaporkan oleh All About Cats, seekor kucing berjenis Scottish fold milik bintang pop berusia 33 tahun Taylor Swift disenaraikan sebagai haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia, dengan anggaran nilai bersih AS$97 juta.
Kedudukan itu sendiri adalah berdasarkan analitik Instagram, dengan membandingkan haiwan peliharaan melalui populariti di media sosial. Bukan itu sahaja, Influence Marketing Hub juga digunakan untuk menganggarkan jumlah pendapatan Instagram setiap haiwan, serta purata bilangan likes.
Kejayaan Di Luar Media Sosial
Tetapi sebenarnya, Olivia sendiri juga pernah meraih kejayaan di luar media sosial. “Olivia telah menemui kejayaan di luar bidang pengaruh Instagram,” membaca penyenaraian itu, menurut Billboard.
Olivia kerap muncul dalam beberapa video muzik bersama Taylor, seperti “Me!” dan “Blank Space”. Olivia juga diketahui telah beraksi cemerlang dalam banyak iklan jenama besar, iaitu DirectTV, Diet Coke, AT&T, dan Ned Sneakers, Young People.
Menariknya, menurut laporan Rolling Stone, walaupun Olivia anatara kucing terkaya namun dia tidak mempunyai akaun Instagram peribadi seperti kebanyakan haiwan peliharaan lain.
Ini juga bermakna Olivia telah menggantikan dua lagi kucing Taylor, Meredith Gray dan Benjamin Button. Malah, Olivia dan Meredith muncul dalam video rehat yang dimainkan semasa konsert Jelajah Dunia 1989 pada 2015 dan Benjamin mempunyai cameo dalam video muzik untuk “Me!”.
Lagipun, Meredith dan Benjamin tidak berjaya dalam ranking haiwan peliharaan terkaya All About Cats. Tapi, Olivia berjaya menewaskan haiwan peliharaan selebriti dunia.
Wah, hebatlah Olivia Benson ni. Untungnya jadi kucing kesayangan Taylor Swift kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kontroversi yang melibatkan rumah tangga pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim terus mencuri perhatian orang ramai apabila hubungan mereka dilihat mulai reda selepas sebuah perkongsian gambar mesra pasangan itu tular di media sosial.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram isteri Fikry, Siti Khalizah Alihan, hubungan pasangan suami isteri itu dipercayai berada dalam keadaan baik sahaja apabila foto mereka bergandingan tangan mula meraih perhatian.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kami @fikryibrahim,” tulis Khalizah.
Pada 19 Jun lalu, Khalizah dilaporkan telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.
Walau bagaimanapun, kelibat aktor berusia 31 tahun itu dipercayai tidak kelihatan bagi sebutan pertama perceraian.
Sebelum ini, peguam mewakili Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq turut memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.
Sekadar info, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan apabila timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah mulai dingin.
Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah telah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Kedah, dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Khalizah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jennie baru-baru ini ada berkongsi klip video dan foto kempen di Instagramnya, mempamerkan 136 individu termasuk dirinya sedang mempamerkan beberapa pakaian seperti pakaian dalaman.
Rupanya, Jennie pun terlibat dalam kempen Musim Bunga 2022 oleh jenama Calvin Klein ini, bukan hanya BLACKPINK Jennie tetapi ada beberapa nama besar lain yang turut membintanginya.
Ini memandangkan populariti yang dimiliki oleh bintang K-pop itu dalam dunia hiburan dan sebagai ikon fesyen terbaru.
Malah, perkongsian Jenni untuk kempen ini dipuji, ramai yang tertarik dan memuji susuk badan Jennie yang agak seksi.
Untuk info, Kempen Musim Bunga 2022 yang diberi nama “All Together” ini bertemakan rakan dan keluarga. Menurut Calvin Klein, kempen ini mengetengahkan perkongsian dalam komuniti kerana tiada apa yang berbaloi jika memiliki seorang diri.
Lihat kempen Musim Bunga 2022 Calvin Klein yang dibintangi oleh BLACKPINK Jennie dan yang lain di bawah, cantik betul Jennie ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!