Malam penuh debaran di Royale Theatre, Shah Alam pada 15 Jun 2025 menyaksikan Ariel Fesol mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha (BSA) musim pertama!
Ariel menewaskan enam finalis lain pada malam kemuncak dan berjaya membawa pulang RM30,000 berserta trofi selepas persembahan solo dan berkumpulan dinilai oleh para juri terdiri daripada Edry Abdul Halim, Datuk Shafinaz Selamat, Hael Husaini dan juri jemputan Marsha Milan.
Naib juara pula menjadi milik Ray-D yang meraih RM20,000 manakala tempat ketiga disandang Rizal Rasid yang membawa pulang RM10,000.
Daniel Sher, Araff dan Izat Ibrahim masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dan membawa pulang RM5,000 setiap seorang. Sementara itu,Afiq Sky melengkapkan kedudukan di tempat ketujuh dengan hadiah RM3,000.
Malam tadi juga menyaksikan Daniel Sher menang berganda apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.
Ads
Persembahan Berkumpulan Bikin Panas
Semasa segmen lagu berkumpulan, tujuh orang finalis tadi dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Prime (Daniel, Rizal, Ariel, Araff) yang menyampaikan lagu Hands Up nyanyian asal kumpulan generasi kedua Korea Selantan, 2PM dan Alpha Ultra (Izat, Ray-D, Afiq Sky) yang membawakan lagu Run nyanyian asal kumpulan Korea, BTS.
Namun, kejutan paling besar terjadi di penghujung acara jatuh kepada…
OT7 Confirmed! 7 Finalis Sah Debut Dalam Kumpulan Bernama ‘Alpha’
Pihak produksi program Big Stage Alpha mengumumkan bahawa ketujuh-tujuh finalis akhir program tersebut akan melakukan debut bersama sebagai sebuah kumpulan lelaki baharu yang dinamakan Alpha!
Ketika enam nama diumumkan satu per satu bermula daripada nama Daniel Sher, Izat Ibrahim, Ray-D, Ariel Fesol, Rizal Rasid dan Afiq Sky, peminat seorang lagi finalis iaitu Araff menanti dengan penuh berdebar memandangkan nama penyanyi remaja berusia 19 tahun itu masih tidak kedengaran.
Ads
Sejurus laungan “OT7!” bergema di seluruh dewan teater daripada lautan penonton yang hadir menyaksikan siaran langsung finale semalam, pentas bertukar gamat apabila Araff akhirnya diumum sebagai ahli terakhir kumpulan Alpha.
Tambah manis, kumpulan ini mempersembahkansingle debut berjudul Mona Lisa di hadapan penonton yang bersorak tanpa henti.
Latihan di Korea & Jemputan Khas Dari Hael Husaini
Ketujuh-tujuh ahli kumpulan Alpha kini bakal diterbangkan ke Korea Selatan untuk menjalani latihan intensif sebagai persediaan menjadi sebuah kumpulan ‘idol’ berkualiti global. Tidak cukup sekadar itu, juri tetap Big Stage Alpha iaitu Hael Husaini turut mempelawa Alpha untuk buat persembahan di konsert solonya yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 8 Ogos ini.
Sebagai info, barisan juri tetap malam tadi terdiri daripada Hael Husaini, Edry Abdul Halim dan Datuk Syafinaz Selamat manakalaMarsha Milan hadir sebagai juri jemputan.
Malam final juga dibuka dengan persembahan Aisha Retno dan dikemudi hos Elly Mazlein serta Rina Nose.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya ramai yang boleh memandu kereta, baik lelaki mahu pun perempuan, namun tidak semua sedar tentang cara pemanduan mereka sebenarnya boleh mengundang masalah.
Salah satunya adalah tabiat salah pemandu yang biasa dilakukan boleh menjadi sebab kereta korang cepat rosak.
Ha, mesti korang nak tahu kan?
Berikut merupakan antara beberapa cara pemanduan yang korang harus elakkan kalau tak nak kereta bermasalah dikemudian hari.
1. Selalu tekan brek masa turun bukit
Ramai yang bila turun bukit akan selalu tekan brek untuk perlahankan kereta. Tapi ini boleh membuatkan haba terkumpul dekat brek dan rotor sampai cepat haus. Malah, berisiko tinggi untuk berlaku masalah panas melampau (overheat) atau meleding (warp).
2. Minyak dah nak habis
Kalau korang selalu drive masa tangki kosong atau dah nak kosong, ia boleh menyebabkan pam minyak cepat rosak. Biasakan diri isi semasa minyak tinggal dua bar atau lagi suku nak habis.
3. Selalu pijak clutch
Tabiat ini selalu dilakukan oleh individu yang pandu kereta manual. Mereka akan pijak clutch ketika memandu dan ini boleh menyebabkan clutch cepat haus serta boleh merosakkan bearing rilis, lengan rilis dan plat tekanan.
4. Tak guna brek tangan
Mesti guna brek tangan walaupun korang parking atas jalan raya. Kalau tak, berat kenderaan akan ditampung oleh besi kecil yang dipanggil sebagai tuas parking (parking pawl) dan boleh hauskan besi tersebut.
5. Tergesa tukar gear R ke gear D
Untuk pemandu kereta auto, masa keluar parking atau apa-apa saja, korang jangan terus pecut lepas tukar gear R ke gear D. bagi masa dalam 2-4 saat. Ini untuk mengelakkan enjin, transmisi dan gear rosak.
6. Rev masa panaskan enjin
Kebiasaannya, pemandu suka rev enjin sebab nak cepat panaskan kereta. Korang tahu tak sebenarnya perkara ini boleh tinggikan tekanan dalam komponen kereta lepas tu senang rosak. Sabar. Korang hanya perlu ambil masa 60 saat je untuk panaskan enjin tu.
7. Tekan minyak sampai habis
Kalau dah selalu pecut, mesti korang akan tekan brek mengejut. Tolong jangan buat. Pecut drastik ni lagi banyak guna minyak. Brek mengejut pula cepat hauskan pad pada rotor brek.
8. Pegang tombol gear ketika driving
Selalu orang yang bawa kereta manual akan buat macam ni. Satu tangan di gear, satu lagi tangan pegang stereng. Tabiat ini banyak beri tekanan pada bushing transmisi dan synchronizer. Ini boleh membuatkan gear box cepat rosak.
9. Bawa barang terlalu berat
Makin berat kereta, makin banyak tekanan atas drivetrain, suspensi dan brek. Minyak pun guna lagi banyak. Bawa barang-barang yang penting saja. Amaran untuk kaum wanita. Hiks!
10. Abaikan tanda amaran
Kalau ada dengar bunyi pelik, bergetar tiba-tiba atau symptom pelik, itu maksudnya korang dah kena pergi periksa kereta tersebut. Lagi lama tunggu, takut makin banyak pula yang rosak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali, Bruno Mars mengumumkan bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 17 September 2024.
Selepas enam tahun tidak bertandang ke sini, Bruno dijadualkan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lagu-lagu hit yang sering menjadi siulan peminat muzik di Malaysia.
Terdahulu, Bruno Mars pernah menjayakan konsert di Axiata Arena yang kebetulan jatuh pada tarikh sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada 9 Mei 2018.
Bagi korang yang tidak sempat untuk menyaksikan kehebatan vokal serta persembahan mantap Bruno pada waktu itu, jangan risau!
Korang boleh mendapatkan tiket konsert kali ini mulai 27 Jun, minggu hadapan sempena pra-jualan untuk ahli Live Nation dari 10 pagi hingga 11.59 malam. Sementara itu, jualan am pula akan dibuka pada 28 Jun, Jumaat mulai 10 pagi menerusi laman sesawang Go Live.
Buat masa ini, penganjur masih belum menguar-uarkan harga tiket bagi setiap kategori yang ditawarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat kdrama Extrao rdinary Attorney Woo, drama 16 episod yang bakal melabuhkan tirainya esok dikhabarkan bakal menemui peminat untuk musim kedua.
Hal ini telah dikongsikan sendiri oleh presiden Lee Sang Baek dari ASTORY yang mengumumkan bahawa siri drama ini akan disambung ke musim kedua dan dijangka bakal menemui penonton pada tahun 2024.
“Terima kasih atas sokongan ramai penonton, Attorney Woo akan kembali untuk musim kedua. Kami berharap drama tersebut dapat ditayangkan pada 2024. Walau bagaimanapun, proses pelarasan jadual pelakon dan kru menjadi cabaran paling besar. Kami berharap untuk meneruskan musim kedua tanpa sebarang pertukaran pelakon atau sebarang perubahan kepada tenaga produksi,” jelasnya.
Drama Extraodinary Attorney Woo mengisahkan tentang seorang penghidap gangguan spektrum autisme, namun sangat berbakat dalam bidang undang-undan kerana mampu menghafal segala akta perundangan sejak kecil lagi. Keistimewaannya itu menjadikannya seorang peguam dan bekerja di firma guaman terkemuka, Hanbada.
Walaupun seorang autistik, namun kelebihan dan kemahiran Woo Yong Woo menyelesaikan kes menjadi tarikan utama yang membuatkan penonton tertarik dengan drama ini.
Dibintangi oleh Park Eun Bin, Kang Tae Oh, Kang Ki Young dan Yoon Kyeong Ha, drama Extraordinary Attorney Woo bakal berakhir pada esok hari. Sehingga kini, drama ini menerima pujian dan jumlah rating yang tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!