Bekas peserta Hero Remaja 2021/2022, Amir Ahnaf tampil dengan pendapatnya mengenai tindakan segelintir netizen melabel segelintir selebriti sebagai ‘muka awam’.
Menerusi ciapan di platform X, pelakon naskhah popular Projek: High Council itu berkata seseorang selebriti yang memiliki ‘muka awam’ iaitu merujuk kepada rupa paras yang tiada tarikan, sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membawa sesuatu watak.
“Nak tahu sesuatu tak? Mierul pernah borak dengan Amir, muka awam kita ini iaitu Melayu akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.
“Kerana dalam kehidupan kita seharian ini memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila kita dah terbiasa, otak akan ‘setting’ sebegitu rupa,” ciapnya.
Ads
Mengulas lanjut, pelakon berusia 23 tahun itu turut menyifatkan dengan memiliki wajah sebegitu, secara tidak langsung ia dapat memberi impak yang baik terhadap penonton kerana mereka akan lebih memahami lakonan aktor tersebut.
“Ia perkara yang baik, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.
Ads
“Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian. Hari-hari tengok kan, kau betul-betul ‘feel vibes’ nusantara itu,” coretnya lagi.
Sementara itu, pelakon berbakat besar, Nadhir Nasar juga dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menekankan bakat lakonan adalah lebih penting berbanding penampilan.
“Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca televisyen adalah satu pujian. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim pandemik yang sedang melanda negara sekarang ini telah menggangu kelestarian banyak perniagaan.
Baik perniagaan jenama besar mahupun kecil-kecilan, dek kerana permintaan dan jualan yang semakin merundum, kebanyakannya terpaksa mengecilkan skala perniagaan masing-masing.
Bagi sesetengah jenama pula, mereka terpaksa gulung tikar dan menutup operasi cawangan di Malaysia; seperti yang terjadi kepada butik Esprit dan gedung premium, Robinsons.
Menariknya, jenama pakaian yang satu ini seperti tidak terkesan dengan penangan pandemik Covid-19 dan ‘berani’ untuk membuka satu lagi cawangan mereka tidak lama lagi!
Semua orang mengenali jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo bukan? Sejak pembukaan cawangan pertamanya di Fahreinheit 88 Bukit Bintang, Uniqlo Malaysia kekal diminati oleh ramai pelanggan setia mereka kerana faktor keselesaan, kualiti yang bertahan lama dan rekaan minimal yang kreatif.
Menerusi satu posting di Instagram pada hari ini, Uniqlo mengumumkan bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk membuka cawangan butik tunggal atau stand-alone store pertama di Malaysia, pada bulan Disember kelak. Ini bersempena ulang tahun 10 tahun mereka yang disambut pada bulan November ini.
Ilustrasi artis. Sumber: Instagram Uniqlo Malaysia
Menurut Uniqlo lagi, cawangan bersebelahan jalan SA Square @ Damansa Avenue, dekat Bandar Sri Damansara ini direka khas untuk memastikan keluasannya bersesuaian dengan jumlas staf dan bilangan pelanggan yang datang dari kategori keluarga, warga emas, warga kurang upaya dan pelanggan sejagat.
Tinjauan REMAJA terhadap komen yang dimuat naik menunjukkan rasa tidak sabar peminat Uniqlo menantikan pembukaan butik tersebut. Malah, ramai juga menantikan pengumuman promosi atau jualan khas dari Uniqlo sempena pelancarannya.
Francais filem yang diadaptasi daripada novel tulisan J.K. Rowling ini sememangnya diminati oleh jutaan penonton di seluruh dunia sehingga kerap memecah rekod blockbuster di pawagam.
Selepas filem terakhirnya menemui penonton pada tahun 2011, fenomena Harry Potter masih lagi hebat dengan pembukaan banyak tarikan yang diilhamkan daripada Harry Potter. Antara yang popular adalah taman tema, kafe, teater dan tour di set penggambaran.
Jom lihat 5 lokasi pilihan REMAJA ini.
Universal Studios Japan
Harga Semasa di KLOOK RM712.89
Ini merupakan salah satu tarikan Harry Potter yang sentiasa ada dalam bucket list peminatnya. Wizarding World of Harry Potter ini mempersembahkan kedai sihir popular, Ollivander dan membolehkan korang melakukan spell.
Dengan pas istimewa KLOOK ini, korang boleh mendapatkan akses fast track di bahagian khas Harry Potter & the Forbidden Journey serta bahagian Flight of the Hippogriff.
.
.
Warner Brothers Studio UK
Harga Semasa di KLOOK RM147.55
Ini adalah trip paling berbaloi sekiranya korang merupakan peminat Harry Potter tegar. Sekiranya bercadang ke London, ambil peluang untuk mengikuti jelajah Warner Bros. Studio dan terus ke Oxford dengan menaiki perkhidmatan koc yang disediakan.
Jelajah ini akan mengambil masa 7 jam, oleh itu kami nasihatkan agar korang bersiap sedia untuk seharian mengikutinya tanpa apa-apa perancangan lain.
.
.
Teater Broadway New York
Harga Semasa di KLOOK RM1069.55
Persembahan teater Harry potter & the Cursed Child telah menjadi salah satu persembahan paling popular di panggung terkemuka New York, Broadway.
Teater ini adalah hasil adaptasi naskah berjudul sama dan ia menceritakan mengenai anak lelaki Harry dan Ginny kira-kira 19 tahun selepas berakhirnya novel ketujuh Harry Potter.
.
.
New College Oxford, UK
Harga Semasa di KLOOK RM147.55
Serius terasa seperti berada dalam dunia Harry Potter! Tour di sekeliling kampus New College ini membawa korang ke sudut-sudut familiar yang menjadi lokasi penggambaran filem blokbuster tersebut.
Selain boleh bergambar sakan, korang juga akan diceritakan mengenai kisah menarik penggambaran filem tersebut.
.
.
Kafe Platform 9 1/2 Ipoh Perak
Akhirnya, ada juga tarikan berkonsepkan Harry Potter di Malaysia. Kafe yang diubah daripada bangunan lama di Ipoh ini membuatkan korang terasa seperti berada di Diagon Alley.
Antara menu signature yang disediakan ialah aiskrim Butterscoth dan Butterbrew yang diilhamkan daripada filem Harry Potter. Jadi bila berada di Ipoh, jangan lupa untuk mencari kafe ini di lorong Concubine tau.
.
.
Oleh sebab itu, sempena ulang tahun ke-20 sejak filem pertama Harry Potter ditayangkan REMAJA rasakan ia adalah idea percutian yang menarik untuk korang rancang bagi tahun hadapan.
Tak terlalu awal untuk korang merancang percutian pada tahun 2020, bermula sekarang. Why not korang tempah pas masuk semudah satu klik secara online di aplikasi KLOOK.
Tak perlulah korang beratur panjang untuk membeli tiket, lebih-lebih lagi tarikan popular Harry Potter seperti yang REMAJA cadangkan. Malah, korang boleh berjimat kerana harga tiket yang ditempah awal adalah lebih murah berbanding pembelian on-the-spot di kaunter.
KLOOK juga menawarkan pelbagai pembelian pada harga lebih rendah seperti cruise, bus tour, membeli kad WiFi & SIM Card, pembelian makanan & minuman serta macam-macam lagi di 350 buah destinasi seluruh dunia.
Apa yang perlu korang lakukan hanyalah tunjukkan telefon pintar sebagai e-Tiket.
JUALAN AKHIR TAHUN
Kami cadangkan agar korang jangan lepaskan peluang untuk menempah awal pas masuk tarikan Harry Potter sempena ‘Xmas Sale Of The Year‘ terbesar! Rebut promosi dan diskaun sehingga 22% bermula 12 – 14 December ini.
Jika korang sudah terlepas terikh tersebut, ada lagi…
Mulai sekarang hingga 31 Disember ini, rebut promosi #JustKlookIt untuk menikmati diskaun sehingga RM350. Diskau RM100 diberikan dengan pembelian minimum RM1,000 menggunakan kod promo KLOOKIT100.
Manakala diskaun hingga RM250 pula diberikan dengan pembelian minimum RM1,500 menerusi aplikasi mobil Klook di iOS dan Android dengan kod promo KLOOKIT250.
Untuk info lanjut, layari Instagram dan Facebook KLOOK bagi mendapatkan info lanjut mengenai tawaran dan promosi yang sedang berlangsung ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat hiburan terkemuka Korea Selatan, YG Entertainment baru-baru ini meraih perhatian peminat K-Pop apabila membuktikan komitmennya bukan sahaja dalam industri muzik global, malah dalam usaha kemasyarakatan yang memberi impak jangka panjang, khususnya dalam membantu kanak-kanak yang mengalami gangguan pendengaran.
Langkah ini sekaligus memperlihatkan bagaimana muzik bukan sekadar medium hiburan, tetapi juga mampu berfungsi sebagai alat pemulihan dan sokongan emosi kepada golongan yang memerlukan, terutamanya kanak-kanak yang berdepan cabaran sejak usia muda.
Komitmen Berterusan Melangkaui Dunia Hiburan
Difahamkan, pada 8 Januari, YG Entertainment mengumumkan jumlah sumbangan terkumpul kepada Hospital Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Seoul telah melebihi 400 juta Korea Won sejak inisiatif tersebut dimulakan pada 2023. Sumbangan berkenaan disalurkan secara konsisten bagi memastikan kesinambungan rawatan kepada pesakit kanak-kanak implan koklea.
Bantuan kewangan ini memberi fokus kepada kanak-kanak yang berdepan kekangan ekonomi, sekaligus mengurangkan jurang akses rawatan kesihatan khusus yang sering menjadi beban besar kepada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.
Sokongan Menyeluruh Kepada Pesakit Implan Koklea
Menerusi program berterusan itu, YG Entertainment menanggung kos pembedahan implan koklea termasuk rawatan susulan serta proses pemulihan jangka panjang. Pendekatan menyeluruh ini memastikan setiap pesakit kanak-kanak yang memerlukan tidak tercicir daripada menerima rawatan penting hanya disebabkan faktor ekonomi.
Usaha tersebut turut mencerminkan keprihatinan syarikat terhadap kelangsungan kualiti hidup pesakit, kerana rawatan implan koklea bukan sekadar melibatkan prosedur pembedahan, tetapi memerlukan sokongan terapi dan pemantauan berterusan.
Cabaran Selepas Pembedahan
Walau bagaimanapun, pihak syarikat itu turut menyedari bahawa cabaran pesakit implan koklea tidak terhenti selepas pembedahan. Antara isu utama yang sering dihadapi ialah kesukaran menikmati muzik sepenuhnya akibat keterbatasan membezakan nada, intonasi dan pic bunyi.
Keadaan ini memberi kesan kepada perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak, terutamanya apabila muzik menjadi sebahagian daripada medium pembelajaran dan ekspresi diri.
Penyelidikan Terapi Muzik Berasaskan Inovasi
Susulan itu, YG Entertainment mengambil inisiatif dengan memperluaskan sokongan melalui penglibatan aktif dalam penyelidikan dan pembangunan program pemulihan pendengaran berasaskan muzik. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik bersama Hospital Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Seoul dan Bell Therapeutics.
Kerjasama tersebut membuka dimensi baharu dalam penggunaan muzik sebagai alat terapi, khususnya dalam membantu pesakit implan koklea mengenali dan menghargai bunyi secara lebih efektif.
Langkah Pertama Dalam Industri Hiburan Korea
Pada masa yang sama, usaha ini mencatat sejarah apabila YG Entertainment menjadi syarikat hiburan tempatan pertama yang menyokong program pemulihan muzik secara menyeluruh. Pendekatan ini memperlihatkan peranan industri hiburan dalam menyumbang kepada inovasi kesihatan dan kebajikan masyarakat.
Ia juga membuka ruang baharu kepada integrasi muzik dan sains perubatan sebagai medium terapi alternatif yang berpotensi memberi manfaat jangka panjang.
Pengiktirafan Antarabangsa & Rancangan Masa Hadapan
Hasil penyelidikan terapi muzik ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dibentangkan di beberapa persidangan utama dunia. Kajian tersebut menunjukkan potensi peningkatan persepsi muzik dalam kalangan pesakit implan koklea, sekali gus mengukuhkan keberkesanan pendekatan terapi berasaskan muzik.
Melangkah ke hadapan, YG Entertainment merancang untuk melancarkan program pertukaran pesakit dan penjaga bermula 2026. Selain itu, syarikat berkenaan juga akan menggerakkan kempen kesedaran awam bagi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap implan koklea dan cabaran yang dihadapi pesakit.
Muzik Sebagai Medium Kemanusiaan
Sebagai antara syarikat gergasi industri hiburan Korea Selatan yang melahirkan artis bertaraf global seperti BIGBANG, 2NE1, BLACKPINK, PSY, WINNER, iKON, TREASURE dan BABY MONSTER, YG Entertainment terus mengangkat muzik sebagai medium universal.
Inisiatif ini membuktikan bahawa muzik bukan sekadar menghiburkan, malah mampu memberi makna kemanusiaan yang mendalam serta menyentuh kehidupan mereka yang memerlukan sokongan dan harapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...