
MyKad adalah dokumen penting dan WAJIB dibawa ke mana sahaja anda pergi. Ia adalah bukti yang menunjukkan diri anda sebagai warganegara Malaysia.
Fungsi utama MyKad ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan serta jantina yang terpapar di kad.
Tapi tak ramai yang mengambil berat hal kad pengenalan diri ini terutama bagi remaja belasan tahun yang mana kad pengenalannya masih disimpan mak ayah yang takut kad tersebut hilang.
Menurut facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia, MyKad adalah wajib untuk semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas.

Kalau korang tertinggal kad pengenalan dan ketika itu ada pemeriksaan rawak oleh pihak berkuasa polis, ketahui, inilah risiko yang harus korang tanggung iaitu denda dan boleh di penjara.
Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kad pengenalan diri apabila diminta pihak berkuasa, boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Simpan MyKad anda dengan baik dan sentiasa bawa bersama ke mana sahaja anda pergi.
Jadi selepas ini, silalah simpan kad pengenalan dengan baik dan bawalah ke mana saja korang pergi tanpa perlu meninggalkan di rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Putera Muhammad Tunjuk Taring Sebenar Dengan 93.20 Markah! Rossa Akui Beri Skor Tertinggi Sepanjang Pertandingan Kepadanya

Buat julung kalinya, salah seorang daripada dua peserta lelaki program realiti nyanyian The Hardest Singing Show telahpun menyambar kejuaraan mingguan pada konsert suku akhir, malam tadi.
Putera Muhammad tampil dengan persembahan impresif ketika membawakan lagu Hilang Naluri dengan elemen api bagi menyelesaikan cabaran minggu ini bertemakan Estetika Alam. Sekaligus, Putera berjaya mengutip markah tertinggi sebanyak 93.20 peratus dan membawa pulang Anugerah The Hardest of the Night.

Lebih manis lagi, Putera juga telah menerima skor tertinggi daripada salah seorang juri tetap program, Dato’ Seri Rossa atau lebih mesra dengan panggilan Teh Ocha seperti yang diumumkan oleh juri berkenaan sewaktu sesi penjurian.
Bercakap kepada REMAJA di belakang pentas, Putera berpendapat rezeki tersebut hadir secara mengejut pada minggu kelapan pertandingan memandangkan kejuaraan seringkali diperolehi oleh peserta-peserta wanita.
“Graf saya dalam program ini macam roller coaster, naik turun (ketawa). Alhamdulillah minggu dapat juga saya merasa menjadi juara mingguan. Sewaktu persembahan tadi pun, saya lihat juri-juri berikan standing ovation. Itu yang penting sebenarnya iaitu apabila penonton puas dan apa yang kita hendak sampaikan itu tercapai. Kedudukan pertama itu bonus,” katanya yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once.
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Aisha Retno Di ‘Bottom 2’ Dalam Mana-Mana Pertandingan, Paling Takut Kecewakan Ibu Sendiri – REMAJA
Mulanya Ingin Bakar Badan, Tetapi…
Sewaktu Putera menerima tugasan elemen api, idea asalnya adalah bagi menimbulkan kegerunan penonton dengan cara membakar yang ekstrem termasuklah idea untuk membakar tubuhnya sendiri. Namun hasrat Putera itu ‘lebih terkawal’ malam tadi setelah menerima nasihat pihak produksi dan pasukannya sendiri.
“Kau ni muka nak pakai lama, kaki nak pakai lama, badan nak pakai lama… Jadi jangan habiskan segala-galanya pada minggu ini…”
“Ya, idea asalnya termasuklah untuk membakar satu badan dan pijak api agar merecik. Itu belum lagi bermain dengan efek api pada badan. Tetapi apa yang berlaku malam ini adalah idea-idea yang telah diluluskan oleh produksi,” katanya.
Kongsi Putera lagi, sesi raptai bersama nyalaan api pada lengannya hanya boleh dimulakan pada hari Sabtu. Biarpun sedikit cemas ketika melakukannya, dengan bantuan pihak bertanggungjawab, Putera kekal tenang ketika cuba memadamkan api menggunakan sapu tangan khas serta air yang telahpun disediakan di atas pentas.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Terdahulu, Putera Muhammad pernah menyertai sebuah lagi program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Big Stage 2023 dan menduduki tangga ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Wabak Tersembunyi”! 424,000 Kanak-Kanak & Remaja 15 Tahun Ke Bawah Alami Masalah Mental

Ternyata angka ini jelas menakutkan dan ia menjadi “wabak tersembunyi” yang harus diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Laporan Harian Metro, masalah mental dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia kini membimbangkan dan dikenal pasti sebagai 'wabak tersembunyi'.
Kebimbangan itu diluahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berikutan pendedahan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mengenai kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat beberapa faktor utama yang mendorong masalah mental iaitu gangguan kelakuan (15.9 peratus), masalah emosi (8.3 peratus), dan hiperaktiviti (2.3 peratus).
Katanya, memberi telefon bimbit atau peranti elektronik kepada kanak-kanak yang akan menjauhkan mereka daripada berinteraksi dengan rakan sebaya malah hampir 43 peratus daripadanya kekurangan kemampuan dalam berinteraksi.
"Kanak-kanak juga mungkin mengalami gangguan kelakuan akibat daripada kekurangan kemahiran memproses maklumat atau isyarat sosial bagi mengekalkan kelakuan dalam persekitaran.
"Membesar dalam keluarga yang bermasalah juga boleh menjadi satu lagi faktor penyumbang kepada masalah mental," katanya hari ini.
Menerusi tinjauan NHMS 2019 itu, didapati sebanyak 9.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun menderita masalah mental yang mana sejumlah besar daripada mereka adalah penduduk luar bandar iaitu 8.8 peratus dan B40 dengan 9.2 peratus.
Mengulas lanjut Mohideen berkata, kanak-kanak dari keluarga B40 cenderung dinafikan daripada menerima rawatan yang sempurna berikutan ibu bapa mereka yang tidak tahu mengenai isu kesihatan mental, bimbang mengenai kos rawatan yang tinggi dan sering sibuk bagi memenuhi keperluan hidup.
Katanya, harapan ibu bapa terhadap kecemerlangan akademik dan tekanan di sekolah juga menyumbang kepada kesihatan mental kanak-kanak berikutan peningkatan kecenderungan membunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.

"Hakikatnya, kira-kira 60 peratus daripada rakyat Malaysia yang mengalami gangguan mental tidak pernah mendapatkan bantuan profesional kesihatan.
"CAP menggesa rakyat Malaysia berempati dengan individu yang mengalami gangguan mental memandangkan mereka sering dicela, didiskriminasi dan diabaikan," katanya lagi.
Sehubungan itu, CAP menggesa supaya pihak berkaitan termasuk kerajaan supaya menganjurkan lebih banyak ceramah kesihatan mental berikutan kepentingannya dalam membantu ibu bapa mengenal tanda awal dan gejala gangguan mental.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikea UK Kongsi Resipi Swedish Meatball Untuk Korang Buat Sendiri Di Rumah

Siapa sahaja yang tidak sukakan signature dish dari restoran Ikea, Swedish Meatball yang semestinya popular di kalangan masyarakat kita.
Maka tidak hairanlah setiap kali korang berkunjung ke sana, restoran Ikea tidak pernah sunyi dengan pengunjung, malah korang perlu beratur panjang untuk membuat pembelian disana.
Nah, selepas ni kalau ada yang craving nak makan meatball Ikea tu, korang dah boleh buat sendiri di rumah kerana Ikea UK dan Ireland sudah pun berkongsi ‘secret recipe‘ untuk korang cuba sendiri.
Nah, kami telah mengolah sedikit resipi ini kerana di luar negara mereka menggunakan daging khinzir. Jadi, apa kata kita buat versi halal pula okay?
Bahan-bahan:
– 500g daging cincang
– 1 biji bawang besar yang sudah dicincang
– 1 biji bawang putih (dicincang)
– 100g serbuk roti
– sebiji telur
– 5 sudu besar susu (whole milk)
– Garam dan pepper secukup rasa
– Minyak masak
– 40g butter
– 40g tepung
– 150ml stok sayuran
– 150 ml stok daging
– 150ml thick double cream
– 2 sudu kecil kicap
– 1 sudu kecil Dijon mustard

Cara menyediakannya:
1. Gaulkan daging cincang bersama bawang besar, bawang putih, serbuk roti dan telur. Kemudian, campurkan dengan susu dan perasa termasuk garam dan pepper.
2. Bentukkan daging tersebut menjadi bulat. Tempatkan daging yang telah dibentuk ke dalam pinggan dan tutup, masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam (ini dapat membantu mengekalkan bentuk meatball apabila dimasak nanti).
3. Panaskan kuali dengan suhu sederhana, dan masak sehingga meatballs tadi bertukar warna menjadi coklat.

4. Selepas itu, masukkan meatball ke dalam pinggan dan panaskan dalam ketuhar (suhu 180c konvensional atau 160c) dan masak selama 30 minit lagi.
5. Kemudian cairkan 40g butter dalam kuali, ayakkan bersama 40g tepung tadi dan kacau sehingga 2 minit. Selepas itu, masukkan 150ml stok sayuran an 150ml stok daging dan teruskan kacau.
6. Masukkan 150ml double cream, dua sudu kecil kicap dan 1 sudu kecil Dijon mustard. Biarkan sehingga mendidih dan biarkan kuah menjadi pekat.
7. Setelah siap dimasak, korang boleh hidangkan bersama mashed potato. Ha siap!
Wah nampak menarik, bolehlah cuba untuk menu Ramadan nanti. Selamat mencuba!
Sumber: 9gag
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

