Percutian pelakon, Jasmine Suraya ke India baru-baru ini telah meraih perhatian ramai pihak apabila beberapa hantaran foto dan videonya di media sosial menimbulkan persoalan orang ramai berkenaan status agamanya.
Biarpun Jasmine telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya ke India sekadar untuk melancong disebabkan ada kekosongan jadual penggambaran, masih ada pihak yang mendakwa tujuan kunjungannya ke negara tersebut adalah bagi menukar agama.
Lalu apabila Jasmine baru-baru ini ditemui oleh rakan pemberita di MStar Online, pelakon itu tidak cuba berselindung mengenai pandangannya terhadap kebebasan beragama. Baginya, bab agama adalah perkara yang sensitif dan peribadi untuk pengetahuan dirinya sahaja.
Jasmine Suraya
Untuk pengetahuan korang, Jasmine Suraya beragama Kristian namun pernah menghadiri kelas sekitar akhir tahun lalu demi menambah pengetahuan tentang agama Islam.
“Saya tahu ada ramai orang kecoh saya baru pergi India, konon-konon saya telah tukar agama. Ramai yang bertanyakan, ‘Kau ni dah tukar kepada Hindu ke?’ ataupun, ‘Apa sudah jadi mengenai mempelajari lebih mengenai Islam?’.
“Saya rasa bab agama ini adalah sesuatu yang sensitif, sesuatu yang bersifat peribadi. (Agama) juga adalah sesuatu yang saya sentiasa pelajari. Dari kecil hingga sekarang, ayah saya adalah seorang freethinker.
“Jadi bagi saya, soal agama ini saya pelajari secara peribadi dan tertutup dengan setiap satu agama yang ada,” ulasnya.
Berdiri teguh dengan pendiriannya untuk tidak mengambil kisah pandangan orang lain, Jasmine tidak terkesan dengan kata-kata orang luar terhadapnya; malah ‘terharu’ apabila mereka ambil kisah dengan apa yang terjadi pada kehidupannya di luar skop sebagai seorang pelakon.
“Saya rasa semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat. Bab agama ini, biarlah ia sekadar pengetahuan saya sahaja.
“Mak saya okay (sekiranya satu hari kelak Jasmine berubah fikiran mengenai agama yang ingin dianuti) sebab mendiang ayah saya juga seorang freethinker.
Ads
“Kalau (ibu Jasmine) hendak paksa saya (menganuti sesuatu agama) pun tiada gunanya kerana bab agama adalah di antara saya dan Tuhan saya.
“Kalau hati kita tidak ikhlas, buat apa? Ia lebih kepada kebebasan saya untuk menganut agama apa. Asalkan bila saya sudah peluk (sesuatu agama), saya ikhlas memeluk agama itu,” simpulnya.
Kita doakan sahajalah yang baik-baik untuk Jasmine Suraya agar dia tenang dengan apa jua pilihan yang dibuat.
Lagipun, selain bagi tujuan melancong; pemergian wanita kelahiran Sarawak ini ke India juga katanya adalah bagi membentuk watak yang bakal dilakonkan olehnya tidak lama lagi untuk sebuah projek baharu.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 23 September 2022. Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Sharifah Shahirah menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Sharifah Shahirah turut meminta orang ramai agar mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat arwah Bob Lokman.
Sebelum ini, dilaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Bob Lokman juga pernah memaklumkan bahawa penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus sahaja kerana bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lama juga tak dengan cerita mengenai Datuk Seri Alif Syukri kan?
Selain sibuk dengan urusan kerja seperti biasa, Datuk Seri Aliff Syukri khabarnya lebih senang menghabiskan masa bersama 6 orang anaknya sekarang.
Mereka terdiri daripada Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy, Raudhah Arshiyah dan seorang anak angkat bernama Aminah Alip Shah. Anak sulungnya iaitu Ammar kini berusia 12 tahun manakala anak bongsunya, Raudhah baru dilahirkan pada tahun lalu.
Menariknya semalam, beliau sempat berkongsi sebuah posting di Instagram miliknya mengenai pesanan kepada 6 orang anaknya itu.
Menurut jutawan berusia 33 tahun ini, seboleh mungkin dia ingin menjadi superhero kepada anak-anaknya yang masih kecil, terutamanya anak perempuannya.
“Saya bekerja keras sebab saya ingin menjadi seorang abah. Saya nak buat anak saya yang paling istimewa. Sebab itu setiap anak saya akan belikan insuran, simpanan tunai.
“Habis sahaja sekolah saya akan belikan kereta sport, akan pastikan mereka belajar di universiti luar negara, saya beri penjagaan terbaik dan beri masa setiap hari dengan mereka terutama sewaktu remaja,” catat Datuk Seri di akaun Instagram-nya semalam.
Namun, semua janji-janji tersebut hadir berserta syarat. Menurut beliau, anak-anaknya dan bakal menantunya kelak perlu menghormatinya dan “tidak lalai dengan dunia dan akhirat”. Pelik juga untuk tidak lalai demi akhirat, kami merasakan Datuk Seri mungkin tersalah catat dan bermaksud tidak lalai dengan urusan duniawi saja.
Keinginan untuk menjadi ‘superhero’ buat anaknya itu jelas Datuk Seri muncul apabila beliau mengimbas semula zaman kanak-kanaknya yang tidak senang seperti orang lain.
“Kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa. Saya nak suatu hari nanti, anak-anak saya buka saja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat. Amin,” katanya lagi.
*
Untung badan anak-anak Datuk Seri dan Datin Seri Shahida!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan bahawa mahligai perkahwinannya yang dibina selama 18 tahun sudah runtuh sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, Fazley dalam satu kenyataan menjelaskan beliau dan Azrena Soraya Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Azrene Ahmad telah sah bercerai dan bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh iddah beberapa bulan lalu.
“Keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri dan saya sendiri telah memfailkan penceraian.”
Kredit: Instagram Fazley Yaakob
“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini.”
Walau bagaimanapun, menurut Fazley (46) keduanya masih mengekalkan hubungan baik sesama mereka mereka seperti waktu mula-mula berkenalan dahulu.
Kredit: Instagram Fazley Yaakob
Selain dari itu, keempat-empat anak mereka juga difahamkan kini berada dalam penjagaan bersama.
Sekadar info, Fazley dan Azrene telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu iaitu Ahmad Fariedz Shah (15), Ahmad Fieradz Shah (14), Ahmad Fierudz Shah (13) dan Alayna Selma (7).
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...