Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 23 September 2022. Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Sharifah Shahirah menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Sharifah Shahirah turut meminta orang ramai agar mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Ads
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat arwah Bob Lokman.
Sebelum ini, dilaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Bob Lokman juga pernah memaklumkan bahawa penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus sahaja kerana bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, pelakon Park Sung Hoon tampil memberi penjelasan mengenai kontroversi parodi lucah Jepun dalam sebuah temubual bagi promosi drama bersiri terbaru popular Netflix, Squid Game 2.
Menurut Korea Economic Daily, sebelum temubual tersebut bermula, Sung Hoon menyatakan rasa berat hati serta menjelaskan keadaan ketika kejadian tersebut berlaku.
“Saya datang ke sini dengan hati yang lebih berat dan lebih gugup berbanding sebelum ini”
“Saya benar-benar minta maaf kerana mungkin menyebabkan kerosakan pada produksi yang dihasilkan oleh kerja keras ramai pihak, termasuk pasukan, kakitangan dan pelakon,” kata pelakon yang membawakan watak pemain nombor 120 dalam Squid Game 2.
Park Sung Hoon sebagai pemain nombor 120 dalam Squid Game 2
“Saya dapat gambar itu melalui direct message ketika saya sedang tergesa-gesa untuk keluar makan tengah hari bagi menghadiri sebuah acara. Ia berlaku pada tempoh promosi drama ini (Squid Game 2) dan saya fikir itu adalah gambar yang mengejutkan dan boleh menyebabkan masalah”
“Jadi semasa saya mahu mendapatkan reaksi penganjur, saya rasa saya secara tidak sengaja memuat naik gambar lucah itu ke Instagram Story ketika mahu mengirimkan pesanan,” jelasnya.
Sung Hoon juga menegaskan bahawa beliau tidak menonton video lucah berkenaan.
“Tentu saja saya tidak menonton video tersebut, saya juga tidak memiliki akaun (media sosial) lain. Jadi cerita mengenai saya cuba memuat naik (gambar tersebut) ke akaun lain adalah tidak benar,” ujarnya lagi.
Park Sung Hoon yang membawakan watak seorang transgender
Dalam pada itu, ketika temubual tersebut, Sung Hoon juga terdiam seketika dan menitiskan air mata mengenang seluruh kejadian yang berlaku itu.
“Saya rasa sangat kecewa dan salahkan diri sendiri atas masalah yang ditimbulkan oleh kesilapan saya sendiri. Saya akan teruskan kerjaya lakonan selepas ini dengan lebih berhati-hati serta akan lebih berjaga-jaga dengan perbuatan dan tutur kata agar perkara seperti ini tidak berulang lagi,” kata Sung Hoon.
Gambar edit yang dipercayai telah dimuatnaik oleh Sung Hoon melalui media sosial
Selain itu, beliau turut mengungkapkan bahawa belum sempat bertemu dan berbicara dengan pengarah, Hwang Dong Hyuk disebabkan kekangan masa dan bakal menghubunginya semula selepas masalah ini selesai.
Sementara itu, agensi pengurusan Sung Hoon juga telah menghantar sebuah kenyataan mengenai kontroversi tersebut juga telah dihantar kepada pengarah Squid Game 2.
Sebelum ini, Park Sung Hoon meraih perhatian masyarakat apabila memuat naik sebuah gambar lucah di media sosial. Gambar yang menunjukkan wataknya dalam Squid Game 2 sebagai seorang transgender itu dipercayai telah disunting dan dijadikan parodi lucah Jepun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Pelakon Korea Selatan, Jang Dong-yoon baru-baru ini mencuri perhatian selepas akhirnya berjaya menamatkan pengajian di Hanyang University dan bergelar graduan selepas 15 tahun.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial milik beliau, Dong-yoon (34) meluahkan perasaan terharu selepas status akademiknya di portal rasmi universiti tersebut berubah kepada “lulus”. Pelakon berkenaan turut menyertakan emoji menangis sebagai gambaran emosinya selepas melalui perjalanan panjang untuk menamatkan pengajian.
Difahamkan, beliau mendaftar sebagai pelajar Jabatan Ekonomi dan Kewangan Hanyang University pada 2011. Walaupun pada awalnya mengikuti laluan akademik seperti mahasiswa lain, perjalanan pengajiannya kemudian berkait rapat dengan detik yang tidak disangka-sangka sehingga membuka jalan buatnya menceburi dunia lakonan.
Momen yang dimuat naik oleh Dong-yoong dengan ucapan ringkas “Lulus”.
Dari Insiden Tangkap Perompak Ke Dunia Lakonan
Mengimbas kembali tahun 2015, ketika berada di tahun ketiga pengajian, Dong-yoon mendapat perhatian selepas membantu pihak polis menahan seorang suspek rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di daerah Gwanak, Seoul. Beliau dilaporkan menghubungi talian kecemasan 112 secara senyap sebelum memberikan maklumat mengenai lokasi dan keadaan suspek kepada pihak berkuasa.
Kejadian tersebut bukan sahaja membuatkan namanya muncul dalam laporan berita, malah penampilannya ketika ditemu bual turut mencuri perhatian netizen sehingga digelar sebagai “pelajar Hanyang University tampan yang menangkap perompak”.
Susulan itu, Dong-yoon menerima tawaran daripada beberapa agensi hiburan sebelum memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
Beliau kemudiannya membuat kemunculan dalam web drama Women of the Game Company pada 2016 dan secara beransur-ansur membina nama menerusi pelbagai projek lakonan termasuk School 2017, Mr. Sunshine, The Tale of Nokdu, Oasis, Daily Dose of Sunshine dan Like Flowers in Sand.
Momen Dong-yoon mula mendapat perhatian selepas ditemu bual berjaya menangkap perompak.
Pada masa yang sama, perkembangan kerjaya yang semakin rancak menyebabkan Dong-yoon mengambil tempoh lebih panjang untuk menyelesaikan pengajiannya.
Pelakon itu juga pernah berkongsi menerusi sebuah program ‘variety’ bahawa dirinya menghabiskan masa yang agak lama sebagai pelajar senior kerana perlu mengimbangi tuntutan sebagai pelakon dengan komitmen akademik.
Bergelar Graduan Selepas 15 Tahun
Kini, selepas 15 tahun, perjalanan tersebut akhirnya sampai ke penghujung apabila Dong-yoon menerima ijazah sarjana muda pada majlis penganugerahan ijazah semester kedua tahun akademik 2025 yang berlangsung di Olympic Gymnasium, Hanyang University Seoul Campus.
Kisah Dong-yoongi bukan sahaja memperlihatkan sisi berbeza seorang selebriti, malah menjadi inspirasi bahawa perjalanan setiap individu mempunyai tempoh dan cabarannya tersendiri, namun usaha untuk menyelesaikannya tetap berbaloi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem seram terbitan Universal Pictures dan Blumhouse Productions, The Invisible Man telah pun diklasifikasikan sebagai ‘R-rated’ kerana mempunyai beberapa babak ganas yang melibatkan pertumpahan darah dan keganasan.
Ha, mesti korang dah dapat agak macam mana ‘thriller’nya filem ni kan?
The Invisible Man menceritakan tentang Cecilia Kass yang menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak, tetapi suka mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia dibantu adiknya serta rakan mereka sejak kecil, James untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya, Adrian. Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia.
Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat.
Filem yang berdurasi 2 jam 5 minit ini bakal membuatkan korang penuh rasa suspens sambil tutup mata. Hiks! Jalan cerita yang agak perlahan di permulaan filem, namun Elisabeth Moss mampu membawakan watak Cecilia Kass dengan baik kerana penonton merasa debarannya apabila melihat emosinya yang fobia dengan teman lelaki sendiri. Lakonan psychonya memang menjadi.
Sesekali, korang akan menjerit terkejut dengan elemen ‘surprise’ yang ada dalam filem ini. Plot twist di pengakhiran cerita juga agak menarik dan bagi sesiapa yang ingin menonton The Invisible Man, mungkin korang kena lebih banyak berfikir untuk memahami jalan ceritanya.
Nak tahu sama ada Cecilia itu sebenarnya memang psycho atau tidak, jangan lupa saksikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 5 Mac 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar USIM meraih anugerah gangsa dalam pertandingan sains antarabangsa di Moscow, sekali gus mengharumkan nama Malaysia menerusi penyelidikan inovatif.