Datuk Seri Aliff Syukri bersama anak-anaknya.

 

Lama juga tak dengan cerita mengenai Datuk Seri Alif Syukri kan?

 

Selain sibuk dengan urusan kerja seperti biasa, Datuk Seri Aliff Syukri khabarnya lebih senang menghabiskan masa bersama 6 orang anaknya sekarang.

Mereka terdiri daripada Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy, Raudhah Arshiyah dan seorang anak angkat bernama Aminah Alip Shah. Anak sulungnya iaitu Ammar kini berusia 12 tahun manakala anak bongsunya, Raudhah baru dilahirkan pada tahun lalu.

Menariknya semalam, beliau sempat berkongsi sebuah posting di Instagram miliknya mengenai pesanan kepada 6 orang anaknya itu.

IKLAN

Menurut jutawan berusia 33 tahun ini, seboleh mungkin dia ingin menjadi superhero kepada anak-anaknya yang masih kecil, terutamanya anak perempuannya.

Anak Aliff Syukri Dijamin Akan Masuk Universiti ‘Overseas’, Janji Kena..

“Saya bekerja keras sebab saya ingin menjadi seorang abah. Saya nak buat anak saya yang paling istimewa. Sebab itu setiap anak saya akan belikan insuran, simpanan tunai.

IKLAN

“Habis sahaja sekolah saya akan belikan kereta sport, akan pastikan mereka belajar di universiti luar negara, saya beri penjagaan terbaik dan beri masa setiap hari dengan mereka terutama sewaktu remaja,” catat Datuk Seri di akaun Instagram-nya semalam.

Namun, semua janji-janji tersebut hadir berserta syarat. Menurut beliau, anak-anaknya dan bakal menantunya kelak perlu menghormatinya dan “tidak lalai dengan dunia dan akhirat”. Pelik juga untuk tidak lalai demi akhirat, kami merasakan Datuk Seri mungkin tersalah catat dan bermaksud tidak lalai dengan urusan duniawi saja.

 

View this post on Instagram

 

Impian @aliffsyukriterlajaklaris yg bergelar abah❤️❤️ . . Kenapa saya bekerja keras sebab.. sy ingin menjadi seorang abah.. adalah satu impian saya daripada remaja lagi.. saya ingin menjadi seorang super hero kepada anak-anak saya..terutama anak perempuan saya, sy nak anak perempuan sy dipandang tinggi💪💪sy nak buat anak saya yang paling istimewa sbb tu setiap anak sy sy akan belikan insyurankan,simpanan tunai, habis shaja sekolah sy akan belikan sportcar, sy akan pastikan mereka belajar di u oversea, sy beri penjagaan terbaik, sy beri masa setiap hari dengan mereka terutma sewaktu remaja.. dan sy akan pastikan calon pasangan yg terbaik buat anak kesayangan sy kelak❤️❤️ mcm sy syg anak sy dia kena buat lebih.. , di mana saya tak dapat ketika kecil dahulu.. dengan syarat mereka hormat sy dan tidak lalai dgn dunia dan akhirat.. . . . Mungkin Allahu takdirkan saya tidak senang ketika saya kecil.. dan kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa…. sy nak suatu hari nanti .. anak-anak saya bukan sahaja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat.. amin..Bila anak dah membesar saya secara automatic terasa takut kalau salah cara mendidik anak doakan saya menjadi seorang ibu bapa yang terbaik untuk mereka.. . . The best fotografer 📷 @tjdntrmn

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Keinginan untuk menjadi ‘superhero’ buat anaknya itu jelas Datuk Seri muncul apabila beliau mengimbas semula zaman kanak-kanaknya yang tidak senang seperti orang lain.

“Kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa. Saya nak suatu hari nanti, anak-anak saya buka saja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat. Amin,” katanya lagi.

*

Untung badan anak-anak Datuk Seri dan Datin Seri Shahida!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI