Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), memuji pencapaian aktres jelita, Anna Jobling, yang membanggakan industri perfileman Malaysia menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Indonesia, iaitu Lembayung dan Laut Tengah.
Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman, mengakui bahawa amat mencabar bagi pelakon dari Malaysia untuk mendapat kepercayaan memegang peranan utama dalam karya terbitan negara seberang, memandangkan filem tempatan sukar menambat hati penonton di Indonesia.
“Walaupun beberapa pelakon Malaysia berjaya mencipta nama di Indonesia terutama dalam siri televisyen.
“Anna benar-benar layak menerima pujian kerana berjaya memegang watak utama dalam filem yang ditayangkan di pawagam. Ini adalah pencapaian yang kita patut banggakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Selain itu, beliau juga menambah bahawa kejayaan bekas peserta Dewi Remaja itu diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara industri filem Malaysia dan Indonesia, sekali gus membuka jalan untuk lebih ramai bakat tempatan menempa nama di peringkat antarabangsa.
“Kami di Finas berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia akan semakin kukuh dengan lebih banyak projek filem bersama yang komersial terutama apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu, Anna Jobling turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan.
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan yang diberikan. Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang, tetapi hasil sokongan ramai termasuk pihak pengurusan saya, pasukan produksi dan peminat.
Ads
“Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon dan penggiat seni tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Saya juga teruja untuk terus berusaha mengangkat nama industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” luahnya.
Sekadar info, Anna kini sedang dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama bintang terkenal tanah air seperti Maya Karin, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FINAS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila bercerita mengenai bintang elektropop sensasi seorang ini, pastinya difikiran sudah terbayang gaya fesyennya yang sememangnya selalu menjadi perhatian di kalangan peminatnya.
Bukan itu sahaja, pemilik nama Billie Eilish yang jarang sekali berkongsi mengenai kisah peribadinya kepada khalayak turut menjadi tumpuan ramai apabila dia tampil menayangkan hubungan cintanya bersama vokalis band rock Amerika Syarikat, Jesse Rutherford, baru-baru ini.
Namun begitu, hubungan cinta merpati dua sejoli itu diketahui tidak mendapat restu daripada peminat kerana perbezaan usia mereka yang dikatakan terlalu jauh.
Bahkan, menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok, ada peminat penyanyi lagu popular Happier Than Ever itu menyindir Eilish bercinta dengan seorang lelaki yang sudah berusia walaupun Rurherford baru berusia 31 tahun.
Enggan berdiam diri, abang kepada Eilish yang juga penyanyi, Finneas kemudiannya tampil mempertahankan adik kesayangannya apabila memberitahu dia tidak kisah jika penyanyi itu bercinta dengan lelaki yang dikatakan terlalu berusia.
“Saya tidak kisah. Apa yang penting adik saya bahagia dan gembira. Dia sekarang berusia 21 tahun dan sudah dianggap dewasa untuk menentukan kehidupannya sendiri,” katanya ringkas.
Sekadar informasi, Billie Eilish yang terkenal menerusi lagu Therefore I Am diketahui menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The Neighbourhood itu sejak Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya dirakam saat makan malam bersama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah sukses dengan drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo yang merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop ASTRO comeback dengan drama berlatarbelakangkan zaman dahulu terbaru MBC yang berrjudul “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.
Cha Eun Woo akan berlakon di samping Shin Se Kyung yang terkenal dengan beberapa drama hit antaranya Black Knight: The Man Who Guards Me, dan The Bride Of Habaek. Shin Se Kyung yang memegang watak Goo Hae Ryung. Watak seorang ahli sejarah pada abad ke-19 yang dilatih untuk menjadi ahli sejarah istana. Sifatnya yang optimistik untuk menunjukkan bahawa kehidupan dalam istana sama saja dengan orang awam. Tiada pangkat dan darjat.
Tentu sekali, Goo Hae Ryung akan berhadapan dengan konflik dimana dia bakal jatuh cinta dengan watak putera yang dilakonkan oleh Cha Eun Woo. Watak Putera Yi Rim, yang mempunyai dua kehidupan dimana dia seorang putera yang sepi tanpa cinta dalam masa yang sama seorang novelis cinta terkenal di bandar Hanyang (China).
Shin Se Kyung memberi tahu Soompi bahawa dia teruja dan meletakkan kesungguhan maksima dalam memainkan watak ahli sejarah wanita. Dia juga turut menyatakan agar peminat setia kdrama terus menunggu kemunculan dia dan Cha Eun Woo dalam drama terbaru mereka.
Big Trip mengisahkan tentang seekor burung upeh yang membuat kesilapan menghantar anak panda ke tempat yang salah. Bagi memperbaiki kesilapan tersebut, Mic Mic (beruang) dan Oscar (arnab) berusaha untuk menghantar semula anak panda itu ke tempat asalnya di China.
Maka, bermulalah penggembaraan mereka yang dipenuhi dengan cabaran dan pelbagai rintangan untuk sampai ke destinasi. Dalam perjalanan ke sana, Mic Mic dan Oscar bertemu dengan rakan-rakan baru seperti seekor bangau yang cerewet, harimau romantis dan serigala pengecut. Penggembaraan mereka menjadi lebih menarik dengan kehadiran sekumpulan haiwan.
Haiwan pun tahu bekerjasama
Satu mesej yang paling jelas boleh kami lihat dalam filem ini adalah sifat berkerjasama yang terjalin di antara sekumpulan haiwan tersebut. Walaupun mereka bukan berasal daripada spesis yang sama, tetapi kerana misi menghantar semula anak panda kepada ibu bapanya, mereka berlima sedaya upaya berusaha untuk memastikan anak panda tersebut selamat pulang ke pangkuan keluarganya.
Jalan cerita yang bermula agak perlahan, namun diakhirnya korang akan dapat merasai kasih sayang yang ditunjukkan daripada kisah sekumpulan haiwan ini.
Sebak pula rasa bila haiwan pun saling bekerjasama dan penuh dengan rasa kasih sayang. Hiks!
Sebenarnya ada banyak lagi halangan yang mereka tempuhi sepanjang perjalanan ke China, jadi korang kena saksikan sendiri di pawagam tanah air bermula 6 Mei nanti.
Happy watching guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes viral pemandu bas riba wanita mencetuskan kemarahan ramai apabila polis mengesahkan pemandu tersebut sudah berkahwin dan siasatan sedang dijalankan.