Nak kata berpisah disebabkan masalah kewangan, mustahil sama sekali. Beliau merupakan salah seorang individu terkaya dunia.
Nak kata putus cinta, well – pasangan ini telahpun bersama selama tiga tahun malah mempunyai seorang anak bersama.
Jadi, apa sebenarnya sebab utama penyanyi, Grimes berpisah dengan Elon Musk, jutawan terkenal dengan jenama Tesla dan SpaceX?
Tiada angin tiada ribut, Grimes langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dirinya ingin atau telahpun berpisah daripada Elon semasa menghadiri acara fesyen Met Gala kira-kira tiga minggu lalu di New York.
Grimes yang hadir dengan busana khas rekaan Iris van Herpen dengan pelitup muka futuristik (dipinjam daripada koleksi kostum filem Dune sebenar) kelihatan bersahaja and was just enjoying herself.
Dalam video temubual – slash – di sebalik tabir persedian Grimes ke Met Gala oleh majalah Vogue, dia berkata dirinya berharap dapat meninggal dunia di planet Marikh. Bukankah cara terbaik untuk memastikan impian itu tercapai adalah dengan bantuan Elon Musk yang memiliki SpaceX? Mengapa perlu berpisah dengannya?
Ads
Mereka didapati berada di New York selepas Met Gala dan berlepas pulang.
Seperkara lagi, Grimes dan Elon juga dilihat bertemu di parti selepas acara Met Gala tamat dan meninggalkan New York pada keesokan harinya.
*
Akhirnya pada minggu ini, Grimes dan Elon telah menyatakan perpisahan ini hanyalah ‘semi-separated’.
Mengikut Elon, ‘semi-separated’ bermaksud mereka masih saling menyintai, akan bertemu satu sama lain sekerap mungkin dan masih ‘sebulu’.
Jadi, mengapa Grimes dan Elon ingin berpisah sekiranya rasa cinta masih wujud? Kata Elon, “Sebab utamanya adalah kerana bebanan kerja saya di SpaceX dan Tesla yang menuntut saya untuk berada di Texas atau selalu mengembara ke luar negara.
Ads
“Manakala, Grimes pula perlu berada di LA (Los Angeles) untuk kerjayanya. Dia kini masih tinggal bersama saya dan Baby X (Nama penuhnya ialah X Æ A-Xii. Jangan tanya mengapa) berada di bilik sebelah.”
Ramai berpendapat status hubungan Elon dan Grimes kini ibarat perhubungan terbuka di mana masing-masing bebas untuk bergaul dengan orang lain semasa mereka tidak bersama di sebuah bandar yang sama. Namun, perasaan sayang antara mereka masih ada.
Pelik betul lah mereka berdua ini.
Sama ada Elon Musk dan Grimes atau – err – #Grusk benar-benar berpisah buat selamanya atau hanya untuk sementara waktu saja, kami tentunya akan merindui ‘perang ciapan’ yang selalu berlaku antara Elon dan Grimes di Twitter sepanjang tiga tahun ini.
Ada ciapan yang kelakar, ada ciapan yang menjelikkan. Apa yang penting, mereka telah menghiburkan semua orang di Twitter sepanjang berada dalam kuarantin sejak pandemik tahun lalu.
Transisi imej pelakon dan penyanyi dari Singapura, Hannah Delisha sejak berhijab pada awal September tahun ini nyata telah menarik perhatian ramai pihak – terutama para peminatnya.
Selain selalu menerima doa agar kekal istiqamah, Hannah juga kini dilihat lebih bijak berkomunikasi menerusi foto dan status yang dimuat naik ke media sosial seiring dengan perubahan tersebut.
Di antara status Hannah yang disukai penulis adalah seperti:
“If we want to see our lives change, purify our hearts. (Sekiranya kita ingin melihat hidup kita berubah, jernihkanlah hati kita.)”
Terbaru, Hannah baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke-24 pada Selasa lalu. Menariknya, Hannah memilih sepasang jubah flowy dan longgar untuk dipadankan dengan hijab rona kelabu kebiruan.
Catat Hannah menerusi foto di Instagram itu, dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi memberikan ucapan hari kelahirannya.
“Terima kasih di atas ucapan hari lahir dan doa dari semua orang, saya amat terharu dengannya.
“Saya minta maaf jika saya tidak dapat membalas kesemua mesejdan komen tersebut. Tapi ketahuilah bahawa saya hargai setiap satu daripadanya,” kata Hannah yang kini sibuk dengan projek penggambaran drama terbaru berjudul Tercipta Satu Ikatan.
Posting yang telah menerima sejumlah 224,000 likes dan lebih 2000 komen itu turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari jadi.
Pelakon, AishaH Azman dengan tepatnya memberikan jolokan nama ‘bidadari’ kepada Hannah – because that is exactly how she looks like.
Apapun, tidak terlambat rasanya untuk kami ucapkan Happy Birthday kepada si cantik manis ini. Semoga Hannah kekal istiqamah dan sentiasa berjaya dijalanNya.
Pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf mendedahkan dia hanya diberi masa tiga minggu sahaja untuk menguasai bahasa Indonesia bagi menjayakan filem terbaharu lakonannya, The Parcel yang bakal ditayangkan kelak.
Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, walaupun menzahirkan kerisauan dengan penerimaan penonton, dia bagaimanapun tidak sabar untuk karya seram tersebut ditayangkan di kedua buah negara.
“Ada satu filem seram lakonan saya iaitu The Parcel di mana karya itu saya berlakon di Indonesia dan seluruh jalan cerita saya akan ‘ngobrol’ dalam bahasa Indonesia.
“Ya, sudah semestinya saya agak risau juga dengan penerimaan penonton tetapi pada masa sama saya tidak sabar untuk filem itu ditayangkan di pawagam Malaysia dan Indonesia,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu turut berkongsi dia mengambil masa seminggu untuk merasai kehidupan di sana selain mempelajari bahasa ibunda negara seberang itu.
“Sebenarnya, saya diberi masa lebih kurang dalam tiga minggu sahaja untuk menguatkuasa bahasa Indonesia.
“Selain itu, saya ambil satu minggu ke sana untuk script reading dan merasai kehidupan di sana.
“Setiap malam saya keluar, santai dan mengambil pendekatan untuk berborak dengan orang tempatan apabila saya berpeluang untuk menaiki Grab,” kongsinya lagi.
Selain Amir, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.
Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.
Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila tidak pernah menerima mesej berbaur gangguan seksual atau sebarang gangguan pelik daripada golongan wanita di media sosial.
Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari (27) berkata, dia masih trauma dengan insiden tahun lalu sewaktu tangannya tiba-tiba dicium oleh seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan.
“Setakat ini, saya belum pernah terima lagi DM yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial sebab kebanyakan pengikut adalah lelaki,” katanya.
“Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi saya juga ada terima gambar yang tidak elok sampaikan saya rasa stress”
Menurut pelantun lagu Paku ini, situasi menerima DM kurang senonoh daripada pengikut lelaki di media sosial merupakan hal yang kerap dihadapi oleh ramai artis wanita sepertinya.
“Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat ini, tapi saya sekarang sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial”
“Kalau nak kongsi sesuatu pun, saya akan elak beri maklumat terperinci seperti lokasi, masa dan sebagainya demi menjaga keselamatan diri,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Ara Johari baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), lagu hasil ciptaan komposer dari Indonesia, Ilham Baso yang bergenre balada. Lagu itu juga kebetulan dekat dengan pengalaman dirinya yang pernah mengalami patah hati dalam perhubungan dengan kekasih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!