Perkongsian penuh emosi anak-anak pelakon Norish Karman dalam podcast Cer Citer mengundang perhatian ramai apabila mereka tampil menjelaskan situasi sebenar kehidupan keluarga mereka selepas diasak pelbagai komen netizen.
Anak perempuan Norish, Nur Hanyz Amanda atau lebih dikenali sebagai Manda, 22, mengakui dia pernah terkesan dengan kecaman segelintir warganet yang mendakwa dirinya tidak bekerja dan hanya membebankan ibunya.
Menurut Manda, dia pernah menangis dan mempersoalkan perkara itu kepada ibunya sendiri selepas terlalu banyak membaca komen negatif di media sosial.
“Pernah satu masa saya baca terlalu banyak komen sampai saya tanya mak saya… adakah saya hidup menyusahkan dia? Saya tak bekerja ke? Sebab semua orang asyik suruh saya kerja,” katanya dalam podcast tersebut.
Jelas Manda, walaupun ramai tidak nampak apa yang dilakukan setiap hari, dia sebenarnya bekerja sebagai tutor selain menguruskan rumah serta menjaga adik-adik dan ibunya.
“Sekarang kerja saya memang tutoring, jaga adik-adik, memasak dan jaga mak saya,” ujarnya.
Menurutnya lagi, ibunya sentiasa menjadi individu yang menenangkan dirinya setiap kali berdepan tekanan daripada komen orang luar.
Ads
“Mak cakap saya tak menyusahkan dia. Dia selalu pesan jangan baca semua komen tu. Yang penting apa dia fikir tentang saya,” katanya sebak.
Sementara itu, abangnya Muhammad Haqiem Amany, 27, turut tampil berkongsi sisi kehidupannya yang jarang diketahui ramai kerana lebih banyak bekerja di belakang tabir.
Katanya, ramai tidak sedar dia sudah mula bekerja sejak usia remaja demi membantu keluarga mereka.
Ads
“Saya memang banyak behind the scenes. Saya direct video, edit video dan urus macam-macam. Dari umur 16 tahun saya dah mula kerja part-time, malah pernah buat dua kerja sekali gus untuk support keluarga,” katanya.
Umur 13 Dah Berniaga Demi Bantu Keluarga
Haqiem turut mendedahkan dia sebenarnya sudah mula berniaga sejak berusia 13 tahun dengan menjual pelbagai makanan termasuk gula pisang, pasta dan nasi goreng.
Malah, dia juga pernah melakukan kerja pembersihan namun identitinya tidak dikenali kerana memakai pelitup muka ketika bekerja.
“Orang nak cakap saya tak kerja, please lah. Saya dah buat macam-macam kerja sejak kecil,” katanya lagi.
Perkongsian jujur daripada anak-anak Norish Karman itu membuatkan ramai mula memahami tekanan yang mereka hadapi selama ini. Walaupun sering menjadi sasaran kecaman di media sosial, mereka tetap berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing demi keluarga.
Ads
Terdahulu, Norish Karman yang juga ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata menjadi perhatian ramai selepas berkongsi keadaan kesihatannya yang semakin merosot selain berdepan kesukaran hidup sehingga mengundang simpati ramai pihak di media sosial.
Bagaimanapun, di sebalik sokongan diberikan, ramai netizen turut mempersoalkan peranan anak-anak aktres berkenaan dan menasihati mereka supaya bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi tentang kehidupan sebenar mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TikTok telah menjadi antara platform media sosial paling popular dikalangan generasi muda. Aplikasi ini mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna aktif dan kerana itu tidak hairanlah jika korang melihat semakin ramai selebriti Korea memanfaatkan platform ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi lagu popular ‘Halimunan’, Siti Nur Masyitah Yusoff ataupun Masya Masyitah berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang kepada mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Impian penyanyi tersebut untuk membeli rumah sendiri secara tunai atau ‘cash’ pada tahun lalu telahpun tercapai. Malah, Masya sendiri telah berkongsi bersama peminat beberapa video bertemakan house tour menerusi akaun YouTube-nya sepanjang tahun lalu.
Lalu, apabila timbul beberapa komen nakal yang mengatakan dirinya sengaja untuk ‘menunjuk kemewahan’ menerusi video tersebut, Masha tidak mudah melatah dan merasakan ia hanyalah perkongsian tanpa niat untuk riak.
Katanya kepada rakan media di HMetro, “Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanyalah perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung.
“Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum akan disukai oleh orang lain. Pasti ada segelintirnya yang akan memberi komen negatif,” jelasnya yang kini sudah mencecah 20 tahun.
Tinggal Di Kondo Bersama Ibu
Kediaman yang dilaporkan bernilai kira-kira RM300,000 itu adalah hasil daripada usaha kerasnya sebagai seorang penghibur dan juga hasil pengumpulan duit semasa lagu keluaran Masha sedang ‘meletup’ dua tahun lalu.
“Saya sudah menyanyi sejak kecil lagi, termasuk menyertai pertandingan nyanyian. Jadi saya sudah kumpul duit sejak kecil dan Alhamdulillah, mampu beli rumah,” jelasnya lagi yang menetap di Kuala Lumpur bersama ibunya.
Satu lagi perkara menarik mengenai pembelian tersebut adalah ia dibuat secara tunai. Bukan semua remaja mampu melakukannya pada usia sebelum 20-an. Masya mengambil keputusan tersebut kerana enggan terikat dengan kadar faedah pinjaman bank.
Tambahan pula, dia tidak mempunyai kerja tetap yang menyediakan penyata gaji bulanan seperti orang kebanyakan. Bagaimanapun untuk pembelian kereta pula, dia mengatakan bahawa ia membabiykan penjaman bank.
*
Jelaslah, jika kita meletakkan impian dan cita-cita sejak usia muda lagi, tak mustahil untuk kita mencapainya pada usia remaja. Seperkara lagi, tidak semua orang mampu untuk ‘beringat’ dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Betul tak gaiss.. hehe.
Tahniah Masya!
Bagi korang yang masih menetap di rumah sewa, janganlah rasa down bila melihat kecantikan rumah Masya ini. Rumah sewa pun boleh nampak elegan dan rasa selesa tau!
Cuba lihat transformasi kediaman flat lelaki ini dengan bajet RM1,000 je.
Pertarungan rating bagi drama Korea menjadi semakin sengit apabila banyak drama-drama terbaru yang best dapat menarik perhatian penonton.
Pada 27 Jun, kedua-dua drama SBS, Backstreet Rookie dan TV Chosun, King Maker: The Change of Destiny telah mencatatkan rating tontonan tertinggi pada hujung minggu lepas.
Menurut Nielsen Korea, episode keempat Backstreet Rookie telah mendapat skor purata sebanyak 4.6 peratus dan 8.3 peratus untuk dua bahagian, sekali gus menyaksikan peningkatan ketara jumlah penonton dari malam sebelumnya dan mencatatkan rekod peribadi baru bagi drama komedi romantik itu.
Sementara itu, drama King Maker: The Change of Destiny turut melonjak ke rating tertinggi apabila episod terbaru drama ini mendapat tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran, termasuk rangkaian siaran awam dengan purata rating sebanyak 6.3 peratus.
Bagi episode ketiga drama romantik tvN It’s Okay to Not Be Okay pula mencatatkan peningkatan penonton dengan purata rating sebanyak 5.9 peratus dan 6.9 peratus, sekaligus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua rangkaian tv kabel dan seluruh saluran, termasuklah rangkaian siaran awam.
Manakala, drama komedi aksi OCN, Team Bulldog: Off-Duty Investigation juga menyaksikan peningkatan jumlah penonton dengan memperoleh penilaian purata 2.9 peratus di seluruh negara pada malam itu.
Dan akhirnya, drama Once Again siaran KBS 2TV kekal sebagai drama yang paling banyak ditonton pada malam Sabtu dengan skor purata di seluruh negara sebanyak 23.6 peratus dan 28.0 peratus untuk dua bahagiannya.