Tak sangka selebriti terkenal dunia Amber Heard, digelar wanita dengan rupa paras paling sempurna di dunia oleh saintis. Tapi apa bukti para saintis mengatakan rupa paras bekas isteri Johnny Depp ini adalah yang paling sempurna sekali?
Untuk makluman ukuran wajah pelakon Aquaman 1 ini diukur berdasarkan Golden Ratio dalam Beauty Phi, yang merupakan garis panduan ketepatan wajah yang telah digunakan oleh masyarakat purba sejak zaman Greece lagi.
Apa Itu Ukuran Golden Ratio?
Ukuran dari Golden Ratio ini mengambil kira dari aspek ukuran bentuk wajah, dahi, kedudukan mata, kelebaran/panjang/ tapak hidung, ukuran bibir dan dagu. Kesemua itu ambil kira untuk mengetahui jika rupa paras seseorang itu sempurna atau sebaliknya.
Bukan itu sahaja, ukuran Golden Ratio ini merupakan perkiraan persamaan matematik dari zaman Greece dalam mengukur kecantikan dan ketepatan manusia. Perkiraan ratio wajah atau tubuh badan yang paling dekat atau tepat adalah nombor 1.618 (Phi), lebih dengan perkiraan dengan ratio ini lebih kacak dan cantik rupa fizikal mereka.
Jom tengok wajah selebriti mana yang miliki rupa paras paling sempurna oleh saintis dengan ukuran Golden Ration!
DE SILVA MENGANALISIS 12 TITIK PADA MUKA HEARD MENGGUNAKAN GAMBAR AKTRES ITU KETIKA ACARA PERMAIDANI MERAH TAHUN 2016. MATA, HIDUNG, BIBIR, DAGU DAN KESELURUHAN KEPALA MERAIH SKOR HAMPIR 92 PERATUS.
Ads
Kim Kardashian 91.39 % dan mempunyai kening paling sempurna.
Emily Ratajkowski 90.9% , pelakon ini katanya mempunyai bibir hampir sempurna.
Kate Moss 91.06%, supermodel ini mempunyai dahi paling cantik
Amacam, korang setuju tak Amber Heard ini ada wajah yang sempurna di dunia.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat kumpulan K-pop, GOT7 khabarnya bakal membuat comeback pada November ini setelah mereka memuat naik poster comeback secara rasmi di Twitter.
Poster terseut mendedahkan bahawa GOT7 akan kembali dengan album baru yang berjudul “Breath of Love: Last Piece”. Kumpulan ini juga khabarnya bakal melancarkan pre-release single terbaru mereka, Breath pada 23 November waktu Korea dan dijangka album penuh akan menemui peminat pada 30 November pukul 6 petang waktu Korea.
Teaser album ini juga telah pun dilancarkan dan ia merupakan album penuh buat pertama kalinya sejak dua tahun selepas album “Present: YOU” pada 2018.
JYP Entertainment juga turut mengulas lanjut tentang album ini dan menjelaskan bahawa GOT7 sekali lagi akan memikat hati pendengar di seluruh dunia dengan comeback yang membariskan 7 anggota kumpulan ini.
GOT7
Berita ini juga turut mendapat perhatian netizen yang sememangnya menantikan comeback dari GOT7.
Sama-sama kita nantikan album penuh keempat GOT7 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kita lihat apakah kelainan yang akan dibawa kali ini.
Filem lakonan Hairul Azreen dan Iedil Dzuhrie Alaudin aka Iedil Putra, The Assistant telah disenarai pendek dalam Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan juga dijadualkan mengadakan tayangan perdana di Itali tidak lama lagi.
Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne berkata dia benar-benar teruja apabila mengetahui filem The Assistant telah disenarai pendek dan bakal mengadakan tayangan perdana di sana.
Pengarah filem ini, Adrian Teh turut meluahkan rasa bangga kerana ini merupakan satu pengiktirafan terhadap hasil kerja mereka.
Beliau juga berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan yang diberikan serta tidak sabar untuk menantikan tayangan perdana filem itu.
The Assistant menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen). Filem aksi tempatan ini adalah kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia bersama Act 2 Pictures yang diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh.
Hairul Azreen turut memuat naik berita gembira ini di laman instagram dan rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.
Tahniah diucapkan kepada semua team produksi dan semoga dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih belum terlambat untuk strim di Astro One dan sooka, dan menyaksikan semula malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung Ahad lalu dengan persembahan pentas yang cukup hebat.
Diterajui oleh Sean Lee dan Amelia Henderson sebagai hos, GMWA2025 tampil dengan tema ‘Re-Culture’ satu interpretasi kontemporari yang mengangkat seni dan warisan tradisi Malaysia melalui lensa fesyen, hiburan digital dan muzikal. Ia bukan sekadar tema, tetapi satu pernyataan estetik yang jelas dan berani.
Pendekatan ini sekali lagi mengukuhkan posisi Astro sebagai peneraju acara hiburan berskala besar, membawakan pengalaman “Home of Live Entertainment” yang bukan hanya ditonton, tetapi dirasai.
‘Re-Culture’ menerima pujian meluas di media sosial, terutamanya menerusi kempen promosinya yang rapi dan kemas membuktikan bahawa apabila strategi dan seni bertemu, hasilnya adalah momen yang benar-benar relevan dengan generasi kini.
Prop Dayang Nurfaizah Terima Pujian
Antara yang berjaya menuai pujian terutamanya oleh penonton di auditorium MBSA, Shah Alam serta di platform media sosial semalam adalah persembahan medley oleh Dayang Nurfaizah yang menutup malam anugerah berkenaan.
Bukan hanya lagu-lagu yang dibawakan daripada album Belagu itu bersifat sing-along sehinggakan orang ramai turut serta dalam joget lambak di sekitar tempat duduk masing-masing. Malahan, prop bunga bergerak dengan teknik pencahayaan LED berjaya menambat perhatian orang ramai sebagai latar kepada persembahan Dayang itu.
Selain Dayang, grup lelaki sensasi ALPHA turut ‘menghidupkan’ malam GMWA2025 menerusi persembahan lagu-lagu hit mereka termasuklah P. Ramlee Saloma dan Bujang. Rata-rata memuji paduan vokal dan pengawalan pentas oleh mereka bertujuh, terutama olahan vokal yang dilakukan oleh Izat Ibrahim sebagai pembuka pentas buat ALPHA.
Lain-lain persembahan yang turut memeriahkan GMWA2025 hadir daripada barisan artis terkenal seperti Marsha Milan Londoh,Aina Abdul, Hael Husaini, Nadeera dan ramai lagi.
Meerqeen & Thariq Ridzuwan Menang Besar!
Pelakon popular, Meerqeen dinobatkan sebagai penerima anugerah utama Gempak Most Wanted selepas meraih 2,373,539 undian atas talian serta 40.5% markah daripada barisan juri.
Bukan itu sahaja, Meerqeen turut membawa pulang trofi Selebriti Tergempak 2025 manakala drama lakonannya pada tahun lalu, Thariq Ridzuwan: His Treasure pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Drama Tergempak 2025.
Tiga kejayaan berturut-turut di malam GMWA2025 ini sekali gus mengukuhkan pengaruhnya dalam industri hiburan tempatan.
Dalam ucapan kemenangannya, Meerqeen meluahkan rasa syukur dan memberi bayangan tentang perancangan terbaharu buat para peminat.
“Terima kasih kepada Astro. Ini adalah permulaan buat saya pada tahun 2026. Saya akan datang dengan karya yang baharu buat anda (peminat).”
“Saya tahu saya tengah berisi sedikit sekarang tapi percayalah, ini sekejap sahaja. Saya tengah sediakan sesuatu buat kalian,” ucap pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.
Menariknya untuk edisi kali ini, proses pemilihan pemenang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada undian awam, sebaliknya turut melibatkan penilaian barisan juri profesional, menjadikan keputusan lebih seimbang dan kompetitif.
ALPHA Bolot Dua Trofi
Malam GMWA2025 juga menjadi milik ALPHA yang tidak pulang dengan tangan kosong apabila membolot dua anugerah penting.
‘Boy band’ yang dibarisi oleh Ariel Fesol, Izat Ibrahim, Daniel Sher, Rizal Rasid, Afiq Sky, Ray-D dan Araff ini memenangi kategori Video Muzik Tergempak menerusi lagu P. Ramlee Saloma serta kategori Lagu Era Tergempak menerusi lagu Mona Lisa.
Kategori Digital Creator Jadi Tumpuan
Kategori Digital Creator turut menjadi antara segmen paling dinanti-nantikan pada malam tersebut.
Antara pemenangnya termasuklah:
• Digital Creator (Lifestyle) – Wani Faizun
• Digital Creator (Entertainment) – Christy Ng
• Digital Creator (Foodie) – Jason
• Digital Creator (Motivation & Education) – Sir Badang
• Digital Creator (E-Sports) – Hakim Nanyan
• Digital Creator (Beauty & Fashion) – Nigel Sparks
Kategori Program Digital Tergempak pula dimenangi Sembang Seram kendalian Safwan Nazri. Manakala pelakon dan hos jelita, Amelia Henderson pula meraih kemenangan selaku Hos Program Tergempak.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada semua pemenang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.