Keputusan Mahkamah Circuit di Fairfaz Country, Virginia yang menyebelahi pelakon Pirates of the Caribbean, Johnny Depp dalam perbicaraan sama fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard pada minggu lalu telah sentimen kebencian dilontarkan ke arah Amber terutamanya di media sosial.
Rata-rata pemerhati hiburan berpendapat jangka hayat karier Amber Heard, 36 di Hollywood telahpun berakhir disebabkan keputusan kes berkenaan. Ramai dilihat enggan lagi merapati aktres Aquaman itu ataupun dikaitkan dengannya.
Namun, itu tidak bermakna tiada insan yang tidak berada di pihak Amber untuk memberinya sokongan.
Lapor The Peninsula, seorang lelaki Arab Saudi telah menawarkan dirinya untuk mengahwini Amber. Mengikut nota suara atau voice mail berdurasi 41 saat yang dimuat naik ke Instagram rasmi Amber, lelaki tersebut berjanji ingin mengisi semula kehidupannya dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
“Amber.. memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk kamu, kamu tiada sesiapa lagi kecuali saya untuk menjaga kamu.
“Saya tahu ada insan yang membenci dan membuli awak. Lalu, saya menawarkan diri saya untuk mengaahwini kamu. Semoga Allah merahmati kita berdua. Kamu adalah rahmat tetapi orang lain tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya.
Ads
Wah, adakah jodoh Amber selepas ini merupakan jejaka Arab?
Terdahulu, beberapa selebriti antarabangsa pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka atau wanita berketurunan Arab. Antaranya termasuklah Janet Jackson bersama Wissam Al Mana dan George Clooney bersama Amal Alamuddin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita mendengar tentang cinta bertepuk sebelah tangan. Tapi tak ramai yang membicarakan tentang mengapa hal seperti ini boleh berlaku. Apakah puncanya seseorang itu boleh ‘bertepuk’ sebelah tangan.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan perkara begini berlaku seperti salah anggap ‘signal‘ yang diberikan oleh si dia yang korang minati.
Tapi faktor paling utama ialah diri korang sendiri yang tak tahu membezakan atau mengenal pasti adakah si dia benar-benar suka pada korang atau hanyalah sebagai kawan biasa.
Ya, REMAJA juga akui tidak semua orang boleh ‘membaca’ setiap gerak atau kata hati seseorang. Namun, jika korang berhati-hati nescaya perkara seperti itu tak akan berlaku.
Ini merupakan 7 petanda bagaimana korang nak tahu dia anggap teman istimewa atau biasa sahaja.
1. Korang je yang selalu beri perhatian
Tanpa bersembunyi kamu sentiasa menunjukkan dari segi perlakuan dan bagaimana kamu melayannya dengan penuh perhatian. Tapi sayangnya kawan-kawan di sekeliling hanya nampak korang je yang berbuat begitu. Si dia hanyalah melayan korang seperti orang lain.
2. Bercerita tentang perempuan lain
Baginya, korang hanyalah kawan baik lantas menyebabkan dia cukup selesa untuk bercerita tentang wanita lain tanpa perlu berselindung. Contohnya jika dia menyukai seseorang dia akan terus memberitahu korang. Percayalah jika dia anggap korang lebih daripada kawan dia tak akan buat begitu.
Selepas berkongsi tentang wanita yang disukainya, dia mungkin akan minta tolong korang untuk menjadi orang tengah. Dia juga sering meminta pendapat bagaimana untuk memenangi hati wanita tersebut. Girls, berhentilah berharap bila dah sampai peringkat ini.
4. Sering kongsi masalah
Dia juga sangat selesa untuk berkongsi segala masalah dengan korang. Mengapa? Kerana dia menganggap korang sebagai kawan baik dan tidak mempunyai masalah untuk meluahkannya. Dalam kepalanya korang hanyalah kawan baik.
5. Cuba jodohkan korang dengan kawannya
Disebabkan dia menganggap kamu kawan baik dan masih tidak berteman, dia akan berusaha untuk memperkenalkan dan mencari jejaka yang baik untuk korang. Nahhh, ini sudah jelas dia tak ingin atau memasang niat pun untuk bersama korang.
6. Sering beri nasihat
Bagai seorang abang kepada adik, itulah apa yang dilakukannya di sini. Walaupun kamu telah meluahkan fikiran tetapi dia masih tiada perasaan khusus. Jadi jangan terlalu berharap kepada orang lelaki ya? 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak terlambat rasanya untuk REMAJA ucapkan sekalung tahniah kepada pasangan selebriti, Adam Lee dan Sweet Qismina yang baru saja melangsungkan majlis pertunangan mereka semalam. Perkhabaran istimewa ini hadir selepas lebih dua tahun mereka menjalin ikatan cinta.
Bercakap mengenai majlis yang dilangsungkan serba ringkas namun cukup lengkap semalam, salah satu perkara yang mencuri tumpuan peminat mereka berdua adalah bagaimana persalinan Adam dan Sweet yang cantik sepadan.
Sebenarnya, Adam dan Sweet menyarungkan persalinan khas hasil sentuhan pasukan pereka fesyen, AMAZÉ yang berpengalaman dalam menyiapkan persalinan hari bahagia ramai selebriti popular tanah air seperti Ernie Zakri dan Syamil, baru-baru ini.
Pemilihan fabrik songket yang diolah dalam rekaan moden namun masih tertib dan seiring dengan norma persalinan Melayu klasik itu telah membuatkan ramai terinspirasi untuk mengikut tema sama bagi majlis mereka pada masa akan datang.
Bercakap kepada REMAJA hari ini, Zeed Jamel yang mewakili gandingan duo AMAZÉ-nya, Amar Madfie berkata proses penyiapan busana Adam dan Sweet telah bermula sejak bulan April lagi.
“Enam bulan lalu, sebelum lockdown lagi Sweet (Qismina) sudahpun rancang dan berjumpa kami. Katanya ingin bertunang dalam bulan Oktober dan kami selesa dengan tempoh masa enam bulan yang ada sebelum majlis. Apabila Sweet memberitahu kami lebih awal seperti ini, ia secara tidak langsung memudahkan tugas kami selaku perekanya.
“Satu perkara yang pernah dia kongsikan adalah bagaimana dia sudah lama ingin bekerjasama dengan AMAZÉ. Cuma masa yang tidak mengizinkan. Jadi kami anggap detik ini sebagai peluang keemasan,” kata Zeed ketika dihubungi.
Warna ‘sky blue’ untuk fabrik songket menjadi idaman Sweet Qismina. Namun, mereka tetap berpuas hati dengan rona ‘powder blue’ yang dipilih sebagai simbol ketenangan, rasa cinta dan tentunya elegan. Ihsan Foto : AMAZÉ Ihsan Foto : AMAZÉ
Menyentuh lebih lanjut mengenai rekaan baju kurung moden ini, permintaan Sweet cukup mudah. Pelakon bertubuh genit itu hanya inginkan rekaan kurung moden daripada fabrik polos dan ringkas. Sebagai pereka fesyen, AMAZÉ menghormati permintaan tersebut namun pada masa yang sama masih ingin menyuntik elemen fesyen pada busana tersebut; tanpa membuatnya kelihatan canggung hingga menggangu keselesaan Sweet sebagai pemakai.
“untuk majlis tunang, lebih moleklah untuk kekal ringkas tapi masih menarik untuk ditatap.”
“Kita tampilkan sedikit ‘twist’ pada konsep kurung moden seperti potongan ‘kipas’ pada kedua-dua bahagian sisi sarungnya; berbeza dengan kebiasaan iaitu di bahagian belakang.”
Rangka tubuh Sweet yang ‘petite’ memerlukan rekaan khas buat hari istimewanya ini. Ihsan Foto : AMAZÉ
“Selain itu, kami juga menyuntik stail ‘signature’ AMAZÉ seperti kerja-kerja sulaman dan manik pada bahagian sisi serta hadapan baju demi menjanjikan kelainan buat Sweet,” jelas Zeed. Sebulan saja rangka masa yang diperlukan mereka untuk menyiapkan persalinan Sweet dan Adam dari rekaan hinggalah menjadi busana lengkap untuk majlis pertunangan mereka.
Kongsi Zeed lagi, pasangan tersebut amat memudahkan komunikasi bersama sang pereka. Segala yang dirancang sepanjang sebulan lepas berjalan lancar.
Jadi, kalau korang yang inginkan busana mirip Sweet ini, adakah korang masih sempat untuk mendapatkan khidmat AMAZÉ pada tahun ini?
“Sebaiknya memang kami memerlukan enam bulan untuk benar-benar menyiapkan busana dengan terperinci. Namun, kami masih tidak menolak tempahan seawal bulan Disember dan bulan-bulan seterusnya.”
Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Adam Lee dan Sweet Qismina; serta buat AMAZÉ yang sekali lagi tidak mengecewakan dalam perihal rekaan dan melaksanakan impian satu lagi pasangan bahagia.
Ramai memilih mereka yang sekufu ketika mencari calon pilihan hati. Ada mahukan pasangannya keluar dari universiti, ada pekerjaan tetap, kewangan stabil dan lain lagi.
Korang bagaimana terutama orang bujang dalam memilih calon isteri?
Beranikah korang yang mungkin kerja biasa-biasa melamar seorang gadis yang pangkatnya lebih besar dari korang? Lebih bekerjaya seperti doktor, jurutera, juruterbang, pengurus besar dan lain-lain pekerjaan dan masa yang sama, korang hanyalah ada SPM dan tidak berjawatan besar.
Ada berani meminang gadis begini?
Sebelum korang timbang-timbangkan “keberanian” melamar anak dara orang dengan perbezaan jauh terutama dari segi pangkat, gaji dan sekufu atau tidak, di negara seberang viral tentang keberanian seorang prebet berpangkat rendah melamar gadis cantik yang menjadi juruterbang yang juga rakan sekerjanya tapi berlainan bidang. Ramai bertanya bagaimana gadis ini boleh menerima lelaki ini sebagai calon suaminya sedangkan perbezaan mereka antara langit dan bumi terutama bab gaji dan jawatan disandang.
Seorang askar, Januardy Ferdiansyah di Tentera Nasional Indonesia dengan pangkat Partu (pangkat bawahan a.k.a disebut Prebet di sini) menjadi sebutan ramai kerana berani melamar Elesta Apriana seorang juruterbang tentera yang terkenal dengan kecantikannya.
Ramai menganggap tindakanya sangat berani kerana mereka berbeza pangkat dan gaji.
Kisah pasangan ini menjadi viral selepas di saluran you tube TNI AD muat turun kisah pasangan ini. Bertugas di Yonif Para Raider 305 di Karawang, rupanya Prebet Januardy mempunyai cara unik melamar Elesta yang kini sudah menjadi isterinya dan mereka baru saja menimang cahayamata baru ini.
Kenal sejak sekolah lagi
Walau jauh berbeza pangkat umpama langit dan bumi, kata Januardy dia mengenali isterinya sejak dari bangku sekolah menengah lagi.
Pertemuan keduanya amat singkat di Palembang dan mereka tidak lagi berhubung selepas itu sebelum media sosial menemukan keduanya kembali.
Pada 2017, Januardy memberanikan diri untuk mendekati Elesta. Dia meminta nombor telefon pilot berkenaan untuk kekal berhubung.
Satu pertanyaannya membuatkan Elesta berfikir.
“Saya gaji sekian sekian. Saya ingin menikahi kamu,” tutur Elesta dalam Youtube berkenaan.
Saat mendengar lamaran Januardy, Elesta sama sekali tidak tertarik dengan gaji atau pangkatnya tetapi dia melihat kepada kesungguhan lelaki berkenaan melamarnya dengan penuh berani walau tahu perbezaan mereka.
Yess!! Perempuan sukakan lelaki yang berani dan penuh keyakinan.
Yakin jodoh itu urusan Allah taala, Elesta menyerahkan hubungan itu kepada keadaan. Pada February 2018 keduanya mengikat tali pertunangan. April itu keduanya bernikah.
Sikap ambil berat suaminya membuatkan Elesta jatuh cinta. Suaminya juga sering mengajarnya sebuah kehidupan yang sederhana malah dia sangat bahagia memilih suaminya dan langsung tidak memandang pangkat dan gaji.
Seperti kata Elesta, pangkat tidak menjadikan kedudukan kita tinggi kerana DARJAT manusia itu sama.
Pangkat juga tidak mengajar kita untuk MERENDAHKAN MARTABAT seseorang,” tulis Elesta.
Bacalah di instagram Elesta Apriliana yang mungkin membuka mata korang tentang bab jodoh. Ya semua orang cari yang sekufu tapi paling penting korang rasa disayangi bile bila bersama seseorang yang cukup sayangkan korang.