+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon berkaliber, Umie Aida mengakui amat teliti dalam memilih pasangan pelakon yang digandingkan bersamanya menerusi sebuah naskhah atau filem.
Menurut aktres berusia 51 tahun itu, perkara berkenaan kerana dia enggan membuang masa dan tenaga berlakon di samping pelakon yang tidak berbakat atau serius.
“Saya sangat teliti dan mesti tahu dengan siapa saya berlakon. Saya akan pastikan pasangan lakonan saya juga boleh berlakon, barulah seronok dan rasa berbaloi.
“Saya tak mahu membuang masa, pikul emosi sendirian sekiranya pasangan lakonan saya tak pandai berlakon.
“Sebab itu saya teliti dan sangat memilih. Sebelum menerima satu-satu tawaran, saya akan pastikan saya tahu siapa pelakon yang akan berlakon dengan saya,” katanya kepada Remaja.
Bercakap mengenai drama terbaharu lakonannya, Umie menyifatkan barisan pelakon yang membintangi drama Terlanjur Cinta dan cara kerja yang diamalkan produksi berkenaan menarik minatnya untuk kembali berlakon naskhah berat selepas 10 tahun berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Umie Aida
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, anak kepada biduanita negara, Siti Aafiyah meraih perhatian ramai apabila berjaya meraih Gold Award dalam acara Euroasia Youth Music Festival 2025 yang diadakan di Sunway University, Selangor.
Menerusi sebuah perkongsian video di Instagram milik penyanyi nombor satu tanah air itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terharu dan bangga selepas anak sulungnya berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jun akan datang.
“Alhamdulillah, baru-baru ini Aafiyah menyertai ‘2025 EuroAsia Youth Music Festival ‘ di Sunway University untuk Kuala Lumpur Preliminary Round,” tulisnya menerusi perkongsian berkenaan.
Kredit foto: Instagram @ctdkKredit foto: Instagram @ctdk
“Di bawah bimbingan Teacher Illy @illypianoacademy, Aafiyah berjaya mendapatkan Gold Award dan layak ke pusingan Final pada bulan Jun nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu turut berterima kasih atas jasa guru yang mengajar Aafiyah sekaligus mendoakan puterinya agar sentiasa terus melakar kejayaan.
“Ini adalah moment yang sempat ibu abadikan buat semua. Berdebar jugak ibu bila Aafiyah nak mulakan persembahan, tapi ibu percaya Aafiyah boleh lakukan,” ujarnya.
“Terima kasih Teacher Illy tak jemu jemu melatih Aafiyah. Semoga Aafiyah terus berjaya sayang. Amin ya Rabb,” tambahnya.
Kredit foto: Instagram @ctdkKredit foto: Instagram @ctdk
Sementara itu, lagu persembahan yang dimainkan oleh Aafiyah sehingga berjaya melayakkan dirinya ke peringkat seterusnya adalah bertajuk ‘The Elephant Herd’ oleh June June Armstrong
Sekadar info, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Siti Aafiyah pada Jun 2017 dan anak kedua, Muhammad Afwa pada Ogos 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon dan usahawan terkenal, Norman Hakim memaklumkan satu khabar gembira apabila dua puteri kesayangannya iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha bakal melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon (50) meluahkan rasa syukur apabila perancangan asal untuk sesi pendaftaran Maria Danisha berubah selepas pihak universiti mencadangkan laluan pendidikan khas yang melibatkan kedua-dua anaknya sekali.
“Kita hanya merancang, tapi Allah SWT lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya,” katanya.
Menurut Norman, kedua-dua anak perempuannya itu bakal mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan bermula dari peringkat Diploma sehingga Degree. Bagaimanapun, pengkhususan berbeza akan dipilih apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Degree kelak, dengan Maria Danisha dijangka memfokuskan dalam bidang Perakaunan manakala Marissa Dania pula memilih Sumber Manusia.
Pada masa yang sama, Norman turut berterima kasih kepada pihak universiti khususnya pengetua institusi berkenaan yang memberikan penerangan terperinci mengenai perjalanan akademik anak-anaknya.
“Terima kasih Principal Puan Norlina yang tidak lelah menerangkan selama berejam perancangan jangka panjang sehingga ke peringkat Bachelor dengan penuh teliti dan berstruktur,” ujarnya lagi.
Di samping itu, pelakon drama bersiri ‘Gerak Khas’ berkenaan sempat berkongsi keterujaan Maria Danisha yang sudah tidak sabar untuk memulakan kehidupan kampus lebih-lebih lagi selepas melihat kemudahan penginapan yang disediakan universiti berkenaan. Malah, pihak universiti juga memberi fleksibiliti kepada Marissa Dania untuk berulang-alik memandangkan beliau masih mempunyai komitmen menguruskan perniagaannya sendiri.
“Papa kena kerja lebih smart & efficient lagi lepas ni sebab tengok kos pembelajaran hingga ke peringkat Bachelor ni pun bukan kaleng-kaleng,” jelasnya.
Di akhir perkongsian, Norman berharap segala urusan pendidikan kedua-dua anaknya itu dipermudahkan dan berjalan lancar seperti dirancang. Difahamkan, Marissa Dania dan Maria Danisha dijangka memulakan perjalanan sebagai pelajar universiti sekitar awal suku ketiga tahun 2026.
Sumber: Instagram Norman Hakim
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.