Umum mengetahui Kasih Leona Iris, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi fesyennya yang sering jadi ikutan golongan muda; GenZ.
Mesra disapa Leona, gadis berusia 20 tahun ini boleh dikatakan tak pernah terlepas daripada kontroversi. Tapi, normal lah bagi remaja seusia dengannya gemar bereksperimentasi dengan fesyen masa kini.
Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan netizen apabila beliau telah dituduh menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Azira Othman di ruangan komen Instagram bapanya.
Nor Azira turut meminta supaya Leona memulangkan kembali wang yang telah dibelanjakan bersama suaminya termasuklah bil hotel, makanan, tiket penerbangan dan bil lain yang berkaitan sepanjang bercuti bersama suaminya itu.
Dakwanya lagi, Leona telah menghabiskan wang suaminya RM3,000 pada setiap bulan dan menuduh anak perempuan pelakon itu sebagai seorang āscammerā dalam rumah tangganya sejak 2014.
Ads
Bukan itu sahaja, Azira turut menuntut agar Azhar memulangkan kembali kesemua wang suami yang telah dibelanjakan oleh Leona sebelum dia membuat laporan polis.
Tak mahu nama baik anaknya terus tercemar, Azhar bertindak menghantar mesej secara āWhatsappā kepada Azira bagi membincangkan hal berkenaan dengan mengemukakan bukti dakwaan yang telah dilemparkan kepada anaknya.
Respon Azhar Sulaiman Tarik Perhatian
Bagaimanapun, netizen tertarik dengan sikap sabar dan profesional sang bapa. Melalui perkongsian di laman Instagramnya. Malah, Azhar Sulaiman siap mendoakan dan menasihati wanita tersebut.
Namun, bukti yang diberikan Nor Azira ternyata buat netizen garu kepala. Hanya kerana satu ‘retweet’ sudah cukup baginya untuk menjadi bukti. Senang betul buat duit! Scam style baru ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon cantik manis Bollywood berlesung pipit, Alia Bhatt telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Ranbir Kapoor yang juga merupakan seorang pelakon popular dalam satu majlis perkahwinan tertutup.
Perkahwinan penuh privasi tersebut dilaporkan diadakan di pangsapuri milik Ranbir dan Alia yang terletak di Vastu, Mumbai; di mana hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja yang dijemput.
Meneuris beberapa perkongsian foto oleh Alia Bhatt di laman Instagram, terserlah seri pengantinnya walaupun dalam solekan natural dengan rambutnya dibiarkan panjang beralun tanpa dandanan ‘up do’.
Pasangan ini selesa mengenakan busana pengantin rona putih krim yang kelihatanberseri dan suci. Veil yang dikenakan Alia pula penuh dengan perincian dan sulaman rekaan Sabyasachi. Digabungkan pula bersama aksesori perhiasan kemas sarat dan inai di jari, Alia memang kelihatan seperti bidadari pada hari perkahwinannya.
Untuk pengetahuan, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bertemu di set filem pertama yang menggandikan mereka berdua, Brahmastra arahan Ayan Mukerji dan jatuh cinta.
Ranbir Kapoor merupakan cucu kepada lagenda Bollywood Raj Kapoor. Ini bermakna,Ā sepupu kepada Ranbir termasuklah pelakon adik-beradik popular; Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor. Manakala, Alia Bhatt pula ialah anak perempuan kepada pengarah Bollywood, Mahesh Bhatt dan pelakon, Soni Radzan.
Kareena Kapoor memuat naik foto ayahnya, Randhir Kapoor bersama Ranbir.
Menerusi perkongsian foto-foto perkahwinan Alia dan Ranbir, ia mendapat reaksi gembira dan pujian dari rakan-rakan selebriti termasuklah Anil Kapoor, Dia Mirza dan Madhuri Dixit yang mendoakan pasangan ini.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan dua sejoli ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, penonton pawagam di Malaysia boleh memilih untuk menonton filem kegemaran mereka melalui hall Twin Seat, Beanie Seats, Indulge dan macam-macam lagilah, sekarang ada satu lagi experience yang korang kena cuba.
Golden Screen Cinemas (GSC Cinemas) melalui cawangannya di Mid Valley Megamall baru saja melancarkan Pawagam Onyx. So, apa yang istimewa sangat mengenainya? Onyx menyediakan skin LED pertama di pawagam Malaysia bagi memberikan kepuasan lebih kepada korang ketika menonton filem.
Hanya 8 negara saja termasuk Malaysia yang mempunyai pawagam Onyx sekarang.
Dah tak ada lagi masalah movie tiba-tiba hang masa ditayangkan kerana masalah teknikal projektor (penulis tak b.oleh lupa, kena tunggu 30 minit baru resume Harry Potter & The Deathly Hollows, ggrrr). Sekarang, korang dah boleh menonton wayang macam menonton dari TV LED sendiri, cuma dengan skrin berganda-ganda lebih besar.
Tambahan pula dengan paparan 4k pada skrin, memang puas lah walaupun kena bayar tiket wayang.
Cuba tengok perbezaan kualiti pada gambar.
Paparan pada skrin pun dah distorted seperti yang selalu berlaku di pawagam berskrin biasa. Duduk dekat dengan skrin pun macam okay je.
Teknolofi HDR pun membuatkan imej lebih sharp dan tepat. Pelakon orang putih akan nampak macam orang putih, tak adalah macam Latin kadang-kadang hehe.
Onyx juga dikhabarkan lengkap dengan sistem speaker baru dari JBL by Harman Professional Solutions agar sistem bunyi yang kedengaran akan lebih hebat!
Netizen yang dah tengok melalui Onyx pun memberi respon yang positif, antaranya:
Bagi yang teringin nak mengalami sendiri pawagam Onyx di GSC Cinemas Mid Valley Megamall, korang boleh tonton filem Jurassic Park, Fallen Kingdom di sana sekarang. Harga tiket untuk Onyx hanya RM1.50 lebih tinggi daripada harga tiket biasa. Okaylah tu kan.
Cer tengok, best ke biasa-biasa je?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Maya Karin yang berkongsi beberapa momen ketika jalani penggambaran filem Duyung: Lagenda Aurora di media sosialnya telah meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi beberapa foto sewaktu berada di salah sebuah pulau di Langkawi.
Dalam perkongsian itu, dapat dilihat pelakon filem popular Pontianak Harum Sundal Malam itu sedang berjemur sambil memakai cermin mata berbingkai warna merah jambu.
Bagaimanapun, gaya swafoto Maya telah menarik perhatian dalam kalangan warganet apabila ada segelintir peminatnya berseloroh ternampak bendasing di dalam hidungnya.
Dalam pada itu, ramai turut terpesona melihat wajah mulus pelakon berdarah Jerman itu walaupun tanpa secalit alat solek.
“Cantiknya Kulit,” komen seorang pengguna.
“Looks good on you,” komen lagi pengguna lain.
“Ada beruang dalam gua pun tetap cantik!” tulis seorang pengikut.
Sekadar info, Maya Karin kini sedang dalam pembikinan filem Duyung ā Legenda Aurora bersama bintang terkenal tanah air seperti Anna Jobling, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Maya Karin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...