Pelakon cantik manis Bollywood berlesung pipit, Alia Bhatt telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Ranbir Kapoor yang juga merupakan seorang pelakon popular dalam satu majlis perkahwinan tertutup.
Perkahwinan penuh privasi tersebut dilaporkan diadakan di pangsapuri milik Ranbir dan Alia yang terletak di Vastu, Mumbai; di mana hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja yang dijemput.
Meneuris beberapa perkongsian foto oleh Alia Bhatt di laman Instagram, terserlah seri pengantinnya walaupun dalam solekan natural dengan rambutnya dibiarkan panjang beralun tanpa dandanan ‘up do’.
Ads
Pasangan ini selesa mengenakan busana pengantin rona putih krim yang kelihatanberseri dan suci. Veil yang dikenakan Alia pula penuh dengan perincian dan sulaman rekaan Sabyasachi. Digabungkan pula bersama aksesori perhiasan kemas sarat dan inai di jari, Alia memang kelihatan seperti bidadari pada hari perkahwinannya.
Ads
Untuk pengetahuan, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bertemu di set filem pertama yang menggandikan mereka berdua, Brahmastra arahan Ayan Mukerji dan jatuh cinta.
Ranbir Kapoor merupakan cucu kepada lagenda Bollywood Raj Kapoor. Ini bermakna, sepupu kepada Ranbir termasuklah pelakon adik-beradik popular; Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor. Manakala, Alia Bhatt pula ialah anak perempuan kepada pengarah Bollywood, Mahesh Bhatt dan pelakon, Soni Radzan.
Kareena Kapoor memuat naik foto ayahnya, Randhir Kapoor bersama Ranbir.
Menerusi perkongsian foto-foto perkahwinan Alia dan Ranbir, ia mendapat reaksi gembira dan pujian dari rakan-rakan selebriti termasuklah Anil Kapoor, Dia Mirza dan Madhuri Dixit yang mendoakan pasangan ini.
Ads
Tahniah kami ucapkan buat pasangan dua sejoli ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ka sebelum ini nama Ayana Moon menjadi viral kerana gadis Korea ini memeluk Islam, tahun lepas adiknya, Aydin pula telah memeluk Islam. Kedua pasangan adik-beradik ini mendapat perhatian kerana selebriti instagram ini berpeluang menyambut Ramadan bersama adiknya.
Aydin Seongwook Moon memeluk Islam pada Mei 2019 di Masjid Central Seoul yang merupakan pusat komuniti Muslim di Korea Selatan. Tahun ini merupakan pengalaman pertama Aydin menyambut Ramadan dan kebetulan, kakaknya turut sama berada di Korea bagi menjalani ibadah puasa.
Ayana juga dikhabarkan sudah berhijrah ke Indonesia dan dia turut berharap agar selepas tamat persekolahan nanti, adiknya berpindah ke negara yang majoritinya Islam seperti di Malaysia atau pun Indonesia untuk banyak belajar tentang Islam dengan lebih mendalam kerana jika di Korea, ianya agak sukar (intepseleb.com).
Alhamdulillah, sama-sama kita doakan agar kedua beradik ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.
#SyukurBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu-persatu artis popular antarabangsa ‘berebut’ peluang untuk memiliki filem dokumentari masing-masing pada tahun ini.
Selepas kejayaan dokumentari kumpulan sensasi K-pop, Blackpink menerusi ‘Light Up The Sky’ di saluran penstriman Netflix, kini dua lagi dokumentari baru penyanyi kegemaran ramai telah ditayangkan pada minggu ini.
Ia melibatkan penyanyi Stitches, Shawn Mendes menerusi dokumentari ‘In Wonder’ di Netflix dan pemenang anugerah Grammy, Taylor Swift menerusi dokumentari ‘Folklore: The Long Pond Studio Sessions’ di Disney Plus.
Ihsan foto: Netflix.Tangkap layar: YouTube Taylor Swift.
Kedua-duanya ada memaparkan adegan di sebalik tabir dalam pembikinan album terbaru mereka.
Kita lihat satu-persatunya, yang mana harus korang tonton terlebih dahulu?
Disclaimer: Penulis hanya telah menonton ‘In Wonder’ manakala ‘Folklore: The Long Pond Studio Sessions’ hanya akan menemui penonton, lewat hari ini.
In Wonder
Shawn Mendes bukan sekadar membawa peminatnya untuk melihat cara pembikinan album terbarunya, Wonder. Malah, penyanyi pop berusia 22 tahun ini membawa kita mendekati beberapa wanita penting dalam hidupnya.
No, not all the exes!
Antara yang dapat kita saksikan adalah hubungan rapatnya dengan adik perempuan berusia 17 tahun, Aaliyah. Kemudian, sudah semestinya ada kelibat teman wanita Shawn, Camila Cabello, 23 beberapa kali.
Antara babak yang penulis gemari adalah apabila mereka melihat semula jurnal yang disimpan oleh Shawn selama beberapa tahun yang lalu.
Ihsan foto: Netflix.
Dalam jurnal tersebut, Shawn memenuhkan helaian demi helaian muka surat dengan kata-kata positif untuk memberikan dirinya ‘reminder’ dan semangat. Contohnya seperti, “I control my brain with my voice. I sing with no tension. My chest voice is strong and healthy.”
Bagaimanapun, Shawn sendiri tidak dapat mengelak daripada jatuh sakit apabila dia terpaksa membatalkan konsertnya di Sao Paulo dan perlu menerima rawatan serta ujian. Di sini, penonton dapat menyaksikan Shawn bergelut dengan latihan vokal.
Akhirnya, mereka terpaksa membatalkan persembahan itu setengah jam sebelum ia bermula demi mendapatkan semula suara untuk 11 lagi konsert berbaki.
Ihsan foto: Netflix.
Dalam ‘In Wonder’ juga, kita dapat melihat artis sepopular Shawn juga mampu mengalami meltdown.
Shawn melutut sebelum menangis selepas dia turun dari pentas kerana merasakan tidak melakukan yang terbaik di hadapan peminat.
Folklore: The Long Pond Studio Sessions
Taylor Swift suka untuk lakukan kejutan kepada Swifties, kan!
Pada pertengahan tahun ini, Taylor telah melancarkan album Folklore tanpa sebarang promosi kerana merasakan dunia ini memerlukan semangat ketika mengharungi musim pandemik 2020.
Tangkap layar: YouTube Taylor Swift.
Kali ini, Taylor kembali dengan trik sama dan melancarkan dokumentari ‘Folklore: The Long Pond Studio Sessions’ pada hari ini di platform penstriman Disney+. Menurut kenyataan daripada Disney filem ini akan menyaksikan Taylor menyanyikan satu-persatu trek daripada Folklore mengikut urutan album.
Tay Tay juga berkongsi makna dan ‘rahsia’ di sebalik kesemua 17 buah lagu tersebut.
Menerusi klip acah (teaser) yang dimuat naik oleh Taylor di YouTube, kita dapat menyaksikan kolaborasinya bersama Jack Antonoff dan Aaron Dessner yang membantunya menulis dan menerbitkan album Folklore.
“Ini adalah album yang membenarkan kamu merasai perasaan diri sendiri. Ini adalah hasil daripada tempoh saya mengasingkan diri. Masa ini (musim pandemik) boleh membuatkan saya hilang akal. Namun sebaliknya, saya rasakan album ini adalah sesuatu yang kita perlukan. Everybody needed a good cry as well as us,” jelasnya.
*
Jadi, dokumentari yang mana lebih kami gemari?
TBH (dan penulis tidak bermaksud untuk menjadi neutral), kedua-duanya penting untuk kita tontoni. Baik Shawn mahupun Taylor pernah bergelut dalam karier masing-masing. Begitu juga dengan kita insan biasa. Ada harinya, kita akan merasa down, berdepan masalah peribadi dan sebagainya.
Shawn dan Taylor menunjukkan kepada penonton bahawa mereka juga seperti kita dan di akhir dokumentari memberi kita semangat untuk teruskan impian, cita-cita dan kehidupan, in general.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Adam Azrai mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023.
Melalui perkongsian di Instagram, Zarina memaklumkan anaknya, Adam berjaya meraih keputusan 6A dan 2B.
Kredit: Instagram Zarina Zainuddin
“Alhamdulillah. Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6A 2B+.Syukur💕” – Zarina
“Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat. Ibu tak pandai biarlah anak pandai. Semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak2 kita semua berjaya, amin❤️” – Zarina
Kredit: Instagram Zarina Zainuddin
Anak kepada pelakon itu, Adam mendapat skor A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Sains Sukan dan skor B+ untuk subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan.
Tahniah kami ucapkan kepada Adam kerana memperoleh keputusan cemerlang. Semoga berjaya dalam apa jua bidang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.