Jelitawan Bollywood dan salah seorang pelakon wanita paling berjaya di India, Katrina Kaif selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Vicky Kaushal pada9 Disember 2021 di Rajasthan, India.
Pasangan ini memakai pakaian pengantin tradisional India. Katrina kelihatan cantik dalam persalinan pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi.
Seperti yang dilaporkan NDTV, perkahwinan Katrina Kaif dan Vicky Khausal telah dilaksanakan menerusi beberapa majlis yang diatur rapi. Bermula dengan acara mehendi atau lebih kita kenali sebagai malam berinai pada hari Selasa lalu (7/12/2021). Ia diikuti dengan acara sehrabandi & sangeet iaitu perayaan perhimpunan kedua-dua buah keluarga. pada sebelah malamnya.
Katrina dan Vicky juga tidak merahsiakan perkahwinan mereka apabila masing-masing memuat naik foto daripada setiap majlis mereka di akaun media sosial demi berkongsi momen istimewa ini bersama para peminat.
“Hanya rasa cinta dan syukur ada dalam hati kami yang membawa kami hingga ke saat ini. Semoga anda mencintai dan merestui kami dalam fasa baharu kami berdua sebagai suami isteri,” tulis Katrina di bahagian kapsyen.
Ruangan komen dibanjiri kata-kata tahniah daripada rakan selebriti Bollywood termasuklah Priyanka Chopra, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Alia Bhat, Deepika Padukone, Ranveer Singh dan ramai lagi.
Ads
Telefon bimbit tidak dibenarkan
Seperti yang boleh dijangka berlaku di majlis perkahwinan selebriti Bollywood, majlis Katrina dan Vicky juga mengenakan protokol keselamatan yang sangat ketat ke atas tetamu yang hadir. Majlis yang berlangsung di Six Senses Fort Barwara itu bukan saha dihadiri oleh jumlah tetamu terhad. Malah khabarnya, tetamu juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit.
Berbeza daripada selebriti Bollywood lain, pasangan sama cocok ini memilih cincin pertunangan dan cincin perkahwinan jenis platinum daripada jenama barangan kemas moden mewah, Tiffany & Co.
Cincin ‘Soleste’ pada jari Katrina dilaporkan mempunyai batu permata nilam (sapphire) berbentuk cushion cut di tengah dan ia dikelilingi batu berlian berniali Rs7,410,000 atau kira-kira RM41,341. Sementara itu, cincin Vicky pula lebih ringkas rekaannya dan dianggarkan bernilai RM7,171.
Ads
Sekilas pandang, cincin Katrina ini mirip cincin pertunangan yang disarungkan pada jari Duchess of Cambridge, Kate Middleton sewaktu beliau bertunang dengan Putera William. Cincin yang sama juga pernah disarungkan pada jari mendiang Puteri Diana.
Jika korang masih ingat, Katrina pernah dikaitkan dengan beberapa hero Bollywood terkenal seperti Salman Khan dan Ranbir Kapoor. Akhirnya, jelitawan berusia 38 tahun ini akhirnya menemui cinta sejati bersama pelakon, Vicky Kaushal yang berusia 5 tahun lebih muda daripadanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi kononnya pelakon drama popular Vincenzo dan Reborn Rich, Song Joong-ki sudahpun dimiliki dan menghamilkan seorang pelakon wanita Inggeris bernama Katy Louise Saunders sebelum ini ternyata benar!
Katy Louise Saunders
Menerusi akaun ‘fan cafe’ rasminya, Joong-ki pada 30 Januari telah berkongsi kenyataan rasmi bagi menjelaskan khabar angin tersebut. Surat itu berbunyi sedemikian;
“Hello. Ini ialah Joong Ki.
“Pada hari ini, saya memuat naik hantaran ini kerana saya ingin berkongsi satu janji yang amat menggembirakan dan bernilai kepada saya berbanding segala-galanya.”
“Saya telah berjanji untuk meneruskan kehidupan bersama Katy Louise Saunders, seseorang yang telah berada di sisi saya (untuk) menyokong saya dan seseorang yang telah saya luangkan masa berharga bersama-sama.”
“Dia mempunyai hati yang baik, dan dia juga telah menjalani hidupnya dengan penuh bersemangat. Dia seorang yang bijak dan hebat sehingga sampai tahap saya cukup menghormatinya. Terima kasih kepadanya, saya telah menjadi seorang yang lebih baik.”
“Sememangnya, kami berimpi untuk membina sebuah keluarga bahagia. Kami telah banyak berusaha untuk memenuhi janji masing-masing, dan kami amat bersyukur kerana satu nyawa baharu telah dikurniakan kepada kami (merujuk kepada kehadiran bayi dalam hidup mereka).”
“Hari ini, berasaskan kepercayaan mendalam dan rasa cinta antara satu sama lain, kami dalam perjalanan untuk mendaftarkan perkahwinan kami lalu memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.”
“Saya amat berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong saya walau apapun. Saya berharap semua orang terus gembira dan (dalam keadaan) sihat sehingga hari di mana saya akan bertemu kamu secara fizikal,” catat Joong-ki.
Tambahnya lagi, beliau turut berterima kasih di atas sokongan kelab peminatnya yang dikenali sebagai Ki Aile kerana merekalah di antara sebab beliau menerima kekuatan sepanjang bergelar seorang pelakon.
Terdahulu pada Disember 2022, agensi Joong-ki iaitu High Zium Studio telah mengesahkan bahawa pelakon itu sedang mengenali hati budi seorang wanita bernama Katy Louise Saunders dan berharap agar para peminat akan menyokong serta menerima hubungan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sabarnya untuk menonton episod terakhir drama 7 Hari Mencintaiku 2 pada hari ini.
Drama yang cukup popular itu mengungkap mengenai masalah perhubungan di antara Khuzairi dan Mia Adriana. Walaupun ramai yang mengaku mereka #TeamMia, #TeamKhuzairi dan #TeamNurul di media sosial, namun penulis merasakan pada satu tahap, semua watak dalam drama ini bersalah!
Dan semuanya berpunca daripada 1 perasaan iaitu ego yang terlalu mencanak.
Ego itu sebenarnya normal. Tapi kalau sudah timbul 4 tanda-tanda ini, haa mungkin sudah tiba masa untuk korang cabut!
Selalu Sangat Tunding Jari
Ya, kadangkala masalah itu tidak berpunca daripada kita. Pasangan seharusnya dipersalahkan dalam hal ini. Tapi dah kalau kesemua masalah yang melanda itu diletakkan bebannya di bahu sebelah pihak je, tak ke pelik? Seolah-oleh yang seorang lagi itu baik seperti Malaikat yang tak pernah melakukan kesalahan.
Jika korang berdepan dengan pasangan yang sering menunding jari terhadap korang dan tidak pernah menganggap dirinya bersalah, rasanya sudah tiba masa untuk ‘cabut’.
Harta Jadi Sandaran
Ego juga boleh berpunca daripada harta benda. Pada mulanya, memanglah korang macam okay je kalau pasangan dilahirkan daripada keluarga berada, mempunyai pekerjaan yang bagus dan memiliki harta sendiri yang cukup untuk menanggung dirinya. ‘Sedaplah’ nak belanja korang, kan?
But after a while, korang akan merasa tertekan bila kewangan diri sendiri tak setaraf dengan kewangan pasangan. “Asyik dia je yang belanja, aku ni tanggungan dia ke. Am I a kept pet?” Tentunya si dia akan menidakkan, namun ego korang telah pun tercabar.
Semua Perkara Nak Bertanding
Sebenarnya, sifat kompetitif di antara pasangan adalah satu perkara yang positif. Ia boleh dijadikan sebagai titik tolak untuk diri masing-masing memperbaiki diri. Namun kalau semua perkara pun nak dijadikan pertandingan di antara kalian… eh penatlah!
Sampai satu tahap, salah seorang pastinya akan obses untuk menang dan seorang lagi akan merasa annoyed.
Cemburu
Haa seperti yang dipertontonkan dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 tu, inilah punca porak-peranda paling kerap berlaku kepada pasangan.
Normal lah untuk kita merasa cemburu bila melihat pasangan melayan seseorang dengan mesra. Namun bila kita obses dengan perasaan cemburu itu sehingga ia memberi energy yang toksik pada hubungan, memang tak lamalah korang bersama.
*
*
Familiar bukan situasi-situasi di atas ini? Seharusnya sebagai pasangan, korang perlu berani untuk ke hadapan dan meminta pasangan sama-sama duduk bersama untuk membincangkan situasi semasa kalian.
Rendahkan ego dan berbincang. Jika sememangnya ada perangai korang yang si dia tidak ‘berkenan’, maybe it is your fault. Tak salah pun untuk kita mengakui kesalahan.. malah ia membuatkan diri kita lebih matang dan rasional.
Cer tengok apa ramalan team REMAJA terhadap nasib Yati, ibu kepada Mia Adriana dalam episod terakhir 7 Hari Mencintaiku 2, malam ini.
Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud korang hanya perlu menunggu sehingga jodoh tu datang sendiri tanpa berusaha. Kalau duduk saja pun, jodoh tak datang bergolek tau.
Oleh sebab tu korang kena teruskan usaha untuk mendapatkan jodoh yang baik. Ada beberapa tempat yang korang boleh try untuk cari calon. Dah alang-alang tu boleh la cuci-cuci mata sikit, mana la tahu ada jodoh kan. Hiks!
1. Media sosial
Dah ramai juga yang bertemu jodoh di media sosial. Bermula dengan hanya saja-saja ‘add friend’ , siapa sangka perkenalan di media sosial boleh berakhir di jinjang pelamin.
Tapi, korang jangan pula suka-suka nak bagi maklumat peribadi pada mereka selagi belum betul-betul kenal. Selidik dulu latar belakang mereka dan kalau dah benar-benar yakin, barulah teruskan dengan usaha seterusnya.
2. Kenduri-kendara
Tak kisahlah kenduri kahwin ke, kenduri aqiqah atau mungkin birthday party kawan-kawan korang pun boleh jadi tempat untuk bertemu dengan ramai orang. Time ni la korang nak ‘usha-usha’ tetamu yang datang.
Kalau malu nak approach, mintalah bantuan tuan rumah untuk mempertemukan korang dengan calon pilihan tu. Tak salah gunakan orang tengah untuk memudahkan urusan.
3. Aktiviti sosial
Janganlah asyik duduk rumah je. Bila weekend try aktifkan diri dalam aktiviti sosial bersama masyarakat. Contohnya korang boleh join organisasi-organisasi sukarelawan atau pun sertailah fun run ke.
Selain daripada melakukan perkara berfaedah, di situ juga korang berpeluang untuk mengenali dengan lebih ramai orang.
4. Majlis ilmu
Kalau nak jumpa dengan orang yang baik-baik, rajin-rajinlah pergi ke majlis ilmu. Mungkin juga korang kenalan korang disana mempunyai adik atau abang/kakak, ini pun siapa tahu kalau calon-calon jodoh kan? Hehe..
5. Website cari jodoh
Jangan memperlekehkan agensi-agensi mencari jodoh sebab tak dinafikan, cara ini juga adalah antara yang paling berkesan untuk korang bertemu jodoh.
Ada ramai calon yang mendaftar, korang boleh pilih mana yang berkenan dan cuba untuk berkenal an. Kalau sesuai Alhamdulillah, tetapi kalau tak, usaha la untuk mencari lagi. Yang penting dah try kan?
Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai ikhtiar untuk korang bertemu jodoh. Jangan putus asa selagi belum jumpa yang sesuai. Nak dapat yang terbaik kenalah sabar sikit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guru wanita berusia 57 tahun bakal didakwa di Mahkamah Kota Bharu susulan insiden rempuh dua pelajar Tingkatan Satu di SMK Tanjong Mas hingga seorang maut.