Dua tahun pelancong dari Malaysia tidak dapat ‘terbang’ ke Amsterdam, Belanda disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Nampaknya, banyak perkara yang akan kita rindukan bila berpeluang untuk ke sana kelak.
Mulanya pada September 2018, papan tanda ikonik ‘I Amsterdam’ yang menjadi lokasi hangat para pelancong untuk mengabadikan foto mereka di hadapan Rijksmuseum telahpun diturunkan oleh pihak berkuasa.
Alasan mereka, ia menarik terlampau ramai pelancong di perkarangan bangunan yang sempit itu selama 14 tahun sehingga menganggu kelangsungan kerja.
Biarpun begitu, pelancong masih mempunyai beberapa spot lain untuk bergambar dengan papan tanda yang sama iaitu di Lapangan Terbang Schiphol dan tasik Sloterplas.
*
Kini, satu lagi tarikan ikonik bandar Amsterdam khabarnya akan ‘dihapuskan’ oleh pihak berkuasa dan ia merupakan Red Light District.
Pada April 2020, pihak berkuasa telah melarang sebarang aktiviti kumpulan pelancong atau tour group di laluan yang dikenali sebagai De Wallen ini bagi mengatasi masalah kehadiran pelancong yang terlalu ramai.
Tidak sampai setahun kemudian, satu lagi arahan baru telah dikeluarkan oleh pejabat Datuk Bandar Amsterdam.
Kali ini, mereka ingin menutup kesemua premis yang beroperasi di laluan tersebut dan memindahkannya keluar dari pusat bandaraya. Ini demi menurunkan jumlah kes perdagangan manusia di situ dan menjamin keselamatan pekerja seks di Amsterdam.
Para pekerja seks di Red Light District dinasihatkan untuk memindahkan premis mereka di lorong Singel dan De Wallen ini ke sebuah bangunan pusat pelbagai fungsi. Namun, lokasi baru tersebut masih belum ditentukan.
Sebelum ini, Red Light District sememangnya popular di kalangan pelancong asing yang tidak semestinya ingn melanggan tetapi lebih kepada ingin melihat suasana di laluan erotik itu sehingga ia menganggu kelangsungan perniagaan.
Selain Red Light District, satu lagi perubahan yang bakal berlaku di Amsterdam adalah keputusan untuk menghalang pelancong memasuki ‘kedai kopi’ di bahagian Halsema dan membeli menu yang menggandungi cannabisatau lebih dikenali sebagai dadah marijuana. Ia kini hanya dibuka kepada penduduk tetap Amsterdam saja.
*
Jika bandaraya dunia lain inginkan pelancong yang ramai ke lokasi masing-masing demi menaikkan ekonomi domestik, Amsterdam pula cuba untuk mengurangkan jumlah pelancong kerana faktor keselamatan populasi penduduk mereka.
Cuba bayangkan, pada tahun 2018 saja, seamai 19 juta pelancong dilaporkan telah ke Amsterdam berbanding penduduk mereka seramai 850,000 orang, atau kira-kira 22 kali ganda lebih kurang daripada jumlah pelancong.
Bukan calang-calang orang yang dijemput untuk memasuki rumah yang beralamat no.10, Downing Street. Alamat ini sangat popular dan banyak digambarkan dalam filem mahupun drama. Dalam budaya sinema dan skrin, ia paling popular menerusi siri The Crown yang mana 10 Downing Street digambarkan memiliki hubungan erat dengan Queen Elizabeth II.
Merupakan kediaman dan pejabat rasmi Perdana Meteri United Kingdom, 10 Downing Street yang terletak di Jalan Downing dalam Bandar Westminster berusia lebih 300 tahun dan memiliki 100 bilik.
Dr Amalina Che Bakri telah diundang ke sini untuk memberi kesedaran dan menjawab persoalan secara atas talian mengenai Covid-19. Kehadirannya ke sana telah diciap oleh twitter rasmi Organisasi Kerajaan United Kingdom @10downingstreet.
Sedia menjawab soalan di 10 Downing Street.
Dalam tinjauan Remaja ke Instagram Dr. Amalina, wanita anggun yang baru bergelar isteri Mac lalu ini berkata, “Ketika meningkat dewasa, saya banyak melihat 10 Downing Street @ 10downingstreet di berita dan filem-filem (Love Actually adalah kegemaran saya!). Semestinya saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di hadapan pintu ikonik ini.
“Semalam, saya telah diberi kesempatan dalam satu jemputan istimewa untuk melakukan sesi soal jawab mengenai vaksin Covid-19. Terima kasih kepada pasukan No.10, anda sangat hebat! Terima kasih atas semua pertanyaan anda. Saya akan segera kembali ke sana lagi untuk sesi lain di Instagram mereka!”
Bersama suami tercinta pada Hari Raya yang lalu.
Bangga melihat kejayaan anak Malaysia seperti Dr. Amalina. Dia yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya menjadi lambang kegigihan dan juga ikon kepada anak muda negara ini. Dalam perkembangan lain, baru-baru ini dia disenarai pendek untuk menerima anugerah Women of Future South East Asia 2021
Berita baik buat rakyat Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia, iaitu pas perjalanan yang membolehkan setiap keluarga warga Malaysia seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Apa yang menariknya, ia dijual dengan harga RM15 dan akan mula dijual pada 1 Disember depan. Ini bermakna setiap orang di dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.7 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah tanah kendalian Rapid KL sepanjang hari.
Inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.
Mereka juga boleh mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.
Wah, nampaknya Pas Keluarga Malaysia ini memang berbaloi digunakan bagi tujuah riadah hujung minggu. Lebih menjimatkan kerana penggunaannya tanpa had untuk sehari kan. Kalau nak keluar nanti guna sahaja pengangkutan awam okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perlantikan Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar London beragama Islam pertama nampaknya telah membuka ruang untuk memperbaiki sebarang sentimen Islamofobia yang pernah melanda kota metropolitan Inggeris itu.
Buat julung kalinya, kota London dilimpahi dengan dekorasi lampu-lampu indah di kawasan tumpuan orang ramai, Piccadilly Circus sejak Rabu lalu sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan.
Datuk Bandar London, Sadiq Khan di Conventry Street
Jika pada tahun-tahun sebelum ini, London jarang sekali meraikan sambutan bulan mulia masyarakat Islam ini di sana. Hanya sekadar ucapan daripada pemimpin dan agensi-agensi berpengaruh sahaja yang selalu menghiasi dada akhbar serta paparan video secara dalam talian.
Namun pada tahun ini, suasana Ramadan di London cukup berbeza apabila sebanyak 30,000 dekorasi lampu LEDs pelbagai warna dengan 61 motif bulan dan bintang ini bakal menghiasi jalan raya utama Conventry Street di antara Piccadilly Circus dan Leicester Square bermula sekarang hingga 21 April kelak.
Persembahan lampu seakannya sudah biasa kita saksikan di London sewaktu musim perayaan Hari Natal. Malah pada setiap tahun di Malaysia juga, kita sudah terbiasa dengan ‘perang’ dekorasi Hari Raya Aidilfitri di pusat membeli-belah.
Keputusan untuk membenarkan dekorasi lampu seperti ini dipasang di London bagi menyambut kehadiran Ramadan pada tahun 2023 jelas merupakan petanda bahawa masyarakat majmuk di sana kian terbuka menerima perbezaan kepercayaan, kaum dan sama-sama bertolerasi menyambutnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di saat harga barangan dan kos sara hidup semakin menjadi perhatian ramai, tindakan seorang warga emas yang masih menjual minuman pada harga serendah 30...