Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina menunjukkan solidaritinya buat saudara di Palestin dengan pemasangan papan iklan atau billboard tertera dengan ayat berbunyi, ‘Awak, jangan pernah kita lupa tentang Palestin’.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada personaliti media sosial, Hafiz Mahamad itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Aina memaklumkan pada awalnya dia berniat untuk memasang papan iklan yang dipercayai beradai di sekitar Bandar Baru Bangi itu bagi tujuan perniagaannya namun dia percaya pada rezeki.
“Sedar tak sedar dah tujuh bulan dah saya pasang billboard Palestin ini.
“Kontrak untuk billboard ini sebenarnya setahun saya bayar untuk Ainaa Clinic sebab saya nak orang sekitar sini tahu yang Ainaa Clinic ada dekat kawasan sini saja.
Ads
“Tapi tak apa lah saya percaya rezeki tu ada dan mungkin ini sebahagian daripada pengorbanan kita. Saya pasang billboard bukan untuk pemasaran sebab tak ada nama jenama Ainaa pun saya letak dekat billboard ini.”
Ads
“Tapi niat saya hanyalah saya nak ingatkan semua orang tentang saudara kita yang ada di Palestin sana. Awak doakan bisnes saya tau,” pintanya.
Pada masa sama, Aina memberitahu dia akan menyambung lagi kontrak papan iklan tersebut sebagai tanda peringatan buat orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Karya filem pendek animasi ‘Batuh Bijanji’ oleh dua orang murid darjah 5 Sekolah Kebangsaan Temong di Serian, Sarawak telah memenangi anugerah ‘Best Film by Popular Jury’ bagi kategori sekolah rendah di Festival de Cinema Escola de Alvorada, Brazil baru-baru ini.
Dua orang pelajar tersebut, Nabiatul Dania Zulfiqa Mohd Zulfadhli dan Macgres Sawet dibimbing oleh guru Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi bersama Cikgu Mohd Reduan Patah ternyata menarik perhatian para juri dengan kreativiti yang ditonjolkan serta jalan cerita yang penuh dengan maksud yang mendalam.
‘Batuh Bijanji’ atau dalam bahasa melayu bermaksud batu perjanjian digarap indah dalam filem pendek animasi dengan durasi lebih kurang 5 minit ini berkisarkan cerita mengenai persahatan dua orang kawan baik, Sarah dan Bibi, yang disimbolikkan dengan permainan batu Seremban.
Dalam temubual bersama Utusan Borneo, Cikgu Zulfadli berkata, “Projek penghasilan filem ini diadakan pada tahun lepas, semasa dan selepas mengikuti bengkel animasi DISTA (Digital Storytelling Animation) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak (kini dikenali sebagai SSTP Sarawak), Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang merupakan inisiatif kerajaan Sarawak ke arah digital.
“Dua hari tempoh pembikinan berjalan sewaktu bengkel DiSTA 2019 Siri 1 di sebuah hotel di Kuching dan projek ini dibangunkan lapan hari lagi yang bersambung di sekolah, termasuk rakaman footages baharu.”
Menurutnya lagi kemenangan filem pendek itu adalah berdasarkan undian dalam festival tersebut. Majlis penganugerahan telah dilakukan secara acara virtual menerusi Google Meet dan trofi kemenangan akan dihantar menerusi pos.
Jom kita saksikan filem pendek animasi hasil kreativiti dua pelajar ini yang dibimbing oleh guru-guru yang berwibawa.
Terbaharu, Perodua dikatakan dalam perancangan untuk melancarkan sebuah model SUV Segmen B dan ia dijangka bakal menjadi pesaing terdekat kepada model Proton X50. Menurut laporan media, Perodua telah menjalankan kaji selidik berhubung minat masyarakat terhadap SUV ini.
Khabarnya, SUV baharu Perodua ini berukuran sepanjang 4,320 mm; lebar 1,770 mm dan tinggi 1,685 mm dengan berat sekitar 1,283 kg. Manakala, jarak antara roda masih dirahsiakan. Ia sekaligus menjadikan model SUV ini sedikit pendek dan rendah berbanding Proton X50 tetapi lebih besar daripada SUV Perodua Ativa.
Tidak seperti Ativa yang tampil dengan enjin turbo tiga silinder sebaris, SUV terbaru Perodua ini dijangka menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi natural Dual-VVTi dengan kuasa maksimum 106 PS dan daya kilas 137 Nm yang dipadankan dengan transmisi D-CV.
Mesti ramai yang nak tahu berapa agaknya harga, kan?
Menurut sumber, harga jualan dijangka bermula dari RM73,000. Untuk info lanjut, sama-sama kita nantikan update terbaharu daripada pihak Perodua sendiri.
Hm, tapi bagi korang yang memang ada perancangan nak beli kereta, mungkin boleh dipertimbangkan. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.
Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal, kata Anthony Loke (tengah). – Gambar Astro AWANI
Namun begitu, tanggungjawap sebagai pemandu dan pemilik kenderaan masih wajib dilakukan terutamanya dalam memperbaharui cukai jalan dan insuran.
Tapi korang tahu tak sekarang korang boleh memperbaharui ‘roadtax’ ini secara secara online sahaja.
Jadi, anda sudah tidak perlu lagi beratur panjang di JPJ atau pun pejabat pos hanya kerana mahu memperbaharui kedua-dua perkara tersebut. Boleh ikuti tutorial cara renew road tax dan insuran kenderaan secara online seperti di bawah.
Cara perbaharui insuran kenderaan secara online
1. Layari laman web MyEG kemudian daftar akaun anda pada halaman Register.
2. Setelah selesai, log masuk akaun anda.
3. Pada halaman utama, tekan pilihan Jabatan Pengangkutan Jalan di penjuru atas kiri sekali.
Sumber Gambar: MyEG
4. Selepas itu, pilih sama ada anda ingin perbaharui lesen kereta atau pun motor.
5. Di halaman berikutnya, tekan Compare Now untuk membandingkan harga serta perkara yang dilindungi beberapa syarikat insurans dan takaful yang tersedia.
6. Kemudian, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan tekan Next.
7. Beberapa maklumat kenderaan anda akan dipaparkan pada halaman seterusnya lalu perlu disahkan.
8. Masukkan maklumat pemilik kereta supaya sistem boleh sediakan sebutan harga insuran untuk anda dan tekan Next.
9. Pilih syarikat insuran yang tersedia untuk dapatkan harga terkini, lalu klik Submit.
10. Anda bakal dipaparkan dengan harga insurans yang dikenakan bagi setiap syarikat yang anda pilih tadi. Tekan Buy Now pada mana-mana insurans yang anda mahu.
11. Anda kemudian perlu masukkan maklumat pemandu tambahan jika ada serta pilih sebarang Add-ons yang diperlukan.
12. Akhir sekali, anda lakukan bayaran dan boleh memuat turun resit bayaran dan sijil perlindungan.
Cara perbaharui cukai jalan secara online
Log masuk dalam web MyEG dan klik pada ikon Jabatan Pengangkutan Jalan.
Klik pada Perbaharui Cukai Jalan.
Kemudian, pilih sama ada anda ingin perbaharui cukai jalan motor atau kereta.
Selepas itu, lengkapkan maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat e-mel, nombor pendaftaran kenderaan dan tempoh pembaharuan cukai jalan.
Anda boleh pilih sama ada cukai jalan itu mahu dihantar ke rumah anda atau mengambilnya sendiri di Pejabat MyEG berdekatan. Penghantaran ke alamat pilihan akan dikenakan caj penghantaran.
Lalu, pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat. Sebutan harga dan caj dikenakan akan dipaparkan pada skrin. Jika anda setuju dengan harga yang dipaparkan, tekan terus Confirm & Pay.
Selesai proses pembayaran, bolehlah memuat turun resit pembayaran yang mana boleh dijadikan rujukan kelak.
Untuk makluman, sebelum boleh pembaharui cukai jalan anda perlu perbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu. Jadi, ikuti turutan tutorial di atas memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan insurans secara dalam talian.
Senang sahaja kan? Selepas ini korang boleh renew lesen JPJ, renew roadtax, semak saman dan macam-macam lagi hanya secara online dan tidak perlu ke kaunter JPJ.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!