Pastinya sebelum ini korang pernah mendengar tentang khasiat minyak ikan yang baik untuk kesihatan diri kan? Namun begitu, adakah ia benar-benar memberi manfaat dan apakah kebaikan yang bakal kita peroleh jika mengamalkan pengambilan minyak ikan?
Minyak ikan adalah minyak dari ikan berlemak seperti salmon, makerel, tuna, tenggiri, kod dan sardine yang kaya dengan omega-3. Ada tiga jenis utama lemak sid omega-3 yang disebut sebagai ALA, DHA, dan EPA. Ikan berlemak menyediakan DHA dan EPA. Manakala, ALA boleh diperolehi daripada tumbuhan seperti biji rami, biji labu dan kacang walnut. Badan manusia tidak boleh menghasilkan omega-3 jadi ia hanya datang dari diet pemakanan.
Jadi, apakah khasiat yang korang bakal peroleh sekiranya mengambil minyak ikan? Berikut kami senaraikan antara khasiat dan kepentingan minyak ikan mengikut nasihat dietitian.
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Banyak kajian telah membuktikan omega-3 mampu mengurangkan risiko sakit jantung, insiden serangan jantung dan kematian akibat serangan jantung. Hal ini kerana, omega-3 dalam minyak ikan membantu untuk meningkatkan kolestrol baik, mengurangkan trigliserida (lemak di dalam darah) dan seterusnya mengelakkan penyumbatan atau pembentukan plak pada salur darah ke jantung yang menyebabkan serangan jantung.
2. Menurunkan tekanan darah
Jika korang mengalami tekanan darah tinggi, ia boleh menjadi manfaat kepada korang kerana minyak ikan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Walaubagaimanapun, pengurangan tekanan darah dilihat adalah minimal dan tidak seharusnya digunakan sebagai ubat untuk menurunkan tekanan darah ya.
Beberapa kajian di dalam kalangan dewasa mencadangkan kebaikan omega-3 di dalam rawatan mengatasi masalah kemurungan. Golongan depresi sering dikaitkan dengan tahap EPA & DHA (omega-3) yang rendah. Omega-3 sebenarnya dapat membantu dalam menimbulkan kesan antidepresan, termasuk tindakan anti-radang yang secara tidak langsung membantu dalam mengatasi masalah kemurungan.
4. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak
Omega-3 sangat penting untuk tumbesaran otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Hal ini kerana, ianya merupakan sebahagian komponen penting bagi pembentukan otak manusia. Antara manfaat pengambilan omega-3 yang cukup untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak adalah:
Otak yang lebih cerdas
Kemahiran berkomunikasi and bersosial yang lebih baik
DHA (omega-3) adalah komponen utama dalam pembentukan retina mata. Kekurangan DHA akan menyebabkan masalah penglihatan. Selain itu, omega-3 yang cukup mampu mengurangkan risiko penyakit AMD iaitu masalah mata yang menyebabkan buta penglihatan yang sering terjadi di dalam kalangan warga emas.
Ads
6. Mencegah kanser
Pengambilan omega-3 dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mendapat kanser usus. Golongan yang mengambil omega-3 lebih banyak mempunyai risiko terkena kanser usus hingga 55% lebih rendah. Selain itu, pengambilan omega-3 dikaitkan juga dengan pengurangan risiko kanser prostat pada lelaki dan kanser payudara pada wanita. Bagaimanapun, kajian yang lebih terperinci diperlukan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), saranan pengambilan ikan yang kaya dengan omega-3 adalah 1-2 hidangan seminggu sebagai perlindungan dari penyakit jantung koronari dan strok iskemia. Terdapat banyak produk suplemen omega-3 di pasaran terutamanya dalam bentuk suplemen minyak ikan. Suplemen bukannya satu keperluan jika saranan telah dicapai melalui diet harian.
Jadi, sekiranya korang telah mendapatkan omega-3 daripada hidangan makanan lebih kurang satu atau dua kali seminggu, ia sudah cukup memadai tanpa perlu mengambil suplemen minyak ikan lagi.
Ads
Diharap agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit penjelasan dan informasi untuk korang mengetahui khasiat sebenar minyak ikan untuk kesihatan diri kita.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri, baru-baru ini berkongsi berita gembira tentang anak perempuannya yang baru sahaja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Bina Dalaman di sebuah universiti swasta.
Berita tersebut dikongsikan melalui Instagram miliknya, dengan Dato’ Sri Nancy turut hadir bersama suami untuk meraikan majlis konvokesyen anaknya di Taylor’s Convocation 2025 pada 23 Februari lalu.
“You’ve made me immensely proud and I’ll be here every step of the way, always. Congratulations Sayang!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan sahaja kejayaan anaknya meraih ijazah yang mendapat perhatian, tetapi wajah cantik serta penampilan anak gadis Dato’ Sri Nancy yang tinggi lampai seperti peragawati turut mencuri perhatian warganet.
Menerusi foto yang dimuat naik, Dato’ Sri Nancy dilihat elegan dalam busana rona coklat cair, sementara suaminya kelihatan segak mengenakan sut hitam dan bertali leher.
Anak mereka yang tersenyum ceria menyarung jubah konvokesyen sambil memegang sejambak bunga dan skrol ijazah.
Difahamkan, Bibi Freka anak perempuan tunggal pasangan Dato’ Sri Nancy Shukri dan suaminya, Datuk Kamil Misuari. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 September 1985 dan dikurniakan tiga orang anak, iaitu Bibi, Faeroz Kamil, dan Farouk Kamil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG DATO’ SRI NANCY SHUKRI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM150, sudah tiba masanya apabila mulai 1 Jun 2021 merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Kementerian Kewangan berkata, e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program eBelia RM150 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan cara claim kredit eWallet :
APA ITU PROGRAM EBELIA?
Program eBelia adalah satu bantuan khas daripada Kerajaan buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi yang layak akan menerima kredit eWallet bernilai RM150 secara one-off.
TARIKH BAYARAN PROGRAM EBELIA
Dalam pembentangan PEMERKASA, penebusan eWallet dalam program eBelia boleh dibuat bermula pada bulan Jun 2021.
KATEGORI LAYAK CLAIM EBELIA RM150
Bagi golongan yang layak membuat penebusan eBelia eWallet berjumlah RM150 adalah iaitu :
Belia berumur 18 hingga 20 tahun
Penuntut sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
CARA CLAIM KREDIT EWALLET RM150 melalui aplikasi Touch n’ Go
Untuk pengguna baru :
Untuk penguna aplikasi Touch n’ Go sedia ada :
Verify akaun korang seperti step dibawah
Namun begitu, seperti mana sebelum ini penebusan eWallet boleh dibuat menerusi aplikasi Touch n’ Go, GrabPay atau Boost.
Untuk keterangan lanjut tentang Program eBelia, sila layari ke laman web rasmi https://www.mof.gov.my/.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dilahirkan dengan autisme, Chew Sheng Yan membuktikan bahawa kekurangan tidak menjadi penghalang untuk meraih kejayaan.
Sheng Tan telah berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Kayu dengan Kepujian dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam Majlis Konvokesyen kali ke-48 yang berlangsung baru-baru ini.
Sebagai anak bongsu daripada dua adik-beradik, Chew tidak malu untuk mengakui bahawa perjalanan pendidikannya selama empat tahun di UPM penuh dengan cabaran. Walaupun menghadapi kesukaran dalam memahami beberapa konsep yang diajarkan oleh pensyarah, beliau tidak membiarkan perkara itu menghalang cita-citanya.
Sebaliknya, graduan yang berasal dari Melaka ini memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk bertemu pensyarah dan bertanyakan soalan bagi memahami dengan lebih mendalam.
“Cabaran saya adalah tidak dapat memahami beberapa konsep yang telah diberikan oleh pensyarah. Saya memerlukan lebih masa untuk membuat ulang kaji dan bertanya kepada pensyarah di luar waktu kuliah,” katanya.
Selain itu, dia juga tidak malu untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan, dengan menjelaskan bahawa mereka sering belajar bersama-sama sebelum menghadapi ujian.
Kejayaan Chew juga tidak lepas daripada sokongan padu daripada ahli keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah yang sentiasa memberikan bantuan tanpa henti untuk memastikan beliau memahami setiap kuliah yang diberikan.
“Saya bersyukur kepada Tuhan, ahli keluarga, pensyarah dan UPM termasuk rakan-rakan saya kerana mereka mempunyai peranan masing-masing dalam menyokong dan membantu saya,” tambah Chew dengan penuh kesyukuran.
Chew, yang disahkan menghidap autisme sejak berusia lebih kurang dua tahun, mendapat galakan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi Kayu daripada salah seorang kaunselornya.
“Teruskan berusaha sebaik mungkin, jangan berputus asa dan jangan biarkan kata-kata negatif pengaruh hidup anda,” katanya dengan semangat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!