Baru-baru ini, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Si-young (43) sekali lagi mencuri perhatian apabila mempamerkan ketahanan fizikal dan semangat mencabar diri walaupun dirinya sedang sarat hamil.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial miliknya pada 1 Ogos lalu, Lee Si-young memberitahu bahawa beliau akhirnya berjaya menamatkan jelajah ekspedisi pulau panjang sejauh 200 kilometer.
“Pertama kali tunggang (motor) jarak jauh, memang cuak. Cuaca hujan pula tu sampai seluar jeans basah kuyup”
“Sempat fikit untuk putus asa tapi saya tetap teruskan sampai habis. Nasib baik cuaca semakin baik, dapat ride di laluan bukit, sungai, tepi laut- jelajah 200 kilometer selesai!,” tulis pelakon wanita itu.
Ads
Kredit foto: Instagram @leesiyoung38Kredit foto: Instagram @leesiyoung38
Dalam pada itu, Si-young turut berterima kasih kepada geng motosikal Harley Davidson yang sudi memberi pengalaman menakjubkan kepada dirinya sepanjang konvoi tersebut.
“Terima kasih kepada semua geng Harley yang join. Saya tidak sangka akan buat tour jarak jauh pada usia kandungan tujuh bulan, tetapi saya benar-benar seronok melakukan prenatal education dengan menunggang Harley” ujarnya bangga.
Perkongsian tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan kenalan yang membanjiri ruangan komen. Ada yang memuji keberaniannya, namun pada masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan keselamatannya,
Ads
Kredit foto: Instagram @leesiyoung38
Terdahulu, Lee Si-young sebelum ini pernah mengumumkan perceraian dengan bekas suaminya, seorang ahli perniagaan yang sembilan tahun lebih tua daripadanya, pada Mac lalu.
Difahamkan, beliau kini membesarkan anak lelakinya seorang diri. Namun baru-baru ini, pelakon tersebut mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya hamil anak kedua hasil daripada embrio beku bersama bekas suami, yang mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.
Tindakan beraninya menunggang Harley sewaktu hamil turut menimbulkan rasa kagum terhadap keperibadiannya yang kuat dan bersemangat mencabar diri. Walau bagaimanapun, peminat tetap berharap Lee Si-young akan menjaga kesihatan diri dan kandungan dengan sebaiknya sepanjang tempoh kehamilan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial popular, Cik B mencuri perhatian warganet apabila dilihat mencuba untuk menutup aurat dengan mengenakan hijab.
Anak perempuan kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Vida itu memuat naik video di platform TikTok yang memaparkan dirinya sedang dipakaikan tudung berona hitam oleh seorang penata hijab.
“Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab. Lambat laun kena pakai juga kan,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet memuji dan memberi sokongan buat Cik B agar suatu hari nanti dia akan menutup aurat dengan sempurna.
“Ya Allah Cik B ke ini… sumpah ayunya… semoga dibukakan pintu hati untuk bertudung,” komen seorang pengguna.
“Cantik adik bertudung… semoga dipermudahkan urusan mu…” komen lagi seorang pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah bertanding selama 8 minggu di pentas Big Stage 2019, pemenang tempat kedua semalam iaitu Neeta Manisha tak terkilan apabila gagal merealisasikan impian peminatnya untuk muncul sebagai juara.
Dalam temu ramah yang berlangsung di rancangan temubual Mingguan Wanita di saluran Astro Prima tengah hari tadi, Neeta disoal mengenai perasaan sebaik saja berdiri berdua dengan Han Byul semasa menerima keputusan.
“Honestly, saya tak rasa nervous pun masa itu. Sebab itu apabila kamera berpaling kepada kami berdua, korang boleh lihat saya senyum je hinggalah saat Han Byul diumumkan sebagai pemenang.
“Saya sudah tak kisah dengan kedudukan pertama atau kedua.
“Paling penting pada waktu itu, saya berpuas hati dengan kedua-dua persembahan semalam dan sudah lakukan yang terbaik sepanjang 8 minggu di Big Stage.
“Apa saja keputusan selepas itu, saya terima,” kata Neeta yang menerima sokongan padu dari peminat di media sosial sepanjang malam tadi.
Peserta yang dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk kali ketiga itu juga berharap agar penyokongnya boleh berbangga dengan pencapaiannya dari awal hingga ke episod finale.
Dalam temu ramah bersama rakan di Media Hiburan, Neeta berkata,”Ada yang menganggap saya sebagai ‘wakil Malaysia’ untuk kejuaraan. Walaupun tak menang, saya harap tiada yang kecewa dan semua gembira dengan persembahan semua. Lebih-lebih lagi bila saya adalah peserta pertama yang lakukan persembahan.
“Saya memang fobia sedikit bila berdepan situasi ini. Peserta pertama perlu set standard yang tinggi.”
Mengenai perancangan Neeta selepas ini pula, dia sedang bersiap sedia untuk menyiapkan klip video untuk single barunya, Ruang Mimpi. Tak sabar!
Dominasi penyanyi K-pop di carta lagu hit antarabangsa diperkukuhkan dengan kejayaan single solo terbaru nyanyian ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Menurut carta lagu Teratas Global Spotify, Jungkook yang baru sahaja menemui peminat menerusi lagu berjudul Seven dengan kolaborasi bersama Latto pada 14 Julai 2023 telah meraih sebanyak 15,995,378 juta penstriman di platform tersebut dalam masa sehari!
Jungkook sekaligus menjadi artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang meraih jumlah penstriman sebanyak itu dalam tempoh 24 jam. Dia juga secara tidak langsung mengenepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh Taylor Swift menerusi lagu Lavender Haze, tidak lama dahulu.
Spotify juga mengesahkan Jungkook sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama lagu diluncurkan dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Sebelum ini, rakan kumpulan BTS-nya, Jimin sekadar menduduki tempat kedua menerusi lagu solonya, Like Crazy sebelum ia naik ke tempat pertama sehari kemudian.
Hebat juga penangan lagu Seven ya!
Selain Seven, dua lagi lagu solo Jungkook yang telah diluncurkan tidak lama dahulu masih berada dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Still With You berada di kedudukan ke-54 manakala My You pula di tangga ke-113.
Dalam pada itu, di platform YouTube pula, video muzik bagi Seven telah meraih jumlah tonton tertinggi dalam masa 24 jam. Kegilaan para peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY membantu kejayaan luar biasa tersebut; disamping tarikan jelitawan, Han So Hee yang menjadi model dalam video muzik tersebut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.