Kemunculan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 di acara Good Vibes Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat tegar mereka memandangkan ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut bertandang ke Malaysia.
Begitupun, The 1975 yang menaiki pentas sebagai penghibur terakhir pada hari pertama semalam memilih untuk menjadikan slot konsert satu jam tersebut sebagai peluang untuk menyelitkan agenda peribadi mereka serta menunjukkan bermacam-macam aksi kurang sopan.
Biarpun peminat kenal benar dengan perangai vokalisnya, Matty Healy yang terbiasa untuk beraksi biadap sewaktu menjayakan persembahan, apa yang berlaku malam tadi tetap membuatkan penonton – waima peminat tegar mereka sekalipun – tergamam.
Matty tampil ke pentas dengan lagu kedua sambil menghisap sebatang rokok sebelum kembali dengan memegang sebotol arak sambil melakukan aksi lain seperti meludah. Paling tidak masuk akal adalah apabila Matty bertindak untuk mencium pemain bass kumpulan tersebut, Ross McDonalds usai berucap panjang mengenai pandangannya terhadap undang-undang di Malaysia yang menolak hubungan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Ads
“Saya melakukan kesilapan semasa kami menempah persembahan, saya tidak betul-betul mengkajinya. Saya tidak nampak sebab poin mengapa perlu mengajak kami (The 1975) ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami boleh melakukan hubungan seks (merujuk kepada kesalahan golongan LGBT sekiranya melakukan hubungan intim).
“Saya tidak mempunyai mood lagi. Malangnya, anda tidak akan dapat mendengar set penuh lagu-lagu kami kerana saya sedang marah. Jadi saya sudahpun batalkan persembahan kami (sehari sebelum tarikh persembahan di Sepang) dan kami berbincang. Kami berkata, “Kita tidak boleh mengecewakan peminat muda di sini kerana mereka bukanlah kerajaan (yang mengenakan akta tersebut).
“Saya pernah ke sebuah negara (merujuk kepada negara UAE) yang tidak masuk akal. Jika anda ingin mengajak saya ke sini untuk melakukan persembahan, kamu boleh lupakannya.”
“Saya akan ambil wang anda, anda boleh sekat saya tetapi saya pernah lakukan ini dan ia tidak merasa seronok. Dan saya amat marah,” kata Matt.
Ads
The 1975 kemudian meneruskan slot konsert mereka dengan beberapa lagi buah lagu sebelum pihak penganjur memadamkan visual latar belakang pentas serta lampu.
“Persembahan kami telah disekat di Kuala Lumpur. (We have just been banned in Kuala Lumpur),” ujar Matt sebelum kumpulan itu beredar turun dari pentas.
Tinjauan REMAJA ke akaun Twitter milik Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil sekitar jam 2.57 pagi mendapati ciapan baharu daripada beliau bagi menjelaskan tindakan seterusnya oleh kerajaan berhubung insiden The 1975 ini.
“Ini satu tindakan yang sangat biadap. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasan untuk dapatkan laporan penuh,” ciapnya.
Terdahulu, hari pertama acara Good Vibes Festival berlangsung lancar lagi meriah dengan kehadiran beberapa nama besar industri muzik antarabangsa di pentas utama termasuklah Anderson .Paak, Sabrina Carpenter dan Daniel Caesar.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita melihat wajah tampan selebriti lelaki Korea yang rata-ratanya mempunyai susuk tubuh yang menawan dengan bentuk badan ideal.
Namun begitu, pernah tak korang terbayang bagaimanakah agaknya sekiranya mereka ini berbadan gempal?
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai AbiBaharudin telah pun membuat editing dengan menghasilkan gambar selebriti-selebriti lelaki Korea menjadi obes. Lain sungguh jadinya. Hiks!
Jom kita lihat antara selebriti berikut yang telah diedit menjadi ‘obes’.
1. Son Oh Gong
2. Lee Min Ho
3. Gong Yoo
4. Kim Hyun Joong
5. Lee Sang Yeob
6. Park Seo Joon
7. Lee Je Hoon
8. Hyun Bin
9. So Ji Sub
Ha, macam mana? Masih boleh terima tak kalau oppa korang obes? Hiks!
Selain Malaysia, Indonesia juga antara negara Asia yang teruk dilanda pandemik Covid-19. Banyak individu yang terkesan dek penutupan perniagaan dan juga kehilangan orang tersayang. Sesiapa sahaja tidak lepas dari kesan penularan virus ini.
Seperti yang terjadi kepada Rossa, dia berkongsi yang dirinya kerugian satu miliar rupiah ataupun bersamaan dengan RM287,961.37 dalam satu sesi temubual podcast bersama pengacara dan pereka fesyen, Ivan Gunawan.
.
Kerugian yang dialami itu bukanlah kerugian kerana dia perlu menggunakan wang tersebut untuk tujuan perubatan sebaliknya rugi kerana perlu memulangkan wang deposit mereka yang sudah membayar untuk persembahannya.
Kongsi ibu satu anak ini, “Waktu itu saya mengalami demam kepialu, selepas melakukan pemeriksaan terus disahkan negative Covid -19. Kerana memang wajib bagi juri Indonesia Idol untuk membuat test PCR setiap minggu sebelum live di televisyen setiap Isnin. Sehingga hujung minggu keadaan masih lagi saya dan pembantu saya lima hari sebelum itu telah disahkan positif.
“Khuatir dengan diri saya duduk di rumah sahaja biarpu disahkan nehgatif, selepas lima hari berehat saya masih lagi tidak sembuh. Kemudian, saya disahkan positif kerana saya perlu melakukan ujian Covid-19 sebelum terbang ke Surabaya bagi mengadakan satu persembahan, dari situlah baru saya tahu yang saya terjangkiti virus tersebut.”
Penyanyi terkenal, Jennie Blackpink baru-baru ini dikhabarkan telah mendermakan sejumlah 100 Juta Won sebagai bantuan pembangunan sekolah di Korea Selatan.
Perkongsian itu diumum oleh sebuah Organisasi Tidak Berasaskan Keuntungan (NPO) Habitat Korea pada 16 Mei, semalam dan Jennie juga dilaporkan mendonasi atas nama peminat kesayangannya, BLINK.
Sumbangan ini akan digunakan bagi projek pembangunan Sekolah Alternatif Antarabangsa Rodem Namu yang terletak di Anseong, Gyeonggi, Korea Selatan.
Kredit: Habitat Korea
Sekolah ini akan berfungsi sebagai penempatan para pelajar antarabangsa yang menetap di Korea Selatan. Dan pembinaan bangunan ini di sekolah amat diperlukan kerana persekitaran perumahan tidak sesuai untuk didiami oleh pelajar secara berkumpulan.
Selain itu, ia juga akan membantu pelajar untuk kembali ke Korea Selatan dan menyesuaikan diri dengan budaya dan komuniti di Korea.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jennie kerana telah bergabung dengan kami dalam membangun sekolah bagi membantu anak-anak mewujudkan impian mereka”
“Atas nama cinta kelab peminat BLINK, kami akan berusaha dan bekerja keras untuk memulakan projek ini dengan cepat” – Habitat Korea
Sekadar info, pada 26 April lalu Jennie membuat penampilan khas melalui single terbaru Zico SPOT!. Selain itu, kehadirannya di Met Gala 2024 juga menarik perhatian orang ramai kerana aura Aquatic Looknya itu sangat memukau!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!