Tiada angin tiada ribut, pelakon Singapura berusia 24 tahun, Hannah Delisha mengambil keputusan untuk menyarungkan hijab pada minggu ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, penghijrahan Hannah kepada imej baharu untuk disokong ramai yang turut mendoakan agar dirinya istiqamah. Menurut pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer itu, niat itu sudah lama tersimpan sejak Ramadan lalu.
Namun dia tangguhkan sebentar memandangkan masih mempunyai komitmen berlakon dalam drama Cinta Sekali Lagi. Sebaik saja tamat penggambaran, Hannah tidak teragak-agak untuk merealisasikan hajatnya itu.
“Bismillah,” catatnya dalam posting tersebut. Serius, Hannah memang bertambah manis bila berhijab. REMAJA doakan agar segalanya dipermudahkan untuknya.
Jom lihat 6 lagi selebriti muda negara yang mengambil keputusan untuk berhijab pada tahun 2020.
Ernie Zakri
Sejak 24 Mac lalu, penyanyi bervokal mantap Ernie Zakri telah mengenakan hijab dan mengumumkannya dia laman Instagram. Kata Ernie dalam satu temubual bersama Majalah Hijabista, dia sebenarnya sudah lama ingin berhijab.
Namun, disebabkan oleh komitmen kerjaya dia menangguhkan dahulu niatnya itu. Hanya apabila dunia dilanda wabak Covid-19 dan penularan semakin kritikal di Malaysia pada Mac lalu, dia mengambil keputusan untuk berhijrah.
Ads
Dahlia Shazwan
Siapa tak kenal dengan ‘Kakak Trivago’ ini? Dahlia yang kini bertugas sebagai pengacara program Hlive telahpun selamat menunaikan umrah pada Februari tahun ini. Setelah pulang ke tanah air, Dahlia terus mengenakan hijab sebagai imej baharunya.
Perubahan tersebut menerima sokongan ramai pihak yang menyatakan Dahlia umpama fesyenista hijab baharu Malaysia walaupun dia mengakui sedang cuba bereksprimentasi dengan stail terbarunya itu.
Ads
Fathia Latiff
Kontroversi tak kontroversi, pelakon Fathia Latiff mengambil keputusan untuk kembali berhijab. Fathia sebenarnya pernah berhijab sepenuhnya pada tahun 2016. Akan tetapi kerana “enggan hipokrit dengan diri sendiri”, Fathia kembali ke imej asal kira-kira pada bulan April 2019.
Kini apabila kembali berhijab, dia tidak teragak-agak untuk memadamkan foto lama miliknya yang menunjukkan aurat.
Kilafairy
Haa, siapa masih ingat dengan perubahan imej pelakon dan penyanyi, Kilafairy?
Ads
Video Kilafairy memberitahu keputusan untuk berhijab di hadapan bapanya di YouTube kini telahpun mencecah 610,000 tontonan. Kalau korang perasan, Kilafairy yang sinonim dengan imej seksi sudah mengikis imej itu sejak awal tahun ini. Demi mengambil keberkatan bulan Syawal, dia terus berhijrah.
Manis kan, semanis namanya! Hehe.. Cik Manggis mula memuat naik foto berhijab di Instagram pada akhir bulan Jun lalu. Ahli kumpulan De Fam itu menerima pelbagai pujian selepas pengumuman tersebut. Namun dia tetap berahsia mengenai sebab utama disebalik perubahan itu kerana menganggap ia sebagai momen yang istimewa untuk dirinya simpan.
Mawar Rashid
Sempena sambutan Awal Muharram iaitu tahun baru dalam kalendar Islam, penerima anugerah Dewi Favourite di pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Menurut Mawar, dia meminta agar peminat mendoakannya agar kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut. Mawar kini juga sedang berbadan dua setelah memiliki cahaya mata sulung, Rafael bersama suaminya, RAF Yaacob.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penangan drama dan lagu Korea memang bukan calang-calang. Buktinya, ramai yang dah simpan angan-angan untuk bercuti ke negara ini dek kerana demam Kpop yang melanda peminat di Malaysia.
Tapi sebelum melancong ke Korea ni, ada beberapa perkara yang Remaja nak share untuk anda yang mungkin baru pertama kali nak menjejakkan kaki ke sana.
1. Pengangkutan
Pengangkutan utama di sana adalah tren (subway). Kalau nak mudah, download apps Subway di Google Playstore. Tak payah nak susah-suasah fahamkan routesubway yang berselirat tu. Pakai je apps ni sepanjang anda berada di Korea, insyaAllah tak sesat. Apps ni juga boleh digunakan waktu ‘Offline’.
2. Penginapan
Kos tempat tinggal berbeza ikut lokasi. Kalau stay di Seoul, lebih-lebih lagi di Myeongdong, dah tentu-tentu lebih mahal berbanding di Busan. Kalau tempat tu dekat dengan subway station, bus stop dan tempat shopping, lagilah mahal.
Tapi, kalau stay di Myeongsong senang sikit nak beli barang dan makanan. Cuma kos satu malam, 30,000 won seorang (RM 113). So, anda boleh pilih sama ada nak jimat atau kemudahan.
3. Port makan
Ok ni yang ramai paling excited nak ke Korea sebab nak cari makanan yang selalu mereka tengok dalam drama-drama Korea. Di sana, kebanyakan restoran tidak halal jadi jangan suka-suka hati main masuk je.
Kalau nak tanya harga barang, try tanya dalam bahasa Korea walaupun tak berapa nak pandai sangat cakap Korea. First impression tu penting. Ahjussi/Ahjumma ni suka kalau kita pandai cakap bahasa mereka. Barulah senang sikit nak dapat diskaun.
5. Lost in Korea
Kalau sesat di Korea, jangan segan-segan nak tanya mereka di sana. Sekiranya masih lagi tidak pasti dengan tempat yang anda nak kunjungi tu, tanya saja di mana subway station yang terdekat. “Metro (subway), odiseyo?”. Bila dah jumpa subway station tu kira selamatlah la tu.
6. Sebelum pergi Korea tu, ada lagi satu benda yang perlu anda tahu!
Sunsilk memberi peluang kepada wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Korea dengan segala perbelanjaan ditanggung bersama seorang rakan. Gila best kan?
Kalau nak rebut peluang ni, anda hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:
a. Ambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replica botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam.
b. Muat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.
c. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam anda bagi tahun 2018 bersama dengan hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle.
Peraduan berakhir pada 27 Disember ini.
Jadi, apa tunggu lagi. Dah penat berangan nak ke Korea kan? Join je contest ni mana tahu rezeki anda untuk melancong ke sana dengan percuma.
Filem pecah panggung Spider-Man: No Way Home menjadi filem pertama di dunia dengan jualan tiket melebihi US$1 bilion sepanjang pandemik COVID-19 seperti yang telah dilaporkan oleh agensi berita Xinhua berdasarkan tinjauan Comscore pada Ahad lepas.
Filem superhero Sony Pictures itu menduduki tangga teratas box office Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut. Anggaran kutipan bagi tempoh tiga hari tayangan mencapai US$81.5 juta dan Amerika Utara menyumbang US$467.33 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah US$1.05 bilion.
Ia sekali gus menjadikan Spider-Man: No Way Home filem terlaris pada tahun 2021, mengatasi ‘The Battle at Lake Changjin’ yang merekodkan kutipan lebih US$902 juta setakat ini.
Dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Benedict Cumberbatch, Jon Favreau dan Marisa Tomei, Spider-Man kali ini turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange yang dijangkakan akan bergandingan menentang Electro dan Doctor Octopus serta penjahat francais Spider-Man terdahulu.
Foto: Sony Pictures
Jika korang masih belum menonton filem ini, Spider-Man: No Way Home masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh negara.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon popular Korea Selatan, Park Bo Gum, baru-baru ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila beberapa gambar pra-debut yang dikaitkan dengan zaman percintaan beliau kembali tular dalam komuniti dalam talian di Korea. Perkara ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga internet, khususnya peminat setia aktor tersebut yang jarang terpalit dengan kontroversi peribadi.
Difahamkan, gambar-gambar tersebut dipercayai dimuat naik sendiri oleh bekas teman wanitanya menerusi sebuah blog peribadi. Perkongsian itu didakwa sebagai reaksi terhadap gosip yang mengaitkan Park Bo Gum (33) dengan spekulasi dan tuduhan mengenai orientasi seksualnya, yang sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi gambar yang tular, ia memaparkan momen-momen sederhana namun manis, menggambarkan hubungan tipikal pasangan remaja. Antaranya termasuk meraikan Hari Pepero dengan snek buatan tangan serta janji temu santai sambil duduk bersama di sebuah restoran, yang memperlihatkan sisi kehidupan normal Bo Gum sebagai seorang remaja sebelum bergelar selebriti.
Gambar dating Park Bo Gum yang tular di media sosialGambar dating Park Bo Gum yang tular di media sosial
Menurut beberapa komentar warga internet, hubungan tersebut dikatakan bermula sejak zaman sekolah menengah rendah dan berterusan sehingga ke sekolah menengah atas. Ketika itu, beliau masih belum membuat debut dalam industri hiburan dan menjalani kehidupan seperti remaja lain tanpa perhatian umum.
Menariknya, pendedahan ini tidak menerima reaksi negatif seperti yang dijangkakan. Sebaliknya, majoriti daripada komuniti talian tersebut memberikan respons positif dan matang, sehingga ramai yang melihat perkongsian tersebut sebagai satu gambaran jujur tentang fasa awal kehidupan cinta seorang remaja.
Pada masa yang sama, ramai juga berpendapat bahawa bekas kekasih Bo Gum tidak berniat mencetuskan kontroversi, sebaliknya sekadar berkongsi kenangan lama yang bersifat peribadi. Perkongsian itu turut dianggap memaparkan ‘cinta monyet’ yang polos dan tidak dibuat-buat.
Selain itu, gambar-gambar yang tersebar ini turut menjadi bukti bahawa hubungan tersebut berlaku jauh sebelum Bo Gum dikenali sebagai figura awam. Ia sekaligus menepis tanggapan negatif dan mengingatkan orang ramai bahawa selebriti juga pernah melalui fasa kehidupan biasa seperti orang lain.
Sehingga kini, Park Bo Gum sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Namun, reaksi positif daripada warga internet dan peminat jelas menunjukkan sokongan berterusan terhadap aktor berkenaan, yang terus dihormati bukan sahaja kerana bakat lakonannya, tetapi juga imej peribadi yang bersih dan sederhana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!