Penyanyi dan komposer berbakat, Aisha Retno kini melakar satu lagi pencapaian besar dalam karier seninya apabila dipilih sebagai salah seorang pemegang watak utama bagi Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.
Aisha bakal menggalas karakter ikonik Gusti Putri Retno Dumilah menerusi pementasan berskala besar yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.
Pemilihan Dilakukan Dengan Penuh Teliti
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi PGLM, pihak produksi memaklumkan pemilihan Aisha dibuat secara teliti demi memastikan legasi karya tersebut terus relevan untuk generasi baharu.
“Untuk pementasan baharu PGLM ini, kami bukan sahaja mahu menghargai legasi Puteri Gunung Ledang (PGL), tetapi juga masa depannya.
“Buat pertama kali, dua puteri dan dua Bayan (pembantu) akan menghidupkan dunia ini. Ini suatu keputusan yang dibuat dengan penuh kasih sayang, teliti dan dengan harapan untuk memastikan kelangsungan watak ikonik ini buat generasi akan datang,” menurut kenyataan tersebut.
Produksi turut menyifatkan Aisha sebagai seorang artis yang memiliki suara penuh emosi dan aura lembut namun kuat, sekali gus sesuai untuk membawa karakter legenda berkenaan.
Dalam masa sama, pihak produksi memaklumkan seorang lagi pelakon yang bakal memegang watak Gusti Putri Retno Dumilah akan diumumkan kemudian.
Ads
Aisha Retno Anggap Ia Impian Jadi Kenyataan
Menerusi platform Threads, Aisha turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menghidupkan watak ikonik tersebut.
“Alhamdulillah! Akan ku galas tanggungjawab ini sebagai PGL Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah di PGL The Musical.
“Learning, learning and learning. This is one of my dreams that’s coming true, mashaAllah,” tulisnya.
Sebelum ini, Aisha pernah secara terbuka menyatakan hasrat untuk terlibat dalam Puteri Gunung Ledang The Musical dan menganggap peluang tersebut sebagai impian yang dipendam sejak kecil.
Ads
Barisan Pelakon Turut CurI Tumpuan
Sebelum pengumuman Aisha, produksi terlebih dahulu memperkenalkan beberapa pelakon lain yang bakal menjayakan pementasan tersebut.
Antaranya termasuk Mimi Fly dan Nadia Aqilah yang dipilih membawa watak Bayan iaitu pembantu setia puteri.
Sementara itu, Luqman Hafidz diamanahkan memegang watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim pula membawa karakter Gusti Adipati.
Ads
Kelainan turut diperkenalkan apabila produksi memilih dua pelakon untuk watak Puteri Gunung Ledang serta dua pemegang watak Bayan bagi pementasan kali ini.
Pemilihan Aisha dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam memperkenalkan generasi baharu ke pentas teater muzikal berskala besar, selain menyuntik nafas segar kepada karya ikonik tersebut.
Watak Puteri Gunung Ledang sebelum ini cukup sinonim dengan Tiara Jacquelina yang mencipta fenomena sejak pementasan pertama pada tahun 2006.
Malah, karya tersebut terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara naskhah teater paling berpengaruh dalam industri seni persembahan tempatan.
Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan adaptasi daripada filem epik terbitan tahun 2004 sebelum diangkat ke pentas teater dan menerima sambutan luar biasa daripada penonton.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila penyanyi dan komposer, Aina Abdulmempertaruhkan lagu Shadow pada tahun 2018, ramai pendengar yang pantas jatuh hati dengan single bahasa Inggeris ciptaannya itu.
Diklasifikasikan sebagai sebuah lagu yang mempunyai kredibiliti untuk dibawa ke peringkat antarabangsa, Aina bagaimanapun menghabiskan tempoh tiga tahun berikutnya menghasilkan lagu bahasa Melayu (melainkan single Kelip2 yang mempertaruhkan korus berbahasa Inggeris) demi menambat hati segenap pendengar tempatan .
Justeru, kemunculan single terbaru bahasa Inggerisnya berjudul Fool baru-baru ini telah menggembirakan para peminat yang menggelar diri mereka sebagai Ainations.
Baru-baru ini, Aina telah dikejutkan dengan perkhabaran kononnya Fool telah diputarkan di corong radio di Jepun!
Perkara tersebut langsung mengejutkan penyanyi berusia 28 tahun itu memandangkan dia tidak tahu-menahu mengenainya. Peminatnya sendiri berkongsi berita gembira tersebut menerusi aplikasi Twitter.
Komen Aina, biarpun ia mungkin sekadar diputar selama lebih tiga minit sahaja, itu sudah memadai memandangkan peluang tersebut tidak pernah mencapai jangkaannya.
Sedikit sebanyak, ia menyemarakkan semangat AIna untuk terus mencipta lagu berbahasa Inggeris pada masa akan datang. Begitupun, segalanya perlu dirancang secara teliti. Buat Aina, selagi boleh dia ingin menerokai pelbagai genre lagu lain seperti lagu kerohanian sempena bulan Ramadan dan lagu khas Aidilfitri.
Dalam pada itu, Aina kini sedang sibuk mempersiapkan diri bagi membawakan dua lagu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 pada 6 Mac ini.
Aina bakal bersaing menerusi dua buah lagu iaitu Sepi dan nyanyian duet bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta. All the best sis!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menguasai bahasa kedua/ketiga merupakan satu kelebihan yang ada pada seseorang individu. Jika masyarakat Melayu, mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi untuk masyarakat Cina, India atau lain-lain, selain bahasa ibunda, kelebihan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga adalah satu bonus.
Tak kiralah bahasa kedua, ketiga atau keempat, kita semua tahu bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan satu dunia. Jadi, tak salah kiranya jika nak menguasai dengan baik bahasa ini.
Kami faham bukan semua orang dapat bertutur dengan fasih. Jadi untuk korang yang cuba belajar dan berbahasa Inggeris dengan baik, apa kata ikut saja tip yang pernah dikongsi oleh Dr. Amalina Bakri yang satu ketika dulu pernah menjadi pelajar cemerlang di negara kita.
1. Sering bertutur dalam bahasa Inggeris dengan yakin
Tak kiralah sama ada grammar korang bagus atau tidak atau ada cakap-cakap ‘alah, berlagak nak cakap English’, abaikan saja mereka. Dr. Amalina di sekolah dulu pun pernah melalui situasi macam ni. Lagi-lagi bila rakan sekolah yang berbangsa Cina dan India, kami akan bercakap dalam bahasa Inggeris, ramai yang tidak senang hati.
2. Gunakan media sosial sebagai platform untuk berkomunikasi
Kalau dulu ada MSN messenger, Yahoo Messenger dan MIRC. Dr. Amalina menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar negara. Seawal usia 12 tahun, dia sudah menyertai beberapa pembelajaran berkumpulan secara online. Cara ni memang terbaik dan boleh dipraktikkan hingga hari ini.
3. Tonton program TV, filem & dengar muzik bahasa Inggeris
4. Practice, practice, practice!
Bergaul dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar kerana cara ini dapat membantu korang untuk meningkatkan keyakinan. Tapi kalau ditegur kesalahan korang tu, jangan annoyed pula okay? Hiks!
Sebenarnya nak bertutur dalam bahasa Inggeris ni bukanlah susah sangat. Kami percaya semua orang pun boleh dan faham, tetapi masalahnya mungkin tiada keyakinan diri dan takut sekiranya tersalah cakap.
Don’t worry guys. Practice makes perfect kan? So, mulai hari ini apa kata korang try untuk mula bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan.
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu kita dengar dalam dunia ini katanya ada tujuh orang yang mukanya seiras, tetapi tidak pula dapat dipastikan sama ada ia benar atau tidak. Namun, hal ini juga tidak dinafikan kerana memang ada individu yang wajahnya seiras dengan orang lain.
Betul tak?
Golongan selebriti juga tidak kecuali, kerana ada diantara selebriti yang seiras dengan selebriti lain. Tak percaya? Jom kita lihat antara selebriti Korea yang wajahnya hampir sama.
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.