Remaja sebayanya mungkin sibuk berhias mencantikkan diri dan sibuk dengan gajet terkini. Tapi berbeza dengan Nor Farisya Azhar, di usia 18 tahun gadis ini sibuk di kandang lembu milik bapanya.
Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga. Boleh dikatakan rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan.
“Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.
“Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.
Ads
Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.
Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.
“Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,” katanya.
Ads
Berkongsi pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.
“Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).
Ads
“Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka sikap suka show-off kemewahan dan gaya hidup menjadi subjek politik yang sensitif di negara China.
Sikap suka menayang kekayaan dengan mempamerkan barangan berjenama, kereta mewah, pakaian berjenama dan rumah besar untuk membuktikan diri mereka sememangnya kaya dan berharta, mungkin tidak lagi akan berlaku di negara China.
Presiden China, Xi Jinping. Xinhua/Rao Aimin via Getty Images
Dalam pengumuman tersebut, bahagian yang menguruskan ruang siber China turut melarang agar golongan ini tidak menyebarkan khabar angin, menerbitkan maklumat palsu atau peribadi serta memulakan provokasi yang boleh memulakan serangan lisan antara satu sama lain.
“Kedua-dua akaun selebriti dan kelab peminat mesti mengikut ketenteraman awam dan adat yang baik, mematuhi orientasi pendapat umum dan orientasi nilai yang betul, mempromosikan nilai teras sosialis, dan mengekalkan gaya hidup yang sihat,” kata agensi ruang siber China dalam satu kenyataan.
Selain dari itu, kerajaan China juga melarang broker menggunakan khidmat pengaruh influencer sebagai ikon untuk menarik lebih ramai pelanggan melainkan jika memiliki sijil yang sah.
Ini bukan pertama kali China mengharamkan sesuatu gaya hidup masyarakat, sebelum ini Presiden Xi Jinping menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Malah, China juga telah mengharamkan beberapa rancangan realiti pencarian bakat dan memberi arahan kepada penyiar televisyen untuk tidak mempromosikan lelaki ‘cantik’ dalam usaha terbaru untuk membentuk semula budaya industri hiburan di negara itu yang selama ini didakwa telah ‘menyesatkan’ anak muda.
Lepas ni kerajaan China nak haramkan apa pula ye? Kita tunggu dan lihat jela.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukanlah nak cakap peminat kumpulan K-Pop BTS ini taksub tidak boleh menerima kritikan terhadap idola mereka itu.
Tetapi sokongan mereka yang tak berbelah bahagi jelas terserlah setiap kali ada pihak yang mempertikaikan kesetiaan mereka terhadap BTS.
Hari ini, tiba giliran pelakon, penyanyi dan pengacara popular iaitu Alif Satar yang diserang oleh peminat BTS, ARMY.
Ceritanya begini. Alif yang mengacarakan rancangan Big Stage 2019 di saluran Astro RIA telah membuat kesilapan minor semasa persembahan salah seorang pesertanya, Han Byul.
Ketika memperkenalkan penyanyi Korea tersebut yang membawakan lagu Boy With Luv nyanyian asal BTS, Alif menyebut BTS dianggotai lapan orang walaupun BTS sebenarnya mempunyai 7 orang ahli.
ARMY tidak menunggu masa yang lama untuk memperbetulkan kesilapan itu di ruangan komen dan di Twitter. Namun sebagai selebriti profesional, Alif tidak mudah melatah malah berseloroh di posting-nya untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut.
Well, nampaknya ada pihak yang masih belum berpuas hati!
Kata Alif kepada rakan media di sebuah acara semalam, “Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.
“Janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif.
“Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tapi tidaklah sampai taksub melampau.
“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taksub!” ulas Alif lagi.
Ada benarnya kata-kata Alif itu.
Dia sendiri pun menerima kesilapan info semasa konsert live Big Stage tersebut. Bukannya dia salah sebut nama grup K-Pop lain pun.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 107 tengah hari semalam.
Menurut Sinar Harian, berdasarkan peta taburan IPU sebanyak 66 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya tiga stesen mencatatkan bacaan baik iaitu di Sandakan dan Tawau, Sabah dengan bacaan IPU 27 dan 38.
Gambar hiasan
Manakala, Kota Tinggi Johor juga mencatatkan bacaan IPU rendah iaitu 43.
Untuk pengetahuan korang, bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Gambar hiasan
Pagi ini juga bandar Shah Alam masih dilihat masih berjerebu. Kesan jerebu ini boleh menyebabkan korang sukar untuk bernafas, gatal-gatal tekak, gatal mata dan bahagian kulit, malah boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian saluran pernafasan.
Oleh itu, korang dinasihatkan untuk melakukan beberapa amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan akibat jerebu.
Antaranya adalah seperti:-
• Kurangkan aktiviti luar
• Jangan merokok
• Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Gambar hiasan
• Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
• Dapatkan nasihat perubatan
• Guna topeng muka (mask) apabila tahap kualiti udara tidak sihat
• Pastikan persekitaran dalam rumah sentiasa bersih
Secara kesimpulannya, elakkan berada di luar rumah/bangunan sekiranya korang tidak mempunyai apa-apa urusan penting okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!