Serius! Ini bukan main-main atau sindiran. ‘Golongan’ ini tidak perlu lagi melarikan diri dari JAKIM untuk ke Thailand atau mencari perlindungan untuk menukar jantina.
Ini kerana JAKIM kini telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan Hijrah Diri– Homoseksualiti melalui satu hantaran yang dibuat di laman Facebooknya bagi membantu golongan homoseksual , Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender (LGBT) seperti anda kembali ke pangkuan jalan.
Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ramai golongan ‘transgender’ atau kekeliruan jantina ini semakin berani mendedahkan diri dalam kalangan masyarakat. Malah, bilangan mereka juga kian bertambah di negara kita dan dunia.
Malah, ramai golongan transgender menjadi lebih lantang mengenai isu dan penindasan yang diterima oleh masyarakat mereka. Tidak lagi berselindung mereka meluahkan kekecewaan yang berlaku.
Untuk info, aplikasi ini merupakan satu inisiatif dan usaha murni JAKIM yang dibangunkan bersama Yayasan Ihtimam Malaysia sebagai usaha untuk membantu golongan ‘istimewa’ ini yang telah ‘hanyut’ kembali kepada fitrah.
Ads
Antara lain aplikasi ini mengandungi e-book yang menceritakan pengalaman sebenar seorang gay yang telah bertaubat dan meninggalkan perlakuan homoseksual.
Foto Via Pexels
Kisah beliau yang nekad untuk berhijrah pada satu bulan Ramadan wajar dijadikan iktibar buat golongan ‘kunyit’ sepertinya di luar sana.
Turut disertakan dalam aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa serta zikir terpilih yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Terdapat juga kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam, tazkirah dalam bentuk audio serta banyak lagi!
Ads
Namun, buat masa ini, aplikasi telefon pintar ini hanya tersedia dan boleh dimuat turun di Goole Play Store oleh mereka yang menggunakan peranti Android sahaja. Untuk muat turun, pengguna boleh klik pautan yang diberikan berikut:
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Universiti Malaysia Terengganu bersama RHB Islamic Bank telah berusaha meningkatkan kesedaran konservasi hidupan marin dan kepentingan laut menerusi Bidong Summit yang telah berlansung pada 14 hingga 16 Julai lalu.
Acara ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh RHB Ocean Harmoni tentang hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi dan hidupan marin. Usaha sama yang telah dijalin sejak dua tahun lepas itu didasarkan kepada Perantaraan Berdasarkan Nilai (VBI) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 14 dan 17. SDG 14 adalah mengenai hidupan di dalam air, manakala SDG 17 adalah perkongsian untuk mencapai matlamat.
Bidong Summit diadakan di Stesen Penyelidikan Marin UMT Pulau Bidong yang turut melibatkan perbincangan hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi lautan dan hidupan marin.
Aktiviti pembersihan bawah laut di sekitar perairan Pulau Bidong ini telah tertangguh selama dua tahun gara-gara pandemik COVID-19, namun ia berjaya dilaksanakan dan menjadi sebahagian daripada pengiisan sidang kemuncak itu.
Foto: BERNAMA via Shafiq HashimFoto: BERNAMA via Shafiq Hashim
Inisiatif ini sewajarnya dilakukan oleh ramai pihak bagi memberi kesedaran akan pentingnya menjaga kebersihan di persisiran air. Sebagai individu yang bertanggungjawab, janganlah kita membuang sampah merata-rata kerana ia bukan sahaja merosakkan pemandangan indah di pulau, malah tabiat ini juga mengundang keburukan kepada hidupan laut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inisiatif keluarga atlet, Asyiil Raziin Razman membuahkan hasil dengan menghantarnya ke kelas renang seawal usia sembilan tahun di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan pada Isnin, beliau berjaya memecahkan rekod temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 pada usia 14 tahun.
Walaupun ini merupakan penampilan pertamanya di Bumi Kenyalang, remaja yang mewakili Kuala Lumpur dalam 100 meter gaya bebas S14 (kecacatan intelektual) wanita itu berkata, beliau tidak berasa gugup kerana acara kolam renang sudah ‘sebati’ dengan dirinya.
“Alhamdulillah rezeki, gembira sebab ini SUKMA pertama saya. Dalam keluarga saya seorang sahaja yang berenang sebab dulu ayah hantar ke kelas renang dan cikgu yang pilih saya untuk mewakili Kuala Lumpur”
Kredit: Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Anak bongsu daripada dua adik-beradik itu terdahulu merekodkan 1 minit 23.35 saat (s) untuk memadamkan catatan 1:26.29s yang dibuat perenang Kedah, Puteri Nur Diyana Megat pada 2022, sekali gus menyaksikan beliau menuai pingat emas pertamanya dalam temasya dwitahunan itu.
Wakil Negeri Sembilan, Aleeya Fariesya Faizul Rizal memperoleh pingat perak selepas merekodkan 1:23.41s manakala Selangor menuai pingat gangsa dengan catatan 1:23.46s bagi acara sama menerusi Ainun Hanifah Yulizaruna Affendi.
Sementara itu, perenang negara, Abd Halim Mohammad memaklumkan ketenangan menjadi ‘kunci’ untuk beliau memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 m gaya bebas lelaki S8-S9 (kecacatan fizikal) selepas wakil Sabah itu merekodkan 5:21.99s sekali gus meleburkan catatan 5:50.54s dibuat Rusdianto Rusmadi tahun lepas.
“Saya tidak pernah bertanding dalam acara ini jadi memang ikut cakap jurulatih tapi sebenarnya ketenangan memang membantu. Saya suka suasana senyap sebab bising buat saya hilang fokus,” katanya.
Sementara itu, Rusdianto memperoleh perak (5:24.27s) manakala Firdaus Fariduddin merangkul gangsa dengan catatan 5:54.24s.
Sebelumnya, BERNAMA melaporkan Abd Halim bertekad untuk dinobatkan sebagai atlet terbaik dan beliau ketika ini sudah mengumpul dua pingat emas menerusi acara 100m gaya kuak dada lelaki S8 dan 400 m gaya bebas lelaki S8-S9.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat pengguna lebuh raya yang sudah mula teruja untuk ‘berdesup’ pulang ke kampung halaman masing-masing! Maklumlah orang Malaysia kan pantang ada cuti, hiks…
Pengguna lebuh raya bakal diberikan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula esok sempena cuti sambutan Deepavali.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi, berkata pelaksanaan pemberian tol percuma itu akan bermula jam 12.01 tengah malam ini hingga Ahad, berakhir jam 11.59 malam.
“Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutama masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.
“Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
REMAJA ucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Moga anda semua selamat pergi dan kembali. Pastikan kekal selamat dan memandu di bawah had limit yang ditetapkan okayyy!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!