Adegan melibatkan pelakon, Vanidah Imran yang mengusap janggut seorang lagi pelakon senior, Faizal Hussein menggunakan kaki dalam sebuah drama tempatan berjudul Bidaah telah menimbulkan rasa kurang senang bukan hanya dalam kalangan penonton tetapi juga pendakwah bebas tempatan.
Drama yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra milik Erma Fatima itu telah ditayangkan bermula 6 Mac lalu menerusi sebuah platform penstriman.
Namun setelah iklan acah (teaser) Bidaah yang menampilkan adegan demikian dimuat naik ke media sosial, drama itu telah dikritik hebat oleh warganet.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan sekiranya agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab menapis konten melampau dalam drama serta filem terbitan syarikat perfileman tempatan serta antarabangsa sebelum tayangannya dibenarkan.
Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang lebih mesra dengan panggilan PU Syed tampil bersuara menerusi satu entri di Instagram dan berpendapat adegan sebegini tidak perlu ditunjukkan secara terperinci.
Ads
Biarpun niat pengkarya adalah demi memberi nilai moral kepada penonton berkisarkan realiti hidup masyarakat di Malaysia, adalah lebih penting kata PU Syed untuk menghasilkan karya yang mematuhi syariah.
Pendakwah Bebas, PU Syed.
Sutradara Di Malaysia Sudah Mati Idea?
Tegur pendakwah bebas berusia 43 tahun itu, drama berjudul Bidaah itu sendiri sudah dianggap sebagai Bidaah Dholalah apatah lagi plot-plot ceritanya berunsur melampau khasnya apabila melibatkan keagamaan.
“Sudah mati idea gamaknya sutradara-sutradara di Malaysia ini dalam menghasilkan cerita-cerita berkualiti dan patut syariah.
“Memang wujud ajaran-ajaran sesat yang menghambakan pengikut-pengikutnya. Namun saya rasa tidak perlulah dipertontonkan kepada khalayak. Apatah lagi adegan di atas katil juga dipertontonkan seperti video yang ditularkan di media sosial.
Ads
“Adakah mereka (pihak Kementerian) ini tidak lagi wujud (untuk penapisan kandungan sebelum tayangan) atau peraturan sudah semakin longgar?
“Makcik Erma Fatima ini bolehlah cuba buat drama yang melibatkan cinta kepada tanah air seperti ketenteraan, kepolisian atau cerita-cerita Islamik yang lebih realistik untuk kesedaran masyarakat,” cadangnya.
Dalam pada itu, PU Syed turut menegur jalan cerita satu lagi drama yang sedang dipertontonkan pada bulan Ramadan ini berjudul Keluarga Itu. Sekali lagi, pelakon-pelakon senior merelakan diri mereka melakonkan babak serta bertutur dialog yang tidak senonoh.
Tinjauan REMAJA di ruang komen turut bersetuju dengan pendapat PU Syed ini dan berpendapat babak melampau sebegini sebagai punca semakin ramai penonton di Malaysia menjauhi diri daripada mengekori drama bersiri lokal pada setiap minggu.
Apa pendapat korang?Adakah adegan yang ditayangkan itu dianggap sebagai melampau atau ia sekadar cara penyampaian subtle agar penonton memahami konteks sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita?
Bulan April tahun ini pastinya tak akan lekang daripada kehadiran penyanyi antarabangsa ke Malaysia.
Sejak berita kehadiran kumpulan pop rock dari Amerika Syarikat, One Republic akan datang ke Malaysia tersebar pada Februari lepas, rata-rata peminat tidak mahu lepaskan peluang untuk membeli tiket paling murah berharga RM178. Dan semalam, tiket kategori CAT4 itu secara rasminya telah dikatakan habis dijual.
Sedih, dah sold out.
Harga tiket lain yang masih dijual pula adalah sekitar RM298, RM398, RM498 dan tiket Rock Zone yang berharga RM578. Menariknya, tiket duduk VIP bernombor yang berharga RM669 juga dikatakan laris dijual walaupun ia tiket paling mahal yang ditawarkan.
Situasi sold out ini kemungkinan berlaku disebabkan sudah 5 tahun telah berlalu sejak mereka berkunjung ke Kuala Lumpur untuk persembahan secara live.
Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment ini merupakan siri promosi album keempat kumpulan tersebut yang berjudul Oh My My. Pastinya banyak lagu-lagu baru yang akan dipersembahkan oleh mereka.
Namun, jangan risau. One Republic juga dikatakan akan memasukkan beberapa buah lagu popular mereka daripada album terdahulu, seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself.
Bagi korang yang masih belum mendapatkan tiket konsert OneRepublic, tiket boleh dibeli daripada wakil jualan di Eden Ultimate 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One Petaling Jaya, Blonde & Bruenette Quill City Mall Kuala Lumpur, Eastern Records Sdn Bhd, Rock Corner The Gardens dan rangkaian Speedy yang terpilih.
Layari Facebook @wgwentertainment untuk info terkini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah bosan untuk membeli produk yang sama je? Well, REMAJA nak ajak korang untuk mencuba 5 jenama baru ini.
Kelmarin, penulis sempat untuk meluangkan masa bersama stor SASA Malaysia bagi melihat 21 jenama yang agak baru di kalangan penggemar barangan kosmetik dan penjagaan kulit di negara kita.
Ada jenama yang pernah dengar tapi tak pernah dilihat, ada juga jenama yang memang tak pernah dengar langsung sebelum ini!
Jom check out 5 jenama pilihan kami.
THE BALM
Bagi korang yang selalu nak cepat je (yes you!), jenama The Balm cukup sesuai. Bahkan tagline-nya pun berbunyi “Beauty In Five Minutes”.
Bukan saja ia comel dengan corak karikatur, malah nama-nama yang diberikan untuk setiap produk juga sangat kreatif! Contohnya, koleksi TheBalmJour Lip Stains mempunyai nama seperti Konnichiwa, Namaste, Hello, Nihao dan Aloha.
Mercedes-Benz
Ya, Mercedes-Benz bukan hanya tertera pada jenama kereta mewah dan pasukan lumba F1 je tau. Mereka juga sudah mempunyai produk wangian sendiri untuk lelaki dan perempuan.
Mercedes-Benz Woman EDT 60ml. RM255
Bagi korang yang inginkan bau manis tetapi tidak terlalu fruity, Mercedes-Benz Woman EDT 60ml ini berbaloi untuk dicuba.
Gosh Copenhagen
Ia merupakan jenama baru yang semakin mencuri tumpuan penggemar barangan kosmetik di Malaysia. Apa yang kami gemari mengenai Gosh (selain namanya, oh gosh!) adalah kualiti yang ada pada produk.
Velvet Touch Lipstick (86 Kitch). RM34.90Kiss Me Matt Lipstick (008). RM34.90
Ia sangat pigmented, mudah dipakai, warnanya melekat lama dan ia datang dalam packaging yang premium.
Color Combos
Ini merupakan jenama bagi produk kosmetik dan penjagaan kulit. Walaupun cantik dan berkualiti, namun harganya tidaklah sebegitu mahal berbanding produk lain yang ditawarkan.
Color Combos ialah antara jenama kosmetik baru yang kami gemari bagi penggunaan seharian.
Collistar
Sejak tahun 2003, Collistar yang diperbuat di Itali telah menjadi antara produk paling diminati sedunia bagi kategori bauan produk. Memang wangi!
Tapi bukan bau saja yang diminati oleh pembelinya. Kualiti yang ada pada produk seperti syampu, deodoran dan krim mandinya memang best untuk korang gunakan.
Hey girls! Your beloved K-pop group is on fire! BTS telah melakar sejarah dengan melonjak ke puncak di tangga pertama carta single US Billboard 100 menerusi lagu Inggeris baru mereka “Dynamite”. Ini menjadikan meeka merupakan artis Korea pertama yang mencapai kejayaan seperti itu.
Lagu ini, yang pertama dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, mencapai 33.9 juta penstriman di Amerika Syarikat pada minggu pertama untuk berada di tangga pertama.
Salah seorang ahli kumpulan ini, Jimin berkata air mata terus mengalir dan dia tidak tahu apa hendak dikatakan. Mereka juga berterima kasih kepada penyokong setia mereka yang digelar #ARMY.
Lebih membanggakan, Presiden Korea Selatan sendiri, Moon Jae-in telah menyampaikan ucapan tahniah kepada kumpulan tersebut yang membantu membawa K-Pop ke arus perdana sejak beberapa tahun ini dan mencapai kejayaan cemerlang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!