Kelmarin, REMAJA telah berkongsi menerusi kolum Trending berkenaan enam orang selebriti yang mati akibat kes bunuh diri. TIGA daripada mereka terlibat dalam kes tersebut pada tahun ini.
Lalu kami bertanyakan sesama sendiri, golongan selebriti ni memang selalu berdepan dengan tekanan melampau ke sehingga sanggup meragut nyawa? Atau sehingga sanggup menayangkan video untuk menagih perhatian?
REMAJA tertarik dengan perkongsian oleh pengarah dan pelakon, kak Erma Fatima di akaun Instagramnya hari ini. Dalam caption-nya yang merujuk kepada artikel REMAJA kelmarin, jelas kak Erma sedikit terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ni, terutamanya di kalangan selebriti. Ia berbunyi:
“Orang Seni ni halus jiwanya…mudah tersentuh..mudah juga rosak jiwanya…Orang seni juga mudah absorb. Bukan saja karakter yang dilakonkan tapi juga persekitaran. Orang seni juga paling mudah terdedah pada musuh utama iaitu RIAK dan SOMBONG. Kerana POPULARITI mampu merubah kita.”
Di saat ‘zaman kegemilangan’ seseorang itu memuncak, sebagai manusia biasa, memang mudah untuk sesiapa pun mendongak terlalu tinggi.
Ads
Penulis bukan je merujuk kepada selebriti di sini, tetapi juga kepada belia seperti kita. Bila kena ‘cucuk’ sikit dengan pujian oleh ‘kawan baru’, kawan sebenar yang dah dikenali selama bertahun-tahun mudah dilupakan. Walaupun kawan itulah yang tak putus-putus menguntum nasihat dan doa.
“Orang seni itu sepi…jiwanya terisi hanya di lokasi. Kerana di lokasi itu mereka dikelilingi dengan jiwa-jiwa seni lain yang berperang untuk hidup. Setelah mereka pulang..mereka akan bertemu lagi dengan kesepian dan kekosongan.
Dan kerana hatinya rapuh maka kesepian dan kekosongan itu mudah terisi dengan sesuatu yang disangka mampu mengisi kesepiannya itu tanpa mengetahui yang SESUATU itulah yang akan MEROSAKAN jiwanya.
Akhirnya dia akan berperang dengan EMOSI yang telah dirosakkan oleh sesuatu itu. Ketika itu..dia akan menjadi KELIRU. Kehalusan jiwanya makin RAPUH. KERANA itu orang seni kena berdamping dengan IMAN sebelum NAFSU menguasai IMAN.”
Mudah untuk kita ‘taksub’ dengan kehidupan seharian kita. Jika yang nak kejarkan kecemerlangan dalam peperiksaan, kita lupakan segala kewajipan lain bahkan kewajipan kepadaNya demi mentelaah.
Jika sampai waktu untuk kita mencari duit, segalanya dicurahkan untuk mengejar harta walaupun kewajipan lain kepada ibu bapa dan keluarga terabai begitu je.
Ads
Seperti yang kak Erma ceritakan, setelah pulang ke rumah dan bersendirian, manusia itu masih tak tahu nak duduk diam dan nak ‘mengejar sesuatu’. Kalau tak, jiwa terasa kosong.
Pada waktu ‘kekosongan’ itulah manusia mudah melupakan bantuan Yang Esa demi. Sebaliknya, dia terarah kepada untuk mengisi kekosongan dengan cara duniawi – jalan mudah.
“Dari mana IMAN itu? Carilah pada RUKUN IMAN. Hanya IMAN mampu menjadi DOKTOR yang merawat JIWA-JIWA kita yang halus dan rapuh ini. BUKAN clubbing, BUKAN alkohol, BUKAN dadah, BUKAN ilmu yang lebih mengelirukan, BUKAN juga kawan-kawan.
“ORANG SENI pilihan dari ALLAH. Hargailah bakat yang dikurniakan pada kita kerana ada berjuta manusia yang ingin jadi seperti kita. JANGAN ROSAKKAN KURNIAAN itu hanya kerana kita lupa mendampingi IMAN.”
#hati aku tergerak untuk menulis ini bila artikel ini menganggu emosiku dari malam tadi.
Semoga ALLAH melindungi semua sahabat seni aku dari kerapuhan itu. AMIN
Mesej yang disampaikan kak Erma ini cukup jelas. Dia mungkin lebih mengerti yang berlaku di dalam dunia hiburan. Dia mungkin lebih mengetahui apa yang berlaku kepada sebahagian daripada rakan-rakan seninya
Manusia memang mudah untuk hilang pertimbangan. Manusia juga mudah untuk putar belitkan kehidupan sendiri sehingga mereka sendiri lupa hala laluan hidup mereka yang asal.
Alangkah baik jika kita semua memegang prinsip untuk kembali kepada Yang Esa. Ketika susah, ketika senang. Ketika kita diuji dengan musibah malah ketika kita diuji dengan nikmat sekalipun. Guys, selalu ingat, Tuhan sentiasa ada bersama kita. Ambil peluang dan dekatiNya.
Kecemerlangan pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak pernah sunyi apabila seorang pelajar, Nurul Jannah Zamberi, 23 dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Rutgers University dalam bidang Biomedical Engineering sekaligus menjadi kebanggaan buat negara.
Kejayaan cemerlangan Nurul Jannah ini selepas Malaysia digemparkan dengan kejayaan Maryam Balqis yang memperolehi CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat baru-baru ini, kini pelajar Malaysia menjadi kebanggaan sekali lagi selepas Nurul Jannah menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada Rutgers University.
Anak kelahiran melayu Johor yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu cemerlang dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors serta memperoleh CGPA 3.95.
Nurul Jannah cemerlang dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors serta memperoleh CGPA 3.95 di hari konvokesyennya
Nurul Jannah antara pelajar lepasan MRSM Tun Ghafar Baba yang melanjutkan pengajian di Foothill Community College, Los Altos, California. Setelah menamatkan zaman persekolahannya di MRSM, beliau telah meneruskan pengajian di dalam American Degree Preparatory Program (MADP) selama dua tahun. Kemudian melanjutkan pengajian Bsc in BiomedicalEngineering di Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.
Memetik sumber maklumat Pejabat MARA Washington, “Nurul Jannah memilih bidang ini kerana beliau amat meminati subjek biologi, kimia dan fizik”
“Beliau mengambil dan memanfaatkan peluang ini dengan bijak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya dalam beberapa penyelidikan malah Nurul turut terpilih sebagai Undergraduate Research Assistance oleh universiti ini.”
Antara tajuk penyelidikan beliau ialah “Inventing Nanoparticles for Drug Delivery Purposes to Treat Traumatic Brain Injury”, “Pulse Pressure and Cardiac Arrythmias, dan pada tahun akhir pengajian, beliau menjalankan Senior Design Group Project bertajuk “Noninvasive Arterial Stiffness Detecting Device”.
Nurul Jannah memilih biomedical engineering kerana beliau amat meminati subjek biologi, kimia dan fizik”
“Nurul memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan Samuel Welkowitz Award serta berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar “Matthe Leydt Society” dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” kata kenyataan MARA Washington.
Kini, Nurul Jannah mempunyai impian yang besar bagi menyambung pengajian yang lebih tinggi hingga peringkat PHd dalam bidang yang sama.
Oleh itu, rakyat Malaysia dan khususnya buat warga MARA berasa bangga akan pencapaian anak-anak pelajar yang semakin menonjol di mata dunia. Tahniah buat Nurul Jannah!
Sumber : E-WARTA MARA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beruntungnya jadi rakyat Malaysia kerana kita diberikan banyak kemudahan dan bantuan semasa menghadapi situasi pandemik COVID-19 hari ini.
Syarikat pengangkutan awam juga tidak terkecuali dalam meringankan beban masyarakat apabila Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) telah pun membuka jualan untuk pas perjalanan #My30 khusus buat rakyat Malaysia dengan memberikan penjimatan ‘super jimat’ perjalanan tanpa had untuk 30 hari menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian pihak mereka pada harga hanya RM30.
Dengan RM30 atau hanya berbelanja RM1 sehari untuk pas berkenaan, korang boleh menggunakan perkhidmatan ketiga-tiga rangkaian LRT-Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya, erkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit – Laluan Sunway, semua perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL di Lembah Klang dan Selangor dan perkhidmatan bas perantara Jom Naik MRT berulang alik dan tanpa had untuk tempoh 30 hari.
Pergh, memang berbaloi-baloi kan?
Korang boleh melanggan pakej baru My30 itu mulai hari ini di semua 122 buah stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan juga 5 hab bas Rapid KL di Pasar Seni; Seksyen 2, Shah Alam; Greenwood; Terminal Kajang dan Sri Nilam dengan menggunakan MyKad dan MyTentera masing-masing.
Walau bagaimanapun, pakej ini hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja bermula daripada semalam.
Bagi individu yang memang menggunakan pengangkutan awam, pakej ini memang berbaloi untuk didapati. Selagi mana boleh berjimat, gunakanlah kesempatan yang ada ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suatu ketika dahulu, sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Tagalog pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakon Filipina sering kali mendapat perhatian, selain jalan cerita dengan episode yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Antara drama-drama Filipina yang mendapat sambutan hangat di sini adalah Pangako Sa Yo, Be Careful With My Heart, Endless Love, Sanay Wala Nang Wakas dan banyak lagi.
Kalau sebut tentang Pangako Sa Yo, mesti korang ingat pelakon wanitanya yang cantik, Kristine Hermosa yang banyak juga membintangi siri drama Filipina yang popular di Malaysia.
Seawal kemunculannya sekitar tahun 2000 menerusi drama Pangako Sa Yo, pelakon cantik manis ini baru berusia 17 tahun dan kini, selepas lebih kurang 20 tahun, Kristine Hermosa sudah pun memiliki keluarga kecilnya bersama suami dan empat orang anak. Wanita berusia 38 tahun ini juga kini sedang sarat mengandung anaknya yang kelima.
Pasti ramai yang merindui dan ingin melihat wajah terkini personaliti cantik ini. Walaupun sudah menjadi ibu kepada lima orang anak, Kristine Hermosa masih cantik seperti dahulu. Apa rahsianya ya?
Jom kita lihat foto terkini pelakon wanita Filipina ini.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.