Negara Filipina mengumumkan penutupan pulau percutian terkenal, Boracay kepada para pelancong bermula akhir April ini selama enam bulan.
Ini berikutan kebimbangan kerajaan negara tersebut terhadap tahap pencemaran alam sekitar di Boracay yang semakin kritikal. Malah ia sudah mula kelihatan umpama ‘loji kumbahan’ menurut penduduk tempatan di sana.
Penutupan bermula 26 April ini disampaikan oleh Presiden Rodrigo Duterte melalui akaun Twitter. Penjelasan beliau berbunyi, “Boracay terkenal sebagai syurga di negara kami dan penutupan sementara ini akan memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya.”
Walaupun penulis memahami keputusan yang diambil oleh Filipina ini, keputusan tersebut juga secara tak langsung menjejaskan nasib ribuan pekerja yang menjadikan Boracay sebagai sumber pendapatan mereka.
Setiap tahun, Boracay menerima 2 juta orang pelancong dan kemasukan kira-kira AS$1 bilion (RM3.87 bilion) kepada ekonomi Filipina. Dengan penutupan ini, pastinya ekonomi Filipian juga turut terjejas.
Ads
Pantai Dan Hidupan Marin Semakin Terancam
Presiden Filipina juga mengecam 500 buah hotel, restoran dan perniagaan lain yang dituduh membuang najis dan bahan kumbahan terus ke dalam laut dan menjadikan laut terkenal Boracay sebagai ‘kolam najis’.
Ini berikutan ketiadaan saluran kumbahan yang betul untuk menyalurkan najis dan bahan terpakai. Boracay juga tidak mempunyai sistem berkualiti untuk proses rawatan semula buat masa ini.
Sebelum
Selepas.
Ads
Pada minggu lalu, kerajaan Thailand juga telah mengumumkan penutupan Maya Bay di Thailand yang terkenal sebagai lokasi penggambaran filem terkenal The Beach yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio selama empat bulan mulai Jun tahun ini.
Walaupun keputusan kerajaan di rantau Asia Tenggara ini akan menjejaskan ekonomi serantau, setidak-tidaknya ia menunjukkan bahawa kita sememangnya bertanggung jawab terhadap keadaan persekitaran semula jadi di rantau ini.
Musim kedua siri K-Drama, Hospital Playlist yang dijadualkan memulakan penggambaran pada bulan Disember ini nampaknya tidak kesampaian kerana pihak produksi telah pun mengambil keputusan untuk menangguhkan penggambaran akibat COVID-19.
Sebelum ini, desas-desus mengatakan bahawa team Hospital Playlist 2 akan memulakan penggambaran pada pertengahan Disember, namun disebabkan lonjakan kes COVID-19 di Korea Selatan baru-baru ini membuatkan tvN telah menjadualkan semula script reading pelakon utama dan kru pada 6 Januari nanti.
Kredit foto: tvN/Netflix via kdramastars.co
Sekiranya jadual baru yang dikemaskini ini berjalan mengikut perancangan, penggambaran Hospital Playlist musim 2 akan bermula pada 11 Januari 2021.
Hospital Playlist mengisahkan tentang lima sahabat yang dilakonkan oleh Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoo Yun Suk, Kim Dae Myung, and Jeon Mi Do, bersahabat sejak dibangku sekolah menengah sehinggalah belajar dalam bidang perubatan. Mereka juga merupakan rakan sekerja di hospital yang sama.
Kredit foto: sbs.com.au
Drama ni memang best kerana memaparkan kisah pesakit yang keluar masuk hospital, sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan tentang perubatan untuk penonton.
So guys, sama-sama kita nantikan Hospital Playlist musim kedua yang dijadualkan tayangannya pada tahun hadapan. Semoga segala penggambaran berjalan lancar.
Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, bermacam-macam industri pekerjaan telahpun teruk terjejas apabila sumber pendapatan mereka semakin merosot.
Antara industri yang terjejas adalah industri pelancongan dan perhotelan berikutan penurunan jumlah pelancong dari luar negara.
Lantas, pelbagai usaha cuba dicipta pihak kerajaan seluruh dunia untuk membantu industri tersebut daripada terus berkubur dalam waktu terdekat.
Seperti di Thailand, kerajaan mereka telah mengumumkan tawaran diskaun 'gila-gila' dari 40 peratus hingga 50 peratus untuk lokasi penginapan di negara tersebut kepada para pelancong! Ia akan diberikan dalam bentuk pakej pelancongan dan kupon diskaun bagi menaikkan semula jumlah pelancong ke Thailand.
Tawaran itu telahpun dimumkan oleh Pejabat Pentadbiran Ekonomi Nasional dan Dewan Pembangunan Sosial di Thailand yang akan melancarkannya bagi tempahan penginapan pada bulan Julai.
Ini memandangkan Thailand masih mengehadkan jumlah pengunjung antarabangsa serta pergerakan sosial buat masa ini. Larangan penerbangan masuk antarabangsa ke Thailand juga baru dilanjutkan sehingga 30 Jun kelak sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun, Thailand sedang berurusan dengan negara berdekatan seperti Malaysia, Korea Selatan dan Filipina untuk membenarkan kemasukan pelancong asing tidak lama lgi.
Seperti di Malaysia, Thailand juga secara perlahan-lahan telah memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk menunaikan urusan harian dengan pembukaan semua kompleks membeli-belah, muzium, pasaraya dan lokasi tarikan pelancong.
Apa pendapat korang? Patutkah kita merebut peluang untuk melancong dengan lebih murah ke Thailand pada bulan Julai ini. Atau sewajarnya, kita harus menangguh sehingga tahun hadapan je?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Anna Jobling sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang dan merangkul trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) dengan meraih undian lebih dari 4.8 juta.
Dalam ucapan kemenangannya, Anna atau nama sebenarnya Anna Elissa Gustin Jobling (25) meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang selama ini tidak henti-henti memberikan sokongan.
“Terima kasih kepada mama, papa, keluarga dan semua peminat. Saya sayang anda semua!,” katanya dalam ucapan pada malam Ahad.
Bukan hanya itu, Anna turut memenangi dua lagi kategori yang dipertandingkan di GMWA24 iaitu menerusi Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak lakonan bersama Amir Ahnaf iaitu Syurga Itu Bukan Mudah.
Dalam pada itu, kumpulan Insomniacks turut membawa pulang trofi kemenangan menerusi Video Muzik Tergempak dengan lagu berjudul Belum Mulai kolaborasi bersama Nabila Taqiyyah. Selain itu, penyanyi Aina Abdul juga memenangi Lagu/ Audio Tergempak menerusi lagu berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu duet bersama Fabio Asher.
Antara pemenang lain #GMWA2024 adalah:
Digital Creator Lifestyle Tergempak: Amin & Abid Othman
Digital Creator Foodie Tergempak: Khairul Aming
Digital Creator Entertainment Tergempak: Ryan Bakery
Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak: Sofea Shra
Digital Creator E-Sport Tergempak: Pok Ro
Digital Creator Motivation & Education Tergempak: Fathi Hussein
Program Digital Tergempak: PodcaSterk Keputusan SPM 7G
Manakala bagi anugerah khas Wira Wonda Keluang Man of The Year dimenangi oleh Abbe Hae atas usaha mereka dalam memberi impak kepada komuniti masyarakat.
Sekadar info, sebanyak 12 kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian. GMWA2024 dihoskan oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Alhadad dan anugerah itu telah berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, anugerah Gempak Most Wanted Award tahun lalu menyaksikan Anna Jobling sebagai pemenang manakala pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad pada tahun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!