Hujan lebat yang membumi di ibu negara tidak merencatkan semangat para pelari dan penunggang basikal daripada meneruskan cabaran mereka dalam acara The Orchid Run & Ride 2024, baru-baru ini.
Berlangsung di hadapan pencakar langit ikonik, Menara Berkembar Petronas, acara yang dianjurkan oleh Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) itu menampilkan tema ‘Meneruskan Legasi Besama Untuk Masa Depan Kita’ yang cukup istimewa memandangkan ia juga selari dengan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan PETRONAS.
REMAJA yang turut berkesempatan untuk turut serta menyaksikan acara berkenaan berjaya menarik lebih daripada 8,000 orang peserta terdiri daripada kakitangan PETRONAS sendiri, keluarga para kakitangan dan orang ramai menerusi beberapa kategori termasuklah acara larian 5km, 12km dan acara berbasikal 12 km.
Ternyata, cuaca hujan yang bermula seawal 3.00 pagi sehingga 7.00 pagi pada hari berkenaan tidak menjadi halangan buat para peserta untuk tidak memberikan yang terbaik dalam kategori masing-masing.
Kongsi Presiden PETRONITA, Puan Sri Jemilia Md Jelas dalam ucapannya, “Acara ini bukan sahaja peluang untuk kami kumpulkan orang ramai ke arah gaya hidup sihat. Bahkan, ia juga memberi platform kepada masyarakat setempat untuk mengambil bahagian dalam memberi sumbangan tujuan amal.”
Ads
Hasil penganjuran acara berkenaan, dana bernilai RM500,000 telahpun berjaya dikutip bagi disalurkan kepada Majlis Kanser Kebangsaan (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
Penaung BCWA, Puan Sri Dato’s Akmal Abdul Salam berkata, “Ramai individu yang terlepas pandang cabaran fizikal, emosi dan kewangan yang dihadapi oleh pesakit kanser payudara semasa dan selepas rawatan.
Ads
“Dengan sumbangan kali ini, kami berhasrat bagi menyediakan lebih ramai wanita Malaysia dengan ilmu, penjagaan dan sokongan bagi pengesanan awal kanser payudara di samping mengekalkan kualiti hidup optimum selepas menghidapi kanser,” katanya.
Mengakhiri acara The Orchid Run & Ride 2024, penganjur menampilkan beberapa aktiviti menarik termasuklah persembahan De Fam dan penampilan istimewa pemain badminton kebangsaan, Kong Zhou Swin dan Kang Khai Xing.
Ads
Sebagai info, acara ini juga bakal dilangsungkan di Johor dan Sarawak bagi menyambul ulang tahun PETRONAS ke-50 di dua lokasi tersebut serta bagi mengumpul lebih RM200,00 untuk disalurkan ke organisasi penjagaan kesihatan.
Tular di media sosial apabila seorang pengguna di TikTok memuat naik video kehadiran seekor anjing di kawasan sebuah flat bertukar menjadi kecoh gara-gara haiwan tersebut masuk ke dalam kereta mereka dan turut membunyikan hon.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Kadang bimbang juga sekiranya hairan itu bertindak di luar jangkaan seperti mengejar atau menggigit.
Walau bagaimanapun, ada satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok juga, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Di sebalik ‘kelebihan’ plastik, ramai tak sedar plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia sehingga boleh ‘membunuh’ alam sekitar.
Menurut sebuah portal, hanya sembilan peratus plastik dikitar semula daripada 6.3 bilion tan plastik yang dihasilkan di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan pada tahun 1950-an. Plastik juga mengambil masa selama 400 – 1000 tahun untuk lupus secara semulajadi. Secara langsung, plastik sebenarnya merupakan ancaman kepada alam sekitar.
Foto Via Pexels
Baru-baru ini, kerana sayangkan bumi dan semangat ‘go green’ syarikat milik Indonesia Avani Eco, membuat beg plastik diperbuat dari ubi kayu untuk menggantikan beg plastik yang boleh hanya dipakai sekali sahaja.
Lagi menarik, ia juga boleh larut dalam air!
“Kami menemui penyelesaian alternatif untuk beg plastik sekali pakai yang berbahaya. Kami dapat membantu anda membawa barang anda dan fungsinya sama seperti plastik biasa anda gunakan. Cuma versi dari kami yang semula jadi dan tidak beracun, ”jelas Avani Eco di laman web mereka.
Tak percaya plastik boleh larut dalam air? Inilah buktinya perkongsian di Twitter.
🌴 Bali has banned single-use plastics such as 🛍 plastic bags, but already there’s an alternative:
This “plastic” bag is made from 🥕 cassava (a root vegetable).
It’s 100% bio-degradable, feels like latex, and dissolves in water.
Bagi peminat sukan bola sepak, pasti ramai yang mengenali allahyarham Datuk Mohammad Mokhtar Dahari yang pernah mencipta nama suatu ketika dahulu di permainan bola sepak terutama sekali untuk F.A Selangor.
Pada 29 Jun yang lalu, menerusi sebuah ciapan di Twitter FIFA (Fédération Internationale de Football Association), mereka telah menyenaraikan jaringan gol terbanyak yang pernah diskorkan oleh semua pemain bola sepak dari seluruh negara.
Foto: FIFA Twitter
Terdapat seramai 12 orang pemain bola sepak yang tersenarai dan diiktiraf sebagai pemain yang paling banyak menjaringkan gol. Kesemua pemain yang tersenarai ini datang daripada pelbagai negara.
Seperti yang kita dapat lihat, Ali Daei mengungguli tempat pertama dengan jaringan gol sebanyak 109, dan begitu juga Cristiano, dan di tempat ketiga, sudah semestinya diungguli oleh pemain legendary negara Malaysia, iaitu Mokhtar Dahari!
Foto: Astro Awani
Datuk Mokhtar Dahari pernah digelar sebagai ‘Supermokh’ suatu ketika dahulu, dan ketika zaman kegemilangannya, beliau merupakan pemain buat kelab Selangor dari tahun 1972 hingga 1987. Beliau juga pernah mewakili negara dari 1972 hingga 1985.
Mokhtar juga pernah menyertai 142 pertandingan antarabangsa dan membuat jaringan sebanyak 89 gol. Hasil daripada pencapaiannya ini, Malaysia berada di kedudukan yang ke-61 di dunia pada ketika itu.
Foto: Axcello.Net
Walaubagaimanapun, Datuk Mokhtar Dahari telah disahkan meninggal dunia pada Julai 1991, namun begitu, setelah 19 tahun pemergiannya, punca kematiannya tidak pernah diberitahu sehinggalah rancangan National Geographic menyiarkan dokumentari tentangnya dan menceritakan yang punca kematiannya adalah disebabkan MND (motor neurone disease)
MND merupakan sejenis penyakit yang merosakkan saraf dan otak manusia dan membuatkan seseorang itu lemah pada jangka masa yang panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.