
Pelakon berbakat besar, Anna Jobling mendedahkan dirinya mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah umrah, pada tahun hadapan.
Menerusi sebuah hantaran di akaun 14arcv, peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu tampil berkongsi perancangan murninya tersebut ketika dia membuat siaran langsung di TikTok.
Artikel Berkaitan: Usaha Keras Lepas Dewi Remaja 18/19 Buahkan Hasil, Anna Jobling Antara Yang Dicari Di Google Malaysia Sepanjang Tahun

“Ada sebenarnya Anna nak pergi umrah tahun depan. Insya-Allah, doakan,” katanya.
Menerusi siaran langsung yang sama, ada juga peminatnya yang bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang Anna inginkan.
Pemiliki nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu bagaimanapun, menyatakan tidak mahu mencari teman lekai atau sesiapa buat masa ini.

“Saya tidak mahu mencari lelaki. Saya tidak mahu mencari sesiapa,” ujarnya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat mendoakan agar urusan pelakon berusia 22 tahun itu untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan tercapai dan dipermudahkan.
SUMBER: TikTok 14arcv
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adriana Ghafar Is Breaking Through : Naib Juara Tak ‘Hilang’ Cuma Utamakan Pendidikan

DEWI REMAJA Breaking Through
MENYINGKAP PERJALANAN TIGA TAHUN YANG DILALUI LIMA DEWI PENYERI ISU MAC 2022 KAMI, SERIBU SATU PERASAAN TERUNGKAP MENGENANGKAN MEMORI MANIS BERSAMA. KELIBAT MEREKA SEMAKIN DIRASAI DALAM LALUAN MASING-MASING. SETIAP SEORANG PUNYA KISAH TERSENDIRI SEBAIK TIRAI DEWI REMAJA 2019 BERLABUH.
ARAHAN SENI: FZ AIMMAN, AZNIZA & MUSTAIZZAH PENGARANG: FZ AIMMAN PENYELARAS: RUZIANA ZAINAL, NOOR AIN NORMAN & FIEZREEN AHMAD JURUFOTO: AZFARINA SULAIMAN UNTUK IDEAKTIV SUNTINGAN: HEZRY ROKMAN PENGARAH KREATIF NADIA ABDULLAH PENERBIT VIDEO JUNIOR: SHERFIQA SHARIDAN JURUVIDEO: IZZUDIN ISMAIL & MUSLIM ABDULLAH SUNTINGAN VIDEO: AMIRUL FITRI SOLEKAN & DANDANAN: ARY MUZAMER BUSANA: GUESS & RIZMAN RUZAINI AKSESORI: HILL TO STREET
ADRIANA GHAFAR
BERKONGSI KISAH REALITI DI SEBALIK MISI BREAKING THROUGH MILIKNYA.
Tempoh beberapa bulan sesudah berakhirnya sesebuah pertandingan terbukti adalah tempoh yang amat penting buat mana-mana peserta program realiti. Ia menandakan bermulanya ‘pertandingan’ sebenar yang bakal membezakan momentum para pesertanya. Usah terkejut sekiranya yang lebih awal meninggalkan pertandingan memuncak naik dengan populariti serta produk berkualiti dalam tempoh tersebut. Apa jua boleh berlaku; bak kata orang it is a do-or-die time.
Justeru, apabila Adriana Ghafar yang menjadi bualan ramai penonton dek jawapan menyentuh jiwa yang dikongsikannya pada klimaks malam finale Dewi Remaja 2019; memilih untuk mendahulukan haluan sebagai pelajar jurusan perundangan di Universiti Malaya, ramai bertanyakan sekiranya sang Naib Juara itu tidak berminat untuk menempa nama dalam kancah seni tempatan.
Adriana tidak menghilang, jauh sekali melarikan diri. Gadis berusia 24 tahun ini hanya ingin menamatkan perjuangan yang sudahpun dimulakannya sebelum penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2019.

“Pendidikan amatlah penting untuk saya. (Bergelar graduan jurusan undang-undang) juga merupakan impian keluarga saya. Bagi saya, untuk mengejar impian peribadi (sebagai seorang anak seni), saya perlu terlebih dahulu fulfill impian yang sudah ada dalam tangan.
“Saya menyertai pencarian Dewi Remaja setelah memulakan pengajian di Universiti Malaya. Sejak awal lagi, saya telah bulatkan tekad menghabiskannya pengajian walaupun rakan-rakan Dewi lain sudahpun giat menapak dalam industri hiburan. Pendidikan buat waktu ini adalah keutamaan saya.
“Jujurnya, saya pernah mempunyai perasaan ‘ketinggalan’ berbanding finalis lain. Ramai bertanyakan ke mana si Naib Juara sedangkan finalis lain sudahpun menyelesakan diri di landasan seni. You know what, I am not afraid.
“Tak kisah cepat atau lambat, rezeki tetap akan menjadi milik kamu jika kamu percaya boleh melakukannya. Semua orang ada jalan masing-masing and I am happy trully for my Dewi sisters,” ulasnya penuh tertib.
ARTIKEL BERKAITAN : Graduan Undang-Undang UM Raih Gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2019 – REMAJA

“Naib Juara tidak hilang, cuma lambat sedikit. Benda ini… saya tidak kisah pun apa orang cakap kerana saya percaya pada kemampuan sendiri. That is exactly what Dewi Remaja has taught me.”
Benarlah kata Adriana, peluang yang tepat akan tiba pada waktu yang tepat.
Kemunculannya menerusi drama Kisah Cinta Kita di slot Akasia TV3 telah membuka pengalaman buat Adriana mengadaptasi diri di set penggambaran. Sedikit perasaan kekok dan gementar bila kembali berhadapan dengan kamera tidak dapat Adriana elakkan setelah agak lama tidak beraksi. Begitupun, ia pantas dapat diatasi setelah beberapa babak dilakonkan.
“An actor will progress over time dan begitu juga saya. Dengan penyertaan dalam lebih banyak kelas lakonan selepas ini, saya pasti skil lakonan dapat terus diasah.”

Adriana merupakan salah seorang persona yang tidak mengenal erti mengalah. Bak katanya, dia dan finalis lain telah, “Mempelajari kepentingan menjaga diri dan masa serta keinginan untuk berjaya satu hari nanti. Displin dan pemikiran positif secara tidak langsung telah membantu membentuk diri saya pada hari ini.”
Penyertaannya dalam pencarian Dewi Remaja buat kali kedua setelah terdahulu mencuba nasib pada tahun 2018 telah menghadirkan keyakinan yang lebih tinggi untuk menaruh harapan dan benar-benar menonjolkan kebolehan. Ia dilakukannya sendiri tanpa paksaan sesiapa.
“Ia adalah keputusan yang tepat. Bila saya berjaya melepasi kesemua pusingan uji bakat itu, saya terus merasa wow.. benarlah bila kita fokus, percaya dan serius untuk menyertai sesuatu pertandingan atau melakukan apa saja dalam hidup, you can definitely nail it.”
Satu demi satu langkahnya ke pentas finale dicatur dengan tenang. Tidak keterlaluan jika saya gambar Adriana sebagai salah satu calon underdog yang bijak mengintai peluang dan masa yang tepat untuk menyerlah serta membekaskan impak. Buktinya, jawapan finale milik Adriana masih terngiang-ngiang dalam ingatan kami.
“Jawapan saya pada malam itu hadir dari hati. Ia keluar secara natural dan lancar. I personally also like my answer.. dan saya masih nak jadi macam ayah saya.”
“Itu merupakan memori yang berbekas untuk saya. Orang akan ingat saya disebabkan oleh jawapan tersebut.”
Menempatkan diri sebagai Naib Juara Dewi Remaja 2019 tidak pernah terlintas dalam ingatannya. Adriana sekadar menyasarkan kedudukan tiga finalis terbaik pada malam tersebut, lalu sukar untuknya menggambarkan perasaan berdiri bersebelahan Shaza Bae pada waktu itu.
“Sepanjang pertandingan, I really felt mentally challenged. It is not so much about how others think of me; it is rather about my confidence, really. Saya selalu terbayangkan, ‘Aku boleh buat ke tak?’ dari awal sehinggalah ke malam finale. Akhirnya pada momen terakhir itu, barulah saya punya kekuatan to just let it go and be myself,” katanya yang menyerahkan segala kudrat dan harapan kepada Yang Maha Esa. Jika ada rezeki, adalah; fikirnya.

Gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2019 yang disandangnya itu sekaligus menjadi pivotal point buat Adriana DAN ramai gadis remaja yang menyaksikan momen tersebut. Sekali lagi dia membuktikan bahawa kepercayaan dalam diri dan frasa ‘believe in yourself’ bukan satu omongan kosong.
“Ketahuilah matlamat kamu berada di uji bakat Dewi Remaja 2022 sebelum hadir ke sana. Cari apa misi sebenar kamu selepas pencarian itu berakhir. Dari situ, kamu akan lebih yakin mempersembahkan diri kamu di hadapan para juri. Tonjolkan saja diri, do not reserve your potential in front of them,” pesannya kepada mereka yang bakal meneruskan legasi jenama Dewi Remaja pada tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Nina Amin Kikis Rasa Malu Demi Kerjaya Modelling
BACA LAGI : Syamira Nazir Tidak Jadikan Hijab Satu Penghalang – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh Ke Dewi Remaja Buat Kerja Bertukang, Atau Harapkan Lelaki Je?

Biasalah, bila tengok drama dan filem Melayu, karakter perempuan selalu sangat menjadi lemah dan kena – urgh – harapkan lelaki?
Kereta tersadai tepi jalan, harapkan boyfriend datang menjenguk. Nak pindah rumah, ahli keluarga lelaki jugalah yang jadi mangsa kena turun KL nun dari kampung. Sebabnya – “I perempuan, tak larat.”
TAPI nampaknya, finalis Dewi Remaja 2018/2019 tak terkesan langsung daripada stereotaip ‘perempuan harapkan lelaki’ okay. Malah, mereka ni lagi tak nak harapkan bantuan lelaki. Eceh, sis stok-stok power la ni.
Kali ini, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dicabar untuk membina sendiri sebuah rak tanpa bantuan sesiapa kecuali ahli kumpulan sendiri.
At one point, korang pun boleh nampak hos, Safwan Nazri lepak layan phone dekat belakang sambil Dewi bertungkus-lumus siapkan rak secepat mungkin. Eii, tak gentle lah Safwan! Hehe..
Kumpulan mana paling hebat, jom tengok.
Baik-baik paku tu girls, nanti sakit jari macam mana nak sarungkan cincin..CIA!
Anyway, congratulations kepada Hanee, Sherin, Anna & Arena.
Kalau nak menangi hadiah daripada Astro Circle juga, komen di bawah tentang cabaran apa yang korang nak Dewi lakukan selepas ini? Senang!

#dewiremaja #dewi1819 #majalahremaja #astrocircle #girlpowerchallenge
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Buang Masa Aje Masuk…’, Kecoh Bila Michael Ang Komen Finalis Dewi Remaja

Baru saja selesai diumumkan barisan 12 finalis Pencarian Dewi Remaja 2018, sudah timbul pula kontroversi bila mana produser terkenal Michael Ang memberi komen kepada setiap peserta yang dipilih.
Menerusi laman instagramnya, Michael membuat serba sedikit ulasan tentang personaliti finalis akhir Dewi Remaja.
Jom kita tengok apa kata Michael Ang..

My fav la Aku rasa cantik. Joblin patut masuk miss universe or world la sia sia aje masuk dewi! Areena ini akan jadi modal untuk org kesian n menangis.

My second fav dua dua ni stock akan jadi pelakon harap2 tak kayu n bimbo!

Buang masa aje masuk, menang tak kan menang. Dah famous pun lagi baik buat job luar.

Ini pun stock pelakon mcm @jannanick buat role perempuan tak berapa nak perempuan. Girl2 brutal gitewww! Cantik jugak

Wow ni kalau boleh berlakon mesti laku jadi perempuan jahat dlm beriman aka berselindung di sebalik kaabah! Mata dia mcm boleh bunuh org kalau kau buat salah dgn dia!

Ok ini stock @aydajebat ciplak! Hmmm tak ke mana kot! Next pls


Ini contestant untuk cukup syarat aje. Sorry to say stock stock extra berdialog
Cuma kami nak betulkan, Afiefi Riani adalah finalis top 20. Yang terpilih ke top 12 adalah Affie Rania. Hiks!

Mak oiiii! Apo pipi tu mcm dah terover inject botox simen ni! Tak baik post gambar dia mcm ni. Gambar Instagram dia lagi cantik

Tidak!!!!!!!!!! Ini Aku guranteeeeeee 100% di masukkan untuk org kecam n menyampah! Ini bukan dah tahap ciplak tapi tahap Clone @neelofa Cuba jadi diri sendiri dik! Guranteeeeee100% tak kan menang tapi akan byk org mengata!
Walau bagaimanapun, ini hanya berdasarkan first impression Michael saja. Kami menerima komen dan pandangan ini dengan hati terbuka serta ingin berterima kasih kepada Michael Ang kerana sudi memberikan perhatian kepada finalis-finalis Pencarian Dewi Remaja tahun ini.
Semoga dengan kritikan ini memberikan semangat untuk mereka bangkit dan buktikan yang sebenarnya mereka memang layak berada di sini.
Kami memilih berdasarkan potensi, bakat dan personaliti mereka. Rasanya tak adil kalau kita nak judge mereka terlalu awal. So, sama-sama kita beri peluang buat mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam industri seni tanah air.
Good luck girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

