Selain daripada kesungguhan diri, kita pun kena pandai jaga mulut. Jaga perkataan yang keluar sebutir-sebutir daripadanya.
Remaja senaraikan beberapa respon yang harus dielakkan oleh kita semua.
1 Need vs Want
Kedua-dua perkataan ini mungkin kedengaran sama je. Need (perlu) ataupun Want (hendak). Kesimpulannya, seseorang akan mendapat sesuatu daripada orang lain seperti barang dan bantuan. Betul?
Namun, orang yang bijak akan menggunakan perkataan ‘hendak’ kerana ia menunjukkan dia tegas dengan kemahuannya. Sedangkan perkataan ‘perlu’ membuatkan seseorang kelihatan dependent.
2 Wajib vs Harus
Jika seseorang berkata, ‘Saya wajib lakukan ini’, ia menunjukkan dia komited dengan kerja dan tanggungjawabnya. Sedangkan, ‘Saya harus lakukan ini’ menunjukkan dia tahu dia harus lakukan sesuatu namun kadangkala akan melupakan niat tu selepas 5 minit.
Eh, macam familiar je. Hehe..
Ads
3 “Tak Boleh”
Orang yang bijak akan sentiasa berfikiran positif dan memikirkan bahawa semua perkara itu possible untuk dilakukan. Jika ada sebarang impian atau perancangan yang belum menjadi kenyataan, orang bijak tak akan sesekali mengatakan “Ah, tak boleh ni.” tetapi dia akan berkata “Masih belum lagi.”
‘Tak boleh’ itu seakan menutup impian.
4 “Cuma”
Satu lagi perkataan yang popular di kalangan orang Malaysia. Penggunaan ‘cuma’ sebenarnya sangatlah subjektif dan tak mewakili perasaan semua orang terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seseorang berkata, “Alah, cuma latihan matematik je..itupun susah ke?” sedangkan kawan yang seorang lagi mungkin tak merasakan matematik itu mudah.
Orang yang bijak tak akan mudah judge suatu perkara dengan merujuk kepada kebolehan dia saja tanpa mengambil peduli kebolehan orang lain.
5 “..Mengikut Pendapat Saya..”
Oleh sebab itulah, orang bijak akan lebih berjaga-jaga ketika memberi pendapat. Mereka selalu memulakan ayat dengan, “Mengikut pendapat saya…”. Ia menunjukkan orang bijak sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang keluar dari mulutnya.
Ads
Sekalipun apa yang keluar dari mulutnya itu salah, setidak-tidaknya mereka cuba mengambil bahagian dalam conversation tersebut dan mengutarakan pendapatnya dengan sopan.
Semua orang serba tahu yang hidup ini tak sentiasa adil, that is just how life works. Dengan berkata “It is not fair” jika rancangan tak menjadi, ia membuatkan orang itu kelihatan tak matang.
Contohnya, jika korang tak terpilih untuk sesuatu perkara eventhoughyou have given your all. Orang yang bijak akan bertanyakan bagaimana keputusan itu telah dibuat dan sekiranya ada perkara yang boleh diperbaiki olehnya, dia akan meminta tip.
Guys, do not be your worst critic. Jika korang tak yakin dengan diri sendiri, siapa yang akan yakin kepada korang? Sebolehnya, elakkan permulaan ayat dengan “Saya rasa..”.
Jika sememangnya orang bijak tak tahu jawapan terhadap sebarang soalan, lebih baik jika berkata, “Saya tak ada jawapan untuk soalan itu sekarang, saya akan cari dan beritahu secepat mungkin.”
8 “Itu Bukan Kerja Saya..”
Ini yang kita selalu dengar, kan?
Kenyataan seperti ini mengundang persoalan: sama ada korang ini hanya bekerja untuk duit je atau kerana korang betul-betul minat. Sekiranya bos meminta kamu menyiapkan job baru, lakukan saja sebaik mungkin.
Orang yang bijak akan berjumpa semula dengan bos selepas kerjanya tadi siap dan berbincang dengannya tentang job description sebenarnya di tempat kerja. Bukan saja bos tak boleh mengambil kesempatan ke atas korang, korang juga akan kelihatan matang pada pandangan mereka.
Honorary Mention
“It Is Not My Fault”
Orang yang bijak tak akan sesekali menunding kesalahan kepada orang lain. Ingat tau!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata angka ini jelas menakutkan dan ia menjadi “wabak tersembunyi” yang harus diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Laporan Harian Metro, masalah mental dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia kini membimbangkan dan dikenal pasti sebagai 'wabak tersembunyi'.
Kebimbangan itu diluahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berikutan pendedahan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mengenai kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat beberapa faktor utama yang mendorong masalah mental iaitu gangguan kelakuan (15.9 peratus), masalah emosi (8.3 peratus), dan hiperaktiviti (2.3 peratus).
Katanya, memberi telefon bimbit atau peranti elektronik kepada kanak-kanak yang akan menjauhkan mereka daripada berinteraksi dengan rakan sebaya malah hampir 43 peratus daripadanya kekurangan kemampuan dalam berinteraksi.
"Kanak-kanak juga mungkin mengalami gangguan kelakuan akibat daripada kekurangan kemahiran memproses maklumat atau isyarat sosial bagi mengekalkan kelakuan dalam persekitaran. "Membesar dalam keluarga yang bermasalah juga boleh menjadi satu lagi faktor penyumbang kepada masalah mental," katanya hari ini.
Menerusi tinjauan NHMS 2019 itu, didapati sebanyak 9.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun menderita masalah mental yang mana sejumlah besar daripada mereka adalah penduduk luar bandar iaitu 8.8 peratus dan B40 dengan 9.2 peratus.
Mengulas lanjut Mohideen berkata, kanak-kanak dari keluarga B40 cenderung dinafikan daripada menerima rawatan yang sempurna berikutan ibu bapa mereka yang tidak tahu mengenai isu kesihatan mental, bimbang mengenai kos rawatan yang tinggi dan sering sibuk bagi memenuhi keperluan hidup.
Katanya, harapan ibu bapa terhadap kecemerlangan akademik dan tekanan di sekolah juga menyumbang kepada kesihatan mental kanak-kanak berikutan peningkatan kecenderungan membunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.
"Hakikatnya, kira-kira 60 peratus daripada rakyat Malaysia yang mengalami gangguan mental tidak pernah mendapatkan bantuan profesional kesihatan.
"CAP menggesa rakyat Malaysia berempati dengan individu yang mengalami gangguan mental memandangkan mereka sering dicela, didiskriminasi dan diabaikan," katanya lagi.
Sehubungan itu, CAP menggesa supaya pihak berkaitan termasuk kerajaan supaya menganjurkan lebih banyak ceramah kesihatan mental berikutan kepentingannya dalam membantu ibu bapa mengenal tanda awal dan gejala gangguan mental.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Separuh Final Muzik Muzik 37 (SFMM37) telah pun melabuhkan tirainya hari ini. Sepanjang dua episod pertandingan diadakan, sebanyak 30 lagu telah dipersembahkan untuk dinilai oleh barisan juri profesional. Akhirnya hanya 12 lagu sahaja yang layak untuk dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.
Salah satu persembahan yang menjadi perhatian ramai adalah menerusi lagu Berakhirlah Pencarianku yang dipersembahkan oleh Wani kayrie dan Ahmad Syafiq. Walaupun mereka hanya muncul sebagai penyanyi gantian kepada penyanyi asal, Ernie Zakri dan Hafiz Suip, ternyata paduan vokal mereka menuai pujian ramai.
Menerima kritikan pada permulaan mereka diumumkan sebagai penyanyi gantian bagi lagu tersebut, namun apabila mereka tampil di pentas SFMM37 semalam ternyata ramai yang terpesona dengan kemampuan mereka mendendangkan lagu itu dengan baik.
Buktinya, setakat ini video nyanyian mereka yang telah dimuat naik kurang 24 jam di YouTube TV3 telah menerima tontonan lebih 32 ribu kali. Melihat ke ruangan komen, antara pujian yang diberikan:-
“Wow not bad, diorang berjaya bawa lagu ni dgn baik, memula kecewa jugak bila lagu favorite ni diganti penyanyinya, tapi lepas tengok diorang perform, kecewa tu terubat.. good job korang!” puji Aurora 11.
“OMG. Walaupun penyanyi gantian, mereka sangat bagus membawakan lagu ni. Dapat rasa romantik dan jalan cerita sungguh dapat dirasakan. Tahniah. Of course penyanyi asal lebih baik tapi duet ni 2nd! Good job,” ujar Zue Zuely
“Persembahan yang sangat baik. Goodluck Syafiq & Wani,” ucap Azlin Jamil.
Marwani Muhamad pula berkata, “Wow amazing, both of you did very well! Good Luck!”
Nurul Marlisa meninggalkan komen,“Walaupun bukan lagu diorang, tapi diorang dh buat sehabis baik ni.”
Walaupun begitu, lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Datuk A.Aida itu tidak tersenarai untuk ke peringkat akhir, namun berjaya didendangkan dengan baik oleh kedua-dua penyanyi muda tersebut.
Memetik kata-kata Wanie di Instagram, “Tahniah kepada semua finalis AJL37, Semestinya, langkah kami tidak akan terhenti di sini. Mohon maaf di atas segala kekurangan kami. Terima kasih di atas sokongan anda semua. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya, good job team!”
Lagu yang berjaya bergelar 12 lagu terbaik yang akan ke Anugerah Juara Lagu adalah Kembali Terang (Marsha), Terus Hidup (Aina Abdul), Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi), Bagaikan Dia (Liza Hanim & Shila Hamzah), Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos), Satu Malam Di Temasek (Jow Flizzow & Sonaone), Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel), Payung Pelangi (Noki & MK K-Clique), Sengsara (Khai Bahar), Irama (Shiha Zikir) dan Korban (Ernie Zakri).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengangkat tema ‘Bukalah Hati’, syarikat penyiar dan penstriman negara, Astro bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dengan pelbagai sajian hiburan yang merangkumi variasi genre termasuk pelbagai telefilem, rancangan variasi, komedi dan kanak-kanak yang sesuai untuk tatapan seisi keluarga.
Barisan selebriti yang dijemput ke majlis tayangan perdana program raya Astro 2023.
Seringkali menyajikan di antara iklan Raya paling dinanti-nantikan, buat tahun 2023 Astro mempersembahkan iklan berjudul Pertemuan Dua Hati sarat dengan penceritaan penuh emosi di antara seorang ibu tunggal dan anak angkatnya.
Iklan kali ini mengangkat kisah Chee Hoi Lan, atau Laoshi yang merupakan Anugerah Ikon Ibu Sejati Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2022 selari dengan usahanya yang bertungkus lumus dalam membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang berlainan bangsa dan agama.
Iklan yang mengambil masa penggambaran selama dua hari ini diarahkan oleh Dick Chua dan sarat dengan naratif emosi seperti karya-karyanya sebelum ini.
Sidang media Astro yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya semalam.
“Sajian Astro kali ini menampilkan rancangan-rancangan hebat yang bakal memberikan kepuasan hati untuk setiap lapisan penonton kami.
[Menerusi platform televisyen, kami bakal menyajikan 10 telefilem khas Aidilfitri di saluran Astro Ria bermula malam raya hinggalah Syawal ke-9 nanti,” ujar Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Puan Azlin Reza Azmi.
“Antaranya Pondok Quran Buruk, Sumpahan Peti Ais, Heisdilfitri, Bro Jenin, Pengantin Tangkap Muat, Raya Sebagai Isteri, Challenge Accepted, Biar Biasa Biasa, Langit Tak Mendengar dan Diari Cinta Aku,” katanya.
Menerusi saluran Astro Warna pula, program Debunk 2 akan kembali menemui penonton pada malam raya nanti. Manakala genre variasi, komedi serta kanak-kanak bakal memaparkan Holla Dolla, Siapa No. Syatu? Lina Vs Rina, Gegar Vaganza Raya, Gempak Most Wanted Raya, Celebrity Family Feud, Bombastika Raya, MeleTop Raya, Raya Lawak Warna, Spontan Balik Raya, Royal Gerambel, Famili Yang Popular dan banyak lagi.
Pastinya ramai akan terhibur dan tidak kering gusi sepanjang bulan Syawal ini!
Manakala Polis Evo 3 dan MALBATT Misi: Bakara bakal menemui peminat-peminat filem di pawagam kelak. Platform-platform digital dan radio turut akan menyajikan pelbagai jenis hiburan yang hebat, tiada henti sepanjang Syawal ini.
Tak sabar kan! Saksikan segala rancangan menarik di Astro raya kali ini okay.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!