Penantian 21 tahun India di pertandingan ratu cantik Miss Universe akhirnya sampai ke garisan penamat setelah Harnaaz Sandhu, 21 dinobatkan sebagai Miss Universe 2021 pada hari ini.
Jelitawaan berdarah Punjabi ini mengidolakan Priyanka Chopra sebagai pelakon wanita kegemarannya. Tidak keterlaluan jika kami katakan prestasi Harnaaz di pentas akhir Miss Universe 2021 mirip Priyanka dahulu di Miss World 2000.
Sebagai pelakon baharu yang telah menemui penonton menerusi filem Punjabi seperti Bai Ji Kuttange dan Yaara Diyan Poo Baran, Haarnaaz cuba untuk mengikut jejak langkah Priyanka dalam bidang lakonan.
Jom kita lihat lima fakta menarik mengenai kemenangan Harnaaz Sandhu pada hari ini.
Harnaaz Sandhu dilahirkan pada 3 Mac 2000. Ia juga merupakan tahun sama di mana wanita kedua dari India iaitu Lara Dutta memenangi gelaran Miss Universe 2000. Lara memenanginya pada 12 May 2000. Ini bermakna Harnaaz belum dilahirkan lagi sewaktu kemenangan Lara itu!
Ads
02
Kali pertama India memenangi gelaran Miss Universe adalah menerusi Sushmita Sen pada tahun 1994.
Menariknya, Sushmita, Lara dan Harnaaz dinobatkan sebagai pemenang sewaktu pertandingan Miss Universe dilangsungkan di negara selain Amerika Syarikat. Sushmita memenanginya di Filipina, Lara di Cyprus manakala Harnaaz di Israel.
03
Bercakap mengenai Lara Dutta, jelitawan Bollywood itu pantas menyambut kemenangan Harnaaz menerusi Twitter.
Ads
Tahniah @HarnaazSandhu03!!!! Selamat datang ke kelab (pemenang Miss Universe dari India bersama-sama dengan pemenang sulung dari India, Sushmita Sen) !!! Kami telah menantikannya selama 21 tahun untuk impian ini!!! Anda telah membuatkan kami amat, amat bangga!!! Berbilion impian telah menjadi realiti!!! @MissDivaOrg @MissUniverse.
Selain Lara, Miss World 2000 dan pelakon antarabangsa India iaitu Priyanka Chopra turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan bersejarah Harnaaz ini. Menerusi hantaran video di Instagram Story, Priyanka berkata, “Dan Miss Universe baharu ialah… Miss India. Tahniah Harnaaz Sandhu… dia membawa pulang gelaran tersebut setelah 21 tahun.”
04
Semasa Suhsmita Sen memenangi gelaran Miss Universe 1994, India telah menyambut kemenangan berganda menerusi Aiswarya Rai yang merupakan Miss World 1994.
Ads
(Dari kiri) : Sushmita Sen (Miss Universe 1994) dan Aishwarya Rai (Miss World 1994)
Pada tahun 2000 pula, India sekali lagi meraikan kemenangan berganda menerusi Lara Dutta sebagai Miss Universe 2000 manakala gelaran Miss World 2000 pula jatuh kepada Priyanka Chopra.
Dari kiri : Lara Dutta (Miss Universe 2000), Dia Mirza (Miss Asia Pacific 2000) dan Priyanka Chopra (Miss World 2000).
Untuk pengetahuan, pertandingan Miss World bakal dilangsungkan di Puerto Rico pada 16 Disember ini. Adakah India sekali lagi akan menang berganda untuk kali ketiga menerusi wakilnya, Manasa Varanasi?
05
Soalan pertama yang diterima Harnaaz daripada pelakon The Bold & The Beautiful, Rena Sofer adalah berkaitan dengan perubahan iklim dunia yang mendadak. Agak mengejutkan apabila Harnaaz mendapat topik tersebut kerana dia sendiri merupakan penyokong tegar pemantauan dan penjagaan iklim dunia serta alam semulajadi dari sudut penggunaan bahan dan proses penghasilan fesyen (sustaibale fashion). Kebetulan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yeke orang kata mewarna rambut mampu mengubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?
Jika korang terfikir ingin ubah gaya dan penampilan dan terfikir untuk mewarnakan rambut dengan warna-warna yang memukau, ambil inspirasi dari Kylie Jenner.
Kalau korang terfikir ingin ubah gaya dan penampilan dan terfikir untuk mewarnakan rambut dengan warna-warna pastel, ambil inspirasi dari Kylie Jenner.
Kuning bagaikan buah lemon
Hitam itu menawan!
Merah menyala
Biru ais seperti Frozen
Hot pink yo!
Menggoda dengan ungu
Dah macam barbie dengan warna blonde
Sebiru lautan!
Merah jambu buat Kylie lagi comel dan seksi kan?
Blonde highlight
Paling cantik, Rose gold!
Sebenarnya banyak lagi pilihan warna Kylie tapi di atas antara yang paling cantik dan penulis suka tapi ini paling win!
Tapi, pastikan sesuatu pewarna itu tidak merosakkan rambut kamu? Haa, ini 3 bahan WAJIB ada dalam senarai kandungannya untuk memelihara rambut korang.
Minyak Almond
Badam umpama bahan magikal, semua benda pun boleh diselesaikan menggunakan badam.
Ini kerana ia mengandungi vitamin E yang boleh meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Badam juga merupakan antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut bercabang, terutamanya bagi korang yang mempunyai masalah rambut kering setelah ia diwarnakan.
Minyak Kelapa
Ada sebab mengapa minyak kelapa popular di kalangan ramai masyarakat dahulu. Ini kerana ia mampu melindungi rambut daripada rosak akibat terdedah pada sinar matahari untuk tempoh yang terlalu lama.
Selain itu, minyak kelapa juga berkesan menghilangkan kelemumur dan mencegah uban.
Minyak Zaitun
Fungsi minyak zaitun ini mungkin sama seperti minyak kelapa, namun ia juga bagus untuk menjadikan rambut lebih kuat, sihat serta mengelakkan rambut mengalami masalah kebotakan.
So try la guys!
Selamat Beramal!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak arahan Perdana Menteri untuk rakyat duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, 18 Mac lalu, pelbagai cara ditemui netizen untuk mereka menggunakan waktu yang terluang dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Namun, bila timbang berat jawapannya tetap sama…huhu
Kalau korang perasan la, baru-baru ini TMJ tampil dengan penampilan baharu yang kurus dan lebih sihat membuatkan penyokong bola sepak negara tertanya-tanya apakah rahsia diamalkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Siapa sahaja tidak kenal dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak terkenal Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT dalam dunia bola sepak.
Walaupun saingan bola sepak tempatan masih lagi belum bersambung kerana penularan pandemik, namun gaya hidup dan perkembangan semasa Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ ini sentiasa sahaja menjadi tumpuan ramai.
.
Selepas menerima banyak pertanyaan, TMJ yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berkongsi tips bagaimana di mampu menurunkan berat badan tanpa mengambil suplemen (produk tambahan).
“Saya terima banyak mesej yang bertanya mengenai rutin harian dan senaman yang dilakukan. Saya telah berjaya hilangkan 22 kilogram (kg) berat badan saya yang kini 68kg.
“Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa suplemen, selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan.
“Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil untuk turunkan 22kg, selain melakukan senaman tidak lebih sejam.
.
.
.
“Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gimnasium atau lari jarak jauh.
“Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa satu minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan,” kata Tunku Ismail dalam Insta Story miliknya semalam.
Tunku Ismail turut berkongsi pengalaman rakannya yang meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat serangan jantung walaupun sering ke gimnasium dan mempunyai tubuh badan sasa.
“Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meninggal kerana serangan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat,” jelasnya.
So korang yang ingin mengurangkan berat badan tu boleh la guna cara yang dilakukan oleh TMJ ini. Dah kurus nanti jangan lupa tag majalah Remaja eh!hiks
Bagi yang masih belum menonto filem Ocean’s 8 di pawagam lagi, where have you been?!
Jangan risau – kami tidak akan berikan spoiler.
Apa yang korang perlu tahu adalah ia melibatkan plot ingin mencuri rantai mewah Cartier bernama Jeanne Toussaint bernilai USD150 juta.
Now, di dalam filem yang menampilkan 8 pelakon wanita hebat seperti Sandra Bullock, Cate Blanchette, Anne Hathaway, Sarah Paulson, Rihanna, Mindy Kaling, Awkwafina dan Helena Bonham Carter ini, tidak semua di kalangan mereka yang ‘terdesak’ memerlukan wang hasil pencurian itu pun.
Lou (Cate) mempunyai perniagaannya, Daphne Kruger (Anne) sudah cukup popular di Hollywood dan Tammy (Sarah) pula bahagia di samping suami dan anak-anak.
Jadi, apa sebenarnya yang mendorong mereka untuk mencuri selain untuk melakukannya demi kawan baik, Debbie (Sandra).
Semuanya disebabkan Kleptomania, iaitu sejenis penyakit psikologi yang membuatkan seseorang ingin mencuri dan merasa puas. Kleptomania mendorong pengidap untuk tidak dapat menahan godaan mengambil barang tanpa izin.
Sebelum mencuri, dia akan berasa gelisah disebabkan keinginan tersebut. Semasa mencuri, dia akan berasa cemas.
Namun selepas berjaya melarikan diri tanpa dikesan, dia akan berasa amat puas seolah-olah telah menyelesaikan misi tersembunyi!
Mencuri Bukan Untuk Keuntungan
Dari segi kimia, Kleptomania dihidapi kerana penghidap tidak mempunyai kestabilan hormon emosi pada otak sehingga dia terdorong untuk mencuri. Perbuatan mencuri akan melepaskan zat pada sel otak lalu membuatkan dia ketagih untuk melakukannya sekali lagi.
Namun, jika tidak dibendung, penghidap yang selalu akan dibebani dengan rasa bersalah selepas perasaan puas itu hilang boleh dilanda gangguan mental kerana perasaan membenci diri sendiri.
Jika berdepan dengan situasi ini, mereka memerlukan rawatan psikoterapi dan mengambil ubatan anti depressen jenis selective serotonin reuptake inibitor (SSRI) yang telah disahkan oleh doktor. Ini semua bagi menurunkan rasa ketagih tersebut.
Jadi kalau korang kenal dengan penghidap seperti ini, jangan gelakkan atau takut dengan mereka. Bantu mereka untuk mendapatkan rawatan Kleptomania.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah tular kebakaran rumah di Gerik menarik perhatian apabila duit raya RM30 terselamat dalam beg Christy Ng, mencetuskan reaksi netizen dan jenama itu sendiri.