Tahniah buat Miss India Harnaaz Sandhu! Secara rasmi Miss India Harnaaz Sandhu ialah Miss Universe yang baharu.
Untuk pengetahuan korang, Miss Universe 2021 baru saja melabuhkan tirainya. Miss Universe yang paling banyak terima kecaman dari peminat dan beberapa buah negara kerana lokasinya di Israel.
Memang popular dengan wanita-wanita yang cantik dengan mata yang bundar, kulit sempurna, hidung mancung terletak, bentuk wajah yang kecil dan keanggunan wanita India sejati. Bahkan India termasuk dalam senarai negara yang paling banyak memenangi pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa.
Beberapa pertandingan kecantikan yang sudah dimenangi oleh wanita-wanita di India antaranya, Miss World, Miss Universe, Miss Asia Pacific dan juga Miss Earth. Rata-rata ratu cantik India ini menceburkan diri dan kerjaya dalam dunia lakonan bahkan bergelar pelakon hebat dalam dunia Bollywood.
Siapakah antara mereka yang penulis maksudkan
1. Leela Naidu
Leela Naidu yang cantik memenangi gelaran Miss India pada tahun 1954. Dia muncul dalam senarai ‘Sepuluh Wanita Tercantik di Dunia’ seperti yang dinobatkan oleh majalah Vogue. Dia membintangi beberapa filem Hindi dan Inggeris dan meninggal dunia pada tahun 2009.
2. Rita Faria
Ads
Foto Via KHBUZZ
Rita Faria adalah wanita India pertama yang membawa pulang mahkota Miss World pada tahun 1966. Namun setelah tamat tempoh satu tahun sebagai Miss World, dia menolak semua tawaran model dan filem dan memilih untuk melanjutkan pengajian perubatan.
3. Zeenat Aman
Foto Via
Pelakon Zeenat Aman dikenali setelah diumumkan sebagai naib juara dalam pertandingan Miss India. Dia kemudian dinobatkan sebagai Miss Asia Pasifik pada tahun 1970. Zeenat kemudian, memulakan kerjaya sebagai model dan merupakan salah seorang pelakon yang membantu mengubah persepsi wanita India sebagai lemah lembut dan patuh di negara tersebut.
4. Juhi Chawla
Juhi Chawla memenangi mahkota Miss India pada tahun 1984 dan dia dianggap sebagai salah satu yang terbaik dari undian. Juhi beralih ke karier filem, di mana, dia berjaya mengumpul berjuta-juta peminat sehingga kini.
5. Yukta Mookhey
Yukta Inderlal Mookhey adalah pemenang Miss World 1999. Dia adalah wanita India keempat yang menang Ratu Dunia. Pernah dinobatkan sebagai Femina Miss India World pada tahun 1999. Dia adalah bekas model, dan juga pernah bekerja di Bahasa Hindi filem. Beliau juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai sosial dan amal kebajikan
Ads
6. Sushmita Sen
Sushmita Sen adalah wanita yang mengakhiri kemarau India pada pertandingan Miss Universe pada tahun 1994. Orang India pertama yang memenangi gelaran, Sush adalah yang paling tinggi dari yang lain sejak awal. Dia tidak hanya memantapkan dirinya sebagai seorang pelakon tetapi juga memperlihatkan diri sebagai seorang wanita dan ibu tunggal dengan menjaga sendiri dua anak perempuannya.
7. Aishwarya Rai
Aishwarya Rai adalah wanita kedua yang memenangi mahkota Miss World. Terpesona dengan kecantikan semula jadinya ketika beraksi dalam filem Taal dan Aa Ab Laut Chalen, di awal pembabitan selepas diangkat menjadi Ratu Cantik Dunia pada 1994.
Isteri kepada pelakon Abhishek Bachan ini dikenali sebagai salah satu wanita tercantik di dunia. Kini, meniti usia 47 tahun dikhabarkan beliau lebih fokus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
8. Diana Hayden
Ads
Foto Via
Diana boleh diistilahkan sebagai salah satu pemenang Miss India yang paling menarik dengan ketenangannya yang sempurna. Dia juga satu-satunya peserta Miss World yang mendapat kemenangan besar pada pertandingan Miss World pada tahun 1997 iaitu Miss Photogenic, Miss Beachwear dan Miss World.
9. Lara Dutta
Foto Via
Lara Dutta adalah Miss Universe India selepas Sushmita Sen. Lara memenangi gelaran pada tahun 2000. Kini, dia adalah seorang pelakon, seorang produser dan seorang isteri kepada Mahesh Bhupathi.
10. Priyanka Chopra
Isteri Nick Jonas, Priyanka merupakan wanita India terakhir yang memenangi gelaran Miss World. Sudah lebih dari sepuluh tahun India kembali dengan tangan kosong dari pertandingan antarabangsa. Kini, Ratu Cantik Dunia 2000 ini telah mencipta nama dalam industri Bollywood dan juga Hollywood.
11. Harnaaz Sandhu
Paling terbaru, Harnaaz menewaskan 79 peserta lain untuk gelaran tersebut. Dia adalah Miss Universe India ketiga, selepas Lara Dutta pada tahun 2000 dan Sushmita Sen pada tahun 1994.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah namanya perempuan, penjagaan kulit wajah tu memang perkara pertama yang selalu mereka fikirkan.
Tapi, tak semua orang faham dan tahu untuk memilih jenis produk yang sesuai dengan kulit wajah sendiri.
Jadi, ada beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum memilih produk pencuci muka yang sesuai.
Ada lima jenis kulit yang biasanya ditemui.
1. Kulit normal
Seimbang dari segi kelembapan, minyak dan ketahanan kulit.
Untuk jenis kulit ini, korang tak perlu risau sebab sesuai untuk semua jenis pembersih wajah. Tapi, sebaiknya gunakan pencuci muka yang berasaskan susu kerana ia dapat menjadikan kulit lebih lembut.
2. Kulit kering
Liang roma sukar dilihat beberapa jam selepas muka dicuci.
Elakkan pencuci yang mengandungi alkohol dan minyak.
3. Kulit berminyak
Kulit jadi berkilat dan berminyak selepas beberapa jam dicuci.
Pilih pencuci dengan pH yang rendah (acidic) untuk memudahkan minyak dihilangkan.
4. Kulit kombinasi
Kulit berminyak di zon T dan kering pada bahagian muka yang lain.
Elakkan sabun mandi atau sabun muka. Cari pencuci muka yang lembut pada kulit dan basuh dengan air suam.
5. Kulit sensitif
Kulit selalu rasa tegang atau gatal-gatal dan mengalami alahan bila terkena bahan kimia tertentu yang digunakan dalam pencuci muka.
Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merengsa kulit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Usaha dan kegigihan tidak akan sia-sia andai berani menyahut cabaran. Pepatah ini sesuai diumpamakan kepada wanita berusia 28 tahun ini apabila dia akhirnya berjaya memenangi gelaran Miss Universe Vietnam 2022 sekaligus mengalahkan 70 peserta yang lain.
Nguyen Thi Ngoc Chau bukanlah nama asing dalam dunia peragaan dan ratu cantik di negaranya. Beliau sebelum ini pernah memenanangi rancangan realiti Vietnam Next Top Model pada tahun 2016 ketika berusia 22 tahun.
Kemudian pada tahun 2018, dia telah memenangi pertandingan Miss Supranational Vietnam 2018 sekaligus mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa. Tidak pulang dengan tangan kosong, wanita tinggi lampai ini berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik dan diberikan gelaran Miss Supranational Asia 2018.
Sebagai veteran dalam dunia peragaan dan ratu cantik, semestinya tekanan untuk menempa kejayaan menjadi lebih hebat. Namun dia membuktikan dengan segala pengalaman yang dimiliki, dia adalah individu yang tepat untuk mewakili negaranya.
Daripada 71 peserta di peringkat awal kemudiannya dikecilkan kepada 41 peserta untuk tampil di pentas finale, dia berjaya menembusi ke jajaran 16 peserta terbaik sebelum diumumkan sebagai Top 10. Setelah menempuhi cabaran pakaian renang dan juga persembahan gaun petang, Ngoc Chau akhirnya diumumkan sebagai salah seorang peserta Top 5.
Di peringkat lima terbaik ini, masing-masing diberikan soalan yang berbeza-beza untuk dijawab. Setelah melalui cabaran ini, para finalis kemudiannya dikecilkan lagi menjadi tiga peserta terbaik dan mereka menerima soalan yang sama sebagai penentu kepada pihak juri memilih siapakah yang terbaik.
Kredit foto: Instagram Miss Universe Vietnam
Mengiringi dirinya sebagai Miss Universe Vietnam yang baharu, Le Thao Nhi dinobatkan sebagai naib juara dan Huynh Pham ThuyTien pula berada di kedudukan ketika. Mereka masing-masing menerima mahkota dan hadiah iringan sebagai habuan kejayaan.
Miss Universe Vietnam 2022 kali ini menampilkan barisan juri profesional termasuklah tiga bekas pemenang Miss Universe iaitu Harnaaz Sandhu, Catriona Gray dan Natalie Glebova. Setakat ini Vietnam sudah lima kali berjaya bergelar semi-finalis di pentas utama Miss Universe dan kejayaan tertinggi dicapai oleh Miss Universe Vietnam 2017, H’Hen Nie apabila dia menjadi peserta Top 5 di Miss Universe 2018.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang ingin menurunkan berat badan namun menggunakan mekanisme atau pun teknik yang salah dan membahayakan kesihatan. Mana tidaknya, pantang lihat iklan produk kurus mulalah terperdaya.
Guys, tidak ada produk yang boleh buatkan korang kurus serta-merta. Jangan mudah tertipu dan akhirnya mengundang bahaya pada diri sendiri.
Sedar akan ramai masyarakat kita yang ingin menurunkan berat badan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun berkongsi ‘slimming set’ yang berkesan dan selamat untuk korang amalkan. Paling penting, tak perlu keluar modal besar pun.
Jom kita lihat panduan ‘slimming set’ yang diberikan percuma oleh KKM ini.
1. Makan tanpa berlapar
• Amalkan konsep #SUKUSUKUSEPARUH
• Amal 3 kali sehari
• Lengkap dengan vitamin, mineral dan serat
• Dijamin kesihatan berpanjangan
• Lulus KKM
2. Air untuk detoks
• Minum AIR KOSONG 6-8 gelas sehari untuk bantu detoksfikasi badan secara semulajadi
• Tiada kalori
• Dijamin selamat
• Awet muda
• Tip: Bawa air kosong pergi kemana-mana
3. Bakar Lemak
• Lakukan SENAMAN 5 kali seminggu
• Sambil bersenam sambil lihat keindahan alam
• Tingkatkan metabolisma
• Mengurangkan stres
• Tidur lebih lena
• Dijamin lebih bertenaga
Tak susah pun sebenarnya kan? So, buat apa korang nak habis duit beribu untuk beli produk yang belum tentu berkesan? Guna sahaja teknik selamat yang diberikan KKM ini, buat secara konsisten confirm berat badan tu turun.
Selamat berjaya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Good Boys Go To Heaven ialah siri terbaru daripada Astro Originals yang sarat emosi dan misteri, mengangkat kisah kehilangan kanak-kanak, trauma komuniti serta isu kesihatan mental bermula 8 Mei di Astro One dan sooka.