Siapa je yang tak suka makan burger kan? Dari budak kecik sampai la ke orang dewasa, boleh dikatakan burger tu memang favourite food setiap orang.
Ada individu lebih suka burger simple macam yang dijual di tepi jalan tu dan ada juga yang suka burger dengan patty tebal disaluti limpahan cheese.
Ha, dengar je pun dah boleh terliur kan?
Remaja nak kongsikan lima jenis burger yang dirasakan paling sedap di dunia dan rugilah kalau korang tak pernah cuba.
1. Big Mac
Kalau pergi McDonald, atleast sekali korang kena try Big Mac sebab rasa daging segar dan ketebalan isi dagingnya memang boleh buat korang kenyang sampai malam. Pendek kata, puas hati beb!
Ads
2. Burger bujang
Nampak simple je, tapi sekali makan boleh ketagih dibuatnya. Tak mewah sangat macam burger-burger di restoran fast food, tapi rasanya tetap umphh walaupun harga jauh lebih murah berbanding burger-burger yang lain.
3. Zinger burger
Ads
Nak makan burger, tapi rasa macam nak makan ayam goreng jugak. Okay la kalau macam tu apa kata korang order je Zinger burger ni sebab kenikmatannya sama-sama dirasai. Isi ayam goreng yang dimakan bersama roti burger, memang sesuai untuk korang yang berselera macam-macam. Hiks!
4. Burger bakar
Satu masa dahulu, burger bakar pernah menjadi viral kerana ketinggiannya dan limpahan cheese membuatkan ramai yang ingin mencuba. Rasanya, memang superb tak boleh disangkal lagi.
Ads
5. Crunchy Jalapeno Burger
Siapa yang gilakan hidangan pedas pasti akan sukakan burger daripada Texas Chicken ini.
Sebaik je korang rasakan bite pertama pada burger ini, rasa macam nak meletop tu pasti muncul! Bukan disebabkan oleh rasa pedas Zesty Jalapeno Cheese Bombers tu tau, tapi disebabkan adunan pelbagai rasa dalam satu hidangan burger.
Crunchy Jalapeno Burger datang dengan filet peha ayam, nanchos rangup, keju cair dan sos keju nacho. Kesemuanya dalam satu pakej. Kalau nak rasa oomph lagi, makan bersama hidangan side dish seperti Fry ‘N’ Dip Nachos.
Amacam, dah terliur ke?
Untuk pengetahuan semua, cawangan Texas Chicken pertama di Johor baru saja dibuka di City Square Shopping Mall dan ia juga adalah cawangan ke-48 di Malaysia. Jadi, dapat remaja di Johor merasakan Crunchy Jalapeno Burger ini selain daripada menu popular spicy chicken dan all-American Honey-Butter Biscuits.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Maya Karin yang berkongsi beberapa momen ketika jalani penggambaran filem Duyung: Lagenda Aurora di media sosialnya telah meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi beberapa foto sewaktu berada di salah sebuah pulau di Langkawi.
Dalam perkongsian itu, dapat dilihat pelakon filem popular Pontianak Harum Sundal Malam itu sedang berjemur sambil memakai cermin mata berbingkai warna merah jambu.
Bagaimanapun, gaya swafoto Maya telah menarik perhatian dalam kalangan warganet apabila ada segelintir peminatnya berseloroh ternampak bendasing di dalam hidungnya.
Dalam pada itu, ramai turut terpesona melihat wajah mulus pelakon berdarah Jerman itu walaupun tanpa secalit alat solek.
“Cantiknya Kulit,” komen seorang pengguna.
“Looks good on you,” komen lagi pengguna lain.
“Ada beruang dalam gua pun tetap cantik!” tulis seorang pengikut.
Sekadar info, Maya Karin kini sedang dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama bintang terkenal tanah air seperti Anna Jobling, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Maya Karin
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah REMAJA ucapkan kepada pasangan pengantin baru, Elfira Loy & Faris Khairul Anuar!
Mereka memilih tarikh istimewa 1 Januari 2019 untuk diijab kabulkan di Cyberjaya View Resorts & Spa di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.
Ramai juga kenalan selebriti Elfira yang turut hadir untuk meraikan majlisnya itu termasuk rakan karibnya, Randy Pangalila. Namun Randy tidaklah keseorangan apabila Elfira turut ditemani 8 orang bridesmaids. LAPAN orang!
Antaranya ialah pelakon Sweet Qismina yang juga menjadi gadis pengapit, Ezlisaa Loy, Bella Dally, Santhawan Boonratana, Rita Nadira, Syahiera Khamsan, Nur Anis dan Syahirah Kasim.
Masing-masing menggayakan persalinan Bollywood daripada fabrik lengha Sakeena Sirajudeen Collection pada malam berinai Elfira yang berlangsung kelmarin.
Menariknya, menurut paparan instastory, Elfira dikatakan telah membeli kain sarinya iu semasa menyertai trip AirAsia ke Kochi India sekitar 3-4 tahun lepas.
Sepanjang tempoh tersebut jugalah, Elfira telah menyimpannya untuk dipakai ketika majlis perkahwinannya. Nampaknya, tercapailah juga impian Elfira itu.
Jom lihat stail mereka semua, mana tahu korang akan inspired untuk mengadakan majlis bertemakan Bollywood pada majlis korang kelak.
Sweet Qismina
Bella Dally
Santhawan
Syahiera Khamsan
Rita Nadira
Ezlisaa Loy
Nur Anis
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada lebih kurang satu minggu saja lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Nak diingatkan, korang dah bayar zakat ke belum?
Bayar zakat fitrah adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilangsaikan sebelum tiba Aidilfitri.
Jadi pada mereka yang busy sangat sampai kadang-kadang terlupa untuk menjalankan tanggungjawab ini, korang sebenarnya boleh bayar melalui online dan tak perlu rasa ragu-ragu lagi kerana hal ini telah pun dijawab oleh Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Mudah kan? Zaman dah moden, semuanya boleh dilakukan secara digital.
Okay, jom kami kongsikan bagaimana cara yang korang perlu buat untuk membayar zakat fitrah ini secara online bagi pengguna Maybank2u.
1. Log in
2. Pilih Bill Payment
3. Klik Make a one-off payment
4. Pada bahagian Category, pilih Zakat & Charity
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negara yang korang tinggal
6. Pada bahagian Type of zakat, pilih Zakat Fitrah dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar
Dah tak ada alasan lagi tak sempat nak jumpa Amil untuk bayar zakat kan? Bayar online je ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Guru tari terkenal, Linda Jasmine mendedahkan bahawa anak lelakinya, Qalif Khan, kini sedang mengejar cita-cita dalam bidang muzik.Menurut Linda, puteranya itu bukan sahaja aktif...