Pelakon berkaliber, Mimi Lana mendedahkan dia menangis selama hampir seminggu selepas terpaksa memotong pendek rambutnya demi menjayakan watak menerusi filem The Experts.
Berkata kepada Remaja, dia pada ketika itu berasa tidak yakin pada diri dan sedikit kekok dengan imej tersebut.
“Waktu saya potong rambut untuk The Experts ini, saya rasa hampir seminggu saya menangis. Sebab saya rasa tak boleh terima dan tak boleh carry dengan gaya rambut itu.
“Jadi, baru sekarang ini saya nak rasa rambut panjang balik. Tolong jangan suruh saya potong rambut lagi,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon naskhah hit Perempuan Itu turut berpendapat imej berambut pendek kurang sesuai dengannya dan akui mengambil masa untuk menyesuaikan diri.
Ads
“Mungkin saya dah biasa rambut panjang dan tak pernah berambut pendek. Saya rasa kali terakhir saya rambut pendek, waktu saya sekolah dulu. Bila mereka minta saya potong rambut pendek, mulanya saya yakin.
“Okey boleh la! Tapi bila dah potong, saya rasa tak ada benda yang dapat tutup diri saya. Ini kali pertama saya rasa macam itu.
“Setiap kali bangun pagi, saya rasa ‘oh no, this is not me, tak sesuai dengan diri saya’. Saya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tapi lama-lama saya kena terima lah,” ujarnya.
Ads
Sementara itu, disoal adakah sanggup memotong lagi rambutnya jika mendapat bayaran tinggi dalam mana-mana tawaran, Mimi menjawab dia akan melihat dari segi skrip terlebih dahulu.
“Insya-Allah, (potong rambut jika dapat bayaran tinggi). Kita kena tengok la bayaran itu, berbaloi ke tak. Kita kena tengok skrip juga.
“Kalau skrip itu menuntut kita berambut pendek, tak boleh panjang, kita kena potong lah. Apa-apa pun kita tengok pada skrip lah,” tuturnya lagi.
Ads
Sekadar info, filem aksi heist, The Experts terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.
Selain Mimi, The Experts turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Najwa Latif hakikatnya tidak pernah menghilang daripada radar dunia hiburan.
Malah, Najwa juga konsisten mengeluarkan single terbaru dalam beberapa tahun kebelakangan ini seperti Satu, Biar dan Hilang. Tontonan video muziknya juga mencecah lebih 1 juta tontonan setiap kali ia dimuat naik di YouTube.
Namun, disebabkan oleh komitmen Najwa terhadap pelajaran dia perlu membahagikan masa di antara pelajaran dan kerjaya. Mungkin sebab itu kemunculannya di televisyen, talkshow dan persembahan luar tidak ‘sekencang’ penyanyi sebaya dengannya.
“Mama juga menyokong penuh keinginan saya untuk belajar. Kami juga selalu membincangkan keputusan saya untuk belajar sehinggakan saya melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran di United Kingdom. Mama berat hati untuk lepaskan saya pergi.
“Saya juga hormati keputusan itu. Lagipun, kalau nak belajar – di mana-mana saja pun boleh,” tambah Najwa.
Mengenai hubungan dengan mama, Najwa juga menganggap beliau sebagai best friend sendiri.
“Semua adik-beradik saya tahu kami boleh bercakap tentang apa-apa saja dengannya. Macam saya, mama faham keperluan saya untuk melakukan persembahan kerana mama juga pernah aktif dalam pementasan di Johor dan beliau sukakn rentak keroncong dan Tradisional.
“Cuma sejak bergelar guru, beliau lebih menjurus kepada deklamasi sajak dan puisi di atas pentas. Yang penting, masih di atas pentas!” selorohnya.
Satu perkara yang melucukan adalah apabila mama Najwa pernah menyatakan suara Najwa kasar ketika menyanyi!
“(Ketawa) Iyalah, mama sudah terbiasa dengan irama tradisional. Berbanding dengan saya, mungkin skil saya lebih kepada pop. Apapun, saya dan kakak selalu menganggap mama sebagai pengkritik nombor satu kami.
“Contohnya, semasa kami hasilkan Cinta Muka Buku, dia kata tak sedap. Namun bila kami menerima respon baik daripada pendengar, dia lembutkan hati dan kata, ‘Mungkin orang muda sukakan lagu sebegini.’ Saya tahu, mama mengkritik kerana dia ingin memastikan lagu yang saya nyanyikan mudah diterima ramai.”
Najwa Latif di dalam paparan REMAJA isu Mei 2017.
Mengakhiri perbualan REMAJA bersama Najwa Latif, Najwa menganggap tiap-tiap hari adalah Hari ibu. Dia juga lebih gemar untuk membelikan hadiah untuk mamanya secara random jika terjumpa. Ini kerana keluarga memang sebegitu. Tidak terlalu obses dengan perancangan, hanya beli dan beri saja.
“Sebab itulah, setiap hari adalah Hari Ibu untuk kami!”
Happy Mothers Day, aunty!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Warna hitam sekali lagi mendominasi karpet merah untuk musim anugerah karya lakonan di Hollywood.
Kali ini, selebriti, penggiat di belakang tabir dan pengiring makanan sekalipun memilih untuk memakai pakaian berwarna hitam di anugerah BAFTA 2018 sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan yang dihadapi oleh wanita.
Situasi ini seakan pengalaman deja-vu yang pernah berlaku di anugerah Golden Globe, Januari lalu.
Pelakon dan penggiat karya wanita menyokong Time’s Up Movement dan kempen #MeToo di anugerah Golden Globes tahun ini.
Ia bukan saja dilakukan untuk wanita semata-mata. Ia juga adalah untuk memperjuangkan hak semua jantina ketika berada di lokasi kerja, sama ada menyentuh tentang bayaran tak setimpal, penindasan, mempergunakan kuasa secara autokratik dan sebagainya.
Walaupun berada di kalangan dress, pant suit dan gaun pendek berwarna hitam, sepuluh selebriti ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan stail mereka.
Ini termasuklah Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang – hairannya – memilih untuk memakai dress berwarna hijau lumut.
Hhm, kenapa agaknya? Dan siapa paling bergaya di anugerah BAFTA, hari ini?
Jom lihat!
Kate Middleton
Jenny Pakham.
Dress hijau lumut ini menjadi antara topik hangat di media sosial. Ramai bertanyakan mengapa Kate Middleton enggan memilih warna hitam seperti selebriti dan aktivis lain?
Well, menurut laporan tak rasmi Istana Buckingham, ahli kerabat istana seringkali akan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang political statement di acara terbuka. Malah, ahli kerabat istana juga tidak akan mengundi semasa pilihan raya.
Walaupun pemakaian warna hitam di anugerah BAFTA bukanlah satu statement politik yang memihak kepada mana-mana parti negara itu, namun Kate memilih untuk bersifat neutral.
Memang ramai netizen yang tak puas hati dengan keputusan Kate untuk tidak memakai dress hitam. Namun, masih ramai yang merasakan beliau tetap menyokong kempen Time’s Up Movement ini dengan memilih warna gelap dan nampak cantik dengan baby bump!
Angelina Jolie
Ralph & Russo.
Emma Roberts
Schiaparelli.
Jennifer Lawrence
Christian Dior Couture.
Lily James
Burberry.
Timothee Chalamet
Saint Laurent.
Letitia Wright
Gucci.
Daniel Kaluuya
Saoirse Ronan
Chanel.
Florence Pugh
Miu Miu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, khabar mengenai pengunduran diri angggota kumpulan K-Pop RIIZE, Seunghan telah menarik perhatian ramai pihak kerana dua hari sebelumnya dia dikatakan akan kembali semula bersama kumpulan tersebut selepas setahun berehat.
Disebabkan pengumuman rasmi pengeluaran Seunghan atau nama sebenarnya Hong Seung Han (21) sebagai anggota RIIZE, ramai peminat antarabangsa meluahkan rasa kecewa dan marah sehingga mula melancarkan boikot secara besar-besaran terhadap RIIZE.
Tindakan boikot ini melibatkan tidak berinteraksi dengan setiap kandungan yang dimuat naik oleh syarikat, berhenti mengikuti kumpulan tersebut di media sosial, termasuk tidak membeli sebarang jenama yang melibatkan RIIZE.
Susulan itu, kempen pemboikotan berkenaan juga mula menunjukkan hasilnya apabila para ‘fandom’ K-Pop lain juga turut melakukan hal yang sama bagi menunjukkan sokongan untuk Seunghan.
Antara bahagian penting menerusi pemboikotan ini adalah peminat mula membatalkan pembelian ‘pre-order’ dan tidak membeli sebarang album atau ‘merchandise’ yang dilancar atau dikeluarkan oleh RIIZE bagi menunjukkan protes kepada syarikat yang menguruskan kumpulan K-Pop generasi kelima itu.
Dalam pada itu, beberapa pembekal dan penjual rasmi album K-Pop terkenal di beberapa negara termasuk Amerika, Eropah dan Asia juga turut menarik diri dan secara rasmi memberitahu peminat menerusi platform media sosial bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan melanjutkan penjualan album dan ‘merchandise’ RIIZE.
Kredit: Heepurinz
Melalui tindakan yang dilakukan oleh pembekal dan peruncit terbesar ini dalam menghentikan penjualan ini juga secara tidak langsung memberi kesan kepada aspek kewangan agensi syarikat yang menguruskan RIIZE iaitu SM Entertainment.
Sementara itu, difahamkan kira-kira lebih dari 3,000 peminat akan mengambil bahagian dalam perhimpunan protes di hadapan bangunan SM Entertainment pada 18-20 Oktober ini bagi menuntut keadilan untuk Seunghan.
Post by @jjhyeon1995_
View on Threads
Terdahulu, Seunghan debut bersama Shotaro, Eunseok, Sungchan, Wonbin, Sohee, dan Anton sebagai anggota RIIZE pada 4 September 2023 kemudian diumumkan hiatus pada November 2023 selepas mencetus kemarahan peminat di Korea Selatan apabila beredarnya sebuah gambarnya yang dikatakan bersama bekas kekasih.
Pada 11 Oktober, SM Entertainment dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Seunghan akan kembali menjalankan aktiviti sebagai anggota RIIZE semula pada November ini. Namun, ia mendapat kecaman besar-besaran dari peminat di Korea sehingga ada yang menghantar ratusan karangan bunga ‘kematian’ sebagai tanda protes. Seunghan kemudian mengumumkan pengunduran diri pada 14 Oktober lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!