Penyanyi terkenal dari seberang, Mahalini Raharja yang bakal melangsungkan pernikahan bersama penyanyi popular, Rizky Febian, Rabu ini telah sah memeluk agama Islam.
Perkara ini disahkan oleh bapa Rizky yang juga pelawak terkenal, Sule menerusi saluran YouTube SL Media miliknya.
Penyanyi lagu popular Terpisah Jarak Dan Waktu itu berkata, Mahalini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya untuk memeluk Islam.
“Lini (Mahalini) sudah diizinkan keluarganya. Dia sudah mendapat restu daripada orang tuanya dan keluarga,” katanya.
Ads
Proses pelantun lagu Mati-Matian itu bergelar mualaf perlu dibuat sejajar dengan peraturan di Indonesia yang menetapkan setiap pasangan bernikah berdasarkan ajaran agama yang sama.
Selain itu, Sule turut menjelaskan, dia menyedari persoalan masyarakat yang meragui status agama Mahalini sebelum berkahwin dengan anaknya.
Ads
Terdahulu, tular berita mereka di media sosial apabila kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali di kediaman keluarga Mahalini di Denpasar, Bali.
Sule berkata, upacara dinamakan ‘mepamit’ ini menandakan bahawa Mahalini sudah memeluk agama Islam dan boleh mendirikan rumah tangga.
Sekadar informasi, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 7 Mei tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Masa awal-awal tu pressure juga memandangkan ‘drama’ bermula sejak di awal pertandingan lagi. Pernah lah juga Wani terfikir, ‘Why must this happen now?’ .”
Begitulah luahan hati penyanyi, Wani Kayrie yang baharu sahaja menamatkan saingan dalam program realiti nyanyian, Famili Duo bersama rakan duet, Bella Astillah. Dalam episod terakhir yang dipancarkan secara langsung pada hari Ahad lepas, Wani dan Bella berjaya menduduki tangga ketiga terbaik.
Kedudukan juara berpihak kepada pasangan adik-beradik, Zaki dan Yamani Abdillah manakala sepasang lagi adik-beradik berstatus penyanyi, Ayda Jebat dan Fyna Jebat pula membawa pulang gelaran sebagai Naib Juara.
Wani Kayrie (kiri) dan Bella Astillah sentiasa memberikan yang terbaik dari aspek persembahan di program Famili Duo.
Ketika dihubungi oleh REMAJA, Wani Kayrieberkongsi punca utama mengapa dia sekali lagi sanggup bergelar peserta program realiti nyanyian dan cabaran yang dihadapinya sepanjang lapan minggu ia berlangsung.
“Sebenarnya, ramai sahaja bertanyakan kepada Wani; “Kenapa nak masuk banyak-banyak pertandingan? Kenapa tak fokus sahaja kepada kerjaya nyanyian sedia ada dan pelajaran?“. Bagi Wani, pengalaman yang dikutip daripada setiap pertandingan yang disertai adalah berbeza.
“Malah, idea untuk menyertai Famili Duo pun sebenarnya hadir daripada Bella (Astillah) sendiri. Walaupun tidak begitu berpengalaman sebagai seorang penyanyi profesional, Bella terbuka hati untuk menyahut cabaran ini.
“Cuma bila bertanding sebagai pasangan duet ini, sudah tentu tekanan berganda, kerja dan persediaan juga berganda. Segala persetujuan sama ada dari segi konsep, baju dan apa-apa pemilihan lain memerlukan kata sepakat kedua-dua peserta. Semuanya double up.
“Famili Duo telah mengajar saya untuk tenang mengendalikan cabaran berpasukan.”
“Apabila kemenangan di minggu pertama berpihak kepada kami menerusi lagi Sumandak Sabah, ia secara tidak langsung membuatkan kami terutamanya Bella lebih yakin dan bersemangat untuk memberikan yang terbaik pada setiap minggu,” ujar bakal graduan jurusan perundangan ini.
Umum rata-rata sudah mengetahui ‘drama’ yang tercetus di antara rakan duet Wani, Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz akibat kehadiran individu ketiga.
Nama Sophia Albarakbah terpalit sebagai insan yang dikatakan ‘menempel’ dalam perhubungan suami isteri selebriti itu dek kerana hubungan rapatnya dengan Aliff di set penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang baru sahaja mula ditayangkan di saluran TV3.
Justeru, selaku rakan duet Bella, Wani mendedahkan bahawa episod pertelingkahan itu sebenarnya sudahpun bermula sejak minggu-minggu awal pembabitan mereka dalam Famili Duo lagi.
“Seperti saya katakan tadi, pengalaman menyertai Famili Duo 2 telah banyak mengajar saya untuk kekal tenang meski terpaksa berdepan dengan isu-isu di luar konteks pertandingan.
“Masa awal-awal tu pressure juga memandangkan ‘drama’ bermula sejak di awal pertandingan lagi. Pernah lah juga saya terfikir, ‘Why must this happen now?’.
“Bella datang kepada saya untuk mengadu. Sebagai rakan duet, sayalah insan yang akan mendengar serba-sedikit luahan hatinya kerana saya ingin Bella cepat bangkit. Saya pun tidak mahu menjadi menjadi pasangan duet yang tak memahami.
“Begitupun, saya tak mahu ambil tahu secara mendalam mengenai hal rumah tangganya. Bagi saya, itu adalah di antara dia dan suaminya.
“Saya sedar, Bella ini hatinya memang lembut. Bila dapat komen negatif, dia boleh cepat ‘down’. Inikan pula bila diasak isu rumah tangga.”
“Oleh itu, saya takkan tanya Bella OK ke tak tetapi saya akan cuba distract dia dengan latihan serta persediaan Famili Duo. Ingatkan semula kepada Bella yang kami perlu fokus pada pertandingan. Kalau banyak bertanya OK ke tak, takut dia terlalu fikiran masalah tersebut sehingga mengganggu fokus.
“I’m grateful she remained to be understanding dan dapat ‘membaca’ signal yang saya berikan sebagai rakan duet. Dari minggu pertama hingga ke minggu terakhir, kami mampu bekerjasama dengan cukup baik,” kongsinya.
Dalam pada itu, setelah menamatkan saingan Famili Duo, Wani kini sedang sibuk dengan persiapan meluncurkan single terbaru bersama sebuah video muzik baharu pada bulan Mac.
Wani juga kini dalam fasa terakhir pengajiannya di mana dia sedang mengikuti program latihan amali (internship) sebelum bergelar graduan perundangan tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percaya atau tidak, selebriti Korea kini menjadi antara artis menjana pendapatan paling tinggi di dunia! Dengan populariti luar biasa maka tidak hairanlah mereka menjadi jutawan. Jom kita lihat lima orang selebriti Korea yang mendapat pendapatan tertinggi sejak tahun 2016 hingga kini
1. PSY
Namanya tidak perlu lagi diperkenal. Fenomena Gangnam Style beberapa tahun lalu telah menggoncang peta hiburan dunia. Terkenal dengan muzik video yang kelakar serta unik, PSY menjadi penanda aras buat penyanyi-penyanyi di Korea untuk berkarya di peringkat global.
2. G-Dragon
He is the biggest fashion icon in K-pop world! G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong mencipta nama bersama grupnya, Big Bang. Dia juga mempunyai jenama fesyen sendiri iaitu PeaceMinusOne yang turut diperkenalkan di London.
3. Choi Siwon
Siwon merupakan antara wajah utama yang ditonjolkan oleh grupnya, Super Junior dan Super Junior-M. Popularitinya di China merupakan satu fenomena luar biasa sehinggakan dia menjadi antara empat orang artis Korea tampil di setem negara China. Bidang lakonannya juga turut menyerlah dengan drama seperti Poseidon dan Oh! My Lady.
4. BoA
Siapa yang tidak kenal dengan BoA maka dia tidak layak menggelar diri mereka sebagai peminat K-pop. BoA is the Queen of Korean Pop! Kejayaannya di luar negara telah membuka jalan kepada artis-artis lain untuk melebarkan karier mereka. Malah, BoA juga dijulang sebagai penyanyi Korea pertama berjaya menembusi pasaran Jepun.
5. Yoona
Yoona merupakan antara salah seorang ahli Girls’ Generation yang paling popular. Dan Girls’ Generation pula masih kekal sebagai antara tiga kuasa besar girls group di Korea. Karier Yoona juga turut dihiasi dengan lakonan dengan drama seperti Are My Destiny Cinderella Man, Love Rain, Prime Miniter and I dan Zhao Yun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat bintang K-pop, pastinya korang masih ingat tentang kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Kejadian yang berlaku kira-kira setahun yang lalu menggemparkan industri K-pop apabila rakan sekerja Sulli menjumpai mayatnya di apartmentnya. Dikatakan juga bahawa penyanyi ini mati bunuh diri kerana tekanan hidup.
Sempena setahun pemergian bintang Korea itu, dikhabarkan televisyen Korea Selatan MBC akan menghasilkan sebuah dokumentari yang menyingkap kehidupan mendiang Sulli.
Dokumentari itu juga memuatkan temu bual bersama ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan di SM Entertainment. Pembikinan ini adalah untuk memperingati ulang tahun pertama pemergian mendiang pada Oktober nanti.
Sulli membuat kemunculan pertama dalam industri hiburan pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-kanak dan memulakan karier nyanyiannya sebagai ahli kumpulan f (x) pada 2009.
Gadis ini meninggal dunia pada 14 Oktober 2019 ketika berusia 25 tahun.
Hm, tak sabar nak tonton dokumentari kisah hidup Sulli ni. Mesti sedih..