Aktor berbakat besar, Fattah Amin mengundang sebak di hati para peminat selepas mendedikasikan ucapan teristimewa sempena ulang tahun puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, meskipun hanya ucapan ringkas sempena hari jadi Fatima yang keempat, namun ia menyentuh hati para pengikutnya apabila Fattah turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya itu.
“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Daddy rindu awak,” coretnya ringkas.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen telah pun dibanjiri pelbagai reaksi oleh para pengikutnya selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Sebelum ini, pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi prosiding perceraian.
Ads
Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan usahawan popular itu kerana mengakui masih sayangkan isterinya. Oleh itu, kes perceraian mereka ditangguh pada 7 Oktober ini.
Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon terkenal, Ben Amir baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai pihak terutama peminat apabila berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya tampil lengkap berbusana seperti pengantin bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih beliau di media sosial.
Perkongsian tersebut sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada aktor berusia 36 tahun itu sudah selamat mendirikan rumah tangga secara senyap.
Menerusi hantaran berkenaan, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin dilihat bersama kekasihnya, Liana Alara, namun tidak menyertakan sebarang pengumuman rasmi berkaitan status hubungan mereka.
Lebih menambah tanda tanya apabila Ben hanya menulis kenyataan ringkas, “Tunggu bot sekejap,” tanpa sebarang penjelasan lanjut, meskipun visual yang dikongsikan seakan menggambarkan suasana majlis istimewa.
Difahamkan, foto tersebut dirakam di Pulau Siargao, Filipina, seperti yang dinyatakan pada tanda lokasi dalam hantaran itu, yang juga merupakan tempat Ben menetap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menerusi perkongsian yang sama, Ben turut menyebut nama pereka fesyen, Zaimi Zulkafli, yang dipercayai bertanggungjawab menyiapkan busana yang digayakan oleh pasangan itu, sekaligus menguatkan lagi andaian ramai.
Kredit foto: Ben AmirKredit foto: Ben Amir
Meninjau di ruangan komen, ramai di antara rakan selebriti seperti Mira Filzah, Tracie Sinidol, Mimi Lana, Shasha Abedul, Nabila Razali dan ramai lagi termasuk para peminat tampil mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan, walaupun tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh Ben setakat ini.
Terdahulu, pada November tahun lalu, Liana yang merupakan warga Filipina telah memeluk agama Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur, sekaligus menarik perhatian ramai terhadap hubungan mereka.
Sumber: Instagram Ben Amir
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib meluahkan rasa syukur apabila berjaya merangkul gelaran naib juara bersama anak perempuannya, Thalita, dalam pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM)yang berlangsung baru-baru ini.
“Saya bersyukur dan gembira kami dapat tempat kedua, kalau jadi juara mesti kena kecam,” katanya ketika ditemui di sidang media selepas acara kemuncak itu.
Menurut Shuib, dia telah memendam rasa sejak seminggu lalu apabila menerima kecaman hebat daripada netizen yang menuduh wujudnya ‘favoritism’ dalam program berkenaan.
“Seminggu saya tahan. Orang cakap ada ‘favoritism’ dalam TTMM dan menyasarkan anak saya Thalita kononnya Grand Finale diwujudkan sebab dia.
“Bila manager-manager lain beritahu mereka sudah sedia maklum tentang penambahan minggu, orang tak mahu percaya juga.
“Juri-juri pun tahu ada lapan minggu.Bila kami dinobatkan sebagai naib juara, saya rasa gembira dan lega. Bayangkan kalau kami jadi juara, mesti mereka akan cakap memang sudah dirancang,” ujarnya.
Thalita ‘Down’, Terima Lebih 10,000 Komen Kecaman
Shuib turut mengakui keadaan emosi Thalita sangat terkesan akibat serangan komen negatif daripada netizen di media sosial.
“Ada lebih 10 ribu komen kecaman terhadap Thalita. Dia betul-betul ‘down’. Saya kena pantau supaya dia tak baca komen. Dia pula tengah bergelut dengan masalah kesihatan. Ada orang mesej saya dalam Instagram suruh kami tarik diri.
“Saya dan Thalita sama-sama ‘down’. Saya sampai berdoa kepada Allah supaya tak menang. Sebab kalau menang, pasti kena kecam. Letih saya nak menjawab nanti,” dedahnya.
Terdahulu, Thalita tidak dapat beraksi di pentas minggu sebelumnya selepas dijangkiti Influenza A dan perlu menjalani kuarantin.
Situasi ini kemudian mencetuskan spekulasi bahawa pihak produksi menambah episod semata-mata untuk memberi laluan kepadanya ke pentas akhir.
“Dia Nyanyi Lagu Mak Dia, Bukan Lagu Mak Orang”
Mengulas dakwaan segelintir netizen yang menuduh mereka ‘menunggang’ kisah arwah Siti Sarah demi meraih simpati, Shuib tampil mempertahankan anaknya.
“Orang cakap sudah-sudahlah menyanyi lagu mak sebab nak meraih simpati. Dia menyanyi lagu mak dia bukan dia menyanyi lagu mak kau.
“Dia ada hak untuk menyanyi lagu mak dia. Saya rasa lagu mak dia sesuai untuk dinyanyikan dalam mana-mana episod TTMM. Jadi apa salahnya?
“Ini juga merupakan satu kenangan yang saya boleh rekodkan dalam bentuk video yang anak arwah menyanyikan lagu ibunya,” tuturnya lagi.
Anak ketiga kepada pelakon terkenal, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi, Maria Danisha Hakim yang kini berusia 17 tahun baru-baru ini boleh berbangga dengan usahanya apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon (49) menerusi media sosial berkongsi momen bermakna itu ketika menghadiri acara ihtifal di sekolah Maria Danisha.
Lebih membanggakan, gadis cantik manis itu turut menerima Anugerah Modal Insan dari pihak sekolah.
Tidak henti menitipkan kesyukuran, Norman pada masa yang sama berharap anak perempuan keduanya itu memastikan momentum kecemerlangan diteruskan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia tahun hadapan.
Kredit: Norman Hakim
“Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy dan Abah berterima kasih kepada-NYA kerana mengurniakan kami dengan kejayaan yang indah ini”
“Kami mendoakan agar kamu terus konsisten dan istiqamah dalam mengekalkan kecemerlangan, seterusnya memuncak kejayaan yang lebih cemerlang untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anda pada penghujung tahun 2025, insyaAllah”
“Tetap rendah hati, kekal fokus dan teruskan usaha untuk yang terbaik. Anda telah membanggakan kami semua. Alhamdulillah!” ujarnya menerusi Instagram.
Kredit: Norman Hakim
Sekadar info, selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim (22) yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim (20).
Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim (11) Muhammad Dikhriz Hakim (9) dan Mikayla Delisha Hakim kini berusia 6 tahun.
Tahniah kami ucapkan pada Maria Danisha! Semoga meraih kecemerlangan lagi pada masa akan datang!
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!