Jujurnya, apabila tiba penganjuran pertandingan ratu cantik Miss Universe, segmen yang paling penulis nanti-nantikan adalah segmen kostum nasional. Ini kerana kostum wakil setiap negara dapat memperkenalkan identiti peserta dengan lebih dekat.
Bagi pertandingan Miss Universe edisi ke-69 yang kini sedang rancak dilangsungkan pada minggu ini, segmen kostum nasional baru saja melabuhkan tirainya pada pagi tadi. Seperti dijangka, banyak sungguh kostum menarik yang dipertontonkan!
Ada wakil yang menyarungkan pakaian tradisional seperti Miss Cambodia & Miss Laos. Ada wakil yang menjadi futuristik seperti Miss Canada dan tidak kurang juga yang membawa rumah kampung ke pentas Miss Universe iaitu wakil Malaysia sendiri, Francisca Luhong James!
Dalam kalangan 74 wakil negara yang bertanding kali ini, 4 kostum nasional ini telah mendapat perhatian ramai disebabkan sentimen sensitif yang terpalit padanya. Panas!
Miss Israel
Tehila Levi
Kostum ini dinamakan ‘After Covid-19 Dress’ dan dihasilkan daripada lebih 300 keping pelitup muka. Ia membawa simbol harapan agar penduduk bumi tidak lagi perlu memakai pelitup muka setelah wabak ini berakhir.
Kedengaran seperti kostum yang menarik bukan?
Apa yang membuatkan penonton sedikit ‘tercengan’g adalah apabila hos berkata, “Go get the vaccine, you don’t need this queen. Israel!”
Ads
Secara tidak langsung, ramai merasakan kenyataan itu seolah-olah menidakkan keberadaan Miss Israel di Miss Universe kali ini. Tambahan pula apabila Israel sedang dihentam hebat oleh masyarakt sedunia akibat serangan kejamnya ke atas penduduk Palestin.
Err, mungkin Nick tidak berniat pun menunding jari kepada Miss Israel. Namun kenyataannya itu telah mendapat perhatian penonton di YouTube Miss Universe, pagi tadi.
.
Miss Myanmar
Thuzar Lwin
Malang sekali apabila bagasi Miss Myanmar hilang dan hingga kini masih belum ditemui. Di dalamnya terdapat kostum nasional wakil Myanmar, Thuzar Lwin. Justeru, pihak Miss Myanmar terpaksa mencari kostum gantian dalam masa singkat.
Walaupun ia masih cantik diperbuat daripada seni fabrik kait penduduk negara itu, apa yang menarik adalah mesej yang berada dalam genggamannya. Miss Myanmar telah memperlihatkan placard dengan mesej ‘Pray For Myanmar’ sebagai tanda harapan agar konflik politik cetusan tentera Junta di Myanmar akan berakhir dengan adanya bantuan dunia terutamanya dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ads
Ini merupakan wakil kedua Myanmar menggunakan platform pertandingan ratu cantik untuk meminta bantuan dan sokongan kepada masyarakat negara mereka. Terdahulu, wakil Myanmar ke Miss Grand International 2020 telah berbuat sedemikian.
Dari hadapan, kostum ini jelas diinspirasikan daripada bendera kebangsaan Singapura. Merah menandakan keadilan kepada semua rakyat manakala putih bermaksud kebaikan selamanya. Ia sekaligus memperlihatkan Singapura sebagai antara negara terbaik untuk semua lapisan masyarakat.
Ads
Apabila Miss Singapura pusing ke belakang, di situlah sorakan penonton bertambah kuat. Ini kerana dia membawa mesej kempen ‘Stop Asian Hate’ yang hangat diperkatakan di seluruh dunia pada tahun ini. Isu buli dan ketidaksama rataan yang dihadapi oleh komuniti Asia terutamanya di negara barat masih berleluasa.
.
Miss Uruguay
Lola De Los Santos
Topik yang agak sensitif untuk diperbincangakn di pentas sebesar Miss Universe. Namun atas tiket kebebasan & ‘equality for all’, kostum nasional Miss Uruguay menyokong perjuangan hak asasi komuniti LGBTQ+.
Biarpun tiada kenyataan rasmi mengesahkan sama ada Miss Uruguay ini tergolong dalam komuniti tersebut, kostum nasional ini dikatakan mendapat ilham daripada seorang wanita yang berbangga dengan orientasi seksualnya dan ingin menjadi contoh positif kepada komuniti LGBTQ+.
Pada bahagian skirt kostum tertera slogan berbunyi, ‘No more hate, violence, rejection & discrimination’ (Hentikan kebencian, kekejaman, penindasan dan diskriminasi).
Jika korang rasakan kostum nasional ‘Kampungku’ yang diperagakan Francisca Luhong James merupakan kostum terbaik, jangan lupa hantarkan undian korang DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Eyra Hazali semakin meningkat naik selepas kemunculannya dalam drama Mr Grey yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lalu.
Chemistry yang terjalin antara Eyra dan Fendy Bakry selaku pemegang watak hero sangat memberi impak kepada penonton dengan keserasian yang ditonjolkan dalam drama tersebut.
Baru-baru ini, Eyra Hazali dilihat sudah bertukar imej dengan memakai hijab. Artis remaja ini menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah setahun menyimpan hasrat untuk menutup aurat dan semuanya berlaku sekelip mata ketika Eyra bangun untuk menunaikan solat Subuh pada beberapa hari lepas, dia terus nekad untuk menutup aurat.
Perkongsian ini juga telah dibuat oleh Pencetus Ummah Amin di laman instagramnya dengan caption:
Boring jugak dengan tazkirah dari ustaz ustazah, apa kata korang dengar tazkirah artis ni. Simple, padat dan pengalaman diri dia sendiri..
Percayalah! Siapa jaga hukum Allah apsti Allah akan buka pintu rezeki tanpa dia sedar. Rezeki paling istimewa hati jadi tenang kemudian dibanyakkan hartanya. Doakan artis ini dilindungi Allah dan Malaikat dan kekal istiqamah atas jalan agama nya..
Ayat ni Win teruk: “Selangkah kita keluar tanpa bertudung (tak tutup aurat), selangkah kita tarik ayah kita ke neraka”
Keputusan Eyra Hazali mendapat pujian dan reaksi positif daripada netizen. Ramai yang mendoakan agar anak muda ini istiqamah dan mendoakan yang baik-baik untuknya.
Eyra juga telah memadam semua gambarnya semasa tidak berhijab. Salute!
Baru berusia 20 tahun, Eyra Hazali antara yang dilihat bakal menjadi pelapis pelakon wanita yang ada sekarang. Pernah menangguhkan keputusan untuk bertudung kerana terlalu memikirkan tentang kerjayanya, kami yakin bahawa walaupun sudah berhijab, ia tidak langsung menganggu perjalanan karier seninya.
Dengan bakat yang ada, Eyra Hazali mampu mendapat tempat dalam industri. Apa-apa pun, kita doakan agar Eyra terus mempamerkan sikap istiqamahnya ini dan menjadi contoh terbaik untuk anak muda hari ini.
InsyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun Jepun menjadi tuan rumah bagi penganjuran pentas akhir Miss International 2022 pada hari ini, tuah nyata tidak menyebelahi wakil-wakil dari benua Asia apabila ia menobatkan wakil dari Jerman sebagai juara baharunya.
Jasmin Selberg tampak menyerlah di mata juri pada malam ini apabila dia meneruskan legasi Miss International dan dimahkotakan oleh juara terdahulu dari edisi 2019, Bint Sireethorn Leearamwat dari Thailand.
Biarpun benua Asia menghantar seleksi wakil yang amat kompetitif dari aspek paras rupa, kelayakan dan pendidikan tinggi, hanya Hannah Arnold dari Filipina sahaja yang membolosi kedudukan Top 15.
Nasib Hannah juga kurang baik apabila perjalanannya terhenti setakat di situ sahaja dan gagal ke peringkat Top 8.
“Hello Filipina. Terima kasih di atas sokongan anda sepanjang perjalanan di sini. Saya amat gembira kita berjaya sampai ke Top 15 dan kita dapat mewakili seluruh benua Asia. Terima kasih untuk kesemua mesej anda, ia mungkin akan mengambil saya sedikit masa untuk membalasnya kerana saya ingin ke Disneyland dan makan lebih banyak sushi sekarang!” seloroh Hannah.
Hannah Arnold dari Filipina.
Ketiadaan lebih ramai wakil dari Asia dalam pusingan Top 15 ini telah menimbulkan kemusykilan ramai. Begitu juga dengan dominasi benua Amerika Selatan dan Eropah pada edisi kali ini.
Sementara itu, wakil Malaysia iaitu Giselle Tay juga terpaksa akur dengan keputusan hari ini walaupun dia telah menjadi perhatian sepanjang tempoh seminggu yang lalu dalam kalangan pemerhati dunia ratu cantik.
Menerusi hantaran video Instagram story, Giselle berkata, “Saya memohon maaf kerana tidak dapat menempatkan diri di antara peserta Top 15. Saya benar-benar menikmati pengalaman di Tokyo, Jepun dan saya berharap anda semua berbangga dengan saya.
“Terima kasih di atas semua sokongan anda,” simpulnya.
Giselle bersama rakan baiknya di Miss International 2022, Hannah Arnold dari Filipina.
Bagi pentas akhir ini, Giselle telah memilih rekaan gaun keemasan dari Jimmy Couture. Walaupun kita tidak berpeluang menyaksikannya bertanding dalam pusingan Top 15, sekurang-kurangnya Giselle masih dipanggil untuk memperagakan gaun tersebut bersama-sama wakil Mongolia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara minggu fesyen antarabangsa sempena musim luruh/sejuk 2022 sejak bulan Februari kini menghampiri pengakhirannya setelah ia tiba di kota Paris.
Selama minggu fesyen berlangsung di lokasi ‘Big 4’ merangkumi Paris, Milan, London dan New York, ramai media Malaysia termasuklah REMAJA telah melaporkan mengenai pembabitan model tempatan, Vanizha Vasanthanathan (@vanizhavasanthanathan) yang berjalan untuk dua pereka fesyen iaitu ACT N’1 dan Marco Rambaldi sewaktu berada di Milan, Itali.
Dalam diam, bukan hanya Vanizha yang berkesempatan untuk terlibat sebagai peragawati di pentas fesyen antarabangsa. Dua lagi model tempatan yang telah melebarkan sayap ke luar negara turut memikat perhatian ramai pemerhati fesyen baru-baru ini.
Di New York, Atikah Karim (@Tiqsg) yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah telah mengukuhkan portfolionya sebagai seorang model antarabangsa di kota New York dan di Paris. Sekali lagi, Atikah menjadi pilihan jenama Marine Serre apabila dia melakukan ‘comeback’ di pertunjukan fesyen mereka.
Mengambil ilham daripada dunia fesyen underground Perancis dari era 90-an, Atikah memperagakan gaun paras lutut Marine Serredengan mainan paten berbeza yang membentuk gaya patchwork.
Atikah Karim untuk Marine Serre.
Manakala bagi koleksi musim luruh/sejuk jenama Ottolingerpula (masih di Paris), pereka duonya iaitu Christa Bosch dan Cosima Gadient pula memiliki idea untuk menggayakan modelnya sebagai ‘bad gals’ dalam persalinan serba chunky dan cropped.
Atikah Karim untuk Ottolinger.
*
Sambil itu, seorang lagi peragawati tempatan yang menempa nama di pentas antarabangsa iaitu Gwen Lu (@_gwen.lu_) telah berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada produksi koleksi terbaru Balenciaga360 Degree Show.
Koleksi ini memberikan penghormatan kepada situasi semasa yang berlaku di Ukraine sekarang; satu situasi yang amat begitu dekat dengan diri pengarah kreatifnya , Demna Gvasalia yang merupakan seorang anak pelarian Georgia.
Gwen Lu untuk Balenciaga.
Biarpun berjalan dalam set bersalji, kelibat Gwen masih menawan perhatian sang pemerhati yang hadir. Seperti model lain, tubuh Gwen sedikit membongkok ke hadapan untuk berjalan mengharungi salji serta angin yang meniup ke arah mereka.
Untuk pengetahuan, Gwen Lu merupakan wajah sinonim di Balenciaga setelah dilantik sebagai salah seorang modelnya untuk pertunjukan musim bunga/panas 2022 dan musim luruh 2022.
Jujurnya, REMAJA amat berbangga dengan kejayaan model-model kelahiran Malaysia ini menempah slot sebagai wajah pertunjukan fesyen jenama besar ini. Moga-moga, model muda yang baru melangkah masuk ke industri fesyen di Malaysia akan memperoleh ilham daripada kejayaan mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...